Skip to main content

SEJARAH STPM : Asia Tenggara, Selatan dan Timur

Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan

Huraikan tentang agama Hindu dan Buddha yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia pada abad ke 19
Agama merupakan satu system kepercayaan yang diamalkan oleh seseorang atau sekumpulan masyarakat untuk mencapai kesejahteraan hidup. Terdapat beberapa agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di Asia pada kurun ke 19. Antaranya adalah agama Islam, Hindu, Buddha dan Kristian. Agama Hindu mendapat tempat di Thailand, India dan Myanmar manakala agama Buddha dianuti kebanyakan masyarakat di China, Laos, Kemboja, Thailand dan Myanmar.

Agama Hindu merupakan agama tertua di dunia. Agama ini dikatakan tidak mempunyai pengasas. Menurut sejarah, istilah Hindu diambil daripada perkataan Shindu yang bermaksud permulaan tamadun di Lembah Indus. Agama ini berasal dari India dan muncul pada Zaman Vedik iaitu antara 200M hingga 1000M. Dalam hubungan ini jelas sekali bahawa ajaran agama ini berasaskan kepada empat veda penting iaitu Rig Veda, Atharva Veda, Yajur Veda dan Sama Veda

Agama Hindu ini mempunyai dua mazhab iaitu Saivisme yang menyembah Dewa Siva dan Vaishavisme yang menyembah Dewa Vishnu. Agama ini juga percaya kepada jelmaan tiga tuhan yang dikenali sebagai Trimurthi iaitu Dewa Brahman (pencipta), Dewa Vishnu (pelindung) dan Dewa Siva (pemusnah)
Penganut agama ini percaya kepada hukuman Karma dan kelahiran semula dimana seseorang yang meninggal dunia akan dilahirkan semula bergantung dengan perbuatannya ketika di dunia. Justeru itu penganut agama ini berusaha untuk mencapai Moksya atau Nirwana agar tidak dilahirkan semula di dunia.
Pada peringkat awal, perkembangan agama Hindu khususnya di Thailand dan Myanmar telah Berjaya mempengaruhi corak hidup masyarakat dalam semua aspek. Ia bukan sahaja diamalkan oleh pemerintah malah diperkukuhkan lagi dengan amalan-amalan yang dibawa oleh agama Hindu sehinggakan rakyat begitu taat dan patuh kepada pemerintah. Di Thailand dan Myanmar penganut agama ini lebih cenderung mengamalkan ajaran Hindu bermazhab Theravada. Pengaruh agama Hindu mula berkurangan apabila munculnya agama Buddha yang kemudiannya Berjaya menarik sebahagian penduduk untuk mendekati dan seterusnya mengamalkannya
Kemunculan agama Buddha secara langsung mengurangkan pengaruh agama Hindu. Agama Buddha diasaskan seorang putera raja bernama Siddharta Gautama Buddha. Beliau meninggalkan istana semata-mata untuk mencari erti hidup sebenar dan akhirnya beliau menemui cahaya kebenaran di bawah pokok Bo di Bhagaya. Bermula dari peristiwa itu beliau dikenali sebagai Gautama Buddha yang bermaksud “Pemberi Cahaya” atau “Kecerahan Agung”. Agama ini dipercayai berasal dari Utara India.
Agama ini mempunyai dua mazhab. Mazhab pertama ialah Buddha Hinayana yang dianuti majaroti masyarakat di Thailand,Myanmar,Kampuchea,Vietnam,Laos dan Indonesia. Mazhab kedua dikenali sebagai Mahayana yang menjadi pegangan utama bagi penduduk di China dan Jepun.
Penganut agama Buddha percaya kepada Empat Kebenaran Mulia iaitu kesengsaraan hidup adalah lumrah alam. Kesengsaraanberpunca daripada nafsu untuk mendapatkan kekayaan dan keseronokan, cara mengelakkan kesengsaraan ialah dengan mengatasi nafsu dan cara untuk menamatkan kesengsaraan ialah melalui Jalan Lapan Lapis. Jalan Lapis terdiri daripada pemikiran yang baik,pengetahuan yang baik,keinginan yang baik,pertuturan yang baik,kelakuan yang baik,kehidupan yang baik,usaha yang baik,dan pertapaan yang baik. Penganut agama Buddha juga percaya kepada konsep Ahimsa iaitu tidak mahu melakukan sebarang kekerasan ke atas makhluk hidup
Agama Buddha mendapat tempat di kalangan pemerintah di Thailand dan Myanmar. Dalam system social Thailand, agama ini menjadi anutan utama masyarakat Thailand. Pengaruh agama Buddha dalam bidang kesenian dapat dilihat melalui seni bina candi Borobodur di Pulau Jawa dan Angkor Wat di Myanmar.
Kesimpulannya, kedatangan agama Hindu dan Buddha ternyata mempengaruhi kehidupan masyarakat Asia dalam pelbagai aspek. Kedatangan agama Buddha ternyata member kesan kepada agama Hindu. Kedua-dua agama ini tetap diamalkan sehingga ke hari ini tetapi telah mengalami perubahan mengikut kesesuaian masa.


Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Nanking (1842) di negara Jepun dan China

Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap China dan Jepun.

Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19, iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan. Disamping itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun. Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan ekonomi ini.

Hasil pertemuan ini maka perjanjian Kanagawa telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dengan Jepun pada tahun 1854. Ini merupakan perjanjian yang pertama bagi Negara Jepun ke atas Negara Barat. Sesungguhnya perjanjian ini membawa kesan yang banyak ke atas Negara Jepun

Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu Jepun.
Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain iaitu dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858. Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed Harris. Dengan adanya konsul ini hubungan diplomatic yang kukuh antara Jepun dan Amerika Syarikat terjalin. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda

Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan. Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam gerakan yang dikenali sebagai “sonno-jai”. Mereka mendesak supaya kuasa maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji.


Dari segi ekonomi, Perjanjian Kanagawa menandakan berlakunya kegiatan perdagangan yang lebih pesat antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat. Di bawah perjanjian tersebut, Jepun telah membuka dua buah pelabuhan. iaitu Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan tujuan berdagang. Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah ditetapkan.
Dari segi sosial, terdapat kemasukan unsur-unsur Barat seperti barangan buatan Barat dan fahaman Barat.

Di negara China, keadaannya amat berbeza sama sekali dimana Britain telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China kalah dalam perang Candu I. Dengan termeterainya perjanjian ini menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan China di bawah Dinasti Manchu juga terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain. Pada tahun 1844, China menandatangani Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, kerajaan Manchu mengadakan perjanjian dengan Norway dan Sweden.

Termeterainya Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah itu.
Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. Ini bermakna China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael kepada Britain. Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan dengan meluasnya di Negara China.

Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi oleh Barat sehingga menjadi “Semi Colony”.

Dasar Tutup Pintu dan Buka Pintu China dan Jepun
Bandingkan dasar tutup pintu dan buka pintu di Negara China dan Jepun.

