Skip to main content

Sejarah Malaysia Tema 3

Tema 3 : Gerakan Nasionalisme

Pengenalan
Secara umum, dalam konteks Tanah Melayu, nasionalisme bermaksud perasaan cinta dan taat setia yang tidak berbelah bahagi kepada tanah air dan ingin membebaskan negara dan bangsa daripada pengusaan dan cengkaman kuasa asing. Nasionalisme juga ada kaitan dengan “negara” dan “bangsa”. Nasionalisme pada umumnya bertujuan mewujudkan kebebasan individu dan negara daripada cengkaman dan kongkongan pemerintah dan kuasa asing. Intipati utama nasionalisme ialah mewujudkan kebebasan dan maruah seseorang serta membentuk nasib dan masa depan sesebuah negara dan bangsa. Dengan itu, nasionalisme bergerak ke arah pembentukan satu identity bangsa yang berbudaya tinggi. Menjelang awal abad ke-20, kebangkitan nasionalisme semakin meluas di kalangan orang Melayu. Menurut W.R. Roff, proses perkembangan nasionalisme Melayu dibahagikan kepada 3 tahap yang dipimpin oleh 3 golongan yang mempunyai latar belakang pendidikan yang berlainan, iaitu:
Tahap Tahun Pendidikan
Agama 1906 – 1926 Arab
Sosioekonomi 1926 – 1937 Inggeris
Politik 1937 – 1941 Melayu

Faktor yang mendorong kepada nasionalisme
1. Agama
Pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20, masyarakat Melayu terutamanya yang tinggal di bandar-bandar berasa tidak puas hati dengan keadaan ekonomi, sosial dan politik mereka. Mereka mulai sedar bahawa kedudukan ekonomi dan sosial terancam sebab adanya masyarakat dari luar, iaitu kaum imigran seperti Cina dan India. Oleh yang demikian, orang Melayu sedar bahawa mereka perlu bertindak bagi membawa perkembangan ekonomi dan sosial ke atas masyarakat mereka supaya tidak lagi mundur dalam bidang tersebut. Kesedaran ini telah melahirkan kumpulan-kumpulan kecil yang berpengaruh dalam masyarakat Melayu untuk memperjuangkan kemajuan orang Melayu dalam bidang ekonomi dan sosial. Kesedaran ini melahirkan 3 golongan di bandar-bandar untuk memperjuangkan kepentingan masyarakat Melayu pada awal abad ke-20. Antara ketiga-tiga golongan ini, golongan yang berpendidikan Arab memainkan peranan penting dalam gerakan Pemulihan Islam di kalangan masyarakat Melayu. Mereka berpendidikan Arab dan melanjutkan pengajian Islam ke Universiti Al-Azhar di Kaherah, Mesir. Golongan berpendidikan Arab ini yang mula-mula sekali menyuarakan rasa tidak puas hati mereka terhadap keadaan ekonomi dan sosial orang Melayu pada masa itu. Mereka dari golongan ini hampir keseluruhannya memperoleh pelajaran dari Timur Tengah dan terpengaruh dengan gerakan pemulihan yang berlaku di sana. Golongan ini menerima pelajaran dan inspirasi dari gerakan pemulihan Islam moden dan gerakan Pan-Islamisme yang diasaskan pada penghujung abad ke-19 dan awal abad ke-20 oleh Imam Syeikh Muhammad Abduh dan Sayid Jamaluddin al-Afghani. Di antara penuntut-penuntut Melayu yang membawa pengaruh dari Timur Tengah ialah Syeikh Muhammad Tahir bin Jalaluddin, Syed Syeikh Ahmad al-Hadi, Haji Abbass Muhammad Taha dan Syeikh Mohammad Salim al-Kalali. Sekembalinya dari Timur Tengah khasnya dari Mesir ke tanah air pada awal abad ke-20, mereka telah berkhidmat dalam jabatan agama di negeri-negeri Melayu. Oleh sebab fahaman mereka berkenaan ajaran agama Islam baru dan agak berlainan dengan fahaman seperti kepercayaan bidaah dan khurafat yang sedia berakar umbi di negeri-negeri Melayu, mereka mendapat tentangan daripada golongan ulama tua yang kolok dan ortodoks. Golongan ortodoks ini memusuhi bukan setakat fahaman baru dalam agama, tetapi juga memusuhi perjuangan nasionalisme Melayu yang dibawa dan dirancang oleh revolusioner ini. Mengikut revolusioner ini, Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.
2. Bahasa dan kesusasteraan
Akhbar-akhbar tempatan telah memuatkan puisi, cerpen dan novel untuk membangkitkan semangat kebangsaan.
Puisi Omar Mustaffa yang tersiar dalam Utusan Melayu keluaran 18 Januari 1913 menggesa orang Melayu supaya rajin bekerja dan jangan membiarkan kekayaan diambil oleh bangsa lain. Selain itu, terdapat juga puisi lain seperti Sedarlah oleh Mahmud Ahmadi, Semenanjung oleh Harun Aminurashid (1919), Seruan Kebangsaan oleh Melati Pahang (1937) yang menggesa orang Melayu mencari ilmu dan Serunai Pujangga oleh Anum (1940) yang menggesa orang Melayu bersikap berani dan sanggup berkorban.
Selain puisi, novel juga dikarangkan untuk membangkitkan semangat kebangsaan. Antaranya ialah Hikayat Faridah Hanum oleh Syed Syeikh al-Hadi (1925) yang mencadangkan wanita perlu diberi pendidikan, Melor Kuala Lumpur oleh Harun Aminurashid (1930), Putera Gunung Tahan oleh Haji Muhammad yang mengecam British melalui kisah lucu dengan tujuan memupuk semangat cinta akan negara, hidup maju dan bebas daripada penjajahan dan Anak Mat Lela Gila oleh Ishak Haji Muhammad (1941) menyeru orang Melayu berjuang mencapai kemajuan.
Cerpen merupakan cerita pendek yang mempunyai masihat. Kebanyakan cerpen menyeru rakyat bekerja untuk kemajuan dan kemerdekaan negara. Di antara cerpen yang terkenal ialah Cerita Awang Putat oleh Abdul Rahim Kajai yang menyeru orang Melayu supaya rajin bekerja; Anak Dibuat Demal, Di Sini Kita Bukannya Orang Dagang dan Siasat Yang Tiada Diminta yang ditulis oleh Shamsuddin Salleh; Rumah Besar Tiang Sebatang oleh Ishak Haji Mahmud yang menyeru orang Melayu menbenci dan menentang penjajahan British. Melalui cerpen yang disiarkan, para pembaca akan mengetahui dasar perjuangan yang hendak disampaikan.
3. Kewartawanan
Akhbar dan majalah memainkan peranan penting menyedarkan penduduk di Tanah Melayu. Akhbar berperanan menyalurkan pendapat tokoh-tokoh perjuangan kepada masyarakat. Tulisan dalam akhbar dan majalah memberikan kesedaran kepada penduduk Tanah Melayu mengenai kemajuan. Pengaruh dari akhbar dan majalah dapat menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan pembacanya.
a. Al-Imam
Akhbar al-Imam diterbitkan pada 23 Julai 1906 di Singapura. Akhbar ini diterbitkan oleh golongan kaum muda yang dipimpin oleh Syed Syeikh al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Muhammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass Mohammad Taha. Matlamat kaum muda ialah menyampaikan pandangan dan fikiran baru mengenai Islam untuk kemajuan masyarakat. Al-Imam bertujuan membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran dan menggesa mereka berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi. Matlamat al-Imam ialah:
 Membangkitkan kesedaran orang Melayu mengenai kemunduran.
 Menggesa orang Melayu berusaha mencapai kemajuan sosial dan ekonomi.
 Menyeru umat Islam mengubah sikap dan kembali kepada ajaran Islam yang berasaskan Hadith dan Al-Quran.
 Menggesa umat Islam supaya jangan mencampurkan ajaran Islam dengan adat resam, kepercayaan dan amalan kolot.
 Menyeru umat Islam bersatu memelihara negara daripada dijajah oleh musuh.
 Menyeru umat Islam mengkaji sejarah Islam dan sejarah negara untuk mendapat pengajaran.
 Mengharapkan umat Islam mengkaji sejarah perkembangan Islam dan sejarah negara yang maju supaya mendapat kesedaran untuk mencapai kemajuan.
Walaupun al-Imam telah membangkitkan kesedaran masyarakat Melayu tentang pentingnya kemajuan sosial dan ekonomi tetapi ia tidak dapat mencapai kemajuan yang cemerlang. Hal ini adalah disebabkan kegiatan mereka mendapat tentangan hebat daripada majalah keluaran kaum tua seperti Pengasoh (1918-1937). Hasilnya, al-Imam telah menamatkan penerbitannya pada bulan Disember 1908 selepas diterbitkan sebanyak 31 keluaran. Perjuangan al-Imam diteruskan oleh Neracha (1910), Tunas Melayu (1913), al-Islam (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928).
b. Saudara
Akhbar Saudara diterbitkan pada bulan Julai 1928 oleh Syed Syeikh al-Hadi. Akhbar ini meneruskan perjuangan kaum muda untuk memajukan masyarakat Islam melalui pembaharuan. Akhbar ini disokong oleh akhbar al-Ikhwan, Idaran Zaman dan Semangat Islam. Akhbar ini ditentang pula oleh Lidah Benar dan Suara Benar yang diterbitkan oleh kaum tua. Pada tahun 1930-an, akhbar Saudara membangkitkan kesedaran politik. Saudara menyeru umat Islam mempertahankan kebebasan negara. Orang Melayu digesa berusaha dan menjaga negara daripada dikuasai oleh orang asing. Saudara memulakan ruangan Sahabat Pena pada 29 September 1934. Ruangan ini kemudian ditukarkan kepada ruangan Persaudaraan Sahabat Pena. Tujuan ruangan ini ialah untuk menimbulkan minat membaca dan mengeratkan persaudaraan di kalangan masyarakat Melayu. Ruangan ini mendapat sambutan yang memuaskan hingga kegiatannya disiasat oleh polis cawangan khas.
c. Idaran Zaman
Idaran Zaman merupakan suratkhabar kaum muda yang pertama. Ia diterbitkan di Pulau Pinang pada tahun 1925 dan berlanjutan sehingga tahun 1930. Idaran Zaman diasaskan dan dikarangkan oleh Mohammad Yunus bin Abdul Hamid, kawan karib Syed Syeikh al-Hadi. Idaran Zaman ialah suratkhabar mingguan yang menitikberatkan pembaharuan-pembaharuan agama Islam. Sebarannya agak luas di seluruh Tanah Melayu terutamanya di negeri-negeri Melayu di Utara dan Barat.
d. Al-Ikhwan
Al-Ikhwan pula diterbitkan dan dikarang oleh Syed Syeikh al-Hadi sendiri. Ia diterbitkan dari tahun 1926 hingga tahun 1931. Al-Ikhwan benar-benar menyarankan pembaharuan agama Islam. Ia telah meneruskan perjuangan al-Imam. Al-Ikhwan mempunyai banyak persamaan dengan al-Imam bukan sahaja dalam cara penulisan dan isi kandungannya malah hingga menyiarkan beberapa rencana yang pernah tersiar dalam al-Imam, seperti taksiran al-Quran dan sejarah Islam.
e. Utusan Melayu
Utusan Melayu diterbitkan pada tahun 1939. Pengarangnya yang pertama ialah Rahim Kajai. Pengarangnya yang terkenal ialah Ishak Haji Muhammad atau dkenali sebagai Pak Sako. Beliau banyak menulis mengenai orang Melayu di Pahang, Terengganu dan Kelantan. Beliau menyeru orang Melayu supaya bersatu-padu dan menguatkan semangat kebangsaan. Akhbar ini menjadi lambing perpaduan dan kegigihan orang Melayu. Bangsa Melayu diminta berusaha dengan gigih untuk kemajuan. Pendidikan diutamakan demi mencapai kemajuan. Penerbitan akhbar ini diusahakan sepenuhnya oleh orang Melayu. Orang Melayu diseru menyertai pertubuhan politik untuk memperjuangkan hak mereka. Ruangan istimewanya melapurkan kegiatan pertubuhan politik orang Melayu. Penerbitan Utusan Melayu turut menerbitkan 2 akhbar yang lain iaitu Utusan Zaman dan Mastika.
4. Sistem pendidikan
Sistem pendidikan pada zaman ini juga mendorong kepada perkembangan gerakan nasionalisme. Sekolah-sekolah agama telah didirikan di Singapura, Melaka dan Pulau Pinang. Di Negeri-negeri Melayu, sekolah agama didirikan di Teluk Intan (Perak), Kuala Terengganu dan Muar (Johor). Sekolah agama yang penting di Singapura ialah Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah, di Melaka ialah Madrasah al-Hadi dan di Pulau Pinang ialah Madrasah al-Masyor. Sistem persekolahan sekolah ini mengikut sistem yang terdapat di Mesir dan di Barat seperti yang dijalankan di Madrasah al-Iqbal al-Islamiyah di Singapura. Di samping itu, Maktab Perguruan Sultan Idris (MPSI) dan Maktab Melayu Kuala Kangsar juga bertanggungjawab membangkitkan semangat nasionalisme di kalangan penuntut-penuntut. MPSI ditubuhkan pada tahun 1922. Ia merupakan institusi latihan guru-guru Melayu bagi sekolah-sekolah Melayu. MPSI telah menerbitkan majalah-majalah seperti Cendera Mata (1923) dan majalah Guru (1924) untuk menyalurkan pendapat penuntut maktab ini.
5. Golongan intelektual
Perkembangan pendidikan di Tanah Melayu telah melahirkan satu golongan intelektual terpelajar. Golongan terpelajar ini telah terpengaruh dengan idea-idea dan falsafah-falsafah politik seperti demokrasi, liberalisme, sistem parlimen dan perlembagaan serta nasionalisme. Golongan terpelajar yang dimaksudkan ialah Raja Chulan, Eunos bin Abdullah dan Dato’ Onn bin Jaafar. Mereka diberi peluang berkhidmat dengan kerajaan. Raja Chulan (Raja Dihilir Perak) yang menjadi ahli Majlis Pusat memperjuangkan hak dan keistimewaan orang Melayu. Dato’ Onn bin Jaafar dari Johor menerbitkan akhbar Warta Malaya dan Lembaga Melayu. Akhbar-akhbar ini menyalurkan bidasan dan kritikan yang pedas terhadap pentadbiran Inggeris. Beliau mengadakan rapat umum untuk menyelar pentadbiran Inggeris. Selain itu, graduan-graduan dari MPSI telah menubuhkan Persatuan Sastera Melayu (1923) untuk menggalakkan pertumbuhan sastera Melayu. Karya-karya yang diterbitkan oleh ahli-ahli persatuan ini telah membangkitkan perasaan nasionalisme di kalangan masyarakat Melayu. Novel berjudul Melor Kuala Lumpur, hasil karya Harun bin Mohammad Amin menunjukkan bagaimana orang Melayu boleh maju. Karya-karya sastera ini menumbulkan perasaan nasionalisme. Pada tahun 1929 dan 1930, Ibrahim Yaacob semasa di MPSI menubuhkan 2 buah pertubuhan bercorak politik. Pertubuhan-pertubuhan ini ialah “Ikatan Semenanjung Borneo” dan “Ikatan Pemuda Pelajar”. Ikatan Pemuda Pelajar khususnya mempunyai tujuan untuk menyebarkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu supaya mereka sedar akan nasib buruk bangsa mereka.
6. Pengaruh luar
a. Gerakan Pemulihan Islam di Mesir
Gerakan Pemulihan Islam bermula di Mesir sejak tahun 1850. Gerakan ini dipimpin oleh Sayid Jamaluddin al-Afghani dan Syeikh Muhammad Abduh. Syeikh Muhammad Abduh dilahirkan di Mesir pada tahun 1829 dan mendapat ijazah dari Universiti al-Azhar. Beliau menjadi Mufti Besar dari tahun 1899 hingga beliau meninggal dunia pada tahun 1905. Matlamat-matlamat Gerakan Pemulihan Islam ialah:
 Memperjuangkan konsep Pan-Islamisme, iaitu penyatuan umat Islam di seluruh dunia.
 Membebaskan agama Islam daripada kepercayaan kolot dan ortodoks yang tiada kaitannya dengan ajaran Islam yang sebenar.
 Memulihkan agama Islam mengikut ajaran Islam yang terkandung dalam al-Quran dan Hadith.
 Mencapai kemajuan dalam bidang ekonomi dan sosial mengikut al-Quran dan Hadith.
 Membebaskan negara Islam dari pengaruh penjajahan Barat.
Konsep Gerakan Pemulihan Islam telah memberi ilham kepada pelajar-pelajar Melayu yang menuntut di Universiti Al-Azhar, Mesir untuk berjuang di negara sendiri. Pelajar-pelajar yang berpendidikan Arab dari Mesir pulang ke Tanah Melayu dan menjadi pelopor Gerakan Islah-Islam. Tokoh-tokoh terkenal ialah Syed Sheikh Ahmad al-Hadi, Syeikh Tahir Jalaluddin, Syeikh Mohammad Salim al-Kalali dan Haji Abbass bin Mohammad Taha. Mereka menyebarkan idea-idea Islam-Islamiah atau pemulihan agama Islam serta konsep Pan-Islamisme di kalangan kaum Melayu menerusi majalah al-Imam.
b. Gerakan di Turki
 Gerakan Pan-Islam
Perkembangan di Turki mempengaruhi umat Islam di Tanah Melayu. Sultan Turki dianggap sebagai Khalifah (pemimpin Islam). Gerakan Pan-Islam ialah gerakan untuk menyatukan umat Islam di dunia di bawah Empayar Turki atau Empayar Uthmaniyah. Gerakan Pan-Islam mahu menentang penjajahan Barat dan menghapuskan kepercayaan kuno yang bertentangan dengan ajaran Islam. Empayar Turki ditubuhkan oleh Usman pada tahun 1300. Ulama Syeikh Haji Wan Ahmad dari Pattani ingin menyatukan Kelantan dan Pattani. Beliau ingin menentang Siam dan menubuhkan Kerajaan Islam di bawah naungan Turki tetapi gagal. Pahang mendapatkan bantuan Turki (1890-an) untuk menghalau British tetapi gagal. Mehemet Kiamil Bey cuba mengembangkan pengaruh Pan-Islam di Johor tetapi gagal. Semasa Perang Dunia Pertama, Turki dan Jerman berpakat menentang kuasa Berikat. Umat Islam di Tanah Melayu sangat menghormati Empayar Turki dan segala perkembangan di Turki mempengaruhi mereka. Turki mengisytiharkan peperangan jihad terhadap kuasa Berikat (Amerika Syarikat, Britain dan Perancis). British cuba menyekat berita dari luar tetapi gagal. Masih ada berita yang sampai ke Tanah Melayu melalui suratkhabar dan surat peribadi pejuang-pejuang Pan-Islam. Pejuang Islam di Singapura, iaitu Kassim Ismail Mansur dan Nur Alam Syah mempengaruhi dasar India yang beragama Islam melancarkan dahagi. Askar-askar India diberikan keyakinan bahawa pakatan Jerman-Turki akan menang dalam Perang Dunia Pertama. Pada bulan Februari, askar India melancarkan dahagi di Singapura, tetapi dapat dihapuskan oleh askar British. Askar-askar India berjaya membunuh lebih 40 orang British dan hampir berjaya menakluki Singapura.
 Gerakan Khilafat
Pakatan di antara Jerman-Turki tewas dalam Perang Dunia Pertama. British cuba menguasai Turki. Orang Islam di India membentuk Gerakan Khilafat untuk mengekalkan kuasa Turki dan sistem Khilafat. Gerakan Khilafat yang ditubuhkan di Singapura dikawal rapi oleh British.
 Gerakan Turki Muda
Golongan Turki Muda yang dipimpin oleh Mustapha Kamal Attaturk bergerak untuk memodenkan Turki. Golongan Turki Muda menyebarkan semangat kebangsaan di Turki. Turki diisytiharkan sebagai Republik pada tahun 1923 dan sistem Khilafat dimansuhkan. Abdul Kadir Adabi mengecam gerakan Turki Muda kerana memasuhkan sistem Khilafat. Golongan Turki Muda dikatakan tidak mementingkan agama dan undang-undang Islam dalam perkembangannya. Abdul Kadir Adabi atau Abdul Kadir bin Ahmad adalah seorang penulis dari Kelantan. Akhbar Pengasoh, al-Ikhwan dan Saudara turut menyiarkan tentangan terhadap Turki Muda. Namun demikian, terdapat pandangan yang baik mengenai Turki Muda, iaitu mereka membangkitkan semangat kebangsaan di Turki, ekonomi Turki dikuasai semula oleh orang Turki dan bukan oleh orang Yahudi dan Kerajaan Turki memberikan peluang yang luas kepada rakyat untuk menguasai bidang ekonomi. Kegiatan Turki Muda memberikan perangsang kepada golongan Kaum Muda di Tanah Melayu untuk menentang penguasaan British. Kaum Muda di Tanah Melayu telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) pada tahun 1938 untuk bergiat dalam politik.
c. Pengaruh dari Jepun
Sejak tahun 1868, Jepun muncul sebagai negara yang moden dan kuat. Pemimpin-pemimpin Meiji seperti Maharaja Mutsushito telah memodenkan negara Jepun. Jepun mengubahsuai teknologi Barat untuk kegunaannya. Jepun berjaya menewaskan negara China dalam Perang China-Jepun pada 1894-1895. Pada tahun 1905, Jepun menewaskan Rusia dalam Perang Rusia-Jepun. Kejayaan Jepun menjadikannya kuasa baru yang kuat di dunia. Kejayaan tersebut membuktikan bahawa orang Barat dapat ditewaskan oleh orang Asia. Kejayaan Jepun menjadi pendorong kepada penduduk Tanah Melayu untuk menentang penjajahan.
d. Pengaruh di Indonesia
 Sarekat Islam
Sarekat Dagang Islam diasaskan oleh Raden Mas Tirtoadisoeryo pada tahun 1909. Nama Sarekat Dagang Islam ditukar kepada Sarekat Islam pada tahun 1912. Sarekat Islam ialah parti politik yang pertama di Indonesia. Pemimpin Sarekat Islam yang terkenal ialah Omar Said Tjokroaminoto dan Agus Salim. Agama Islam menjadi faktor utama menyatukan orang Islam di Indonesia supaya menentang penjajah Belanda. Cawangan Sarekat Islam di Johor ditubuhkan oleh Haji Ibrahim bin Sidin dari Singapura. Cawangan Sarekat Islam di Johor tidak mendapat sambutan yang memuaskan. Penentangan terhadap British di Terengganu (1928) dimulakan oleh Syarikatul Islam yang diketuai oleh Sayid Muhammad dari Johor. Pertubuhan sulit ini berpengaruh kuat di Beserah hingga ke Kemaman. Sayid Muhammad dipercayai ingin meluaskan cawangan Sarekat Islam di Terengganu. Pengaruh Sarekat Islam tersebar ke Tanah Melayu pada 1920-an melalui ceramah dan kelas agama oleh guru-guru agama dari Sumatera. Akhbar Sinaran Zaman dan Idaran Zaman yang diterbitkan oleh Syed Syeikh al-Hadi menceritakan perjuangan Sarekat Islam. Syed Syeikh al-Hadi mengambil Mohammad Yunus bin Abdul Hamid menjadi pengarang di akhbarnya. Mohammad Yunus adalah ahli Sarekat Islam dan penerbit akhbar Sinaran Zaman di Sumatera.
 Parti Komunis Indonesia (PKI)
PKI diasaskan oleh Semaun, Tan Malaka dan Darsono pada tahun 1920. Kebanyakan orang Melayu tidak menyertai PKI kerana ajaran komunis yang bertentangan dengan agama Islam. Ahli-ahli PKI termasuk Tan Malaka cuba menyebarkan fahaman komunis di Singapura tetapi tidak berhasil. Tan Malaka berpendapat bahawa orang Melayu sukar dipengaruhi kerana mereka berfahaman konservatif. Sutan Jenin dari Sumatera dapat mengembangkan pengaruh Komunis di Tanah Melayu pada tahun 1930-an.
 Parti Nasional Indonesia (PNI)
PNI diasaskan oleh Sukarno dan Sartono pada tahun 1927. Pemuda-pemuda Indonesia memperjuangkan kebebasan mereka melalui tulisan, pergerakan sosial dan kebudayaan. Pelajar MPSI dipengaruhi oleh perjuangan PNI yang mengamalkan dasar tidak bekerjasama dengan penjajah. Dasar tidak bekerjasama ini telah diamalkan oleh pejuang nasionalis di India yang diketuai oleh Mahatma Gandhi. PNI mengamalkan ideology yang menganjurkan revolusi untuk menggulingkan kerajaan Belanda. Pengaruh dari luar yang tersebar melalui majalah dan akhbar dapat membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu. Mereka berjuang untuk memajukan bidang sosial, ekonomi dan politik orang Melayu. Penduduk Tanah Melayu menguatkan semangat dan bersatu padu untuk melepaskan diri daripada kuasa penjajah.

