Skip to main content

Artikel - Adap Berguru

ADAP BERGURU

Guru adalah adalah insan mulia yang berperanan memberi pendidikan kepada anak-anak dan masyarakat. Mereka juga bertanggungjawab membentuk generasi yang beriman, berilmu pengetahuan, berketerampilan, berwawasan dan berakhlak mulia.

Panduan Adab Berguru; berwuduk, berdoa, bersedia dengan bahan-bahan pembelajaran, memakai pakaian bersih dan bersopan santun dan memberi tumpuan ketika belajar.

PERBEZAAN PELAJAR BERADAB DENGAN KURANG ADAP

(a) Pelajar beradab; memberi salam apabila berjumpa guru, bercakap menggunakan bahasa yang sopan, manis muka menerima teguran dan nasihat guru, menegur atau bertanya khabar apabila bertemu guru di luar kawasan sekolah, dan membuat kerja yang disuruh dengan ikhlas dan bersungguh-sungguh.

(b) Pelajar kurang beradab/sopan, tidak memberi salamapabila bertemu, bercakap kasar dan melawan guru, bermasam muka menerima teguran dan nasihat guru, tidak mengindahkan guru, dan tidak ikhlas membuat kerja yang disuruh dan tidak bersungguh-sungguh.

CARA MENGENANG JASA GURU

1.Mendoakan kebaikan dan kebajikannya,2. Mengeratkan silaturahim walaupun telah tamat pengajian,3.Menziarahi guru ketika kelapangan/di hari perayaan, 4.Menghormati guru sepanjang masa, 5.Mengucapkan terima kasih kepada guru apabila memperolehi kejayaan.

HIKMAH/FAEDAH MENGHORMATI GURU

Ilmu yang dipelajari diberkati Tuhan; Membentuk peribadi dan akhlak mulia; Mudah mengingati dan memahami pengajaran guru; Memperolehi kejayaan di dunia dan di akhirat.

AKIBAT TIDAK MENGHORMATI GURU

Ilmu yang dipelajari tidak mendapat keberkatan Tuhan; Tidak bermoral dan rendah budi pekerti; Susah mengingati dan megikuti ajaran guru; dan mudah terpengaruh dengan unsur-unsur negatif.

Untuk renungan bersama. Sekian.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R