Pada umumnya. kebanyakan Negara-negara di Asia seperti Thailand. China. dan Jepun mengamalkun dasar tutup pintu terhadap kuasa-kuasa Barat. Negara-negara berkenaan mengamalkan dasar tersebut kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar khususnva barangan Barat. Ini kerana mereka mengamalkan ekonomi sara diri dan mempunyai sumber bekalan makanan yang mencukupi untuk rakyatnya. Selain itu. Mereka juga bimbang kuasa Barat akan campur tangan dalam arena politik tempatan di samping kebimbangan terhadap perkembangan agama Kristian akan mencemarkan kebudayaan tempatan Di samping itu. negara China pula menganggap mereka sebagai Middle Kingdom sementara Negara-negara lain sebagai barbarians,. laitu tidak bertamadun. Oleh itu. China enggan mengadakan hubungan diplomatik atas dasar sama taraf dengan negara-negara barat.
China mengamalkan dasar tutup pintu semasa pemerintahan Manchu dalam kurun ke-19. China juga mengenakan peraturan-peraturun ketat terhadap perdagagan Barat dengan dasar perdagangan luar dihadkan dan dikawal ketat sebaliknya pihak Barat pula mengamalkan perdagangan bebas kerana ia merupakan hak bagi semua bangsa. China mengamalkan dasar tutup pintu disebabkan beberapa faktor antaranya ialah beranggapan China sebagai Middle Kingdom, iaitu negara kayangan dan bertamadun tinggi sementara negara-negara lain sebagai tidak bertamadun. atau barbanrians. China juga tidak memerlukan barangan Barat kerana ia mengamalkan ekonomi sara diri yang tidak memerlukan barang-barang dari Barat. Selain itu, ia mempunyai kawasan luas untuk bekalan sumber asli seperti hasil pertanian untuk barangan makanan, galian. dan sebagainya. Di samping itu. China juga tidak senang terhadap tindak-tanduk di kalangan saudagar Barat yang kurang sopan seperti tidak menghormati amalan budaya China.
Sehubungan dengan itu. banyak sekatan dikenakan ke atas perdagangan Barat seperti perdagangan hanya boleh dijalankan melalui Cohong. iatu sekumpulan wakil perdagangan yang diakui dan diberi hak oleh kerajaan China. pedagang Barat juga hanya dibenarkan berdagang di Canton. Di samping itu. saudagar barat tidak dibenarkan berkahwin dengan wanita tempatan dan tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas untuk menjalankan kegiatan perdagangan di pedalaman China. Sekatan yang dikenakan oleh China telah menyukarkan pedagang-pedagang Barat. Misalnya Cohong yang menjadi wakil perdagangan China telah melakukan penipuan dan penindasan seperti mengambil kesempatan membeli barangan British dengan harga yang rendah dan menjualkannya dengan harga yang tinggi. mereka juga melakukan pemerasan dan rasuah. Mereka sering berhutang dengan saudagar-saudagar asing tetapi hutang tersebut tidak dijelaskan dengan sempurna. Sebaliknya. saudagar Barat memerlukan barangan China seperti tehdan sutera tetapi China tidak memerlukan, barangan Barat, ini menjadikan perdagangan tidak seimbang antara kedua-dua belah pihak dan keadaan ini telah membimbangkan saudagar Barat, khususnya saudagar British. Utusan-utusan perdagangan pihak Barat khususnya British yang dihantar untuk merundingkan penyelesaian segala masalah yang timbul semuanya menemui kegagalan.
Namun demikian desakan pihak Barat untuk memperoleh barangan China serta keinginan menjadikan China sebagai pasaran bagi barangan kilang semakin kuat. Keadaan ini disokong pula bahawa abad ke-19 merupakan abad peluasan kuasa politik Barat. Oleh itu, Barat mula memikirkan cara-cara menggunakan kekerasan untuk memasuki China dan membuka pintu perdagangan China. Ini penting kerana Barat memerlukan. perdagangan seimbang dengan China Cara kekerasan yang digunakan oleh Barat untuk membuka pintu China ialah melalui perisytiharaan Perang Candu 1. China tewas dalam peperangan tersebut. dan ini telah membawa kepada termeterainya Perjanjian Nanking 1842 di antara China dengan British. Antara syarat Perjanjian Nanking ialah lima pelabuhan dibuka kepada pedagang Barat khususnya British, iaitu -Shanghai. Amoi. Canton. Foochow dan Ningpo. Hong Kong pula diserahkan kepada Inggeris. Monopoli perdagangan Cohong dihapuskan. China dikehendaki membayar ganti rugi peperangan sebanyak S21 Juta. serta cukai 3% ad valoren untuk barangan import dan 5% untuk barangan eksport. Hubungan perdagangan dengan pihak Barat juga mesti dijalankan atas dasar sama taraf. Dalam hal ini, China yang tewas dalam peperangan tersebut terpaksa menandatangani perjanjian tersehut dengan pihak British. Selain itu. China juga kemudiannya terpaksa menandatangani perjanjian dengan negara-negara Barat lain seperti Amerika Syarikat. dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Norway, Sweden dan Rusia. Semua perjanjian tersebut amat merugikan China kerana kuasa asing telah mendapat banyak konsesi. Di samping itu. Perjanjian Nanking telah menamatkan dasar tutup pintu ataupun zaman pemencilan China yang telah berjalan berkurun-kurun lamanya.
Sebaliknya. dasar tutup pintu Jepun telah berjalan secara umumnya sebelum pemulihan Meiji 1868. Dasar pemencilan ini berjalan selama kira-kira 250 tahun lamanva dan boleh dikatakan sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun. Dalam jangka masa itu. Jepun menumpukan perhatian kepada aktiviti ekonomi dalam negeri. iaitu dalam bidang pertanian sebagai sumber kehidupan. Jepun menjalankan dasar tutup pintu berdasarkan faktor-faktor berikut. Antaranya ialah kebimbangan terhadap campur tangan politik akan berlaku seperti penaklukan yang berlaku di negara-negara Asia yang lain. misalnya Filipina oleh Sepanvol. Burma oleh Inggeris. Vietnam oleh Perancis dan sebagainya. Selain itu, Jepun juga bimbang agama Kristian yang dibawa masuk oleh mubaligh-mubaligh Barat akan digunakan untuk menyatukan kaum feudal bagi rnenjatuhkan kerajaan. Di samping itu. wujud persaingan di kalangan negara asing atau negara Barat yang menimbulkan masalah kepada Jepun. Oleh yang demikian. Jepun telah rnenghalau para mubaligh dan para pedagang asing keluar dari Jepun kerana tidak mahu timbul sebarang masalah dalam negeri. malahan orang .Jepun sendiri tidak dibenarkan keluar negeri ataupun membina kapal laut yang besar-besar kerana .Jepun tiada kepentingan perdagangan luar. Walau bagaimanapun. dasar tutup pintu Jepun ini tidak berkekalan kerana terdapat beberapa percubaan yang dibuat oleh pihak Barat seperti Amerika Syarikat untuk mengadakan hubungan dengan Jepun.
Dasar buka pintu .Jepun pula dapat dilihat melalui perubahan dasar dalam kurun ke-19 dengan percubaan Amerika Syarikat mengadakan perhubungan dengan Jepun melalui Komodor Perry pada tahun 1853. Amerika berminat mengadakan hubungan dengan Jepun di atas factor-faktor tertentu. antaranya ialah kegiatan kapal-kapal nelayan yang rnenangkap ikan paus dan anjing laut. Kapal-kapal nelayan mereka seringkali memasuki perairan Jepun dan anak-anak kapal berkenaan sering berlindung di pantai .Jepun apabila berlaku cuaca buruk atau kapal mereka karam dipukul ribut Malangnya mereka telah menerima layanan buruk daripada pihak berkuasa Jepun. Selain itu. kapa1- kapal dagang Amerika yang menggunakan laluan Lautan Pasifik dalam perdaganganya dengan China memerlukan pelabuhan persinggahan untuk mendapatkan bekalan arang batu. bekalan makanan dan untuk membaik pulih kerosakan. Sehuhungan dengan itu. Keshogunan Tokugawa terpaksa mengadakan hubungan dengan Arnerika Syarikat kerana ia lebih kuat dari segi ketenteraan. Untuk tujuan itu. Komondor Perry telah diutuskan ke Jepun untuk merundingkan hal ini pada tahun I853 dan disusuli kemudian pada tahun 1854 dengan angkatan perang yang Iebih besar dan pihak .Jepun memaklumi tujuan tersebut Ekoran itu Perjanjian Kanagawa di tandatangani pada 31 Mac 1854 yang menandakan bermulanya era buka pintu Jepun. Antara syarat-syarat Perjanjian Kanagawa ialah dua buah pelabuhan dibuka, iaitu Shimoda dan Hokadate di samping Nagasaki bagi mendapatkan bekalan bahan api dan makanan serta untuk membaik pulih kerosakan. Jepun juga hendaklah memberi layanan yang baik kepada kelasi-kelasi Amerika yang terdampar di pantai Jepun akihat dipukul ribut dan sebagainya. Selain itu. Amerika juga akan menempatkan seorang konsulnya di Shimoda bagi kemudahan pedagang-pedagang Amerika. Di samping itu, perdagangan terhad di bawah peraturan-peraturan Jepun di semua pelabuhan yang dibuka dan Amerika juga mendapat layanan hak wilayah asingan. Sementara itu. perjanjian tersebut telah menjadi asas penting dan membuka peluang kepada kuasa-kuasa Barat untuk mengadakan perjanjian dengan Jepun. Misalnya. perjanjian dengan Britain pada Oktober 1854, dengan Russia pada Februari 1855 dan dengan Belanda pada November 1855. Sehubungan dengan itu. Jepun mengamalkan dasar buka pintu secara rasmi pada zaman Meiji 1868. Langkah ini telah dapat mengelakkan Jepun daripada menerima nasib buruk seperti China dan Burma yang telah ditakluki oleh British. Namun demikian. dasar buka pintu ini bermakna Jepun terpaksa menerima kemasukan pengaruh Barat sama ada dalam sistem politik mahupun sistem ekonomi.
Sebagai kesimpulannya. terdapat kepentingan-kepentingan tertentu yang menyebabkan kedua-dua kuasa menjalankan dasar tutup pintu dan juga dasar buka pintu. Namun demikian, China yang dibuka secara paksa melalui peperangan telah banyak merugikan negara berkenaan sama ada dari segi politik mahupun ekonomi dalama jangka masa pendek ataupun jangka masa panjang. Sehaliknya, Jepun yang menjalani proses buka pintu secara rundingan telah berjaya menjadikan negara itu sebuah negara yang maju dan kuat pada zaman pemrintahan Meiji dan seterusnya
Huraikan kesan-kesan penghijrahan orang Cina ke Indonesia dan Filipina sehingga Perang Dunia Kedua
Pengenalan
Perkembangan ekonomi yang begitu pesat sekitar abad ke 19 telah berlaku kekurangan buruh untuk menggerakkan sector ekonomi di Asia Tenggara. Keadaan ini menjadi bertambah rumit apabila penduduk tempatan tidak berminat untuk melibatkan diri dalam sector ekonomi moden. Bagi mengatasi masalah buruh ini pihak Barat telah membawa masuk buruh asing dari China dan India. Belanda telah membawa masuk buruh Cina ke Indonesia untuk menjalankan aktiviti perlombongan bijih timah, sementara pemerintah Sepanyol di Filipina telah membawa orang Cina untuk menjalankan kegiatan ekonomi moden. Bagaimanapun kedatangan buruh asing ini telah menimbulkan pelbagai kesan dari sudut politik, ekonomi dan social.
Isi
Kedatangan orang Cina ke Indonesia telah membawa kebaikan kepada pemerintah Belanda kerana kegiatan ekonomi berkembang dengan baik, tetapi dalam masa yang sama telah menimbulkan ketidakpuasan hati kepada penduduk tempatan. Pada peringkat awal kegiatan ekonomi orang Cina hanyalah dalam aktiviti perburuhan di estet estet Belanda. Bagaimanapun menjelang pertengahan abad ke 19, orang Cina telah menceburkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi terutamanya perdagangan. Mereka mula menjalankan kegiatan pengangkutan feri, perjudian dan sebagainya. Pendek kata orang Cina telah Berjaya menguasai ekonomi Indonesia malah kekayaan mereka melbihi kekayaan penduduk pribumi. Menyedari ancaman daripada penduduk pribumi dan bagi menjamin perniagaan mereka dilindungi, orang Cina telah menubuhkan Dewan Perniagaan Cina pada tahun 1908.
Dari sudut social pula, orang Cina telah menubuhkan sekolah Cina untuk memberi pendidikan kepada anak-anak mereka. Ini sudah tentu memberi kesan ke atas system pendidikan Negara Indonesia. Bagaimanapun system persekolahan tersebut menggunakan kurikulum Belanda. Tujuan Belanda berbuat demikian adalah untuk menyekat pengaruh sekolah Cina dan cuba mengurangkan penguasaan orang Cina di Indonesia. Perkembangan ini telah mendapat bantahan daripada kerajaan Negara China dan Persatuan China Seberang Laut.
Dari segi politik, orang Cina juga terlibat dalam bidang pentadbiran. Apabila Belanda menubuhkan Volsksraad pada tahun 1918, orang Cina telah memainkan peranan penting dalam Dewan tersebut. Suara mereka didengar dalam Dewan perwakilan demi memperjuangkan hak dan kepentingan mereka. Orang Cina juga terlibat dalam gerakan nasionalisma. Walaupun gerakan mereka menjurus kepada perkembangan nasinalisme Negara asal mereka, namun ini telah memberi kesedaran kebangsaan orang Cina di Indonesia dengan wujudnya pertubuhan seperti Persatuan Orang Cina dan Kelab pengembara Nanyang. Pertubuhan ini giat mengadakan kempen kesedaran di kalangan orang Cina. Walau bagaimanapun kegiatan mereka ini disekat oleh Belanda kerana bimbang akan terbentuknya kerjasama antara orang Cina dengan golongan nasionalis Indonesia.
Kedatangan orang Cina di Filipina telah membawa kesan yang besar terhadap perkembangan ekonomi Filipina. Orang Cina di Filipina melibatkan diri dalam pelbagai aktiviti ekonomi seperti perniagaan borong dan runcit, perlombongan, perbankan dan pertanian. Dalam perniagaan beras, orang Cina menguasai lebih 2000 daripada 2500 kilang beras yang terdapat di Filipina. Selain itu mereka juga terlibat dalam industry pembalakan, kilang garam, dan juga sebahagian besar kilang-kilang kecil dan sederhana yang mengeluarkan barangan kulit, tembakau dan pemprosesan makanan.
Semasa Filipina di bawah Amerika Syarikat, orang Cina merupakan pemodal kedua terbanyak dalam bidang perbankan selepas Amerika Syarikat dengan modal sebanyak 100 juta dollar AS. Mereka juga terlibat dalam penerokaan tanah-tanah kawasan sungai dan kampong-kampung tepi pantai di Kepulauan Selatan Filipina.
Kedatangan orang CIna di Filipina juga telah member kesan kepada system pendidikan di Filipina dengan terbinanya sekolah-sekolah Cina sekitar pertengahan abad ke 19. Semasa penjajahan Sepanyol terdapat dua jenis pendidikan sekolah Cina iaitu sekolah yang didirikan oleh mubaligh kristian dan sekolah yang didirikan oleh orang CIna. Sekolah Cina yang pertama di Filipina ialah Anglo Chinese. Kebanyakan pelajar diajar tentang buku-buku klasik Cina dan tulisan Cina. Sehingga abad ke 20 terdapat 58 buah sekolah Cina di seluruh Filipina. Kebanyakan sekolah ini dibiayai oleh Dewan Perniagaan Umum Cina
Kemasukan orang Cina telah melahirkan apa yang dipanggil golongan Mestizo. Golongan ini muncul hasil perkahwinan campur antara orang Cina beragama Kristian dengan penduduk tempatan yang berketurunan Tagalog. Golongan ini diberikan beberapa keistimewaan misalnya diberi tanah yang dikecualikan daripada cukai. Mereka muncul sabagai kuasa ekonomi yg berpengaruh di Filipina malah menjadi orang tengah antara pengimport barat dengan pengeluar Filipina. Mereka juga menguasai perdagangan antara pulau-pulau di Filipina.
Kesimpulannya kedatangan orang Cina di Filipina dan Indonesia telah member kesan dalam pelbagai aspek kehidupan masyarakat tempatan. Kesan yang paling penting ialah penguasaan ekonomi orang Cina ke atas kedua-dua buah Negara tersebut. Keadaan ini sudah tentu member saingan kepada penduduk tempatan dan dalam keadaan tertentu telah menutup peluang perniagaan penduduk tempatan. Dalam keadaan sedemikian, timbul gerakan anti Cina yang dilancarkan penduduk pribumi di Indonesia dan Filipina yang membawa tindakan keganasan. Malah pihak penjajah yang menguasai kedua-dua Negara tersebut telah cuba mengenakan sekatan ke atas orang Cina bagi menghalang monopoli orang Cina dalam perniagaan
Kesan Kemasukkan Buruh Asing ke Asia Tenggara
2.3 Kesan Terhadap Masyarakat dan Negara
2.3.1 Masyarakat Berbilang kaum
2.3.2 Penentangan