Tahap-tahap gerakan nasionalisme
1. Agama (1906-1926)
Pergerakan nasionalisme di Tanah Melayu pada dasarnya dipengaruhi oleh perkembangan dan perubahan yang berlaku dalam Islam. Perubahan besar tentang pandangan dan fikiran telah bermula di Mesir dan Turki iaitu pusat pengajian tinggi Islam yang utama ketika itu. Berbagai-bagai pembaharuan dan pandangan yang lebih moden dan sesuai dengan keadaan zaman telah dilahirkan di Mesir oleh Sheikh Mohammad Abduh dan Jamaluddin al-Afghani. Mereka telah melahirkan gerakan Pan-Islamism. Di Turki pula muncul Mustapha Kamal Attaturk (1880-1936) dan dibawah pimpinannya, negara Turki sedang mengalami proses pemodenan. Mereka sedar bahawa Islam memerlukan perubahan dan penafsiran baru dan sesuai untuk menghadapi cabaran dunia yang menghadapi perkembangan pesat.
Di peringkat permulaan, pelajar-pelajar Islam yang melanjutkan pelajaran ke Timur Tengah telah memainkan peranan penting dalam mewujudkan kesedaran di kalangan orang-orang Melayu. Pengaruh Pan-Islamism di Mesir dan penodenan negara Turki telah memberi kesan yang mendalam dalam jiwa pelajar-pelajar Islam dari Tanah Melayu dan juga Indonesia yang telah menubuhkan persatuan yang diberi nama Perkumpulan Indonesia-Malaya (Perpindom). Mereka bercita-cita untuk menubuhkan sebuah negara Malaya-Indonesia yang merdeka dan berdaulat.
Antara pelajar-pelajar Islam terkenal ialah Sheikh Mohammad Tahir Jalaluddin, Syed Sheikh Ahmad al-Hadi dan Sheikh Muhammad Salim. Sheikh Mohammad Tahir dan Ahmad al-Hadi pulang ke Tanah Melayu dalam tahun 1904. Mereka terkenal sebagai golongan terpengaruh dengan ajaran Mohammad Abduh. Mereka yang digelar “Golongan Muda (Kaum Muda)” telah ditentang oleh “Golongan Tua (Kaum Tua)” yang tidak mahu menerima pendapat mereka. Kaum Tua telah menuduh Kaum Muda sebagai golongan yang telah menyeleweng. Pertentangan antara keduanya sampai kemuncaknya hinggakan beberapa orang pegawai dari Kaum Muda di Negeri-negeri Melayu terpaksa meletak jawatan lalu berpindah ke Negeri Selat. Ketika ini Kaum Tua mempunyai kedudukan yang kuat kerana ramai dari mereka telah menjadi mufti dan kadi kerajaan. Dengan menggunakan pengaruh mereka, tulisan dari Kaum Muda telah dilarang bawa masuk ke negeri-negeri Melayu seperti yang terjadi kepada majalah al-Manar.
Di Negeri Selat, mereka telah menjalankan kegiatan-kegiatan mereka dengan mendirikan sekolah agama dan menerbitkan majalah serta akhbar. Antara majalah dan akhbar yang memuatkan tulisan Kaum Muda ialah al-Imam (1906), Neracha (1911), al-Manar (1914), al-Ikhwan (1926) dan Saudara (1928). Melalui majalah dan akhbar tersebut terutamanya al-Imam dimasukkan tidak sahaja soal-soal agama malah disentuh perkara mengenai kemunduran orang Melayu dan pentingnya pelajaran termasuk ilmu pengetahuan baru.
Perjuangan Kaum Muda ternyata mendapat sokongan kuat dari pelajar Islam yang masih menuntut di Timur Tengah. Mereka telah menulis dalam majalah Seruan Azhar (1925-1928) dan Pilihan Timur (1927-1929) termasuk semangat Islam. Tujuan mereka yang utama ialah mengadakan satu gerakan Pan-Islamism yang bersifat anti penjajah dan penyatuan Tanah Melayu-Indonesia.
2. Sosioekonomi (1926-1936)
Sungguhpun golongan agama menjadi pendorong kepada gerakan kebangsaan di peringkat awalnya tetapi pengaruhnya mulai mesorot terutama dalam tahun-tahun 1920-an disebabkan munculnya pemimpin-pemimpin yang mendapat didikan Melayu dan Inggeris. Mereka adalah lepasan dari Maktab Melayu Kuala Kangsar yang ditubuhkan dalam tahun 1905 dan dari Maktab Perguruan Sultan Idris, Tanjung Malim yang ditubuhkan dalam tahun 1922. Selain maktab ini, banyak sekolah lain telah didirikan seperti Penang Free School (1816), Singapore Free School yang kemudian dikenal sebagai Raffles Institution (1823), Malacca Free School (1826), St. John Institution di Kuala Lumpur (1905), King Edward VII Medical College di Singapura (1905) dan Raffles College (1928).
Pemimpin-pemimpin Melayu lulusan MPSI merupakan golongan yang radikal. Mereka mendapat pengaruh dari perjuangan pemimpin Indonesia dalam meninggikan taraf ekonomi dan penguasaan politik. Di Indonesia telah didirikan Budi Utomo dalam tahun 1908, Parti Sarekat Islam dalam tahun 1912, Parti Komunis Indonesia dalam tahun 1921 dan Parti Nasional Indonesia dalam tahun 1927.
Selain itu, pemimpin Melayu mendapat pengajaran dari peristiwa yang berlaku dalam negeri iaitu pergolakan di kalangan orang Cina. Pada tahun 1927 telah berlaku perpecahan antara Kuomintang dengan Parti Komunis China. Perpecahan ini telah menimbulkan pertentangan di kalangan orang Cina termasuk di Tanah Melayu sendiri. Keadaan ini menyebabkan ramai orang Cina mengubah fikiran untuk menetap di sini dan menjadikan Tanah Melayu sebagai tanahair mereka. Mereka mula menuntut supaya mereka diberi hak dan keistimewaan. Peristiwa tersebut telah menyedarkan orang Melayu untuk mempertahankan kedudukan dan kepentingan mereka.
Kegiatan pemimpin Melayu terutama pelajar MPSI bertambah giat apabila mereka mempunyai hubungan dengan pemimpin Indonesia dari Parti Komunis Indonesia yang telah melarikan diri ke Tanah Melayu selepas parti itu gagal melancarkan revolusi bersenjata dalam tahun 1926-1927. Di antara mereka yang melarikan diri ke Tanah Melayu ialah Tan Malaka, Alimin, Musso, Semaun, Darsono, Sutan Jenin, Mukhtar Lufti dan lain-lain lagi. Pengaruh mereka sangat besar kepada perjuangan pemimpin-pemimpin di Tanah Melayu seperti Ibrahim Yaacob.
MPSI telah meluaskan kegiatannya dengan menubuhkan Ikatan Pemuda Pelajar (IPP) dalam tahun 1929 dan Ikatan Semenanjung-Borneo (ISB) dalam tahun 1930. Tujuan penubuhan IPP ialah menyebarkan semangat di kalangan orang Melayu agar mereka sedar dan insaf akan nasib bangsa. Sementara ISB telah memperjuangkan konsep yang menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia dalam “Indonesia Raya”. Konsep ini telah diperjuangkan oleh Ibrahim Yaacob, Hassan Haji Manan dan Yaacob Muhammad Amin.
Gerakan pelajar MPSI telah menimbulkan kebimbangan kepada pemerintah Inggeris. Kegiatan mereka telah diawasi dan akhirnya pemerintah Inggeris mengambil langkah-langkah untuk melumpuhkan kegiatan mereka. Pensyarah-pensyarah MPSI yang terlibat dengan gerakan politik telah ditukarkan ke tempat-tempat lain supaya ia tidak dapat mempengaruhi pelajar-pelajar baru. Selepas tahun 1931, kegiatan politik di MPSI menjadi lumpuh.
Berbeza dengan pemimpin yang mendapat didikan Barat, mereka lebih bersifat sederhana dan bekerjasama dengan pemerintah Inggeris. Mereka memperjuangkan kedudukan orang Melayu dengan menuntut supaya pemerintah Inggeris membaiki taraf ekonomi orang Melayu, memberi peluang kepada orang Melayu dalam perkhidmatan awam dan mengikuti pelajaran tinggi di universiti seperti di England. Di antara mereka ialah Raja Chulan, Dato’ Abdullah Haji Dahah dan Dato’ Onn bin Jaafar.
Raja Chulan dan Dato’ Abdullah adalah anggota Majlis Mesyuarat Persekutuan (MMP) dan muncul sebagai pejuang kebajian orang Melayu. Dalam MMP, mereka telah membantah kemasukan orang asing. Dato’ Onn pula dilantik menjadi anggota Dewan Perundangan Negeri Johor dan telah mendesak supaya diberi jaminan bahawa beliau diberi kebebasan bersuara dan bertindak demi kebajikan orang Melayu.
Di Singapura usaha-usaha untuk membela nasib orang Melayu telah diperjuangkan oleh Mohammad Eunos Abdullah, Tengku Abdullah Kadir dan Embuh Suluh. Dalam bulan Mei 1926, mereka telah menubuhkan Kesatuan Melayu Singapura (KMS). KMS memperjuangkan kedudukan orang Melayu yang masih mundur dalam semua bidang. Mohammad Eunos Abdullah menuntut agar kedudukan orang Melayu yang sedikit bilangannya dilindungi. Perjuangan beliau telah mendapat perhatian dan akhirnya dalam tahun 1929, pemerintah Inggeris telah menyediakan satu kawasan khas bagi orang Melayu. Kawasan itu dikenal dengan nama Kampung Melayu.
Penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa pemimpin di Negeri-negeri Melayu dan hasilnya beberapa kesatuan telah ditubuhkan. Di Selangor telah ditubuhkan Kesatuan Melayu Selangor oleh Raja Sir Iuda, di Pahang ditubuhkan Kesatuan Melayu Pahang oleh Tengku Muhammad Ibn Sultan Ahmad dan Dato’ Hussein bin Mohammad Taib, di Negeri Sembilan pula ditubuhkan Kesatuan Melayu Negeri Sembilan oleh Tengku Mohammad Nasir.
Pengaruh KMS begitu luas sehinggakan cawangannya telah ditubuhkan di Melaka dan Pulau Pinang dalam tahun 1937. Walau bagaimanapun, sehingga tahun 1937, perjuangan golongan sederhana itu tidak berasaskan kepada mana-mana pertubuhan politik. Kegiatan yang bersifat sederhana itu telah mendapat perhatian dari pemerintah Inggeris. Kesan perjuangan mereka telah terbukti dalam tahun-tahun 1930-an apabila Gabenor Cecil Clementi Smith merangkap Pesuruhjaya Tinggi Negeri-negeri Melayu Bersekutu, melaksanakan rancangan desentralisasi yang menunjukkan sikap menyebelahi Negeri-negeri Melayu dan orang Melayu.
3. Politik (1937-1941)
Pergolakan politik di Indonesia telah memberi perangsang kepada pemimpin-pemimpin Melayu terutama yang bersifat radikal untuk bergiat lebih aktif. Oleh sebab itu, pada awal tahun 1938, Ibrahim Yaacub dan Ishak Haji Muhammad dengan bantuan Onan Haji Siraj, pensyarah Maktab Teknik Kuala Lumpur, serta Mustaffa Haji Hessein, pensyarah Pertanian Serdang, telah menubuhkan Kesatuan Melayu Muda (KMM) yang merupakan parti politik Melayu yang radikal. Perjuangan KMM ialah mencapai kemerdekaan bagi Tanah Melayu dan bersatu dengan Indonesia dalam lengkungan Indonesia-Raya. Ternyata perjuangan KMM yang terlalu radikal tidak dipersetujui oleh beberapa pemimpin KMM sendiri seperti Ishak Haji Muhammad. Beliau berpendapat KMM hendaklah lebih memperjuangkan hak istimewa orang Melayu dalam pentadbiran, pelajaran dan ekonomi supaya orang Melayu tidak tertindas oleh orang mendatang.
Pada 6 Ogos 1939, semua kesatuan Melayu telah mengadakan satu kongres di Kuala Lumpur dan hasil dari kongres itu telah ditubuhkan sebuah persatuan kebangsaan yang diberi nama Persatuan Melayu Se-Malaya. Pengerusinya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yasin, pemimpin yang terkenal ketika itu. Walau bagaimanapun, persatuan itu masih bersifat bekerjasama dengan Inggeris dan konservatif. Dalam bulan Disember 1940, sekali lagi kongres diadakan di Singapura dan turut hadir sekali ialah wakil-wakil dari Sarawak dan Brunei. Telah diputuskan persatuan akan mengadakan kongresnya yang ketiga di Ipoh, Perak, tetapi ia tidak dapat diadakan disebabkan meletusnya peperangan.
Pergerakan KMM telah meluas dan ia mempunyai pengaruh yang besar ke atas masyarakat Melayu. Pada tahun 1940, beberapa cawangan KMM telah ditubuhkan di tiap-tiap negeri. Di Selangor, ia dipimpin oleh Ahmad Boestamam, di Perak oleh Raja Shariman, di Pulau Pinang oleh Puteh Badri, di Kedah oleh Muhammad Arif, di Negeri Sembilan oleh Jaafar Sidek, di Melaka oleh Muhammad Isa, di Muar oleh Haji Abdul Hamid Fadzil, di Batu Pahat oleh Illias Karim, di Singapura oleh Ishak Haji Muhammad, di Pahang oleh Muhammad Yassin Salleh, di Terengganu oleh Ibrahim Fikri, di Kelantan oleh Abdul Kadir Adabi dan di Petani oleh Abdul Rasihd.
Pergerakan KMM yang bersifat anti penjajah dan tidak mahu bekerjasama telah menimbulkan kebimbangan kepada pihak Inggeris. Pemerintahan Inggeris bertambah curiga apabila melihatkan adanya hubungan rapat antara KMM dengan pemimpin Indonesia terutama pemimpin komunis. Oleh sebab kegiatan KMM dianggap telah membahayakan kedudukan Inggeris, maka pada 1940, kira-kira 150 anggota KMM telah ditangkap. Antaranya ialah Ibrahim Yaacub, Ishak Haji Muhammad, Hassan Manan, Idrus Hakim, Sutan Jenin dan Ahmad Boestmam. Mereka ditahan sehingga kedatangan tentera Jepun.