Masyarakat berbilang kaum

 Masyarakat Barat mula datang ke Timur sejak abad ke 14 lagi sehingga penghujung abad ke 19.

Tujuan kedatangan mereka adalah untuk perdagangan dan keagamaan tetapi kemudiannya menjalankan dasar penjajahan.

Kadar pertumbuhan ekonomi yg pesat akibat dasar laissez-faire memerlukan tenaga buruh yang banyak bagi mengusahakan sistem ekonomi komersil terutama dlm bidang pertanian, perlombongan dan perindustrian
Keengganan penduduk tempatan melibatkan diri dalam sektor ekonomi moden tlh memaksa org barat membawa masuk buruh asing

Kedatangan buruh asing ini tlh menimbulkan banyak masalah sosial dan politik di kawasan Asia ini.

Tambahan pula kedatangan mereka telah memyebabkan jumlah mereka melebihi daripada penduduk asal. Ini berlaku di Pulau Jawa, sekitar Lembah Irrawaddy(myanmar), Sungai Mekong(Vietnam) dan Lemabh Chao Phraya (Thailand)
Indonesia

Belada telah memperkenalkan dasar Liberal dan Etika yg telah membawa masuk ramai buruh-buruh Cina di Pulau Jawa dan Pulau-pulau luar.

Org Cina menjalankan perdagangan runcit , menjadi buruh di ladang dan di lombong dan terdapat sebilangan mereka menjadi org tengah yg mengutip cukai bagi pihak kerajaan Belanda. Ada juga antara mereka bertugas membantu pentadbiran Belanda.

Org Cina tlh melakukan pelbagai bentuk penindasan terhadap masyarakat tempatan. Contohnya memungut cukai yg tinggi drp kadar yg ditetapkan oleh Belanda. Selain itu memberi pinjaman dgn kadar faedah yg tinggi, mengamalkan dasar “beli murah, jual mahal” dll.

Walaupun org tempatan menganggap org Cina ini sebagai memeras penduduk tempatan, tetapi penjajah pula menerimanya sebagai perangsang kpd perkembangan ekonomi.

 Jumlah org Cina meningkat dari tahun ke tahun. Pada tahun 1850 jumlah org Cina di Indonesia ialah 150 000 org. tahun 1900 menjadi 277 000.

Ada antara mereka tinggal menetap di Indonesia dan berkahwin dgn masyarkat tempatan. Perkahwinan ini melahirkan peranakan Cina-Jawa. Hal yg sama juga berlaku dgn org Belanda yg melahirkan peranakan Indo-Belanda

Org Belanda yg dtg ke Indonesia kebanyakannya bertugas dlm bidang pentadbiran.

Kemasukan org asing dan pertambahan bilangan penduduk tempatan menyebabkan Indonesia mengalami lebihan penduduk yg sgt tinggi.

Jumlah penduduk yg tinggi ini tdk seimbang dgn jumlah kawasan pertanian sehingga membawa masalah kebuluran dan wabak penyakit.

Penduduk tempatan yg ketinggalan dlm bidang ekonomi mengalami keperitan hidup hingga memaksa mereka berhijrah ke pulau-pulau luar berhampiran spt Borneo dan Tanah Melayu.

Thailand

Di Thailand pula, kesan drp perjanjian Bowring antara Raja Mongkut dgn pihak Inggeris iaitu Sir John Bowring telah bertanggung jawab kepada kemasukan pedagang asing.

Org-org Cina dan Barat membanjiri negara Siam untuk tujuan perdagangan. Lama kelamaan mereka berjaya mengeksploitasi ekonomi tempatan.

Org Cina tlh masuk ke Siam disebabkan adanya permintaan tenaga buruh dlm bidang perlombongan dan pertanian.

Selaian itu adanya galakkan dari kerajaan Chakri di Siam.

Faktor lain ialah upah yg ditawarkan adalah tinggi.

Org Cina di Siam menjadi org tengah yg melakukan pelbagai jenis penindasan ke atas mesyarakat tempatan. Misalnya membeli hasil pertanian dgn harga yg murah dan menjualnya dgn harga yg tinggi.

Org Cina juga memberi pinjaman wang dgn kadar faedah yg tinggi disamping itu mereka juga mengutip cukai yg tinggi drp yg ditetapkan oleh kerajaan.

Bukan itu sahaja, org Cina juga terlibat dlm aktiviti perdagangan dan Industri. Akibatnya industri tempatan merosot kerana terpaksa bersaing dgn barangan import yg murah dan berkualiti.

Kemasukan org Cina juga membawa kepada perkahwinan campur antara org Cina dgn anggota keluarga aristokrat Thailand yang dikenali sebagai Lukchin

Org Cina juga diberi beberapa keistimewaan kerana peranan mereka yg penting sebagai penggerak ekonomi misalnya mereka dikecualikan drp cukai kepala serta tiada imigresen.

Mereka tlh memperkenalkan sistem pendidikan sendiri dan persekolahan sendiri yg menggunakan bahasa Cina sebagai bahasa pengantar.

Sekolah ini dibiayai oleh saudagar-saudagar Cina yg kaya.

Bagaimanapun perkembangan ini tersekat menjelang tahun 1930-an kerana org Siam sendiri mula sedar dan merasakan mereka tertindas di negara sendiri. Keadaan ini menyebabkan pemimpin Siam mula mengamalkan dasar anti Cina dan dasar mensiamkan org Cina di Siam.

Burma

Di Burma, kerajaan Inggeris telah membawa masuk buruh-burh India utk bekerja di ladang-ladang serta kawasan perlombongan.

Org India dibawa masuk dgn memberikan subsidi tambang perjalanan dan gaji yg dibayar kpd mereka adalah rendah.

Ada tiga cara org India masuk ke Burma :
1.Melalui syarikat-syarikat persendirian
2.Melalui kerajaan
3.Datang sendiri.

Selain itu org India juga terlibat dlm bidang pentadbiran

Tujuan org India dibawa masuk ke Burma ialah
1.Menggalakkan pembangunan negara
2.Mengurangkan kesengsaraan di India
3.Mengurangkan kos upah pekerja
4.Mengisi kekosongan dlm bidang pendidikan dan perusahaan.
5.Membekalkan pekerja yg terlatih dan boleh bekerja di dermaga serta rangkaian keretapi di Burma.

Satu golongan org India yg masuk ke Burma dikenali sebagai golongan Chettiar yg berperanan sebagai peminjam wang kpd petani Burma. Biasanya tanah menjadi cagaran dan jika gagal membayar tanah akan dirampas.

Kesan daripada ini tlh menyebabkan ramai petani di Burma Hulu menjadi buruh dan penyewa kpd golongan chetiar.

 Kemasukan org India begitu menggalakkan misalnya pada tahun 1910 seramai 250 000 org masuk ke Burma setiap tahun dan ia meningkat menjadi 480 000 pada tahun 1927.

Terdapat juga org Cina dibawa masuk ke Burma yg bekerja di sektor perlombongan dan perniagaan. Contohnya pada tahun 1931 lebih kurang 200 000 org Cina di Burma.

Walaupun bilangan org Cina tdk ramai tetapi mereka memainkan peranan penting dlm aktiviti perdagangan, perindustrian dan perlombongan.

Org Cina diterima di Burma kerana mempunyai pegangan agama Buddha yg sama. Ini membolehkan mereka mudah diserap dlm masyarakat Burma

Filipina

Org Cina merupakan kumpulan terbesar org asing.

Mereka memainkan peranan penting dlm ekonomi

Mereka masuk ke Filipina semasa pembukaan Manila kpd arus perdagangan dari tahun 1876-1886.

Kesan Kemasukan Orang Cina

Rusuhan anti Cina tercetus di Cabantuan pada tahun 1924

Pengenalan akta kira-kira pada tahun 1921

 Lahirnya kaum Mestizo Cina iaitu :

1.Berketurunan bapa Cina yg memeluk agama Kristian dan ibu keturunan Tagalog.
2.Diberikan tanah dikecualikan cukai
3.Muncul sebagai kuasa ekonomi yg sgt berpengaruh di Filipina.
4.Berperanan sebagai org tengah antara pengimport Barat dgn pengeluar Filipina.
5.Menguasai perdagangan antara pulau dan merupakan tuan punya tanah.
6.Org Filipina bencikan kaum Mestizo Cina sehingga berlaku pembunuhan beramai-ramai

Rumusan

Kemasukan kaum asing menimbulkan banyak masalah yang menyukarkan proses perpaduan. Ini disebabkan :
1.Mereka hidup berkelompok mengikut kaum dan tdk bersatupadu
2.Mempunyai ciri perbezaan dari segi agama dan kebudayaan
3.Mereka terasing dari segi ekonomi
4.Mereka tinggal di kawasan berasingan dgn masyarakat asal

Kebanyakan kaum pendatang mempunyai kedudukan ekonomi yg baik berbanding dgn penduduk peribumi
Perang Jawa dan Dahagi India

“Konflik antara nilai tempatan dengan nilai Barat telah mencetuskan Dahagi India (1857) dan Perang Jawa (1825).” Jelaskan.

Dahagi India yang tercetus di India pada tahun 1857 dan Perang Jawa yang tercetus di Indonesia pada tahun 1825 merupakan gerakan antipenjajah. Kedua-dua gerakan menentang penjajahan British di India dan Belanda di Indonesia atas sebab konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan.
Pembaharuan social yang dilakukan oleh Lord William Bentick di India yang pada anggapan dan pemikiran barat sebagai tradisi kuno dan merugikan telah membawa kepada penentangan terhadap Barat. Sebagai contoh amalan suttee merupakan satu adat resam yang telah berakar umbi sejak sekian lama dalam masyarakat India. Amalan ini merupakan satu pengorbanan yang dilakukan oleh si isteri di timbunan kayu mayat suami mereka semasa upacara pengebumian. Bagi British amalan ini satu jenayah besar kerana balu si mati sering kali dipaksa berbuat demikian oleh saudara-maranya. Undang-undang untuk mengharamkan amalan ini dikeluarkan pada tahun 1828.

Amalan thugee pula ialah satu sistem rompakan dan pembunuhan di jalan raya. Kumpulan-kumpulan agama ini akan mencekik pengembara sehingga mati atas nama Dewa Kali. Amalan ini juga telah dihapuskan oleh British. Begitu juga dengan amalan pembunuhan bayi perempuan.

Satu peristiwa yang menggemparkan telah berlaku apabila terdapat khabar angin yang menyatakan bahawa peluru senapang rifle enfield yang baru yang diperkenalkan oleh pihak Inggeris telah disapu dengan minyak lembu dan babi dihujungnya. Sepoi-sepoi Hindu dan Muslim berpendapat tindakan Inggeris ini menentang kebudayaan dan agama mereka dan beranggapan bahawa Inggeris cuba untuk mengkristiankan mereka.

Pengenalan Akta Pengambilan Tentera Am juga menimbulkan ketegangan di kalangan kaum Brahmin dan Rajput. Di bawah akta ini, askar-askar sepoi boleh dihantar ke merata wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Kebanyakan mereka ini terdiri daripada kasta yang tinggi. Mereka bimbang kasta tinggi mereka ini akan tercemar dengan berlakunya perpindahan.

Sungai Ganges dianggap suci oleh orang India. Tindakan British hendak membina tali air yang menghubungkan beberapa kawasan dengan Sungai Ganges dianggap telah mengancam kepercayaan dan kesucian agama Hindu. Pengenalan kepada system pendidikan Barat juga telah disalah ertikan oleh orang India. Mereka beranggapan bahawa British cuba mengkristiankan orang India dan menghapuskan tradisi-tradisi mereka dan system pendidikan Hindu.

Undang-Undang Lesap Waris Lord Dalhousie telah menafikan hak-hak tradisional dari segi perwarisan. Orang India terlalu marah dengan tindakan British yang menduduki wilayah-wilayah yang tiada pewaris sah.

Di Indonesia pula, Perang Jawa tercetus atas sebab pembatalan kontrak sewaan tanah oleh Belanda. Dalam kontrak tersebut, orang-orang Eropah dibenarkan menyewa tanah untuk mengusahakan tanaman sendiri. Belanda menganggap sistem sewa tanah ini sebagai satu bentuk penindasan ke atas masyarakat tempatan. Undang-undang telah diluluskan untuk membatalkan semua kontrak sewaan tanah.

Tokoh yang memainkan peranan penting dalam perang Jawa ialah Dipo Negoro. Beliau membenci Belanda kerana mempermainkan hak perwarisan takhtanya dan juga soal-soal keagamaan. Dipo Negoro sebenarnya merupakan anak sulung Amangkubuwono III. Apabila Amangkubuwono mangkat, Dipo Negoro telah diketepikan. Raffles yang memerintah Indonesia ketika itu telah melantik putera yang lebih muda iaitu Djarot sebagai pemerintah Jogjakarta. Apabila Djarot mangkat dan Indonesia diambil alih oleh Belanda sekali lagi Dipo Negoro telah diketepikan apabila anak Djarot yang baru berusia dua tahun dilantik menjadi raja menggantikan ayahda nya.

Dari segi keagamaan, Belanda tidak mengakui Dipo Negoro sebagai pemimpin agama Islam walaupun beliau disanjung tinggi oleh masyarakat tempatan. Mengikut kepercayaan tradisi orang-orang Jawa, Dipo Negoro boleh dianggap sebagai “Ratu Adil’. Dipo Negoro menjadi harapan mereka untuk membela nasib dan menyelamatkan mereka daripada segala penindasan dan kongkongan penjajahan Belanda.

Keadaan ini menjadi lebih genting lagi apabila Belanda hendak membina sebatang jalan raya di Jogjakarta yang betul-betul melalui kawasan pemakaman moyang Dipo Negoro. Beliau berasa terhina dengan tindakan Belanda ini kerana telah melanggar tatasusila dan nilai-nilai social serta agama Islam sendiri. Bagi Dipo Negora tindakan ini sudah keterlaluan lalu melancarkan Perang Jihad ke atas Belanda.

Jelas bahawa terdapat konflik antara nilai Barat dengan nilai tempatan. Kuasa-kuasa Barat tidak sensitif terhadap amalan dan kepercayaan tempatan. Mereka hanya menganggap sesuatu amalan sosial tidak berperikemanusiaan dari kaca mata mereka, sedangkan amalan-amalan sosial yang ada telah berakar umbi dalam masyarakat tempatan. Ini bermakna, British dan Belanda telah campur tangan dalam adat resam penduduk tempatan.
DAHAGI DI INDIA