Persatuan, kesatuan dan kelab
1. Kesatuan Melayu Singapura (KMS)
KMS ditubuhkan oleh Mohammad Eunos bin Abdullah dengan dibantu oleh Embok Salleh dan Tengku Abdul Kadir pada tahun 1926. Tujuan penubuhan KMS ialah:
a. Menggalakkan orang Melayu menumpukan perhatian terhadap negeri dan hak-hak mereka.
b. Memajukan orang Melayu dalam bidang siasah (politik) dan pelajaran.
c. Menggalakkan orang Melayu mendapat pelajaran tinggi fan ilmu pengetahuan dalam pelbagai bidang.
d. Menjadi perantaraan bagi orang Melayu menyuarakan kehendak mereka kepada Kerajaan Negeri-negeri Selat.
e. Menjaga kepentingan orang Melayu di Singapura.
KMS menggesa orang Melayu bersatu-padu dan bekerjasama demi kepentingan orang Melayu. KMS berjaya mendesak Kerajaan Selat memberikan sebuah kawasan untuk orang Melayu. Tanah kawasan itu seluas 251 hektar. Kawasan itu telah didirikan Kampung Melayu. Selain itu, KMS juga mendesak Kerajaan Negeri Selat menubuhkan Sekolah Pertukangan bagi orang Melayu pada tahun 1929. Kejayaan KMS di Singapura adalah besar sehingga cawangan-cawangannya ditubuhkan di Pulau Pinang dan Melaka dalam tahun 1937. Keseluruhannya, penubuhan KMS telah memberi ilham kepada beberapa orang Melayu untuk memperjuangkan kebebasan dan kepentingan orang Melayu.
2. PASPAM
Persatuan Sahabat Pena Malaya (PASPAM) telah ditubuhkan pada 7 April 1934. PASPAM merupakan pertubuhan Melayu yang pertama meliputi seluruh Tanah Melayu. Pertubuhan ini membolehkan kaum Melayu dari seluruh negara bertemu dan mencari penyelesaian kepada masalah-masalah yang dihadapi oleh kaum Melayu. Sebagai satu cara untuk menegaskan kesedaran orang Melayu terhadap bahasanya, persatuan ini menganjurkan cogan kata “Hidup Bahasa, Hiduplah Bangsa”. Pada bulan November 1934, PASPAM telah mengadakan persidangan kebangsaannya yang pertama di Taiping. Persidangan ini merupakan mesyuarat pertama di peringkat kebangsaan yang diadakan di kalangan orang Melayu. Sungguhpun tiada sebarang keputusan tetap diambil dalam persidangan tersebut tetapi ia merupakan pendorong yang membawa kepada pertambahan anggotanya. Menjelang bulan Mei 1935, PASPAM mempunyai keahlian lebih daripada 1000 orang di seluruh Tanah Melayu dan ini meningkat kepada hampir 10000 orang ahli menjelang pertengahan tahun 1937 dan seterusnya meningkat lagi menjadi 12000 orang. Pemimpin-pemimpin utama PASPAM ialah Syed Alwi, S.M. Zainal Abidin, Syeikh Abdullah al-Maghribi dan Hamidun bin Mohammad Hashim. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940 perpecahan telah berlaku di kalangan pemimpin PASPAM kerana kebanyakan mereka tidak puas hati terhadap pemimpin pusat Pulau Pinang yang terdiri daripada mereka yang berketurunan Arab dan India Islam. Namun demikian, PASPAM telah memainkan peranan penting dalam perkembangan nasionalisme Melayu.
3. Persatuan Melayu Perak
Persatuan Melayu Perak ditubuhkan pada 18 September 1939 di Ipoh oleh 104 orang yang kebanyakannya terdiri daripada kakitangan kerajaan. Pemimpin-pemimpin yang utama ialah Wan Mohammad Nur bin Wan Nasir dan Dr. S. Kassim. Persatuan Melayu Perak merupakan sebuah pertubuhan yang bersifat sederhana. Ia tidak mahu terlibat dalam bidang politik tetapi menumpukan perhatian terhadap kegiatan untuk membaiki taraf sosial dan ekonomi orang Melayu di Perak. Tujuan-tujuan utama persatuan ini ialah:
a. Menggalakkan kerjasama antara ahli-ahli.
b. Meninggikan taraf pendidikan dan ekonomi orang Melayu.
c. Menggalakkan ahli-ahli melahirkan taat setia kepada kerajaan dan raja.
d. Mengadakan kerjasama dengan kerajaan untuk memajukan kepentingan orang Melayu.
Sikap sederhana, dasar kerjasama serta sikap tidak mahu terlibat dalam hal politik yang didukung oleh Persatuan Melayu Perak dikecam oleh akhbar Majlis. Akhbar Majlis menyatakan bahawa Persatuan Melayu Perak yang tidak berbau politik tidak dapat memperbaiki keadaan orang Melayu.
4. Persatuan Melayu Selangor
Persatuan Melayu Selangor ditubuhkan pada 5 Jun 1938 di Kuala Lumpur. Pemimpin-pemimpin utamanya berasal daripada golongan pemerintah yang kebanyakannya berpengetahuan Inggeris. Antaranya ialah Tengku Ismail bin Tengku Mohammad Yassin, Raja Bon bin Raja Yahya, Raja Yaacob bin Raja Alang dan Raja Uda bin Raja Mohammad. Pertubuhan ini bergerak sebagai sebuah pertubuhan politik. Tujuan-tujuannya ialah:
a. Mendesak Kerajaan Inggeris supaya menambahkan bilangan pegawai Melayu dalam Kerajaan Persekutuan dan Kerajaan Negeri Selangor.
b. Memperuntukkan jawatan-jawatan penting seperti Pendaftar dan Penolong Pendaftar Mahkamah tinggi untuk orang Melayu.
c. Memperluaskan peluang pendidikan di peringkat pengajian tinggi bagi orang Melayu.
Persatuan ini telah membuat beberapa bantahan dan permintaan terhadap Kerajaan Inggeris. Antaranya ialah:
a. Membantah cadangan Inggeris untuk menubuhkan sebuah universiti pada tahun 1938 kerana orang Melayu yang layak memasuki universiti masih belum mencukupi.
b. Membantah Undang-undang Simpanan Tanah Melayu yang dianggap sebagai satu cara Kerajaan Inggeris untuk menyekat kegiatan ekonomi orang Melayu.
c. Mendesak Kerajaan Inggeris supaya bilangan askar Melayu diperbesarkan lagi sehingga menjadi 10 batalion dan sebuah angkatan udara dan laut Melayu ditubuhkan.
Dalam usaha menjalankan aktiviti-aktiviti ini, Persatuan Melayu Selangor telah menumpukan taat setia kepada Raja-raja Melayu dan kepada pemerintahan Inggeris.
5. Persatuan Melayu Pahang
Persatuan ini ditubuhkan pada bulan Mac 1938 di bawah pimpinan Tengku Muhammad bin Sultan Ahmad, seorang kerabat raja. Tujuan persatuan ini ialah untuk memperjuangkan kemajuan sosioekonomi orang Melayu dan menyampaikan masalah orang Melayu kepada Kerajaan Inggeris.
6. Persatuan Melayu Negeri Sembilan
Persatuan ini ditubuhkan pada 9 September 1938. Pemimpin utamanya ialah Tengku Mohammad Nasir dan Raja Nordin bin Haji Mohammad Tahir. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menjaga dan memajukan kepentingan orang Melayu di Singapura.
7. Persatuan Melayu Kelantan
Persatuan ini ditubuhkan pada 20 April 1939. Pemimpin utamanya ialah Nik Yahya bin Nik Daud, Haji Othman bin Tahir dan Ahmad Ismail. Anggota-anggotanya terdiri daripada golongan kelas atasan yang berpendidikan Inggeris. Tujuan utama persatuan ini ialah untuk menyatukan orang Melayu dan berikhtiar memajukan keadaan ekonomi dan sosialnya.
8. Kesatuan Melayu Muda
Kesatuan Melayu Muda (KMM) diasaskan oleh Ibrahim Yaacob di Kuala Lumpur pada tahun 1938. Pemimpinnya yang lain ialah Ishak Haji Muhammad, Ahmad Boestaman, Abdul Karim Rashid, Hassan Maran, Onan Haji Siraj dan Haji Othman bin Abdullah. Pemimpin-pemimpin ini adalah bekas penuntut MPSI. Terdapat juga pemimpin yang lain terdiri daripada Sekolah Teknik Kuala Lumpur dan Sekolah Pertanian Serdang. Tujuan utama KMM ialah:
a. Melindungi hak-hak orang Melayu.
b. Mendapatkan kemerdekaan penuh daripada penjajah baik dari segi ekonomi, sosial dan politik.
c. Menyatukan Tanah Melayu dengan Indonesia (konsep Melayu Raya).
KMM bersifat radikal dan berani menentang British secara terbuka. KMM menerbitkan akhbar-akhbar seperti Warta Malaya, Majlis untuk menyalurkan serta menyebarkan dasar tidak bekerjasama sebagai matlamat perjuangannya. KMM juga mendapat sambutan baik dari bekas pelajar Melayu yang menjadi guru sekolah Melayu dan guru dan penuntut sekolah agama dari Madrasah al-Masyhor di Pulau Pinang dan dari Ilhaya Assyariff di Gunung Semanggul, Perak selain mendapat sambutan baik bekas penuntut MPSI. Hasil dari sokongan mereka. KMM telah membuka cawangannya di Tanah Melayu, misalnya cawangan Selangor yang dipimpin oleh Ahmad Boestaman dan cawangan Singapura yang dipimpin oleh Ishak Haji Muhammad. Sungguhpun demikian, KMM tetap mendapat bantahan daripada golongan yang berpendidikan Inggeris dan golongan bawahan. Golongan berpendidikan Inggeris membantah KMM kerana KMM bersikap anti birokrasi. Golongan bawahan membantah KMM pula disebabkan mereka masih mengharapkan kepimpinan daripada sultan-sultan dan golongan aristokrat yang dianggap sebagai pelindung masyarakat Melayu dan rakyat jelata tidak tertarik dengan idea penyatuan Tanah Melayu dengan Indonesia. Semasa Perang Dunia Kedua, Jepun menyokong KMM kerana hendak membangkitkan perasaan anti-Inggeris di kalangan orang Melayu. Jepun telah membebaskan mereka apabila British menyerah kalah setelah mereka dipenjarakan oleh pihak British pada penghujung tahun 1941.

Gerakan nasionalisme zaman Jepun (1941-1945)
Kejayaan tentera Jepun menakluki Tanah Melayu dan Singapura telah menambahkan lagi semangat dan kekuatan pemimpin-pemimpin Melayu terutama dari KMM memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu. Kekalalahan tentera Inggeris di tangan tentera Jepun telah menjatuhkan imej keagungan tentera Inggeris. Begitu juga kekalahan tentera Inggeris di Eropah telah menjejaskan kedudukan Inggeris di Tanah Melayu. Peristiwa itu telah melenyapkan kepercayaan rakyat bahawa Inggeris adalah pelindung Tanah Melayu. Kepercayaan ini hilang lebih-lebih lagi kemenangan tentera Jepun dicapai dalam masa yang singkat iaitu hanya dalam masa 70 hari sahaja. Hal ini juga telah menghancurkan tanggapan bahawa kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh orang-orang Asia. Keadaan ini menyebabkan orang Melayu terutama golongan sayap kiri yang anti British tidak lagi yakin terhadap pemerintahan British.
Pemerintahan Jepun sedar untuk menyatakan kedudukannya di Tanah Melayu terutama untuk menentang British, mereka hendaklah mndapat sokongan dari orang Melayu. Untuk tujuan tersebut, pemerintah Jepun telah membebaskan pemimpin Melayu yang dipenjarakan oleh British dan mengambil langkah-langkah yang boleh mendapat kerjasama dari orang Melayu. Antara pemimpin-pemimpin Melayu yang dibebaskan ialah Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestaman.
Kegiatan KMM telah menimbulkan rasa curiga pemerintah Jepun. Pemerintah Jepun merasa kecewa kerana KMM lebih memperjuangkan semangat kebangsaan Melayu dari menyebarkan propaganda menyokong perjuangan Jepun. Pemerintah Jepun merasa perjuangan KMM tidak menguntungkan maka KMM dibubarkan pada akhir bulan April 1942. Sungguhpun demikian, anggota KMM tetap meneruskan kegiatan mereka.
Pada tahun 1943, dengan sokongan pemerintah Jepun telah ditubuhkan Pasukan Pembela Tanahair (PETA) yang diketuai oleh Ibrahim Yaacob. Anggota KMM telah memberi sokongan terhadap PETA dengan tujuan untuk meneruskan kegiatan mereka. Tetapi tujuan pemerintah Jepun ialah untuk menggunakan PETA sebagai alat untuk menentang gerakan anti Jepun seperti Parti Komunis Malaya dan MPAJA yang mana kedua-duanya telah mendapat bantuan dari tentera Inggeris melalui Pasukan Force 136.
Selanjutnya pemerintah Jepun telah menunjukkan minatnya untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Untuk tujuan itu maka digalakkan penubuhan Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KERIS) yang dikuasai oleh Dr. Burhanuddin dan Ibrahim Yaacob. KERIS memperjuangkan idea untuk mencantumkan Indonesia dengan Tanah Melayu dalam konsep yang dikenali sebagai “Indonesia Raya”. Pemimpin KERIS sering mengadakan rundingan dengan pemimpin Indonesia seperti Sukarno dan Hatta. Perundingan telah diadakan di Singapura pada 8 Ogos 1945 ketika Perwakilan Kemerdekaan Indonesia berada di Singapura dalam perjalanan mereka ke Saigon. Perundingan selanjutnya diadakan sekali lagi antara Sukarno dan Hatta dengan pemimpin KERIS di Taiping pada 12 Ogos ketika mereka dalam perjalanan pulang ke Indonesia. Dalam pertemuan itu, Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin berjanji akan menghantar 8 orang dari Tanah Melayu ke Jakarta dalam upacara pengisytiharaan kemerdekaan Indonesia. Tanah Melayu akan menjadi sebahagian dari Indonesia.
Malangnya, cita-cita Ibrahim Yaacob dan pemimpin KMM yang lain telah musnah disebabkan Jepun telah menyerah kalah dengan pihak Berikat secara tiba-tiba iaitu pada 15 Ogos 1945. Sukarno atas desakan pemimpin Indonesia yang lain dengan segera telah mengumumkan kemerdekaan Indonesia. Pemimpin di Tanah Melayu belum bersedia berbuat demikian hinggalah tentera Inggeris kembali ke Tanah Melayu pada September 1945. Ibrahim Yaacob berasa kecewa dan mengambil keputusan berpindah ke Indonesia.
Pendudukan Jepun di Tanah Melayu

Pengenalan
Sejak campur tangan British di Negeri-negeri Melayu (NNM) tahun 1824, keamanan, peraturan serta kestabilan politik telah dapat diwujudkan di Tanah Melayu. Walaupun terdapat kekacauan seperti Perang Perak (1875), Kebangkitan Pahang (1891-1895), Kebangkitan Tok Janggut di Kelantan (1911) dan Kebangkitan Haji Abdul Rahman Limbong di Terengganu (1928) tetapi kekacauan tersebut dianggap peristiwa kecil yang tidak menjejaskan keamanan dan peraturan di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, menjelang tahun 1940-an, keamanan dan peraturan di Tanah Melayu telah tergugat akibat daripada serangan Jepun sejak 8 Disember 1941.

Mengapa Jepun menyerang Tanah Melayu
1. Pertambahan penduduk
Sejak awal abad ke-20, berlaku pertambahan penduduk di Jepun yang tidak seimbang dengan pertambahan tanah pertanian. Pada tahun 1932, penduduk Jepun telah meningkat sebanyak 70 juta orang. Akibatnya Jepun memerlukan tanah jajahan bagi menampung penduduk yang berlebihan.
2. Bentuk fizikal negeri Jepun
Bentuk fizikal negeri Jepun yang bergunung-ganang menyebabkan mereka tidak boleh bergantung sepenuhnya kepada pertanian. Akibatnya, Jepun beralih kepada bidang perisdustrian. Perindustrian memerlukan bahan mentah dna pasaran. Bagi menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan.
3. Kejayaan Rancangan Perindustrian Meiji
Rancangan Perindustrian yang dilaksanakan semenjak pemerintahan Meiji pada tahun 1868 telah mencapai kejayaan. Kejayaan ini mendorong Jepun untuk memperluaskan rancangan perindustriannya. Bagi menjayakan cita-cita ini, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan bagi menjamin bekalan bahan mentah dan pasaran yang tetap.
4. Fahaman militerisme
Fahaman militerisme telah merebak di kalangan pemimpin Jepun sejak akhir abad ke-19. Sejak tahun 1932, politik Jepun telah dikuasai oleh golongan tentera apabila mereka menguasai Diet (parlimen). Fahaman militerisme telah membawa kepada perkembangan imperialisme. Fahaman militerisme semakin kuat apabila Jeneral Tojo Hideki menjadi Perdana Menteri Jepun sejak 18 Oktober 1941. Pembesaran angkatan tentera telah mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara. Kejayaan Jepun dalam peperangan China-Jepun (1894-1895) dan peperangan Rusia-Jepun (1904-1905) telah memperlihatkan kebangkitan kuasa Jepun. Kebangkitan ini telah membimbangkan Kuasa-kuasa Barat (KKB) kerana mereka takut tentera Jepun akan muncul sebagai kuasa terkuat di Asia dan mencabar kepentingan mereka. Untuk menyekat kebangkitan Jepun KKB telah mengenakan beberapa sekatan ke atas Jepun. Pada Julai 1940, Amerika Syarikat mengharamkan eksport petroleum dan logam untuk gred I. Beberapa bulan kemudian, eksport semua jenis logam ke Jepun turut diharamkan. Sekatan ekonomi ini menjejaskan Rancangan Pembaharuan Jepun khususnya Rancangan Pembesaran Angkatan Tentera. Pada Julai 1941, asset Jepun di Amerika Syarikat dibekukan. Dalam Persidangan Washington 21 November 1921, nisbah angkatan laut British, Amerika dan Jepun ditetapkan sebagai 5:5:3.
5. Kejayaan awal
Kejayaan awal yang dicapai oleh Jepun telah mendorong mereka untuk menjalankan dasar imperislisme. Di antara kejayaan tersebut ialah kemenangan Jepun dalam Pernag China-Jepun (1894-1895) dan Perang Rusia-Jepun (1904-1905).
6. Cita-cita Jepun
Kerajaan dan penduduk Jepun bercita-cita supaya mereka mendapat pengiktirafan dunia dan dianggap setanding dengan kuasa-kuasa Barat. Untuk mencapai matlamat ini, Jepun perlu mempunyai tanah jajahan seperti yang dimiliki oleh KKB.
7. Alihkan perhatian
Pada tahun 1930-an, berlaku kekacauan politik di Jepun akibat daripada perbalahan di antara golongan awam dengan tentera. Keadaan ini mendorong pemimpin Jepun untuk melaksanakan dasar imperialisme bagi mengalihkan perhatian rakyatnya daripada masalah-masalah dalam negeri.
8. Perang Dunia Kedua
Perang Dunia Kedua di Eropah sejak September 1939 akibat daripada serangan Jerman dan Itali ke atas negara Eropah seperti Perancis, Belanda, Rusia dan sebagainya. Keadaan ini mendorong Jepun untuk menyerang negara-negara Asia terutamanya Asia Tenggara kerana ia yakin KKB tidak mampu untuk mempertahankan tanah jajahan mereka di Asia.
9. Kebangkitan nasionalisme
Sejak awal abad ke-20 berlaku kebangkitan nasionalisme di Asia yang bertujuan untuk membebaskan negara mereka dari penjajahan Barat. Jepun yakin bahawa kedatangannya akan mendapat sokongan penduduk tempatan lebih-lebih lagi mereka telah diyakinkan yang Jepun merupakan pembebas yang akan menyingkirkan KKB dari negara Asia.
10. Peranan Zaibatsu
Kejayaan Rancangan Pembaharuan Meiji telah melahirkan gergasi ekonomi yang dikenali sebagai zaibatsu. Golongan ini berpengaruh kerana kekayaan mereka dan menjadi penyokong kuat parti-parti politik. Golongan zaibatsu telah mempengaruhi pemimpin Jepun untuk melaksanakan dasar imperislisme supaya Jepun akan mempunyai tanah jajahan dan menjamin bekalan bahan mentah serta pasaran bagi barangan mereka.
11. Perjanjian kerjasama
Perjanjian-perjanjian yang telah ditandatangani oleh Jepun mendorong ia untuk melaksanakan dasar imperialisme. Pada September 1940, Jepun menandatangani perjanjian kerjasama dengan Jerman dan Itali. Mengikut perjanjian tersebut Jerman dan Itali akan menyerang negara Eropah dan Afrika manakala Jepun negara Asia. Pada Disember 1940, Perjanjian Kerjasama dengan Siam ditandatangani. Dalam perjanjian ini, Siam membenarkan Jepun membenarkan negaranya sebagai pengkalan untuk menyerang Indo-China, Tanah Melayu dan Burma. Pada April 1911, Jepun menandatangani Perjanjian Berkecuali dengan Rusia.
12. Balas dendam
Jepun menyerang Tanah Melayu dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap British dan orang Cina di Tanah Melayu kerana membantu negeri China menentang Jepun semasa perang China-Jepun 1937. Orang Cina di Tanah Melayu telah menjalankan kutipan derma untuk membantu negeri Chian. Dalam tempoh 1937-1941, sebanyak $146 juta telah dikumpul oleh orang Cina di Tanah Melayu membantu negeri China menentang Jepun. Selain itu, terdapat ramai pemuda Cina dihantar ke China dalam usaha untuk menentang Jepun.
13. Tanah Melayu kaya
Jepun menyerang Tanah Melayu kerana Tanah Melayu kaya dengan bahan mentah yang diperlukan oleh industrinya seperti bijih timah dan getah. Selain itu, Tanah Melayu boleh dijadikan pasaran kepada keluaran industri Jepun.
14. Daerah Kemakmuran Bersama
Serangan Jepun ke atas Tanah Melayu merupakan sebahagian daripada rancangan Jepun untuk mewujudkan “Daerah Kemakmuran Bersama” yang berpusat di Jepun. Negeri-negeri yang akan digabungkan dalam rancangan ini termasuklah Korea, Manchuria, China, Indo-China, Siam, Burma, Tanah Melayu, Filipina, India, Indonesia, Australia dan New Zealand.

Kemaraan tentera Jepun
8 Disember 1941 -Kota Bahru
10 Disember 1941 -Jitra
13 Disember 1941 -Alor Setar, Kuala Terengganu
17 Disember 1941 -Pulau Pinang
21 Disember 1941 - Taiping
24 Disember 1941 - Kuala Kangsar
28 Disember 1941 -Ipoh
31 Disember 1941 -Kuantan
7 Januari 1942 -Slim River
11 Januari 1942 -Kuala Lumpur
15 Januari 1942 -Gemas
21 Januari 1942 -Segamat
24 Januari 1942 -Keluang
26 Januari 1942 -Mersing
31 Januari 1942 -Johor Bahru
7-15 Februari 1942 -Singapura

Mengapa Jepun mudah menguasai Tanah Melayu
1. Kesilapan strategi
British menjangka Jepun akan menyerang Tanah Melayu melalui Singapura. Akibat daripada jangkaan ini, maka kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu tertumpu di Singapura, sedangkan pertahanan belakangnya lemah. Tindakan Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Utara di mana pertahanan British amat lemah menjadi faktor Jepun mudah menguasai Tanah Melayu.
2. British tidak bersedia
British di Tanah Melayu memang tidak bersedia untuk menghadapi serangan Jepun. Dalam masa yang sama ia terlibat dalam Perang Dunia Kedua di Eropah menentang Jerman. Akibatnya kekuatan tentera British terbahagi dua iaitu untuk peperangan di Eropah dan untuk mempertahankan Tanah Melayu serta tanah jajahan lain seperti Burma dan sebagainya. Pertahanan Tanah Melayu berdasarkan andaian bantuan dari British akan diperolehi jika Tanah Melayu diserang. Walau bagaimanapun semasa serangan Jepun, bantuan dari British tidak diperolehi kerana British sedang menghadapi kesulitan di Eropah. Ia baru sahaja pulih daripada kekalahan di Perancis dan sedang membantu Rusia menghadapi Jerman.
3. Sokongan tempatan
Sokongan penduduk tempatan juga menjadi faktor memudahkan Jepun menguasai Tanah Melayu. Kedatangan Jepun mendapat sokongan penduduk tempatan kerana ia dianggap pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu dari British. Golongan kiri khususnya Kesatuan Melayu Muda di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob telah bekerjasama dengan Jepun.
4. Kelebihan tentera Jepun
Tentera Jepun lebih terlatih terutamanya dalam peperangan di hutan kerana mendapat latihan di Indo-China dan Taiwan. Mereka dilatih untuk menghadapi masalah-masalah tropika seperti cuaca, penyakit dan lain-lain lagi. Malah terdapat di antara mereka yang sudah berpengalaman dalam perang di negeri Chian. Selain itu, tentera Jepun dipimpin oleh pegawai-pegawai yang berkebolehan seperti Jeneral Yamashita dan Leftenan Jeneral Tsuji. Tentera Jepun lebih bersemangat berbanding dengan tentera British. Mereka sanggup berkorban untuk kepentingan bangsa, negara dan maharaja disamping amat patuh kepada arahan ketua. Kejayaan-kejayaan awal yang mudah telah menaikkan lagi semangat tentera Jepun. Akibat daripada semangat yang tinggi inilah, tentera Jepun berjaya mengalahkan British walaupun bilangan tentera mereka hanya 60000 orang sedangkan tentera British seramai 130000 orang. Taktik peperangan Jepun dianggap lebih baik dan paktis. Contohnya penggunaan basikal memudahkan gerakan mereka dari Utara ke Selatan Tanah Melayu. Kelengkapan perang Jepun dianggap setanding dengan kelengkapan perang British malah kapal terbang Jepun yang dikenali sebagai “zero fighter” dianggap dua kali ganda lebih baik dan lebih banyak daripada kapal terbang British.
5. Persediaan Jepun
Walaupun rancangan untuk menyerang Tanah Melayu dibuat pada 1940 tetapi dalam masa 6 bulan sahaja Jepun berjaya memperolehi segala maklumat mengenai pertahanan British di Tanah Melayu seperti kedudukan pengkalan, bilangan tentera, kelengkapan peralatan dan sebagainya. Jepun mempunyai rangkaian pengintipan terbaik di Asia ketika itu. Ia mengetahui kekuatan pertahanan British di Tanah Melayu bertumpu di Singapura manakala pertahanan belakangnya lemah. Oleh itu, Jepun mengambil keputusan untuk menyerang Tanah Melayu dari Utara dimana British amat lemah. Jepun juga telah mengetahui lapangan terbang British yang strategik seperti Alor Setar, Taiping dan Kota Bahru. Langkah awal yang dijalankan oleh Jepun adalah menguasai lapangan terbang tersebut bagi melumpuhkan pertahanan udara British. Selain itu, Jepun juga mengetahui 2 barisan tentera yang terkuat di Tanah Melayu iaitu Jitra dan Slim River.
6. Strategi peperangan
Strategi peperangan Jepun juga menjadi faktor yang memudahkan ia menguasai Tanah Melayu. Jepun menyerang Tanah Melayu melalui Utara di mana pertahanan British amat lemah. Ia juga telah menyerang Tanah Melayu pada musim tengkujuh dan British tidak menyangka Jepun akan menyerang pada masa itu. Dalam usaha melumpuhkan angkatan laut British, Jepun telah menenggelamkan 2 buha kapal British iaitu Repulse dan Prince of Wales berhampiran Pulau Tioman pada 10 Disember 1941. Akibatnya British tidak mempunyai pertahanan laut bagi mempertahankan pantai-pantai Tanah Melayu. Keadaan ini memudahkan Jepun menyerang dan menguasai pantai-pantai Tanah Melayu. Dalam usaha untuk melumpuhkan pertahanan udara British, Jepun telah menyerang kapal terbang dan menguasai lapangan terbang tentera British. Lapangan terbang Alor Setar dikuasai pada 12 Disember 1941, Kota Bahru 8 Disember 1941 dan Taiping pada 21 Disember 1941. Keadaan ini membolehkan Jepun menguasai ruang udara Tanah Melayu.
7. Perjanjian dengan Siam
Perjanjian dengan Siam pada 11 Disember 1940 juga menjadi faktor yang memudahkan Jepun menguasai Tanah Melayu. Akibat daripada perjanjian ini, Siam membenarkan Jepun menggunakan negerinya sebagai pengkalan untuk menyerang Tanah Melayu. Oleh itu kita dapati Jepun mula menyerang Tanah Melayu melalui Siam.
8. Semangat tentera British
Semangat tentera British amat lemah jika dibandingkan dengan tentera Jepun. Kekalahan-kekalahan awal yang begitu mudah melemahkan lagi semangat tentera British. Tentera British yang kebanyakan terdiri daripada tentera India bukan sahaja muda tetapi berpengalaman dalam peperangan. Semangat tentera India kian luntur akibat daripada peperangan Jepun “Asia untuk Asia” yang menyeru orang India untuk bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan negeri India dari penjajahan British. Untuk menjayakan propaganda ini, Jepun telah menggunakan pemimpin buangan India iaitu Subhas Chandra Boes.
9. Kuasa-kuasa lain
Semasa Jepun menyerang Tanah Melayu, British tidak mendapat bantuan kuasa-kuasa Barat yang lain kerana mereka terlibat dalam peperangan menentang Jerman dan Itali di Eropah dan Afrika. Selain itu, KKB lain juga terpaksa mempertahankan tanah jajahan mereka daripada serangan Jepun. Sebagai contoh, Perancis di Indo-China, Amerika di Filipina dan Belanda di Indonesia.
10. Penyelarasan
Kejayaan Jepun menguasai Tanah Melayu dengan mudah kerana adanya penyelarasan di antara angkatan darat, laut dan udara.

Pentadbiran Jepun di Tanah Melayu
Kerajaan Jepun menubuhkan pentadbiran tentera di Tanah Melayu. Pentadbiran Tanah Melayu dibahagikan dua:
1. Negeri-negeri Selat
Negeri-negeri Selat diperintah oleh seorang Gabenor yang beribu pejabat di Singapura. Nama Singapura diubah kepada “Syonan” yang bermaksud “Cahaya Selatan”.
2. Negeri-negeri Melayu
Pada bulan Ogos 1943, Negeri-negeri Melayu Utara diserahkan kepada Siam sebagai balasan kepada Siam yang memberikan laluan untuk memasuki Tanah Melayu. Negeri-negeri Melayu yang lain dan Sumatera (sehingga April 1943) disatukan. Semenanjung Tanah Melayu dikenali sebagai “Malai Baru”. Kawasan ini dibahagikan kepada 8 wilayah dan setiap wilayah diketuai oleh seorang Gabenor Jepun. Gabenor ini menerima arahan dari Presiden (Gunseikan) yang beribu pejabat di Singapura. Gabenor ini dibantu oleh Majlis Penasihat Melayu dan Majlis Perundangan. Gabenor menjadi pengerusi majlis-majlis ini dan Sultan menjadi naib pengerusinya. Majlis Mesyuarat Negeri menjadi sebuah badan penasihat. Sultan-sultan kekal sebagai ketua negeri masing-masing dan hanya dibenarkan melaksanakan kuasanya dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu. Jepun juga menubuhkan 3 jenis pasukan perisikan tentera:
a. Kempeitai
Perisik di kalangan masyarakat untuk mengawal keamanan. Kempeitai sangat kejam dan telah membunuh ramai orang.
b. Teitikan
Pasukan mata-mata gelap yang bertugas mencari orang yang menentang Jepun.
c. Toko
Merisik di seluruh Tanah Melayu.