LATAR BELAKANG
• Peristiwa Dahagi penting bagi sejarah India kerana ia merupakan pemberontakan terbesar di India
• Pemberontakan ini merupakan satu rusuhan golongan tentera atau sepoi menentang Inggeris di India
• Mengapakah orang India menganggap peristiwa ini penting? Ada dua sebab mengapa mereka berkata demikian :
1 Pemberontakkan ini dikatakan titik permulaan perjuangan kebangsaan menentang penjajah
2 Orang India juga menganggap pemberontakan ini sebagai perang kemerdekaan
Siapakah yang terlibat dalam pemberontakan ini?
• Sudah tentulah mereka yang tidak puas hati dengan Inggeris.
• Mereka itu terdiri daripada golongan tentera, golongan putera raja, pembesar dan nawab yang jelasnya telah menggangu gugat kepentingan mereka yang selama ini dikecapi sebelum kedatangan Inggeris
Apa pula jika dilihat dari sudut pandangan Inggeris
• Bagi Inggeris, pemberontakan ini bukanlah satu pemberontakan bersifat kebangsaan kerana pada ketika itu belum wujud sebuah negara bernama India.
• Inggeris juga berpendapat, pemberontakan ini hanyalah berlaku disekitar Qudh dan Rohilkand dan bukannya melibatkan seluruh India
• Oleh itu apakah uniknya Dahagi India ini?
• Ini boleh dilihat daripada perjuangan pemberontakan ini. Apa yang jelas sekali perjuangan mereka sebenarnya berdasarkan kepentingan masing-masing.
• Malah perjuangan ini tidak melibatkan semua golongan tentera kerana tentera Sikh dan rejimen tempatan masih tetap memihak kepada Inggeris
Faktor-faktor penentangan
1. Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie
• Ini merupakan satu cara mudah bagi Inggeris menguasai India. Ada tiga alasan yang digunakan oleh Inggeris untuk menakluki beberapa wilayah India berdasarkan Doctrine of Lapse iaitu
i. Undang-undang Lesap Waris
ii. Hak menakluk kuasa Agung
iii. Penyalahtadbiran pemerintah tempatan
• Melalui dasar ini Inggeris berjaya mengilhakan wilayah Punjab, Karnatik, Qudht, Tanjur, Satera, Jhansi,Baghat Jaitpur dan Sambalpur.
• Dasar Inggeris ini dianggap oleh India sebagai tidak sah malah menjatuhkan maruah pemimpin tempatan.
• Ini dapat dilihat daripada penentangan yang melibatkan golongan putera-putera raja yang memerintah seperti Nawab, Raja Tanjor, dan Nana Sahib.
• Nana Sahib tidak puas hati dengan tindakan Inggeris membatalkan bayaran pencen yang sepatutnya diterima, malah perasaan dendam itu menjadi bertambah hebat lagi apabila tanah dan estet ayah angkatnya dirampas oleh Inggeris. Atas alasan itulah Nana Sahib mengetuai Dahagi diKaunpur.
2. Pembaharuan Pentadbiran Inggeris
i. Suruhanjaya Inam
• Ini adalah kajian terhadap Pajakan Tanah tanpa sewa
• Melalui dasar ini Inggeris menyebabkan 20 000 estet di Deccan jatuh ke tangan Inggeris
• Tindakan ini telah menjejaskan pendapatan penduduk yang selama ini menggunakan sistem lama.
• Malah Inggeris telah mengubah pentadbiran hasil tanah yang sudah tentunya memberi kesan kepada pemilik dan penyewa tanah
ii. Pengenalan undang-undang British dan penggunaan bahasa Inggeris sebagai bahasa kehakiman juga ditentang oleh penduduk tempatan
iii. Pembatalan jawatan tinggi kepada penduduk India. Ini bermakna jawatan ini hanya diberi kepada orang Inggeris dalam perkhidmatan awam dan tentera. Ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka yang terlibat.
3. Pembaharuan Sosial
a. Amalan Sutee
• Ini berkaitan dengan pengorbanan diri balu-balu Hindu apabila si suami meninggal dunia. Dalam upacara pembakaran si suami, si isteri akan turut sama dibakar bersama-sama suami mereka yang telah mati
• Malah terdapat balu-balu ini dipaksa untuk melakukan amalan ini oleh sanak saudara kerana ingin memiliki harta simati.
• Bagi Inggeris tindakan ini tidak berperikemanusiaan dan dianggap satu perbuatan jenayah.
• Oleh itu Inggeris menghapuskan amalan ini melalui pembentukan undang-undang pada tahun 1929.
b. Amalan Thugee
• Ini berkaitan rapat dengan kumpulan agama yang bersenjata
• Mereka ini akan menjalankan rompakan dan pembunuhan di jalanan.
• Mereka ini akan menyamar diri dan mencekik sampai mati ke atas pengembara-pengembara atas nama Dewi Kali
c. Menghapuskan amalan membunuh bayi perempuan
• Amalan ini sebenarnya bagi mengelakkan ibubapa menanggung derita dan malu daripada pemberian dowri kepada suami apabila anak perempuan itu berkahwin kelak.
• Amalan ini sebenarnya merupakan adat turun temurun yg dilakukan masyarakat India
d. Meluluskan Akta Kahwin semula
• Bagi penganut agama Hindu, seseorang yang ditinggalkan oleh si suami adalah dilarang untuk berkahwin semula.
• Dengan adanya akta ini bermakna telah melanggar adat tradisi masyarakat India
• Meskipun idea-idea radikal Inggeris ini baik tetapi ia tidak diterima oleh masyarakat tempatan kerana melanggar adat resam mereka.
4. Pengenalan teknologi Barat
• Teknologi Barat yang diperkenalkan oleh Inggeris ialah pembinaan jalan keretapi dan telegraf.
• Masalah yang timbul di sini ialah tetang amalan Inggeris yg tidak membenarkan orang India menaiki keretapi kelas satu dan dua
• Bagi orang India sistem ini mengancam sistem kasta dan sekaligus mencemarkan ajaran agama Hindu. Amalan diskriminasi ini sebenarnya telah menjatuhkan maruah masyarakat India yang berkelas tinggi.
5. Perasaan Dendam Sepoi
• Ini sebenarkan merupakan sebab serta merta yang mencetuskan Dahagi India.
• Perasaan dendam sepoi ini tercetus berdasarkan empat isu utama iaitu :
a. Tentera yang berkasta tinggi berkhidmat di luar India
• Ini melibatkan golongan tentera dari Benggala yang terdiri daripada kaum Brahmin dan Rajput yang berkasta tinggi. Mereka ini dari wilayah Qudh dan barat laut India
• Apabila Inggeris mengarahkan mereka berkhidmat di luar India bermakna mereka ini telah mencemar kedudukan dan pandangan tinggi masyarakat India terhadap mereka.
• Imej mereka sebagai golongan berkasta tinggi terjejas.
b. Akta pengambilan tentera am
• Menurut akta ini sepoi-sepoi India akan dihantar ke wilayah-wilayah yang jauh tanpa diberi elaun. Tindakan ini sudah tentu menimbulkan perasaan tidak puas hati
• Tindakan Inggeris ini sebenarnya untuk mengimbangi bilangan tentera India dan Eropah.
c. Amalan diskriminasi dalam tentera
• Sepoi-sepoi India menerima gaji dan layanan yang jauh lebih rendah daripada apa yang diterima tentera Inggeris.
• Sistem kenaikan pangkat berdasarkan mengikut tempoh perkhidmatan bukan berdasarkan kepada kebolehan. Ini mengecewakan pegawai-pegawai yg berkebolehan tambahan pula pihak Inggeris sengaja menukarkan mereka untuk mengisi jawatan-jawatan awam yang tidak setaraf dengan kelayakan mereka.
d. Masalah senapang
• Inggeris telah memperkenalkan senapang Rifle Royal Enfield
• Masalahnya di sini ialah peluru yang digunakan hendaklah digigit terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam senapang. Di percayai bahawa peluru tersebut telah disapu dengan minyak babi dan lembu
• Suasana ini sebenarnya telah menyentuh isu keagamaan dan kebudayaan tradisional mereka yang membabitkan sepoi Hindu dan muslim.
• Walaupun Inggeris telah menarik balik peluru tersebut namun ini tidak dapat menamatkan kemarahan penduduk India, akhirnya mereka ditangkap dan dipenjarakan. Tindakan ini membangkitkan kemarahan tentera sepoi yang lain dan akhirnya melancarkan pemberontakan menentang Inggeris
Penentangan rakyat Filipina ke atas Penjajahan Sepanyol
Pemberontakan rakyat Filipina Menentang kuasa Sepanyol

Tujuan penjajahan Sepanyol di Filipina
• Untuk menguasai perdagangan rempah
• Sebagai pangkalan tapak penyebaran agama kristian di negara China dan Jepun.
• Mengkristiankan penduduk Filipina
• Sepanyol memerintah Filipina selama 300 tahun. Dlm tempoh tersebut berlaku penindasan yg dilakukan oleh pegawai-pegawai dan pederi Sepanyol.
• Sejak awal pemerintahan Sepanyol, masyarakat tempatan sering bangun menentang penjajah kerana tidak puas hati dgn tindakan pegawai-pegawai Sepanyol yg menggunakan kuasa mereka utk memeras rakyat jelata di Filipina.
• Ada diantara paderi-paderi Sepanyol yg menindas rakyat untuk kepentingan gereja.
• Misi Sepanyol untuk mengkristiankan penduduk Filipina telah berjaya dengan sebahagian besar penduduk telah menganut agama ini.
• Dari sini ramai paderi-paderi lahir akibat wujudnya proses kristianisasi terhadap penduduk Filipina.
• Wujud diskriminasi di antara paderi-paderi Sepanyol dengan paderi-paderi berbangsa Filipina telah menimbulkan perasaan tidak puas hati dikalangan mereka meskipun mereka ini memiliki kelayakan dan latihan setanding dgn paderi-paderi Sepanyol. Mereka hanya diberi jawatan-jawatan yg rendah di gereja. Keadaan ini telah mencetuskan anti-Sepanyol di kalangan bangsa Filipina
• Pelaksanaan Sistem Encomiendia, sistem Polo dan sistem Vandala telah menyemarakkan lagi perasaan anti Sepanyol

Sistem Encomienda
• Rakyat dikenakan cukai yg tinggi sebanyak satu hingga sembilan peso
• Cukai ini dianggap sebagai ufti kepada pemerintah Sepanyol di Filipina.
• Rakyat dikerah menjadi buruh paksa kepada pentadbir Sepanyol.
• Sesiapa yg tidak membayar cukai dan enggan melaksanakan kerja-kerja paksa tindakan tegas akan diambil spt membinasakan kampung, mencedera dan memenjarakan mereka

Sistem Polo
• Semua lelaki berumur antara 18-60 tahun kecuali penghulu dan putera sulung mereka dipaksa berkhidmat secara paksa selama 40 hari setahun dgn kerajaan Sepanyol.
• Sistem ini dianggap satu penindasan kerana mereka tidak diberi gaji sebaliknya diberi sedikit beras untuk mengelakan mereka drp mati kebuluran.