Dasar Jepun di Tanah Melayu
1. Dasar pemerintahan
Pemerintahan Jepun di Tanah Melayu bermula pada 15 Februari 1942 apabila Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah secara rasmi kepada Jepun. Seterusnya Tanah Melayu dijadikan sebagai Tanah Jajahan Jepun. Sejak permulaannya, Tanah Melayu telah disatukan dengan Sumatera atas sebab strategi ketenteraan dan politik. Jepun menganggap Tanah Melayu dan Sumatera sebagai pusat pergerakan tentera bagi laut-laut di Selatan. Selain itu, penyatuan ini juga bertujuan untuk mendapat sokongan orang Melayu serta untuk membangkitkan semangat Pan-Malayan. Sungguhpun begitu, Jepun gagal dalam usahanya ini kerana ketaatan orang Melayu pada dasarnya adalah terhadap negeri-negeri mereka dan bukannya terhadap Pan-Malayan. Oleh itu, pada bulan April 1943, Sumatera dipisahkan dari Tanah Melayu.
2. Dasar perkauman
Dasar Jepun terhadap kaum di Tanah Melayu berbeza-beza kerana setiap kaum mempunyai kepentingannya sendiri.
a. Orang Melayu
Pihak Jepun ingin mendapat sokongan orang Melayu. Oleh itu, mereka lebih mengutamakan orang Melayu terutama golongan elit. Ramai orang Melayu dilantik menjadi Pegawai Daerah. Lebih ramai orang Melayu diambil bekerja dalam perkhidmatan kerajaan terutamanya dalam bidang pentadbiran awam, polis dan tentera. Sikap pro-Melayu ini juga bertujuan memastikan orang Melayu tidak bersatu dengan penduduk Cina menentang pemerintahan Jepun. Dasar pro-Melayu ini diperhebatkan lagi dengan menggalakkan orang Melayu menubuhkan pertubuhan seperti KERIS untuk memperjuangkan kemerdekaan. Akan tetapi, orang Melayu tetap membenci Jepun kerana mengalami penderitaan, kebuluran dan ketakutan.
b. Orang Cina
Layanan orang Jepun terhadap orang Cina sungguh buruk sekali. Hal ini adalah kerana Jepun mengetahui yang orang Cina membantu perjuangan Kerajaan Nasionalis China menentang Jepun sejak tahun 1937. Dasar anti-Cina bertambah lagi disebabkan oleh penglibatan orang Cina dalam MPAJA dan Parti Komunis Malaya yang begitu giat menentang Jepun. Justeru itu, Jepun telah bersikap kasar dan keras serta melakukan kezaliman ke atas orang Cina di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, dasar anti-Cina ini terpaksa diubah dan Jepun bersikap lebih lembut kerana mengalami kekurangan makanan dan kekalahan dalam peperangan dengan Amerika Syarikat. Pihak Jepun memerlukan bantuan makanan daripada golongan pedagang Cina dan kerjasama orang Cina dalam ekonomi. Perubahan dasar itu juga tidak berjaya mengukuhkan pemerintahan Jepun.
c. Orang India
Jepun berbaik-baik dengan orang India kerana ingin mendapatkan sokongan orang India dalam usahanya menawan India. Dalam hal ini, Jepun membantu penubuhan Liga Kemerdekaan India dan Tentera Nasional India serta Kerajaan Buangan India iaitu Azad Hind di Singapura yang di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Sungguhpun demikian, orang India juga tidak terlepas daripada kerahan buruh paksa serta penyeksaan, penderitaan dan kebuluran, pengangguran dan ketakutan sepertimana yang dialami oleh orang Melayu dan Cina.
3. Dasar ekonomi
Ekonomi urusniaga bebas ditukar kepada ekonomi kawalan. Penanaman padi diutamakan supaya pengeluaran makanan mencukupi. Rancangan 3 tahun sara diri dijalankan. Padi Taiwan diperkanalkan untuk penanaman dua kali setahun. Tanaman ubi kayu, sagu dan lada hitam giat ditanam. Rancangan Jepun untuk menghasilkan tanaman sara diri tidak berjaya. Pengeluaran barang makanan seperti beras tidak mencukupi. Ekonomi Tanah Melayu merosot dan menjadi lumpuh kerana:
a. Rancangan ekonomi tidak dapat dijalankan kerana serangan pihak Berikat.
b. Banyak kapal kargo yang menghantar keperluan pertanian diserang oleh pihak Berikat.
c. Perdagangan menjadi lumpuh kerana sekatan ekonomi.
d. Barang keperluan yang diimport berkurangan.
e. Perusahaan timah dan getah telah diabaikan.
Walau bagaimanapun, perusahaan besi dan bauksit menjadi maju sebab ia penting bagi pembinaan kelengkapan perang. Dari segi matawang, nilai mata wang adalah rendah kerana pengeluaran wang pokok pisang yang tidak dikawal. Selain itu, pengeluaran barang utama juga dikawal rapi. Permit juga dikenakan terhadap semua jenis pengangkutan dan perdagangan. Pihak Jepun juga memaksa nelayan menjual ikan kepada wakil-wakil Jepun. Pemerintah Jepun juga melaksanakan catuan pembelian beras dimana:
a. Setiap keluarga dihadkan kepada 2 gantang beras sebulan.
b. Pembelian beras mesti menggunakan kupon yang diperolehi daripada Pejabat Kawalan Makanan di bandar.
Kekurangan makanan dan kadar inflasi yang tinggi menyebabkan penduduk terpaksa menanam bahan makanan sendiri seperti ubi kayu. Selain itu, penduduk juga membuat gula daripada nila kelapa, garam dari air laut dan baju dari kulit kayu dan guni.
4. Dasar pendidikan
Jepun berusaha menghapuskan pengaruh Barat dengan melaksanakan rancangan “Penjepunan”. Kerajaan Jepun mahu mewujudkan sikap taat setia penduduk di Tanah Melayu terhadap Maharaja Jepun. Langkah-langkah yang dilaksanakan melalui rancangan “Penjepunan” ialah:
a. Pendidikan Barat dihapuskan dengan mengharamkan penggunaan Bahasa Inggeris dan mata pelajaran Inggeris.
b. Bahasa Cina diharamkan di sekolah-sekolah Cina.
c. Bahasa Jepun (Nippon-Go) menjadi bahasa pengantar di semua sekolah.
d. Tiap-tiap hari pelajar mesti menyanyi lagi kebangsaan Jepun.
e. Guru, pelajar dan belia diajar bahasa dan kebudayaan Jepun.
f. Kursus bahasa dan minggu bahasa Jepun diadakan.
g. Kelulusan bahasa Jepun penting bagi kenaikan pangkat.
h. Perpustakaan sekolah dilengkapi dengan buku-buku Jepun.
i. Bahasa Jepun digunakan dalam perkhidmatan pos dan telegraf.
j. Pelajaran percuma, cuti perayaan agama dan budaya Jepun diberikan.
Kesan-kesan Pendudukan Jepun

Pengenalan
Jepun mula menyerang Tanah Melayu pada 8 Disember 1941 dan dalam tempoh kira-kira 70 hari ia berjaya menguasai seluruh Tanah Melayu apabila Ketua Turus Tentera Berikat iaitu Leftenan Jeneral Percival menyerah kalah kepada Panglima Tentera Jepun iaitu Leftenan Jeneral Yamashita Tomoyuki di Singapura pada 15 Februari 1942. Sejak itu, Tanah Melayu ditadbir oleh pihak tentera Jepun sehingga 15 Ogos 1945. Walaupun pendudukan Jepun hanya selama 3 tahun 6 bulan tetapi ia telah meninggalkan beberapa kesan sama ada politik, ekonomi mahupun sosial.

Kesan-kesan
1. Politik
Selepas menguasai Tanah Melayu, Jepun menyusun semula pentadbiran dengan meletakkan Tanah Melayu di bawah pentadbiran tentera yang dikenali sebagai Malaya Military Administration (MMA) sesuai dengan keadaan peperangan ketika itu. Matlamat utama MMA ialah untuk memulihkan ketertiban awam, mengeksploitasikan sumber-sumber penting untuk menampung ekonomi perang dan menjamin bekalan yang cukup bagi keperluan tenteranya di Tanah Melayu. Dalam menjalankan pentadbiran, MMA dibantu oleh Polis Rahsia Jepun dan Badan Perisikan Jepun yang dikenali sebagai Kempeitai Tekkikan dan Toko. Negeri-negeri Selat (NNS) ditadbir secara langsung oleh Jepun manakala sistem kerajaan di negeri-negeri lain diteruskan dan diletakkan di bawah kawalan langsung seorang Gabenor Jepun. Majlis Mesyuarat Negeri ditukarkan menjadi Majlis Penasihat. Majoriti ahlinya adalah orang Jepun dan orang Melayu. Walau bagaimanapun, kuasa sebenar berada di tangan Jepun. Untuk mendapat sokongan orang Melayu, Jepun mengekalkan institusi Sultan sebagai pentadbir bersama-sama dengan pihak Jepun.
Pada peringkat awal pendudukan Jepun, Sumatera digabungkan dengan Tanah Melayu di bawah satu pentadbiran yang berpusat di Singapura yang dikenali sebagai Shonan. Walau bagaimanapun, penyatuan ini gagal dan Sumatera dipisahkan dari NNM daripada segi pentadbiran pada tahun 1944.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kesedaran politik yang mendalam di kalangan penduduk Tanah Melayu terutamanya orang Melayu. Hal ini dijelaskan oleh Yoji Akashi dalam bukunya “The Japanese Military Administration in Malaya”. Anthony Hill dalam bukunya “Division in Malaya” menegaskan “The Japanese regime and its aftermath awakened for the first time the political consciousness among the Malay People. They certainly developed it, leading its solidarity and direction”. Manakala John Fustons dalam bukunya “Malay Politic in Malaysia” menegaskan yang pendudukan Jepun telah “politicize the Malay Peasantry to the extent that they were available for mass mobilization immediately after the war”. Penderitaan yang dialami dan propaganda Jepun “Asia untuk Asia” telah membangkitkan kesedaran penduduk tempatan untuk berjuang menuntut kebebasan politik dan kemerdekaan.
Dalam menjalankan pentadbiran Jepun lebih mengutamakan orang Melayu kerana ia menganggap Tanah Melayu sebagai hak orang Melayu. Dalam buku yang sama Yoji Akashi menjelaskan “In the early stage of accupation, the MMA was obliged to regard the Malays as the rightful owner of Malaya while the Chinese and Indian as subordinate races”. Orang Melayu diberi peluang memegang jawatan-jawatan pentadbiran seperti Pegawai Daerah dan sebagainya. Dalam Majlis Penasihat bilangan ahli Melayu melebihi bilangan bangsa-bangsa lain. Sebagai contoh, di Perak 14/20, di Negeri Sembilan 7/12 dan di Pahang 5/9. Pengalaman dalam pentadbiran yang diterima oleh orang Melayu telah memberi keyakinan diri dan menyedarkan mereka bahawa orang Melayu mampu mentadbir negeri mereka sendiri.
Dasar Jepun terhadap orang India agak memuaskan kerana ia mengharapkan sokongan mereka dalam usaha untuk menjayakan rancangan Jepun untuk menguasai India. Orang India digalakkan bekerjasama dengan Jepun bagi membebaskan India daripada British. Mereka diminta menganggotai Tentera Kebangsaan India (MIA) yang ditubuhkan oleh Jepun di Tanah Melayu. Dengan tujuan mendapatkan sokongan orang India juga, Jepun menubuhkan Kerajaan India Buangan yang dikenali sebagai Azad Hind di Singapura di bawah pimpinan Subhas Chandra Bose. Dasar Jepun terhadap orang India telah menimbulkan masalah dalam usaha untuk mewujudkan semangat kenegaraan di kalangan orang India di Tanah Melayu.
Dasar orang Jepun terhadap orang Cina amat berbeza daripada dasar mereka terhadap orang Melayu dan India. Selepas menguasai Tanah Melayu mereka melakukan pembunuhan beramai-ramai dan lain-lain kezaliman ke atas orang Cina. Keadaan ini berlaku kerana permusuhan di antara Negeri Jepun dan Negeri China. Selain itu, Jepun marah kepada orang Cina di Tanah Melayu yang telah membantu Negeri China semasa Jepun menyerang China 1937. Akibat daripada tindakan Jepun, ramai orang Cina melarikan diri ke dalam hutan bagi mengelakkan penindasan Jepun dan seterusnya menganggotai Parti Komunis Malaya (PKM). Dasar Jepun terhadap orang Cina dan India telah menebalkan lagi semangat kecinaan dan keindiaan di kalangan orang Cina dan India di Tanah Melayu.
Kekalahan British dengan begitu mudah telah menjatuhkan maruah British dan telah melenyapkan “mitos superioriti” yang menganggap kuasa Barat tidak boleh dikalahkan oleh kuasa Timur. Cara mereka diusir oleh Jepun serta cara tawanan dilayan telah menjatuhkan lagi maruah British. Kekalahan British menyedarkan penduduk tempatan bahawa mereka tidak boleh bergantung kepada British untuk mempertahankan Tanah Melayu. Keadaan ini menyedarkan penduduk tempatan supaya berusaha sendiri bagi mempertahankan hak-hak dan kepentingan serta tanah air mereka.
Tindakan Jepun menyerahkan Negeri-negeri Melayu Utara kepada Siam pada Ogos 1943 menyedarkan penduduk tempatan bahawa Jepun tidak berminat untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu. Jepun yang dianggap sebagai pembebas yang akan membebaskan Tanah Melayu juga merupakan kuasa penjajah. Apa yang berlaku sebenarnya ialah penjajahan British digantikan dengan penjajahan Jepun malah penjajahan Jepun lebih kejam daripada penjajahan British.
Permusuhan yang timbul dengan orang Cina akibat pendudukan Jepun telah menyedarkan orang Melayu untuk bangun memperjuangkan hak-hak kepentingan mereka sebagai bumiputera Tanah Melayu. Jepun dengan nasionalis-nasionalis Melayu telah menimbulkan lagi semangat nasionalisme. Jepun memberi sokongan kepada Kesatuan Melayu Muda (KMM) pimpinan Ibrahim Yaacob. Ia juga telah menubuhkan Pasukan Tentera Sukarela (PETA) atau Pembela Tanah Air yang lebih dikenali sebagai Giyu Gun di bawah pimpinan Ibrahim Yaacob. Selepas menduduki Tanah Melayu, Jepun membebaskan nasionalis-nasionalis yang dipenjarakan oleh British seperti Ibrahim Yaacob, Ishak Haji Muhammad dan Ahmad Boestamam. Pembebasan telah membolehkan perjuangan nasionalisme diteruskan.
Pendudukan Jepun telah memberi peluang kepada PKM untuk berkembang. Ia mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang Cina dan dianggap sebagai pelindung mereka daripada penindasan Jepun. Apabila Tanah Melayu dikuasai Jepun, anggota-anggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka telah menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang ditubuhkan oleh British. PKM seterusnya menubuhkan Tentera Anti Jepun Rakyat Malaya atau Malayan People anti-Japanese Army (MPAJA). MPAJA mendapat bantuan seperti senjata, makanan, ubat-ubatan dan latihan daripada pihak Berikat terutamanya Pasukan 136. Pengalaman dalam peperangan di hutan dan senjata yang diperolehi semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM terutamanya dalam usaha untuk menjayakan matlamat mereka. Semasa pendudukan Jepun, mereka menyerang hendap tentera Jepun dan menjalankan pengintipan bagi pihak British. Selepas pendudukan Jepun, PKM muncul sebagai parti yang kuat dan teratur. Mengenangkan jasa PKM membantu British menentang Jepun, ia diterima sebagai parti yang sah sejak tahun 1945. Kegagalan untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan telah mendorong PKM melakukan pemberontakan bersenjata sejak 16 Jun 1948 bagi menjayakan matlamat mereka menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan munculnya kesedaran politik secara berparti dan berpersatuan di kalangan penduduk Tanah Melayu selepas pendudukan Jepun. Di antara parti-parti yang wujud ialah UMNO, MCA, MIC, API, AWAS, PKMM, Hizbul Muslimin dan sebagainya.
Idea kemerdekaan juga didapati akibat daripada pendudukan Jepun. Ia telah berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu di bawah lingkungan “Indonesia Raya”. Untuk tujuan tersebut, Kesatuan Rakyat Indonesia Semenanjung (KRIS) telah ditubuhkan pada Julai 1945. Rundingan telah diadakan di antara pemimpin Tanah Melayu iaitu Ibrahim Yaacob dan Dr. Burhanuddin dengan pemimpin Indonesia iaitu Sukarno dan Hatta untuk menjayakan matlamat kemerdekaan bersama. Rundingan diadakan di Singapura pada 8 Ogos 1945 dan Taiping pada 12 Ogos 1945. Walau bagaimanapun, KRIS gagal memperjuangkan kemerdekaan Tanah Melayu akibat daripada kekalahan Jepun pada 15 Ogos 1945.
2. Ekonomi
Ekonomi dan taraf hidup rakyat Tanah Melayu mengalami kemerosotan semasa pendudukan Jepun. Ekonomi Tanah Melayu yang bergantung kepada eksport bijih timah dan getah mengalami kemerosotan kerana pengeluaran berkurangan akibat peperangan dan juga kerana dasar “Bumi Hangus” yang diamalkan oleh British dimana mereka telah merosakkan pokok-pokok getah, kilang-kilang, lombong-lombong dan jentera perlombongan sebelum beundur dari Tanah Melayu bagi mengekalkannya daripada jatuh ke tangan Jepun. Tanah Melayu juga telah putus daripada pasaran antarabangsa bijih timah dan getah kerana Jepun mengharamkan eksport keduanya kecuali Jepun.
Selain itu, Jepun juga mengeksploitasikan sumber-sumber yang diperlukan di negeri Jepun terutamanya besi dan bauksit. Semasa pendudukan Jepun, Tanah Melayu mengalami kekurangan barang pengguna khususnya tekstil dan makanan. Pada tahun 1943, Tanah Melayu hanya menghasilkan 37.5% daripada beras penduduknya. Walaupun Burma yang banyak menghasilkan beras juga dikuasai oleh Jepun tetapi import beras dari Burma tergendala kerana masalah peperangan. Beberapa langkah telah dijalankan atas arahan Jepun bagi menambahkan pengeluaran beras Tanah Melayu. Di antara langkah-langkah tersebut ialah menggalakkan penanaman padi 2 kali setahun, memperkenalkan benih padi daripada Taiwan, membuka tanah pertanian baru dan sebagainya. Walau bagaimanapun, pengeluaran beras Tanah Melayu tetap tidak mencukupi untuk keperluan penduduknya. Akibatnya penduduk Tanah Melayu terpaksa bergantung kepada tanaman lain seperti jagung, pisang, ubi kayu dan sebagainya. Semasa Jepun, Tanah Melayu mengalami inflasi kerana pengedaran wang kertas yang tidak terkawal dan kekurangan barang pengguna terutamanya makanan. Pada tahun 1945, pengedaran wang kertas di Tanah Melayu berjumlah $4000 juta sedangkan sebelum pendudukan Jepun pengedaran wang kertas hanya $200 juta. Kemusnahan sistem perhubungan dan lain-lain infrastruktur yang tidak dibaiki oleh Jepun telah mengakibatkan kemerosotan ekonomi Tanah Melayu. Walapun Jepun melaksanakan beberapa industri seperti kilang kasut, tayar dan sebagainya, tetapi ia tidak mencapai kejayaan.
3. Sosial
Pendudukan Jepun telah menimbulkan pelbagai penderitaan pada rakyat Tanah Melayu. Kekejaman polis rahsia Jepun khususnya Kempeitai telah menambahkan lagi penderitaan rakyat Tanah Melayu terutamanya mereka yang anti-Jepun seperti orang Cina. Ramai orang Cina telah dibunuh dan dizalimi oleh Jepun menyebabkan mereka lari ke dalam hutan. Mereka tinggal di dalam hutan dan menanam tanaman makanan untuk keperluan sendiri. Tidakan orang Cina telah membawa kepada permulaan wujudnya masalah setinggan selepas Perang Dunia Kedua. Semasa Jepun, terutamanya orang India telah dijadikan buruh paksa dan dihantar ke sempadan Thai-Burma untuk membina jalan keretapi. Kekurangan makanan dan penyakit menyebabkan ramai meninggal dunia sehingga jalan keretapi itu dikenali sebagai “Jalan Keretapi Maut”. Kekurangan makanan terutamanya beras telah menimbulkan pelbagai penyakit. Di antara penyakit yang banyak membawa maut ialah malaria dan beri-beri. Masalah penyakit semakin serius kerana kekurangan ubat lebih-lebih lagi bila ubat-ubat telah dirampas oleh tentera Jepun bagi keperluan mereka di Tanah Melayu.
Pendudukan Jepun telah mengakibatkan wujudnya permusuhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina akibat daripada dasar Jepun yang berbeza kepada kaum-kaum tersebut. Layanan baik Jepun kepada orang Melayu telah menimbulkan kemarahan orang Cina. Malah Jepun telah mengambil orang Melayu untuk dijadikan polis dan tentera dimana mereka digunakan oleh Jepun untuk menentang MPAJA yang terdiri daripada orang Cina. Tindakan orang Melayu menjadi pengintip Jepun telah menambah lagi kemarahan orang Cina. Akibatnya selepas pendudukan Jepun, berlaku pergaduhan kaum di antara orang Melayu dengan orang Cina terutamanya di Perak dan Johor. Pendudukan Jepun telah menimbulkan semangat rajin dan berdikari di kalangan orang Melayu seperti menghasilkan barang daripada daun nanas dan gula dari nira kelapa. Pendudukan Jepun turut menimbulkan kesedaran orang Melayu terhadap pentingnya pengajaran, dimana selepas perang sekolah-sekolah Melayu tumbuh dengan pesatnya di seluruh negara.

Malayan Union

Pengenalan
Kekalahan British di Tanah Melayu atas tangan Jepun dalam tempoh yang singkat menyedarkan British terhadap kelemahan pentadbiran mereka di Tanah Melayu sebelum perang. Akibat pada Julai 1943, Malayan Planning Unit (MPU) telah ditubuhkan di London untuk merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu selepas tamat perang nanti. Pada 31 Mei 1944, kabinet perang telah meluluskan syor penyatuan politik Tanah Melayu yang dikemukakan oleh MPU. Pada 10 Oktober 1945, Setiauaha Pejabat Tanah Jajahan British, George Hall, telah mengumumkan parlimen mengenai penyatuan politik Tanah Melayu yang dikenali sebagai Malayan Union (MU). Pada 11 Oktober 1945, Harold MacMichael dihantar ke Tanah Melayu untuk mendapatkan tandatangan Sultan-sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Beliau melaksanakan tugasnya dari 18 Oktober hingga 21 Disember 1945. Parlimen British telah mengeluarkan “kertas putih” yang mengandungi cadangan-cadangan MU.

Cadangan-cadangan MU
Cadangan Perlembagaan MU mengandungi 2 fasal utama, iaitu yang berkaitan dengan pentadbiran dan kerakyatan.
1. Pentadbiran
a. Negeri-negeri Melayu Bersekutu (Perak, Selangor, Pahang dan Negeri Sembilan), Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu (Kedah, Perlis, Kelantan, Terengganu) dan 2 buah Negeri-negeri Selat (Pulau Pinang dan Melaka) digabungkan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai MU.
b. Singapura diasingkan dari MU kerana jumlah penduduk Cinanya yang ramai, kedudukan yang strategik dan taraf pelabuhan bebas. Singapura menjadi wilayah yang berasingan dan ditadbir oleh seorang Gabenor.
c. Kedudukan Sultan-sultan dikekalkan tetapi kekuasaan serta kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa dalam pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal ehwal agama Islam dan adat resam Melayu di mana mereka dilantik sebagai Pengerusi Majlis Penasihat Melayu negeri masing-masing.
d. Majlis Mesyuarat Negeri dikekalkan sebagai badan yang menguruskan hal-ehwal tempatan tetapi diletakkan di bawah kawalan langsung kerajaan pusat.
e. MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British dengan pemusatan pentadbiran yang diketuai oleh Gabenor di Kuala Lumpur.
f. Gabenor akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Mesyuarat Kerja dan Majlis Perundangan Pusat. Selain itu, Majlis Penasihat juga ditubuhkan.
g. Seorang Gabenor Jeneral dilantik untuk mengawasi pentadbiran MU, Singapura dan wilayah Borneo.
2. Kerakyatan
Perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Syarat kerakyatan:
a. Lahir di Tanah Melayu atau Singapura.
b. Tinggal di Tanah Melayu selama 10 tahun daripada tempoh 15 tahun yang terdahulu sebelum 15 Februari 1942.
c. Lahir di luar Tanah Melayu tetapi ibu atau bapa atau kedua-duanya warganegara MU.
d. Mereka yang tidka layak mengikut syarat atas boleh memohon menjadi warganegara selepas tinggal di Tanah Melayu selama 5 tahun.

Sebab penubuhan MU
1. Mewujudkan keseragaman dan kecekapan
MU dilaksanakan supaya dapat mewujudkan keseragaman atau kecekapan dalam pentadbiran di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, terdapat 3 bentuk pentadbiran yang tidak seragam, iaitu Negeri-negeri Melayu Bersekutu, Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu dan Negeri-negeri Selat. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan bahawa sistem pentadbiran tersebut bukan sahaja janggal tetapi mahal. Sistem pentadbiran sebelum perang perlu dihapuskan kerana ianya mempunyai banyak kelemahan. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya bukan sahaja dapat mewujudkan keseragaman dan kecekapan dalam pentadbiran, tetapi juga menjimatkan belanja pentadbiran.
2. Melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu
Penubuhan MU bertujuan untuk melahirkan semangat cintakan Tanah Melayu terutamanya di kalangan orang-orang Cina dan India. Taat setia orang Cina dan India masih lagi ke negara asal mereka. Diharapkan dengan pemberian kerakyatan yang longgar, orang Cina dan India akan menumpukan taat setia kepada Tanah Melayu apabila mereka menjadi warganegara MU.
3. Mengimbangi perkembangan ekonomi
MU juga bertujuan untuk mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu. Sebelum perang, perkembangan ekonomi antara negeri tidak seimbang. Secara umunya, Negeri-negeri Selat dan Negeri-negeri Melayu Bersekutu lebih maju daripada Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan mengimbangi perkembangan ekonomi di seluruh Tanah Melayu.
4. Persiapan ke arah berkerajaan sendiri
Mengikut British, MU merupakan persiapan Tanah Melayu menuju ke arah berkerajaan sendiri. Sebelum hasrat ini tercapai pentadbiran yang stabil perlu diwujudkan. Selain itu, kesedaran nasional perlu ditanam di kalangan penduduk seluruh Tanah Melayu.
5. Meneruskan usaha British
MU juga dilaksanakan bagi meneruskan usaha British untuk menggabungkan semua negeri di Tanah Melayu sebagai satu unit politik seperti yang dijalankan sebelum Perang Dunia Kedua. Buktinya: desentralisasi dilaksanakan dengan tujuan mempengaruhi Negeri-negeri Melayu Tidak Bersekutu menyertai persekutuan.
6. Meneruskan penguasaan politik dan ekonomi
Penubuhan MU akan membolehkan British meneruskan penguasaannya ke atas politik dan ekonomi Tanah Melayu kerana Malayan Union akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
7. Membalas dendam
MU juga dilaksanakan dengan tujuan untuk membalas dendam terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” menegaskan sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti-Melayu kerana mereka kecewa dengan tindakan orang Melayu yang bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak keistimewaan dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.
8. Mengenang jasa
James V. Allen juga mendakwa penubuhan MU bertujuan mengenang jasa orang Cina yang telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Majoriti orang Cina menjadi anggota Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA) dan bersama-sama British dalam usaha mengusir Jepun dari Tanah Melayu. Akibatnya, perlembagaan MU dirangka sebegitu rupa yang menguntungkan orang Cina yang berkaitan dengan kerakyatan.
9. Menghalang usaha ke arah kemerdekaan
MU dilaksanakan bagi menghalang usaha ke arah kemerdekaan yang diperjuangkan oleh penduduk Tanah Melayu, terutamanya orang Melayu. Sejak pendudukan Jepun, orang Melayu telah berusaha untuk mendapatkan kemerdekaan. Usaha mereka akan terhalang kerana MU akan menjadi Tanah Jajahan Mahkota British.
10. Menyusun strategi pertahanan
Penubuhan MU bertujuan memudahkan British menyusun strategi pertahanan. Sebelum Perang Dunia Kedua, British mendapati sukar untuk menyusun strategi pertahanan Tanah Melayu kerana bukan semua negeri ditadbir secara langsung oleh British. Sekiranya semua negeri digabungkan sebagai satu unit politik, ianya akan memudahkan British menyusun strategi pertahanan yang berkesan.

Penentangan MU oleh orang Melayu
Pengenalan dan penubuhan MU telah menimbulkan penentangan hebat dari orang Melayu. Sebabnya:
1. Cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan-sultan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan cara Harold MacMichael mendapatkan tandatangan Sultan bagi mempersetujui penubuhan MU. Semasa diminta menandatangani persetujuan tersebut, Sultan-sultan tidak diberitahu cadangan-cadangan yang terkandung dan perlembagaan MU. Sultan-sultan juga tidak diberi masa cukup untuk meneliti kebaikan dan keburukan MU. Selain itu, mereka juga tidak dibenarkan berbincang dengan pembesar atau Majlis Mesyuarat Negeri sebelum menandatangani persetujuan penubuhan MU. Ugutan Harold MacMichael telah menambahkan kemarahan orang Melayu. Sekiranya mana-mana Sultan enggan menandatangani persetujuan penubuhan MU, Sultan tersebut akan dianggap pro-Jepun dan disingkirkan dari takhta. Contoh yang jelas ialah Sultan Badlishah yang diberi kata dua sama ada menandatangani persetujuan penubuhan MU atau turun dari takhta.
2. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan
Penubuhan MU akan menjejaskan kekuasaan dan kewibawaan Sultan. Walaupun kedudukan Sultan dikekalkan, tetapi kekuasaan dan kewibawaan mereka dikurangkan. Sultan tidak mempunyai kuasa pentadbiran. Kuasa Sultan hanya tertumpu dalam hal-ehwal Islam dan adat resam Melayu. Malah kuasa Sultan dalam hal-ehwal Islam juga terjejas apabila British mencadangkan penubuhan Majlis Mesyuarat Agama yang dipengerusikan oleh Gabenor. Sultan-sultan dianggap sebagai pelindung orang Melayu. Kemerosotan kuasa Sultan bererti kehilangan kuasa orang Melayu.
3. Hak istimewa
Penubuhan MU akan menghapuskan hak-hak istimewa yang dinikmati oleh orang Melayu sebagai bumiputera Tanah Melayu kerana perlembagaan MU memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan. Orang Melayu tidak mahu hak istimewa dinikmati oleh orang Cina dan India yang dianggap pendatang yang menumpang di Tanah Melayu. Penghapusan hak istimewa menyebabkan orang Melayu bimbang penguasaan ekonomi oleh orang Cina akan bertambah besar dan ini akan meluaskan jurang ekonomi antara orang Melayu dengan Cina.
4. Hak kerakyatan
Orang Melayu tidak bersetuju dengan syarat kerakyatan yang longgar mengikut prinsip jus soli. Orang Melayu tidak mahu orang Cina dan India diberi syarat kerakyatan yang longgar kerana merek masih tidak yakin dengan taat setia orang Cina dan India terhadap Tanah Melayu. Pemberian taraf kerakyatan yang longgar akan menyebabkan ramai orang Cina dan India menjadi warganegara Tanah Melayu. Orang Melayu bimbang orang Cina yang sudahpun menguasai ekonomi akan menguasai politik apabila bilangan mereka melebihi orang Melayu. Kebimbangan mereka bertambah kerana pada tahun 1947, jumlah Melayu hanya 49.46% daripada jumlah penduduk Tanah Melayu.
5. Balas dendam
Orang Melayu juga menentang MU kerana mereka menyedari perlembagaan MU merupakan balas dendam British terhadap orang Melayu kerana menyokong Jepun. James V. Allen dalam bukunya “The Malayan Union” mendakwa sejak kekalahan British di tangan Jepun, majoriti pegawai British bersikap anti Melayu kerana kecewa dengan tindakan orang Melayu bekerjasama dengan Jepun. Akibatnya, perlembagaan MU amat merugikan orang Melayu, terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan.
6. Masa cemas
MU dilaksanakan pada masa cemas dalam hubungan antara orang Melayu dan Cina akibat pemerintahan Jepun. Oleh itu, orang Melayu mendakwa perkembangan ini dilaksanakan dalam suasana anti Melayu dan pro Cina kerana MU merugikan orang Melayu dan menguntungkan orang Cina.
7. Orang Melayu tidak terlibat
Orang Melayu tidak terlibat dalam merangka perlembagaan MU. Perlembagaan itu dirancang oleh Pegawai British dalam MPU di London. Pendapat orang Melayu langsung tidak diminta oleh British semasa mereka merangka perlembagaan tersebut.

Bentuk penentangan
1. Akhbar
Akhbar-akhbar telah memainkan peranan penting dalam membangkitkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Akhbar-akhbar telah mendedahkan keburukan dan kerugian yang akan dialami oleh orang Melayu jika MU dilaksanakan. Orang Melayu telah diseru supaya bersatu dalam usaha menentang MU. Orang Melayu juga diseru supaya memulihkan pertubuhan yang telah wujud dan menubuhkan pertubuhan baru. Pertubuhan-pertubuhan ini perlu digabungkan bagi menguatkan penentangan orang Melayu terhadap MU. Berita tentang penentangan orang Melayu dimuatkan dalam akhbar untuk pengetahuan orang-orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Di antara akhbar-akhbar tersebut ialah Utusan Melayu, Warta Negara, Majlis dan Pelita Malaya.
2. Kerjasama
Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah bersatu dan bekerjasama dalam usaha menentang MU. Mereka telah menulis surat kepada Raja British dan bekas pegawai British yang pernah berkhidmat di Tanah Melayu memohon sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Mereka juga mendesak Kerajaan British dan Pejabat Tanah Jajahan membatalkan rancangan penubuhan MU dan merangka perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu khususnya yang dapat melindungi kepentingan orang Melayu. Bekas pegawai British tersebut telah menulis dalam akhbar di Britain, terutamanya akhbar Times untuk menyatakan sokongan mereka terhadap perjuangan orang Melayu. Antara bekas pegawai British tersebut ialah Frank Swettenham, Authur Richard, Cecil Clementi, Rolland Braddle dan Winstreadt. Orang-orang Melayu telah mengadakan perarakan dan perhimpunan di semua ibu negeri dan di bandar-bandar lain di Tanah Melayu untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap MU. Sebagai contoh: pada 15 Disember 1945, 10 ribu orang telah berkumpul di hadapan istana di Kota Bahru semasa Harold MacMichael menemui Sultan untuk mendapatkan tandatangan. Pada 25 Januari 1946, hampir 5000 orang telah mengadakan perhimpunan di Padang Mahkamah, Alor Setar. Pada 10 Februari 1946, perhimpunan yang dihadiri oleh 15 ribu orang diadakan di Johor Bahru. Satu perhimpunan raksasa yang dihadiri lebih 50 ribu orang diadakan di Kuala Kangsar pada 10 Mac 1946.
3. Kongres
Hasil dari daya usaha Kesatuan Melayu Selangor dan Dato’ Onn bin Jaafar, Kongres Melayu Se-Malaya diadakan di Kelab Sultan Sulaiman, Kampung Baru, Kuala Lumpur pada 1-4 Mac 1946. Kongres tersebut dihadiri 107 perwakilan dan 56 pemerhati dari 41 pertubuhan Melayu di seluruh Tanah Melayu. Kongres tersebut telah mendesak orang Melayu supaya bersatu dan berusaha untuk menentang MU. Kongres tersebut juga mencadangkan supaya ditubuhkan sebuah pertubuhan Melayu yang akan dianggotai oleh orang Melayu di seluruh Tanah Melayu. Pada 29 dan 30 Mac 1946, Kongres Melayu Se-Malaya Kedua diadakan di Kuala Lumpur bagi membincangkan penubuhan pertubuhan Melayu tersebut. Akibatnya lahirlah Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu yang lebih dikenali sebagai UMNO dalam Kongres Melayu Se-Malaya Ketiga di Johor Bahru pada 11 Mei 1946. Dato’ Onn bin Jaafar dilantik sebagai Presiden UMNO yang pertama.
4. Pemulauan
Walaupun mendapat tentangan orang Melayu, British tetap mahu melaksanakan MU. Akibatnya, Sultan-sultan, pembesar-pembesar dan orang-orang Melayu telah memulaukan upacara panubuhan MU dan perlantikan Edward Gent sebagai Gabenor pertama pada 1 April 1946.
5. Perkabungan
Selama seminggu sejak penubuhan MU, orang Melayu telah mengadakan perkabungan untuk menunjukkan betapa sedihnya mereka akibat penubuhan MU. Dalam perkabungan tersebut, lelaki Melayu memakai songkok yang dililit kain putih manakal wanita Melayu melilitkan kain putih di lengan baju. Perkabungan orang Melayu mendapat simpati orang asli. Diberitakan dalam akhbar Pelita Malaya, bertarikh 5 April 1946, orang-orang Sakai di Ulu Langat telah keluar ke Pekan dengan memakai bunga-bunga kabung.
6. Ahli Melayu
Ahli-ahli Melayu dalam Majlis Penasihat menarik diri untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap MU.

Kesimpulan
Akibat tentangan orang Melayu dan perakuan Edward Gent serta Malcolm MacDonald, maka British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU dan menubuhkan Persekutuan Tanah Melayu pada 1 Februari 1948. Persekutuan Tanah Melayu menjadi lindungan British. Dalam perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu, hak-hak istimewa orang Melayu dan kekuasaan serta kewibawaan Sultan dikekalkan. Selain itu, syarat kerakyatan telah diperketatkan.

Persekutuan Tanah Melayu

Pengenalan
Akibat tentangan orang Melayu terhadap Malayan Union (MU) dan perakuan Edward Gent dan Malcolm MacDonald, maka Kerajaan British telah menghantar satu perwakilan ahli Parlimen British yang diketuai oleh L.D. Grammant dan D.R. William untuk meninjau kehendak orang Melayu. Hasil daripada laporan mereka, British bersetuju membubarkan MU. Pada 25 Julai 1946, Jawatankuasa Kerja telah ditubuhkan. Ia terdiri daripada 6 pegawai Eropah, 4 wakil Sultan dan 2 wakil UMNO untuk merangka satu perlembagaan baru yang sesuai dijalankan di Tanah Melayu, khususnya yang dapat diterima oleh orang Melayu dan British. Pada dasarnya, matlamat mereka ialah untuk menubuhkan kerajaan pusat yang kukuh, memajukan ekonomi Tanah Melayu dan menyelesaikan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan serta kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Orang-orang bukan Melayu tidak bersetuju dengan penubuhan Jawatankuasa Kerja kerana mereka bimbang Jawatankuasa Kerja yang tidak diwakili oleh orang bukan Melayu akan merangka perlembagaan yang hanya menguntungkan orang Melayu dan merugikan orang bukan Melayu. Mereka telah mengadakan beberapa halangan bagi mengagalkan tugas Jawatankuasa Kerja. Walaupun mendapat halangan, Jawatankuasa Kerja telah berjaya mengemukakan laporan mereka pada 11 Disember 1946 yang mengandungi draf perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM).