Sistem Vandala
• Rakyat dikehendaki menyerahkan barangan tertentu kepada kerajaan secara paksa.
• Lazimnya mereka tidak diberi apa-apa bayaran terhadap barang yg diserahkan.
• Kadangkala mereka diberi kupon yang tidak bernilai sebagai tanda hutang oleh kerajaan.
• Ketiga-tiga sistem ini jelas membuktikan wujudnya amalan diskriminasi dan penindasan ke atas rakyat Filipina.
• Akibat sistem ini berlakunya pengabaian terhadap tanaman makanan sehingga berlakunya kekurangan makanan.
• Keadaan ini berlanjutan sehingga membawa kebuluran dan wabak penyakit.
• Beribu-ribu org tlh mati kebuluran dan ada antara mereka telah melarikan diri ke kawasan pedalaman untuk mengelakkan sistem ini.
• Perasaan tidak puas hati ini telah membawa kepada penentangan terhadap penjajah Sepanyol namun penentangan ini bukanlah satu gerakan nasionalisma tetapi lebih kepada gerakan bersifat kedaerahan
• Penentangan masyarakat tempatan Filipina sebenarnya berlaku sejak abad ke 16 lagi yg melibatkan golongan tentera, agama, masyarakat awam dan golongan intelektual.
• Pada peringkat awal terdapat lebih kurang 100 penentangan dan lazimnya pemberontakan awal ini tidak teratur dan mudah ditewaskan oleh penjajah Sepanyol.
• Antara penentangan-penentangan utama sepanjang abad ke 16 hingga ke 18 ialah :
• Pemberontakan Tondo 1584
• Penentangan Org Islam Moro di Mindanao dan Sulu.
• Pemberontakan petani Leyte 1621
• Pemberontakan Sumoroy 1649
• Pemberontakan Dagohoy di Bohol 1744
• Pemberontakan Diego Silang.
• Pada peringkat kedua penentangan juga dipenuhi dgn kebangkitan anti-penjajahan Sepanyol yg melibatkan pemimpin tempatan, golongan aristokrat, golongan agama dan tentera.
• Antara penentangan yg wujud ialah :
1. Pemberontakan Basi (Casi) 1807
2. Pemberontakan Novales 1823
3. Pemberontakan Tayabas 1840-1841
4. Dahagi Tagalog 1871
5. Pemberontakan Cavite 1872

Pemberontakan Basi (Casi) 1807
• Pada tahun 1807, pengharaman kerajaan Sepanyol ke atas industri membuat arak (casi) tlh mencetuskan pemberontakan Casi di Ilcandia.
• Industri membuat casi merupakan pekerjaan tradisional penduduk tempatan yg menghasilkan pendapatan yg lumayan kepada penduduk.
• Perasaan tidak puas hati timbul apabila kerajaan Sepanyol mengambil alih industri ini disebalik pengharaman industri tempatan.
• Keadaan ini menyebabkan rakyat Filipina yg terlibat dlm industri ini telah terjejas pendapatan mereka.
• Kebencian masyarakat tempatan menjadi kemuncak apabila kerajaan Sepanyol dikatakan telah menggangu adat resam masyarakat tempatan yg tlh diamalkan sekian lama.
• Rakyat tempatan juga dikehendaki membeli arak daripada kerajaan Sepanyol dengan harga yang tinggi
• Penentangan adat resam dan penindasan kerajaan Sepanyol ini telah mencetuskan pemberontakan Basi.
• Pemberontakan ini dapat disamakan dengan peristiwa “Whisky Rebellion” di Amerika Syarikat pada tahun 1794
Pemberontakan Novales 1823
• Pemberontakan ini melibatkan golongan tentera Filipina yg tidak puas hati dgn amalan diskriminasi tentera Sepanyol terhadap tentera Filipina.
• Mereka dibezakan dari segi gaji, taraf jawatan dan pekerjaan, layanan dan peluang kenaikan pangkat.
• Ini terbukti apabila tentera Filipina diberi gaji yang rendah, layanan yang buruk dan tidak berpeluang menjawat jawatan yg lebih tinggi berbanding tentera Sepanyol.
• Dalam pemberontakan ini tentera Filipina hampir menawan Manila.
Pemberontakan ini sebenarnya satu usaha untuk mengembalikan maruah tentera Filipina yang ditindas agar setanding dgn tentera berbangsa Sepanyol.

Pemberontakan Tayabas 1840-1841
• Pemberontakan Tayabas merupakan pemberontakan golongan paderi-paderi Filipina menentang paderi Sepanyol.
• Pemberontakan ini disebabkan amalan diskriminasi dikalangan paderi Sepanyol dgn paderi Filipina.
• Paderi-paderi Sepanyol diberi pelbagai kemudahan, keistimewaan dan memegang jawatan yang tinggi dalam gereja sedangkan paderi berbangsa Filipina diketepikan dan tidak dibenarkan menduduki jawatan penting dalam gereja.
• Gerakan ini dipimpin oleh paderi Apolinario de La Cruz
• Beliau cuba menubuhkan persatuan Gereja St.Joseph yang ahlinya terdiri daripada orang-orang Filipina sahaja.
• Namun cubaan Cruz mendapat tentangan daripada gereja Katolik.Cruz kemudiannya telah menubuhkan gerejanya sendiri dan melantik dirinya sebagai ketua
• Cruz juga tidak dibenarkan belajar di gereja katolik sebagai langkah menghalang peluasan kuasa paderi Filipina.
• Cruz tlh menubuhkan pertubuhan agama yg dikenali sebagai Confrdia de San Jose yg bertujuan menghalang diskriminasi penguasa Sepanyol dlm gereja.
• Pertubuhan ini diharamkan oleh Sepanyol bagi menghalang bergerak aktif dan mempengaruhi paderi-paderi lain.
• Pemberontakan ini tamat apabila Cruz dihukum bunuh dan penyokong-penyokongnya disingkirkan daripada gereja.

Dahagi Tagalog 1871
• Merupakan satu gerakan penentangan menuntut persamaan hak oleh tentera berbangsa Filipina.
• Tindakan Kerajaan Sepanyol memperalatkan masyarakat Filipina yg lain tlh memecahbelahkan penduduk Filipina.
• Keadaan ini tlh menyedarkan rakyat Filipina tentang ketidakadilan penjajah Sepanyol, penindasan serta segala kekejaman yg dilakukan.

Pemberontakan Cavite 1872
• Pemberontakan Cavite pada tahun 1872 adalah bercorak nasionalisma.
• Pemberontakan bersenjata ini berlaku di gudang senjata di Cavite.
• Ia dianggotai 200 orang askar diketuai oleh sarjan Lamadrid untuk menentang pegawai-pegawai Sepanyol.
• Gerakan ini gagal kerana kekurangan senjata dan kekuatan tentera mereka tidak setanding tentera Sepanyol.
• Dalam pemberontakan tersebut, 41 org tlh dihukum bunuh termasuk 3 org paderi berbangsa Filipina iaitu Jose Burgos, Mariano Gomez dan Jancita Zamora.
• Pembunuhan 3 org paderi ini merupakan satu tindakan kejam kerana mereka tidak terlibat langsung dlm pemberontakan ini.
• Peristiwa ini tlh menyemarakan perasaan anti-Sepanyol yg menyeluruh sehingga melahirkan golongan yg ingin membebaskan bangsa mereka.

Gerakan Propaganda La Solidaridad 1882-1896
• Kebanyakan ahlinya merupakan pelajar Filipina yang menuntut di Sepanyol. Gerakan ini wujud sejak tahun 1882.
• Gerakan ini disertai oleh golongan profesional. Antaranya termasuklah Dr.Jose Rizal, Lopez Jaena dan Marcelo del Pilar.
• Perjuangan mereka melalui media massa yang cuba mendedahkan kezaliman kerajaan Sepanyol serta perjuangan menuntut hak persamaan taraf antara pegawai Filipina dengan pegawai Sepanyol.
• Gerakan propaganda disalurkan melalui akhbar La Solidaridad.

Liga Filipina 1892
• Diasaskan oleh Jose Rizal.
• Tujuan Liga Filipina:
1. Menentang ketidakadilan dan kekejaman
2. Mewujudkan kesatuan antara pulau-pulau Filipina
3. Sentiasa membuat kajian dan menjalankan perubahan
4. Menggalakkan kemajuan dalam segala bidang.
• Perjuangan bersifat sederhana dan secara aman
• Bagaimanapun Kerajaan Sepanyol mengesyaki Liga Filipina sebagai sesuatu yang subversif dan revolusioner
• Akhirnya Jose Rizal ditangkap dan dijatuhi hukuman mati atas tuduhan terlibat dalam gerakan pemberontakan
Jelaskan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa (1854) dan Perjanjian Nanking (1842) di negara Jepun dan China

Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani antara Jepun dengan Amerika, manakala Perjanjian Nanking ditandatangani antara China dengan British. Kedua-dua perjanjian merupakan perjanjian penting yang membawa banyak kesan politik, ekonomi, dan sosial terhadap China dan Jepun.

Kegiatan perdagangan giat dijalankan Amerika Syarikat pada awal abad ke 19, iaitu kegiatan perdagangannya dengan Negara China di Canton. Atas kepentingan inilah Amerika Syarikat merasakan betapa pentingnya mencari pelabuhan persinggahan. Dalam hubungan ini negara Jepun merupakan negara yang paling sesuai sebagai pangkalan arang batu dan juga pelabuhan persinggahan. Disamping itu Amerika Syarikat juga menjalankan kegiatan menangkap ikan paus di Pasifik Utara dan kebiasaannya anak-anak kapal sering terkandas di pinggir laut Jepun. Memandangkan keadaan yang sedemikian, Amerika Syarikat merasakan perlu diadakan hubungan dengan menghantar rombongan ke Jepun bagi memenuhi kepentingan desakan ekonomi ini.

Hasil pertemuan ini maka perjanjian Kanagawa telah ditandatangani oleh Amerika Syarikat dengan Jepun pada tahun 1854. Ini merupakan perjanjian yang pertama bagi Negara Jepun ke atas Negara Barat. Sesungguhnya perjanjian ini membawa kesan yang banyak ke atas Negara Jepun

Dari segi politik, Perjanjian Kanagawa menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu Jepun.
Ini jelas jika dilihat beberapa siri perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain iaitu dengan Britain (1854), Russia (1855) dan Belanda pada tahun 1858. Amerika Syarikat berjaya membuka konsulnya di Jepun yang diketuai oleh Townshed Harris. Dengan adanya konsul ini hubungan diplomatic yang kukuh antara Jepun dan Amerika Syarikat terjalin. Beberapa pelabuhan perjanjian dibuka malah Amerika Syarikat juga diberi kebenaran melantik seorang konsul di Shimoda

Jika dilihat dari sudut politik yang lain pula, perjanjian Kanagawa memberi pengaruh yang besar kepada kejatuhan pengaruh Shogun. Pengaruh Shogun semakin lemah dan orang ramai dan golongan pembesar mendesak supaya Shogun digulingkan. Pihak Barat pula mengambil peluang ini untuk mengagung-agungkan maharaja dalam gerakan yang dikenali sebagai “sonno-jai”. Mereka mendesak supaya kuasa maharaja yang selama ini hilang dikembalikan semula. Shogun akhirnya terpaksa tunduk dan secara rasminya menyerah kuasanya kepada Maharaja Meiji.