Perkembangan 1946-1948
Penentangan PTM berbeza dari MU terutamanya yang berkaitan dengan hak istimewa orang Melayu, kekuasaan dan kewibawaan Sultan dan syarat kerakyatan. Pad 15 Disember 1946, Jawatan Perunding yang terdiri daripada 5 pegawai Eropah, 2 wakil Cina dan 2 wakil India telah ditubuhkan untuk meninjaukan pandangan orang bukan Melayu terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Jawatankuasa Perunding telah mengemukakan laporan mereka pada 21 Mac 1947 yang mengandungi beberapa pindaan ke atas draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Dalam usaha untuk menentang draf perlembagaan tersebut, mereka telah menubuhkan All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. AMCJA dipimpin oleh Dato’ Tan Cheng Lock sebagai Presiden dan John Eber sebagai Setiausaha. Antara pertubuhan yang menyertai AMCJA ialah Malayan Democratic Union, Malayan Indian Congress, Pan-Malayan Federation of Trade Union, Malayan People Anti-Japanese Ex-Services Comrades Association dan Parti Komunis Malaya. Mereka telah mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru di Tanah Melayu. Antara cadangan itu ialah:
a. Pernyatuan Tanah Melayu dengan Singapura sebagai satu unit politik.
b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan melalui badan perundangan pusat yang ahlinya dipilih.
c. Kerakyatan yang sama yang memberi hak dan peluang yang sama kepada semua warganegara tanpa mengira bangsa dan keturunan.
AMCJA telah mendesak supaya British membatalkan semua persetujuan yang telah dicapai antara British dengan Raja-raja Melayu dan UMNO. Mereka juga mahu AMCJA diterima sebagai wakil bukan Melayu.
Pada 22 Disember 1947, golongan kiri orang Melayu telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) untuk menentang draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. PUTERA dianggotai oleh Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) pimpinan Dr. Burhannuddin, Angkatan Pemuda Insaf (API) pimpinan Ahmad Boestamam dan Angkatan Wanita Sedar (AWAS) pimpinan Shamsiah Fakeh. PUTERA juga mengemukakan beberapa cadangan untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Antaranya ialah:
a. Bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi Tanah Melayu.
b. Pemerintahan sendiri akan dijalankan di mana hal-ehwal luar dn pertahanan menjadi tanggungjawab bersama Kerajaan British dengan Kerajaan Tanah Melayu.
c. Perkataan “Melayu” mesti digunakan sebagai rupa bangsa warganegara Tanah Melayu.
d. Bendera Tanah Melayu mesti mengandungi warna-warna kebangsaan Tanah Melayu.
Pada 16 Mac 1947, PUTERA telah bergabung dengan AMCJA yang menguatkan penentangan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja. Mereka telah mengemukakan “perlembagaan rakyat” yang merupakan gabungan cadangan PUTERA dan AMCJA untuk dilaksanakan dalam perlembagaan baru Tanah Melayu. Mereka juga telah melaksanakan “hartal” di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja serta menunjukkan kekuatan mereka. Walau bagaimanapun, British tidak berminat untuk menerima cadangan PUTERA-AMCJA. British menerima draf perlembagaan Jawatankuasa Kerja yang dijadikan asas perlembagaan PTM. Pada 21 Januari 1948, Raja-raja Melayu dan wakil Kerajaan British menandatangani persetujuan penubuhan PTM. Pada 1 Februari 1948, lahirlah PTM secara rasminya.

Cadangan PTM 1948
1. Sembilan negeri Melayu iaitu Perlis, Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Pahang, Kelantan dan Terengganu dan dua Negeri-negeri Selat iaitu Melaka dan Pulau Pinang disatukan sebagai satu unit politik yang dikenali sebagai PTM.
2. Singapura diasingkan dari PTM.
3. PTM menjadi negeri lindungan British.
4. Pentadbiran PTM diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi (PJT).
5. PJT akan menjalankan pentadbiran dengan bantuan Majlis Perundangan Persekutuan (MPP) dan Majlis Mesyuarat Kerja Persekutuan (MMKP).
6. MPP terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 9 Menteri Besar, 2 wakil Melaka dan Pulau Pinang, 11 ahli rasmi dan 50 ahli tak rasmi yang terdiri daripada 22 Melayu, 14 Cina, 7 Eropah, 5 India, 1 Ceylon dan 1 Serani.
7. MMKP pula terdiri daripada 3 anggota ex-officio, 4 ahli rasmi dan sekurang-kurangnya 5 atau selebih-lebihnya 7 ahli tak rasmi.
8. Majlis Mesyuarat Raja-raja ditubuhkan dan dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu. Persidangan yang dijalankan akan dipengerusikan oleh salah seorang dari mereka.
9. Kekuasaan dan kewibawaan Sultan ke atas negeri mereka dikekalkan. Sultan-sultan akan menjalankan pentadbiran mereka dengan bantuan MMN dan MMK negeri.
10. Kerajaan negeri bertanggungjawab dalam kerajaan tempatan, kesihatan, pelajaran, tanah dan pertanian.
11. Hak istimewa orang Melayu dikekalkan.
12. Hak kerakyatan:
a. Mereka yang lahir di Tanah Melayu mesti bermastautin selama 8 tahun dari tempoh 12 tahun yang terdahulu.
b. Mereka yang lahir di luar Tanah Melayu mesti bermastautin selama 15 tahun dari tempoh 20 tahun yang terdahulu.
c. Umur minimum menjadi warganegara ialah 18 tahun.
d. Mereka mesti boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris.
e. Mereka diminta bersumpah untuk menentukan taat setia kepada Tanah Melayu.

Perkembangan 1948-1957
Mengikut perlembagaan PTM 1948, Kerajaan British bersetuju untuk memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan akan dijalankan beransur-ansur. British juga bersetuju untuk mengadakan pilihanraya bagi memilih ahli MPP. Walau bagaimanapun, usaha ke arah tersebut terhalang akibat pemberontakan Parti Komunis Malaya (PKM) sejak 16 Jun 1948. Apabila keadaan mulai reda, usaha ke arah tersebut diteruskan. Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan di mana 9 rakyat tempatan yang menjadi MPP dilantik untuk mengetuai 9 jabatan kerajaan. Jabatan-jabatan tersebut ialah Hal-ehwal Ekonomi, Hal-ehwal Dalam Negeri, Kesihatan, Pelajaran, Pertanian dan Perhutanan, Tanah, Galian dan Perhubungan, Industri dan Hubungan Sosial, Kerja Raya dan Perumahan, Keretapi dan Pos. Antara mereka ialah Dato’ Onn bin Jaafar mengetuai Jabatan Hal-ehwal Dalam Negeri, Hau Sek Lee mengetuai Jabatan Kesihatan dan Thuraisingam mengetuai Jabatan Pelajaran.
Mulai 1951, pilihanraya perbandaran mulai diadakan bagi memilih ahli majlis perbandaran. Pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang diadakan untuk memilih 9 orang ahli. Dalam pilihanraya tersebut Parti Radikal Pulau Pinang memenangi 6 kerusi, Parti Buruh 2 kerusi dan UMNO satu kerusi. Pada 16 Februari 1952, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan untuk memilih12 ahli. Untuk menghadapi pilihanraya tersebut UMNO dan MCA telah bergabung sebagai Parti Perikatan untuk menghadapi Parti Kemerdekaan Malaya (IMP) pimpinan Dato’ Onn bin Jaafar yang telah keluar dari UMNO akibat perselisihan dasar. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA memenangi 9 kerusi, IMP 2 kerusi dan bebas 1 kerusi. Akibat kemenangan Parti Perikatan, 2 orang anggotanya iaitu H.S. Lee dan Dr. Ismail dilantik sebagai Ketua Jabatan Kerajaan dalam Sistem Ahli. Pada tahun 1953, seorang rakyat tempatan yang menjadi ahli MPP dilantik menjadi “speaker” menggantikan PJT yang tidak lagi menjadi ahli MPP. Pada tahun 1953 juga, Parti Perikatan UMNO-MCA telah mendesak supaya British mengadakan pilihanraya umum bagi memilih ahli-ahli MPP.
Pada tahun 1954, Gerald Templer selaku wakil Kerajaan British telah mengumumkan MPP akan mempunyai 98 ahli, iaitu 52 dipilih dan 46 dilantik. Pilihanraya Umum yang pertama akan diadakan pada 27 Julai 1955. Berikutan dengan pengumuman itu, UMNO dan MCA bergabung pula dengan MIC menjadi Parti Perikatan yang lebih besar. Antara parti yang bertanding dalam Pilihanraya Umum Pertama ialah Parti Buruh, Parti Sosialis, Parti Negara, Parti Progresif Rakyat, Parti Islam Se Tanah Melayu (PAS), Parti Perikatan Melayu Perak dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC. Dalam pilihanraya tersebut, Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC telah memenangi 51 kerusi dan PAS 1 kerusi. Hasil dari kemenangan besar Parti Perikatan, Tanah Melayu telah diberi berkerajaan sendiri di mana Tunku Abdul Rahman dilantik sebagai Ketua Menteri. Sebuah Jemaah Menteri yang terdiri daripada 6 Melayu, 3 Cina dan 1 India telah dibentuk. Bagi mempercepatkan kemerdekaan Tanah Melayu, usaha-usaha telah dijalankan untuk menamatkan pemberontakan PKM. Hasilnya Rudningan Baling diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Cheng Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Tunku Abdul Rahman tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah dan Chin Peng pula tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan.
Pada 6 Januari 1956, rombongan kemerdekaan yang diwakili oleh Parti Perikatan dan diketuai oleh Tunku Abdul Rahman telah berangkat ke England untuk merundingkan kemerdekaan Tanah Melayu dengan Kerajaan British. Rundingan yang diadakan dari 18 Januari hingga 8 Februari 1956 dipengerusikan oleh Lord Lennox Boyd. Hasil dari rundingan tersebut, British bersetuju memberi kemerdekaan kepada Tanah Melayu pada 31 Ogos 1957. Bagi merangka perlembagaan PTM yang merdeka, Suruhanjaya Reid yang diketuai oleh Lord Reid telah dibentuk. Anggota-anggotanya terdiri daripada hakim-hakim negara Komanwel, iaitu Ivor Jenning (Britain), William Mackell (Australia), B. Malik (India) dan Abdul Hamid (Pakistan). Suruhanjaya ini telah mengadakan tinjauan dan mendapatkan pandangan daripada orang tempatan, pelbagai parti politik, persatuan dan pertubuhan. Sejumlah 131 memorandum telah diterima. Hasil dari memorandum ini, Suruhanjaya Reid telah menyusun dan merangka perlembagaan dan siap pada bulan Mac 1957. Pada 31 Ogos 1957, lahirlah PTM yang merdeka.

Perlembagaan PTM 1957
1. PTM yang merdeka mempunyai seorang Raja sebagai ketua negara. Baginda dikenali sebagai Yang Dipertuan Agong. Baginda akan dipilih di kalangan Raja-raja Melayu untuk tempoh 5 tahun. Baginda menjadi Raja Berperlembagaan dengan mengikut nasihat Jemmah Menteri Persekutuan serta Majlis Raja-raja.
2. Majlis Raja-raja dianggotai oleh 9 orang Raja Melayu dan 2 orang Yang Dipertua dari Melaka dan Pulau Pinang.
3. Nasihat Majlis Raja-raja dikehendaki dalam perlantikan hakim, suruhanjaya pengundi dan perkhidmatan, kedudukan dan hak istimewa orang Melayu.
4. Kuasa kerajaan terletak atas tangan Parlimen yang mempunyai 2 dewan iaitu Dewan Rakyat dan Dewan Negara. Ahli Dewan Rakyat akan dipilih pada setiap 5 tahun. Manakala bagi Dewan Negara, ia terdiri daripada 22 ahli yang dipilih oleh Dewan Undangan Negeri dan 16 ahli yang dilantik oleh Yang Dipertuan Agong.
5. Di setiap negeri, Sultan atau Gabenor memilih Menteri Besar atau Ketua Menteri dari parti yang mendapat suara majoriti dalam Dewan Undangan Negeri.
6. Bidang kuasa bagi kerajaan persekutuan dan negeri akan diselesaikan melalui Senarai Persekutuan, Senarai Negeri dan Senarai Bersama.
7. Perdana Menteri menjadi ketua pentadbir Negara.
8. Taraf kewarganegaraan:
a. Orang yang lahir dalam PTM pada atau selepas Hari Kemerdekaan.
b. Orang yang berumur 18 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah bermastautin di situ selama 5 dari 7 tahun serta boleh bertutur Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
c. Orang yang berumur 21 tahun ke atas yang dilahirkan di PTM dan telah bermastautin di situ selama 8 dari 12 tahun boleh memohon dengan syarat boleh bertutur dalam Bahasa Melayu dan mengangkat sumpah taat setia.
d. Dwi kewarganegaraan tidak dibenarkan kecuali kewarganegaraan Komanwel.
9. Hak asasi dijamin.
10. Hak istimewa orang Melayu terjamin.
11. Islam menjadi agama rasmi tetapi semua orang bebas beragama.
12. Bahasa Melayu menjadi bahasa rasmi.

Parti Komunis Malaya

Pengenalan
Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun1920-an terutamanya di sekitar tahun 1925. Imigran Cina telah membawa buku-buku dan risalah-risalah mengenai ajaran komunis dan disebarkan di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. Hasil dari kegiatan mereka, guru-guru dan murid-murid sekolah Cina telah menubuhkan Liga Belia Komunis di Singapura pada tahun 1926. Sehingga 1927, komunis di Tanah Melayu bergerak di sebalik Parti Kuomintang (KMT) kerana wujudnya kerjasama antara Parti Komunis China (PKC) dan KMT di China. Perpecahan KMT-PKC pada tahun 1927 telah menyebabkan PKC menghantar 5 orang wakilnya ke Tanah Melayu. Mereka telah berjaya menubuhkan Parti Komunis Nanyang di Singapura pada tahun 1927. Agen-agen komintern yang tiba di Tanah Melayu pada tahun 1928 telah mencadangkan supaya Parti Komunis Nanyang disusun semula. Pada 6 April 1930, satu persidangan komunis telah diadakan di Singapura dan hasilnya lahirlah Parti Komunis Malaya (PKM) yang beribu pejabat di Singapura.

1930-1941
PKM telah diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia selain menjalankan kegiatannya di Tanah Melayu. PKM telah diletakkan di bawah Biro Komunis Antarabangsa Timur Jauh yang berpusat di Shanghai. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatan mereka secara sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan kegiatan anti-British yang dijalankan dianggap mengganggu ketenteraman awam.
Sejak 1930 agen-agen komintern mula dihantar ke Tanah Melayu untuk membantu kegiatan PKM. Pada Jun 1931, seorang agen kanan komintern dari Parsi iaitu Joseph Dacroux telah tiba di Tanah Melayu. Walau bagaimanapun, beliau telah ditangkap tidak lama selepas ketibaannya di Singapura. Penangkapan dan pengakuannya telah mendedahkan maklumat penting mengenai PKM sehingga menyebabkan ramai anggota dan pemimpin termasuk 14 ahli jawatankuasa PKM ditangkap. Peristiwa ini telah melemahkan PKM.
Sejak tahun 1932, kegiatan PKM mulai pulih apabila mereka diarah untuk melatih pemimpin dan anggota baru. Pada 6 Mac 1933 satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura untuk merangka perlembagaan PKM. Mesyuarat tersebut telah membuat ketetapan bahawa matlamat utama perjuangan PKM ialah menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Sejak itu, mereka menjalankan gerakan aktif, mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja, sekolah-sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Mereka telah berjaya menimbulkan kegelisahan di kalangan pekerja semasa berlakunya kemelesetan ekonomi 1930-an. Bagi melumpuhkan ekonomi dan politik Tanah Melayu supaya PKM mudah merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan-kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada 1936-1937. Sebagai contoh, satu permogokan besar berlaku di lombong bijih timah Batu Arang, Selangor pada 1937 di mana 6000 pekerja telah berjaya merampas lombong tersebut dari pihak majikan. Berikutan dengan peristiwa permogokan, kerajaan telah mengisytiharkan Banishment Ordinance pada tahun 1937 yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap kerana melanggar undang-undang tersebut. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China. Peristiwa ini sekali lagi melemahkan PKM.
Apabia Jepun menyerang China pada tahun 1937, PKM memainkan peranan penting dalam membangkitkan perasaan anti-Jepun di kalangan orang Cina di Tanah Melayu. PKM telah menjalankan kutipan derma dan menggalakkan pemuda Cina di Tanah Melayu kembali ke China untuk menentang Jepun. Akibat dari kegiatan mereka, PKM mula mendapat sokongan ramai terutamanya daripada orang-ornag Cina. Buktinya pada tahun 1939, PKM sudah mempunyai anggota berdaftar seramai 37 ribu orang. Semasa Peperangan China-Jepun, PKC telah mengarahkan PKM menghentikan kegiatan anti-British dan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. Arahan ini telah menimbulkan perpecahan di kalangan pemimpin dan anggota PKM kerana golongan radikal mahu mengambil kesempatan ini mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Akibatnya, komintern telah mengarahkan Setiausaha Agong Lai Teik menyatupadukan anggota PKM. Lai Teik telah berjaya meyakinkan mereka bahawa kerjasama dengan British hanya sebagai muslihat dalam usaha untuk mencapai matlamat PKM.

1941-1945
Apabila Jepun menyerang Tanah Melayu sikap orang ramai terutamanya orang Cina terhadap PKM telah berubah. PKM mula mendapat sanjungan dan pengikut yang ramai kerana PKM dianggap sebagai pelindung orang Cina daripada penindasan Jepun. Semasa Jepun menguasai Tanah Melayu, anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan dan bekerjasama dengan British dengan menyertai Malayan Anti-Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sebelum Tanah Melayu dikuasai oleh Jepun, anggota-anggota PKM yang dipenjarakan oleh British telah dibebaskan oleh British dengan harapan PKM yang anti-Jepun akan bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun. PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Mereka mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, senjata dan perubatan dari Pasukan Berikat. MPAJA juga mengadakan hubungan baik dengan pasukan 136 yang ditubuhkan oleh British. Henry Miller dalam bukunya “The Jungle War in Malaya” menegaskan terdapat kira-kira 200 anggota PKM mendapat latihan dari British sebelum jatuhnya Singapura pada 15 Februari 1942. Semasa pendudukan Jepun, PKM melakukan serangan hendap ke atas tentera Jepun dan menjalankan pengintipan untuk British. Pengalaman yang diterima semasa pendudukan Jepun amat menguntungkan PKM terutamanya ke arah menjayakan matlamat perjuangan mereka.
Apabila Jepun menyerah kalah, anggota PKM keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran sebelum ketibaan pihak British. Pemerintahan PKM berlangsung selama 2 minggu dan dikenali sebagai “Bintang Tiga”. Mereka telah merayakan kekalahan Jepun sebagai kemenangan mereka dan mendakwa merekalah bertanggungjawab mengalahkan Jepun di Tanah Melayu. Mereka telah merampas senjata tentera Jepun untuk digunakan dalam perjuangan mereka. Seterusnya, mereka telah melakukan kekejaman ke atas orang yang enggan bekerjasama dengan mereka lebih-lebih lagi yang menjadi “tali barut” Jepun. Akibat tindakan PKM, berlakulah pergaduhan di antara kaum Melayu dengan Cina terutamanya di Perak dan Johor selepas pemerintahan Jepun.
Apabila British kembali ke Tanah Melayu, mereka telah mengambil alih pentadbiran dari Bintang Tiga dan MPAJA dibubarkan. Anggota-anggota MPAJA diminta menyerahkan senjata mereka kepada British. Pada 1 Disember 1945, 6800 anggota MPAJA telah menyerahkan senjata mereka dan dibayar sagu hati sebanyak $350 seorang. Walau bagaimanapun, dipercayai masih ramai anggota MPAJA yang tidak menyerahkan senjata kerana mereka tidak yakin dengan dasar British terhadap PKM.