Dari segi ekonomi, Perjanjian Kanagawa menandakan berlakunya kegiatan perdagangan yang lebih pesat antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat. Di bawah perjanjian tersebut, Jepun telah membuka dua buah pelabuhan. iaitu Shimoda dan Hakodate kepada Amerika Syarikat bagi mendapatkan bekalan dan tujuan berdagang. Anak-anak kapal Amerika Syarikat yang terkandas di Jepun diberi layanan yang baik. Hubungan perdagangan antara Jepun dengan kuasa-kuasa Barat telah ditetapkan.
Dari segi sosial, terdapat kemasukan unsur-unsur Barat seperti barangan buatan Barat dan fahaman Barat.

Di negara China, keadaannya amat berbeza sama sekali dimana Britain telah memaksa China menandatangani Perjanjian Nanking pada tahun 1842 selepas China kalah dalam perang Candu I. Dengan termeterainya perjanjian ini menandakan bermulanya Dasar Buka Pintu China. Kerajaan China di bawah Dinasti Manchu juga terpaksa mengadakan hubungan dengan kuasa asing yang lain. Pada tahun 1844, China menandatangani Perjanjian Wanghia dengan Amerika Syarikat dan Perjanjian Whampoa dengan Perancis. Pada tahun 1847 pula, kerajaan Manchu mengadakan perjanjian dengan Norway dan Sweden.
Termeterainya Perjanjian Nanking telah mendedahkan kelemahan Dinasti Manchu. Terdapat kepercayaan umum bahawa Dinasti Manchu telah kehilangan mandat daripada syurga untuk memerintah. Terdapat percubaan menggulingkan Dinasti Manchu yang semakin lemah itu.
Dari segi ekonomi, China terpaksa membuka lima buah pelabuhan, iaitu Amoy, Canton, Foochow, Ningpo, dan Shanghai kepada kuasa Barat demi perdagangan. Ini bermakna China terpaksa menerima perdagangan bebas. China juga terpaksa menyerahkan Hong Kong kepada Britain. Sistem monopoli perdagangan Co-hong telah dihapuskan. Kerajaan China dikehendaki membayar ganti rugi sebanyak 21 juta tael kepada Britain.
Dari segi sosial, China didedahkan kepada unsur-unsur Barat seperti barangan asing, agama Kristian, dan fahaman Barat. Agama Kristian telah disebarkan dengan meluasnya di Negara China.
Sebagai kesimpulan, kedua-dua Perjanjian Kanagawa dan Nanking berbeza. Jepun menandatangani Penjanjian Kanagawa secara sukarela, manakala China menandatangani Perjanjian Nanking selepas dipaksa. Selepas perjanjian, Jepun menjadi moden dan kuat, manakala China semakin lemah dan semakin dicerobohi oleh Barat sehingga menjadi “Semi Colony”.
MEKANTALISME

Sejauhmanakah campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur pada abad ke 19 dipengaruhi oleh factor mekantalisme?

Sejak abad ke-16 lagi. kegiatan penjelajahan kuasa-kuasa barat telah bermula berasaskan matlamat Gospel, Gold and ,Glory iaitu agama. ekonomi dan kemegahan. Kuasa Portugal dan Sepanyol merupakan dua kuasa terulung yang mendahului kuasa-kuasa Eropah lain dalam usaha meluaskan pengaruh mereka di Asia atas tujuan tersebut. Pada abad ke-19, kegiatan imperialisme kuasa barat di Asia ternyata di pengaruhi oleh perkembangan-perkembangan semasa khususnya yang berkatian dengan faktor ekonomi.
Sepanjang abad ke-19, terdapat perlumbaan di kalangan kuasa-kuasa barat untuk meluaskan pengaruh di Timur berikutan tercetusnya Revolusi Perindustrian di Eropah. Oleh itu, tumpuan utama mereka ke Timur adalah berkait rapat dengan kepentingan ekonomi khususnya perdagangan. Dengan erti kata lain, kepentingan mekantilisme telah menjadi pendorong utama kehadiran orang-orang barat ke Timur khususnya di Asia Tenggara dan Asia Timur. Tambahan pula, pembukaan Terusan Suez pada tahun 1869 telah memendekkan jarak perjalanan antara Timur dan Barat. Keadaan ini telah memberi kemudahan dan menggalakkan lagi kedatangan orang-orang barat ke timur untuk mengeksploitasi kekayaan bahan mentah yang dimiliki.
Perkembangan Revolusi Perindustrian di Eropah pada abad ke-19 telah mempengaruhi kuasa-kuasa barat berlumba-lumba untuk menguasai negara-negara yang kaya dengan bahan mentah untuk keperluan kilang-kilang mereka. Bahan mentah yang sering kali menjadi rebutan antara kuasa barat ialah bijih timah, getah, kelapa sawit. sutera. kain kapas dan lain-lain. Bijih timah sangat diperlukan untuk perusahaan ayan atau mengetin makanan. getah untuk industri automobile bagi menghasilkan tayar dan bahan penebat elektrik serta sutera dan kapas untuk industri tekstil. Selain itu. mereka juga bertujuan mencari tanah jajahan baru untuk meluaskan pasaran bagi barangan siap yang dihasilkan oleh industri mereka. Justeru itu, tumpuan diberikan ke atas negara yang bukan sahaja memiliki hasil bumi yang banyak. malahan turut juga mempunyai bilangan penduduk yang ramai seperti India, China. Indonesia dan lain-lain. Tanpa bekalan bahan mentah dan pasaran. sesebuah kuasa tidak akan mencapai hasrat untuk memajukan industrinya. Lantaran itu, negara-negara itu sering bersaing untuk mendapatkan tanah jajahan agar tidak terlepas peluang kepada kuasa barat yang lain.
Terdapat beberapa bukti yang menunjukkan bahawa faktor mekantilisme telah membawa kepada campur tangan kuasa-kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Antaranya ialah perluasan kuasa Inggens di Myanmar. Myanmar sememangnya mempunyai kepentingan ekonomi bagi lnggeris. Hal ini kerana Myanmar kaya dengan bahan mentah seperti kayu jati, galian batu permata. minyak dan tanah pertanian yang subur serta terletak di laluan perdagangan yang penting ke negara China. Kekayaan ekonomi Myanmar ini telah mendorong pihak Inggeris berusaha menguasai Myanmar melalui tiga siri peperangan iaitu Perang Inggeris-Burma Pertama, Perang Inggeris-Burma Kedua dan Perang Inggeris-Burma Ketiga. Akibatnya pada tahun 1886. seluruh Myanmar telah jatuh ke tangan Inggeris.
Perluasan dan pengukuhan kuasa Belanda di Indonesia juga didorong oleh faktor yang sama. Kepulauan Maluku yang merupakan tempat yang paling kaya dengan hasil rempah ratus akhirnya berjaya dikuasai oleh Belanda. Kuasa Belanda seterusnya berjaya mengukuhkan pengaruh di Jawa yang merupakan kawasan pertanian yang produktif yang mampu memberikan pendapatan yang lumayan kepada Belanda. Sementara Pantai Timur Sumatera dan Kalimantan pula kaya dengan petroleum. Justeru itu, Belanda berusaha mengukuhkan haknya di seluruh Indonesia dalam rangka melaksanakan eksploitasi sepenuhnya kekayaan ekonomi di Indonesia melalui penubuhan syarikat perdagangan seperti Royal Dutch Shell, Syarikat Minyak Dordrecht dan lain-lain.
Sepanyol pula memerluan tebu yang banyak ekoran terciptanya mesin memproses tebu untuk menghasilkan gula. Faktor ini telah mendorong penguasaan kuasa Sepanyol di Filipina.
Sementara itu di Asia Timur juga berlaku perluasan pengaruh imperialisma barat yang dipengaruhi oleh faktor mekantilisme. Negara China merupakan sebuah negara yang mempunyai kepentingan perdagangan kaya dengan teh, sutera serta hasil galian. Tambahan pula. China mempunyai kepadatan penduduk yang tinggi. Pada tahun 1830 an. jumlah penduduk China adalah melebihi 400 juta orang. jumlah ini menjadikan negara China mempunyai kuasa beli yang amat berpotensi kepada hasil pengeluaran industri barat. Kekayaan dan kepentingan ekonomi yang dimiliki oleh negara China telah menjadi daya penarik kepada negara-negara barat untuk menguasai negara China. Kekalahan China dalam Perang Candu 1 (1839 1842), Perang Candu 11(1856-1860) dan Perang China-Jepun (1894-1895) telah membuka ruang kepada kuasa-kuasa barat untuk mengeksploitasi ekonominya. Alasan yang sama juga digunakan oleh Amerika Syarikat untuk memaksa Jepun nembuka pintu negaranya dengan menandatangani Perjanjian Kanagawa pada 21 Mac 1854. Dengan itu. beberapa pelabuhan Jepun telah dibuka untuk perdagangan dengan kuasa asing.
Seiringan dengan kemajuan pesat dalam ekonomi perindustrian dan perdagangan, wujud persaingan antara kuasa-kuasa barat untuk menguasai sebanyak mungkin Tanah jajahan di Asia khususnya Asia Tenggara dan Asia Timur. Inggeris pada awalnya bimbang dengan perkembangan pengaruh Perancis yang sedang mara menguasai Indochina dan India. Kedua-dua kuasa ini sedang cuba mengatasi satu sama lain. Justeru itu. Inggeris mesti bertindak terlebih dahulu menguasai Myanmar sebelum Perancis berbuat demikian. Usaha Inggeris telah membuahkan hasil apabila seluruh Myanmar jatuh ke tangannya pada tahun 1886. campur tangan Inggeris di Myanmar juga didorong oleh usaha memulihkan keamanan akibat tercetusnya Pemberontakan orang Arakan. Di Indonesia. melalui dasar monopolinya. kuasa Belanda telah berjaya mengusir keluar orang Portugis, Sepanyol dan Inggeris dan bertapak dan menguasai ekonomi Indonesia. Di Negara China, kuasa-kuasa barat telah menggunakan kesempatan dan kelemahan negara China untuk meluaskan pengaruh masing-masing. Contohnya, Rusia menguasai Manchuria Selatan. Jerman menyewa Teluk Kiaocho. Inggeris mendapat Hong Kong, Wei Hai Wei dan Perancis menyewa Teluk Kangcho. Kuasa-kuasa barat juga merebut peluang menandatangani penjanjian dengan Jepun selepas Amerika merintis jalan membuka hubungan Jepun dengan dunia luar. Campur tangan lnggeris di Jepun bermula setelah menandatangani Perjanjian Nagasaki pada Oktober 1854, Rusia menandatangani Perjanjian Shimoda pada tahun 1855 diikuti oleh kuasa Belanda pada tahun 1856.
Selain danipada faktor mekantilisme, tendapat juga faktor-faktor lain yang mendorong campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Kemajuan sains dan teknologi seperti penciptaan kapal berkuasa wap, pembukaan Terusan Suez. pengenalan sistem telegraf telah berjaya menyumbang kepada campur tangan dan penguasaan orang-orang barat. Ciptaan ini telah memberi kemudahan kepada orang-orang barat untuk tiba di Timur dengan lebih cepat dan pantas. Kos perjalanan juga dapat dikurangkan. Keadaan ini memberi peluang kepada imperialis barat menegakkan kekuasaan di Timur.
Di samping itu. orang-orang barat juga berazam membalas dendam terhadap orang-orang Islam kerana kekalahan mereka dalam Perang Salib. Justeru itu, mereka berusaha menghapuskan kekuasaan dan kejayaan Islam di Asia Tenggara dengan memperhebatkan misi suci untuk mengkristiankan penduduk di Asia Tenggara. Bukti kejayaan mereka terserlah apabila kuasa Sepanyol telah berjaya mengkristiankan penduduk Filipina dan tindakan Perancis menuntut kebebasan paderi Kristian di Indochina. Mereka juga mendakwa bahawa campur tangan orang-orang barat adalah didorong oleh rasa tanggungjawab untuk memperadabkan atau mentamadunkan orang Asia setanding dengan peradaban barat yang dianggap lebih baik dan unggul.
Kesimpulannya. kepentingan mekantilisme merupakan faktor paling berpenganuh dalam mendorong campur tangan kuasa barat di Asia Tenggara dan Asia Timur. Ianya dibuktikan dengan berlakunya perubahan yang pesar dalam pembangunan dan kemajuan ekonomi di Negara terlibat. Wala bagaimanapun, factor-faktor lain turut juga membantu dan menyumbang kea rah campur tangan kuasa-kuasa barat pada abad ke 19.

Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring

Ulaskan sebab-sebab Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring dan kesan-kesannya ke atas negara Burma dan Thailand

Britain berminat dengan negara Burma kerana kepentingan ekonominya. Britain terlibat dalam satu peperangan dengan Burma, iaitu Perang Inggeris-Burma I yang berlaku pada tahun 1824 hingga tahun 1826. Perang ini ditamatkan dengan termeterainya Perjanjian Yandabo pada tahun 1826. Bagi Thailand pula, atas kesedaran Raja Mongkut, Perjanjian Bowring ditandatangani antara beliau dengan Britain pada tahun 1855. Kedua-dua perjanjian ini ditandatangani atas sebab-sebab tertentu dan mempunyai kesan ke atas negara masing-masing.

Perjanjian Yandab telah menamatkan Perang lnggeris-Burma 1. Punca peperangan ini adalah mengenai masalah sempadan. Raja Bodawpaya telah menakluki Arakan yang berjiran dengan Chittagong. Dengan ini, Kerajaan lndia-Inggeris dan Burma berkongsi satu sempadan. Pentadbiran Burma di Arakan sangat zalim. Berlaku banyak pemberontakan dan ramai pemberontak melarikan diri ke Chittagong. Burma menuntut agar Kerajaan lndia-lñggeris menyerahkan pemberontak Arakan. Pada tahun 1811, hubungan British dan Burma semakin tegang apabila Chin Byan menakluki Mrohoung, sebuah bandar Burma. Burma mengesyaki bahawa British telah menyokong Chin Byan.
Pertentangan kebudayaan juga membawa kepada meletusnya Perang Inggeris - Burma 1. Burma ialah sebuah kuasa konservatif dan merasa dirinya tidak boleh dikalahkan. Utusan British dianggap sebagai pembawa ufti yang mesti mematuhi adat menanggalkan kasut dan duduk bersila di atas lantai sebelum mengadap raja. British enggan melakukannya dan menganggapnya sebagai satu penghinaan.

Utusan British memang gagal mencapai matlamat mereka untuk mendapatkan konsesi perdagangan . ini juga membawa kepada ketegangan hubungan diplomatik antara kedua-dua pihak.

Satu lagi faktor ialah kebimbangan kemaraan kuasa Perancis. Perancis berharap dapat menggunakan Burma sebagal tapak untuk menyerang British di India. Perancis telah membina sebuah pangkalan di Mergui. Kerajaan India-lnggeris ingin memujuk Burma supaya melarang Perancis daripada menggunakan pelabuhannya. British terpaksa mengamalkan dasar berbaik-baik dengan Burma supaya Burma tidak berpakat dengan Perancis untuk menentangnya.

Dasar perluasan kuasa Burma ke Assam, Manipur dan Cachar telah meretakkan hubungan antara British dengan Burma. Raja Bagyidaw dengan bantuan .Jeneral Maha Bandula memulakan serangan ke atas Assam pada tahun 1822 dan kemudiannya ke Manipur dan Cachar. serta Pulau Shahpuri. Ini memberikan peluang kepada British untuk mengisytiharkan perang ke atas Burma pada tahun 1824.

Syarat-syarat Perjanjian Yandabo adalah seperti yang berikut:
(a) Wilayah Arakan dan Tenasserim diserahkan kepada British.
(b) Burma bersetuju menggugurkan semua tuntutannya ke atas Assam dan Manipur.
(c) Burma bersetuju membayar ganti rugi sebanyak 10 juta rupee kepada British.
(d) Burma bersetuju menerima seorang Residen British untuk menjalinkan hubungan diplomatik.
(e) Burma bersetuju menghantar duta ke Calcutta.

Perjanjian Yandabo merupakan satu penghinaan kepada Kerajaan Burma. Burma kehilangan banyak kawasan pantai. Perang lnggerisBurma I menandakan permulaan penjajahan British di Burma.

Raja Mongkut sedar dan peka terhadap pergolakan politik sekitar Asia dan dasar imperialisme Barat. Contoh tersebut dilihat daripada kejatuhan Burma Hilir ke tangan British selepas Perang liiggeris-Burma I, pencerobohan British di China yang menyebabkan Perang Candu I dan penguasaan Perancis ke atas Lembah Mekong. Raja Mongkut sedar bahawa sikap degil dan dasar pemencilan Siam akan merugikan Siam sendiri. Raja Mongkut dengan relanya telah menandatangani Perjanjian Bowring dengan British pada tahun 1855.

Syarat-syarat Perjanjian Bowring 1855 adalah seperti yang berikut:
(a) Perdagangan bebas dijalankan.
(b) Cukai import 3% ad valorem dan eksport 5% ad valorem
(c )British boleh membeli dan menyewa tanah dalam lingkungan 6 KM dari Bangkok
(d)Import Candu ke Siam dibenarkan
(e) Seorang konsul British ditempatkan di Siam untuk mengadakan hubungan diplomatik
dengan Raja Siam.
(f) Eksport beras dibenarkan.
(g) Rakyat British di Siam diberi hak-hak wilayah asingan.

Perjanjian Bowring disusuli oleh perjanjian dengan kuasa-kuasa asing yang lain seperti Perancis dan Amerika Syarikat (1856). Denmark (1858), Portugal (1859), Holland (1860), Prusia (1860), Belgium (1868), Itali, Norway, dan Sweden (1868).

Kuasa-kuasa Barat ini mendapat keistimewaan yang sama seperti yang diperoleh British. Perjanjian Bowring merupakan perjanjian yang paling memuaskan hati pihak British.

Perjanjian Bowring menandakan permulaan Dasar Buka Pintu Siam. Dasar ini telah membawa Siam ke arah pemodenan. Raja Mongkut telah memulakan pemodenan Siam di sekitar istana dan Bangkok. Beliau mengupah penasihat asing untuk mengetuai jabatan-jabatan tertentu.

Dasar luar negeri ini yang bertujuan mengadakan hubungan diplomatik untuk berbaik-baik atas dasar persamaan taraf menyelamatkan Siam daripada diserang oleh kuasa-kuasa luar. Raja Mongkut berjaya mengekalkan kemerdekaan Siam.

Zaman imperialisme Barat dan pada masa kebanyakan negara lain di Asia Tenggara dijajah oleh kuasa-kuasa Barat, Perjanjian Bowring dengan disusuli oleh perjanjian-perjanjian lain telah membawa Siam ke arah perkembangan dan kemajuan yang pesat. Pelaburan modal asing menambahkan lagi perkembangan perdagangan dan ekonomi Siam. Siam telah ditarik ke dalam rangkaian perdagangan antarabangsa.

Kesimpulannya. boleh dikatakan bahawa Perjanjian Yandabo dan Perjanjian Bowring agak berbeza. Di bawah Perjanjian Yandabo, Burma Hilir dijajah dan Burma dipaksa menandatangani Perjanjian Yandabo akibat peperangan dengan British. Bagi Siam pula. pemodenan dapat dijalankan selepas Perjanjian Bowring dimeterai. Siam mendapat keuntungan daripada Perjanjian Bowring kerana tetap merdeka dan menjadi semakin moden.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R