1945-1948
PKM telah menuntut supaya merek diberi hak dalam pentadbiran. Kerana mengenangkan jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM mula menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu untuk menambahkan anggotanya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. PKM akan menganjurkan “Gerakan Massa” untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif mempengaruhi parti-parti politik, kesatuan-kesatuan sekerja, pertubuhan Cina dan sekolah Cina. Untuk mendapat sokongan pekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan untuk mendapat sokongan belia, PKM menubuhkan Liga Belia Demokratik Baru pada tahun 1946. Bagi menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Kesatuan Sekerja Pusat, contohnya, PKM yang menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) telah menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi supaya memudahkan PKM merampas kuasa, mereka telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya 300 permogokan telah dipengaruhi oleh PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada 1946-1947. Bagi menghadapi permogokan tersebut, British telah melaksanakan undang-undang kesatuan sekerja yang mendorong pemimpin parti politik supaya tidak menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Tindakan tersebut telah menghancurkan PMFTU yang dikuasai oleh PKM.
Pada 15 Februari 1946, PKM telah menganjurkan satu perarakan besardi Singapura bagi memperingati kekalahan British di tangan Jepun pada 15 Februari 1942. Tujuannya ialah menjatuhkan maruah British serta menunjukkan kekuatan PKM. Pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai AMCJA bagi menggagalkan penubuhan PTM. Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura bagi mengkaji semula dasar dan taktik PKM. Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teiktidak menghadirinya dan beliau telah hilang diri bersama-sama wang parti. Akibatnya, pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Ong Boon Hua yang lebih dikenali sebagai Chin Peng. Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India dan dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia serta Australia. PKM diwakili oleh Lee Soong. Persidangan Calcutta telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis.

1948-1954
Berikutan dengan keputusan Calcutta, PKM mula mengubah dasar dan taktiknya sejak tahun 1948. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat melalui pemberontakan bersenjata. Langkah ini juga diambil akibat kegagalan PKM untuk mencapai matlamat melalui perlembagaan yang dijalankans sejak tahun 1945. PKM menubuhkan pasukan tentera antu-British yang dikenali sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) yang di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA. Bagi menjayakan matlamatnya, PKM akan menggunakan strategi Mao Tze Tung. Mengikut strategi ini, PKM akan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menyerang dan menguasai seluruh Tanah Melayu. Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya banyak permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 orang pengurus ladang berbangsa Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948. Berikutan dengan peristiwa itu, kerajaan mengisytiharkan Darurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948 dan Undang-undang Darurat dikeluarkan pada 23 Julai 1948 di mana PKM diharamkan. Akibat pengisytiharaan Darurat, anggota PKM melarikan diri ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan. Mereka menyerang pasukan keselamatan dan juga orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong Eropah. Pejabat-pejabat kerajaan terutamanya Balai Polis menjadi sasaran PKM. Mereka memusnahkan sistem hubungan jalan raya dan jalan keretapi. PKM juga menyerang ladang-ladang bijih timah di mana pokok getah dan jentera perlombongan dimusnahkan untuk menyekat pengeluaran bagi melumpuhkan ekonomi Tanah Melayu. Dalam usaha untuk mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan. Edger O. Balance dalam bukunya “The Communist Insurgent War 1948-1964” menegaskan terdapat antara 30-40 ribu anggota “Min Yuan” pada peringkat awal pemberontakan PKM. Dalam usaha untuk menakutkan orang ramai dan menjejaskan pasukan keselamatan, PKM menjalankan kempen membunuh pegawai tinggi kerajaan. Akibat dari kempen itu, mereka telah berjaya membunuh Pesuruhjaya Tinggi British, Henry Gurney pada 6 Oktober 1951 semasa beliau dalam perjalanan ke Bukit Fraser.
Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang untuk mengkaji semula taktik PKM. Apabila menyedari keganasan mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai terhadap PKM menyebabkan mereka berusaha untuk mengelakkan serangan ke atas orang awam. Sejak September 1951, serangan hanya dilakukan ke atas pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip kerajaan dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Pada 1950-an, mereka meneruskan usaha meresapi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina. Menjelang tahun 1954, ternyata perjuangan PKM menemui kegagalan kerana ramai anggotanya dibunuh, ditangkap atau menyerah diri.
Terbunuh: 16 Jun 1953 6304 (1948-1953)
Jun 1954 9581 (1948-1954)
Tertangkap: 1948 5097
1951 11000
1954 2000
Dihantar pulang: 1950 7000
1954 10000

Dasar dan Taktik PKM (1945-1954)

Pengenalan
Ideologi komunis tiba di Tanah Melayu pada tahun 1920-an terutamanya di sekitar tahun 1925. Ideologi ini telah tersebar luas di kalangan orang-orang Cina di Tanah Melayu. Hasilnya Liga Belia Komunis telah ditubuhkan di Singapura pada tahun 1926. Pada tahun 1927, Parti Komunis Nanyang ditubuhkan dan parti ini telah dicadangkan supaya disusun semula pada tahun berikutnya. Akibatnya satu persidangan Komunis telah diadakan di Singapura pada 6 April 1930 dan hasilnya lahirlah PKM yang beribu pejabat di Singapura. Matlamat PKM ialah menggulingkan Kerajaan British dan menubuhkan Republik Komunis Malaya di Tanah Melayu. Selain itu, PKM juga diarah untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatan secara sulit kerana parti ini diharamkan disebabkan kegiatan anti-British dianggap mengganggu ketenteraman awam. Kegiatan anti-British telah diberhentikan semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Sebaliknya, PKM telah bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun di Tanah Melayu. Anggota PKM telah melarikan diri ke dalam hutan untuk menubuhkan MPAJA. Apabila Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, PKM menuntut supaya mereka diberi hak dalam pentadbiran. Oleh sebab mengenang jasa PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun, PKM akhirnya diterima sebagai parti yang sah.

Dasar PKM
1. 1945-1948
Setelah PKM mula diterima sebagai parti yang sah, PKM telah menubuhkan cawangannya di seluruh Tanah Melayu bagi menambahkan keanggotaannya. Sejak tahun 1945, PKM berusaha mencapai matlamat menguasai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya melalui perlembagaan. Oleh itu, PKM telah menganjurkan “Gerakan Massa” untuk memaksa British memberi Tanah Melayu berkerajaan sendiri dan kemerdekaan. PKM juga menjalankan gerakan secara aktif untuk mempengaruhi parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina.
2. 1948-1954
Dalam tahun 1948, PKM memasuki zaman baru kerana ia telah mengambil keputusan untuk menubuhkan sebuah negara komunis di Tanah Melayu melalui satu revolusi bersenjata. Faktor-faktor yang menyebabkan perubahan dasar ini ialah:
a. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan
Beberapa ahli Sejarah berpendapat bahawa pemberontakan PKM meletus akibat kegagalan polisi perdamaian bersatu. PKM telah gagal untuk mencapai cita-citanya melalui cara-cara perlembagaan antara tahun 1945-1948. Justeru itu, PKM terpaksa menggunakan cara-cara lain seperti kekerasan untuk menggulingkan Kerajaan British di Tanah Melayu.
b. Perubahan pucuk pimpinan
Ahli-ahli Sejarah seperti Noel Barber berpendapat bahawa krisis dalam PKM sendiri telah mengakibatkan pemberontakan komunis 1948. Pada bulan Mac 1947, Setiausaha Agung PKM, Lai Teik, telah menghilangkan diri dengan wang parti. Peristiwa ini telah menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan golongan radikal pimpinan Chin Peng. Mengikut pendapat Chin Peng, dasar yang lebih aktif perlu dilaksanakan bagi memulihkan semangat perjuangan komunis.
c. Persidangan di Calcutta
Ahli-ahli Sejarah seperti Harny Miller pula berpendapat keputusan PKM untuk memberontak adalah dipengaruhi oleh keputusan Kongres Pemuda Komunis Asia yang diadakan di Calcutta pada 18 dan 19 Februari 1946. Kongres tersebut telah mengarah parti-parti komunis untuk mengadakan pemberontakan bersenjata bagi mencapai matlamat mereka.

Taktik PKM
1. 1945-1948
Untuk mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan cawangan di seluruh Tanah Melayu, misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am untuk mendapat sokongan pekerja dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan belia. Untuk menguasai kesatuan sekerja, PKM telah menubuhkan Pan-Malayan Federation of Trade Union (PMFTU) yang berjaya menguasai semua kesatuan sekerja yang bergabung di bawah PMFTU. Bagi melumpuhkan ekonomi dan memudahkan PKM merampas kuasa, PKM telah mempengaruhi kesatuan sekerja melakukan permogokan. Akibatnya, 300 permogokan yang dipengaruhi PKM telah berlaku di Tanah Melayu dan Singapura pada tahun 1946-1947.
PKM juga menceburkan diri dalam kegiatan dan pergerakan politik misalnya PKM telah menentang rancanagn pembentukan PTM pada tahun 1948. Pada pendapat mereka, pembentukan PTM sudah pasti menggagalkan rancangan PKM untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya, maka pada 22 Disember 1946, PKM telah menyertai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) bagi menentang rancangan pembentukan PTM.
2. 1948-1954
Bagi mencapai matlamat, PKM telah menubuhkan pasukan tentera anti-British yang dikenali sebagai Malayan People Anti British Army (MPABA) di bawah pimpinan pengerusi jawatankuasa pusat tentera PKM iaitu Law Yew. Antara pemimpin lain ialah Law Lee dan Yeng Kuow. Kebanyakan anggota MPABA terdiri daripada bekas anggota MPAJA.
PKM juga menggunakan strategi Mao Tze Tung dalam perjuangan mereka. Mengikut strategi ini, PKM akan menyerang dan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan Kerajaan British amat lemah. Kawasan ini akan diwujudkan sebagai kawasan bebas daripada kawalan kerajaan. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai bandar-bandar di sekitarnya dan seterusnya menguasai seluruh Tanah Melayu.
Bagi melumpuhkan ekonomi, PKM mempengaruhi kesatuan sekerja mengadakan permogokan. Akibatnya permogokan berlaku di Tanah Melayu termasuk di Singapura pada bulan Mei dan Jun 1948. PKM juga meneruskan usaha meresapi parti-parti politik, kesatuan sekerja, sekolah Cina dan pertubuhan Cina.
Dalam keganasan tersebut, PKM telah berjaya membunuh 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak. Peristiwa ini telah menyebabkan Darurat diisytiharkan di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Pada 23 Julai 1948, Undang-undang Darurat dikeluarkan. Undang-undang ini telah mengharamkan PKM. Akibatnya anggota PKM lari ke dalam hutan untuk meneruskan perjuangan mereka. Mereka telah menyerang pasukan keselamatan dan orang awam terutamanya peladang-peladang dan pelombong-pelombong. Mereka juga memusnahkan sistem perhubungan jalan raya dan jalan keretapi. Dalam usaha mendapat bantuan, PKM menubuhkan pasukan propaganda “Min Yuan” yang terdiri daripada setinggan-setinggan Cina yang tinggal di pinggir hutan.
Pada September 1951, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM diadakan di Pahang. Apabila menyedari bahawa keganasan yang mereka lakukan menimbulkan kebencian orang ramai, PKM telah mengubah taktik perjuangan mereka, iaitu hanya menyerang pasukan keselamatan, orang Eropah, pengintip dan bekas anggota PKM yang berpaling tadah. Menjelang tahun 1954, perjuangan PKM mengalami kegagalan.
Sebab PKM Memberontak

Pengenalan
PKM ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat penubuhannya ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarah menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan kegiatannya secara sulit kerana kegiatan anti-Britishnya dianggap mengganggu ketenteraman awam. Sebelum tahun 1941, pertubuhan ini mendapat sambutan dari orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan kegiatan anti-British. Di sebaliknya, PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Selain itu, PKM juga menubuhkan pasukan tentera anti-Jepun yang dikenali sebagai Malayan People Anti-Japanese Army (MPAJA). Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu pada tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Akibatnya, antara tahun 1945-1948, PKM berusaha mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. Namun usaha PKM tersebut gagal dan kegagalan tersebut telah menyebabkan PKM melaksanakan pemberontakan bersenjata pada tahun 1948.

Sebab-sebab PKM memberontak
1. Persidangan di Calcutta
Pada 18 dan 19 Februari 1948, satu persidangan komunis telah diadakan di Calcutta, India. Persidangan tersebut telah dihadiri oleh perwakilan komunis dari Asia dan Australia. Pihak PKM telah diwakili oleh Lee Soong. Persidangan tersebut telah membuat ketetapan bahawa pemberontakan bersenjata mesti dijalankan bagi menjayakan matlamat perjuangan komunis. Akibatnya PKM mula mengubah dasar mereka dan melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu.
2. Kegagalan mencapai matlamat melalui perlembagaan
Sejak tahun 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah di Tanah Melayu. Sejak itu, PKM mula berusaha untuk mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. PKM telah menganjurkan beberapa rancangan dan salah satu daripada rancangan tersebut ialah rancangan “Barisan Bersatu”. Di bawah rancangan ini, PKM akan bekerjasama dengan semua pihak. Selain itu, PKM juga menubuhkan cawangan-cawangan di seluruh Tanah Melayu untuk mendapat sokongan orang ramai, misalnya PKM telah menubuhkan Kesatuan Buruh Am dan Liga Belia Demokratik Baru untuk mendapat sokongan pekerja dan belia. Walaupun PKM telah diterima sebagai parti yang sah, tetapi ia masih menghadapi tekanan dari British, misalnya pada tahun 1937, British telah mengisytiharkan Undang-undang Kesatuan Sekerja yang melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Akibatnya, PKM gagal mencapai matlamat melalui perlembagaan. Justeru itu, PKM mula melakukan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu.
3. Perubahan pucuk pimpinan
Perubahan pucuk pimpinan PKM telah membawa kepada pemberontakan bersenjata. Secara amnya, anggota PKM dapat dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu yang bersifat sederhana dan radikal. Golongan sederhana dipimpin oleh Lai Teik manakala golongan radikal dipimpin oleh Chin Peng. Pada 6 Mei 1947, suatu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak menghadirkan dirinya dan hilangkan diri bersama-sama dengan wang parti. Peristiwa ini menyebabkan pucuk pimpinan jatuh ke tangan Chin Peng. Chin Peng berpendapat bahawa dasar pemberontakan bersenjata adalah penting untuk mencapai matlamat PKM. Akibatnya tidak berapa lama selepas itu, PKM mula memberontak.
4. Pengalaman yang menguntungkan
PKM juga mempunyai pengalaman yang menguntungkan mereka ke arah pemberontakan. Pengalaman tersebut telah diperolehi semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menubuhkan Malayan People Anti Japanese Army (MPAJA) dan pasukan ini telah mendapat latihan dan bantuan seperti makanan, pakaian, senjata dan perubatan dari pasukan Berikat. Henry Miller dalam bukunya “The Jungle War In Malaya” menegaskan bahawa terdapat kira-kira 200 anggota PKM yang mendapat latihan dari British sebelum jatuhnya Singapura pada 15 Februari 1942. Selain itu, PKM juga melakukan serangan hendap ke atas Jepun dan hal ini membolehkan PKM memperolehi pengalaman dalam perang hutan. Apabila Jepun menyerah kalah pada 15 Ogos 1945, anggota PKM telah keluar dari hutan dan mengambil alih pentadbiran di Tanah Melayu. Pada masa yang sama, mereka juga merampas senjata Jepun. Walaupun senjata tersebut kemudiannya diminta serah balik oleh British, tetapi dipercayai ramai anggota PKM yang tidak berbuat demikian. Dengan itu, PKM bukan sahaja mempunyai pengalaman, tetapi juga mempunyai senjata yang mencukupi untuk membolehkan mereka memberontak.
5. Kejayaan parti komunis di negara-negara lain
Kejayaan parti-parti komunis di negara-negara lain telah mendorong PKM melakukan pemberontakan. Parti-parti komunis tersebut yang mengamalkan dasar pemberontakan telah berjaya menguasai beberapa kawasan, misalnya Parti Komunis China (PKC) di China telah berjaya menguasai sebahagian China. Parti Komunis Korea telah berjaya menguasai sebahagian Korea dan Parti Komunis Vietnam berjaya menguasai sebahagian Vietnam.
6. Penubuhan Persekutuan Tanah Melayu (PTM)
Penubuhan PTM pada 1 Februari 1948, telah mempercepatkan lagi proses pemberontakan. Pada dasarnya, PKM menyokong Malayan Union. Maka penubuhan jawatankuasa kerja pada 25 Julai 1946 telah menimbulkan penentangan PKM. Apabila jawatankuasa kerja mengemukakan laporan mereka yang mempunyai draf perlembagaan PTM pada 11 Disember 1946, PKM turut menentang draf perlembagaan tersebut. Dalam usaha penentangan tersebut, PKM telah menyertai All Malayan Council of Joint Action (AMCJA) pada 22 Disember 1946. Mereka telah melaksanakan hartal di seluruh Tanah Melayu pada 19 Oktober dan 20 Oktober 1947 untuk menunjukkan bantahan mereka terhadap draf perlembagaan PTM dan menunjukkan kekuatan mereka. Namun bantahan tersebut tidak dipedulikan oleh British dan PTM telah ditubuhkan secara rasminya pada 1 Februari 1948. Dengan penubuhan PTM, PKM sedar rancangan mereka untuk menubuhkan Republik Komunis Malaya telah gagal. Dengan itu, PKM mengubah dasar perjuangan mereka dengan melakukan pemberontakan.
7. Keputusan Sidang Dleno IV
Pada 17-21 Mac 1948, satu persidangan Dleno IV telah diadakan di Singapura. Persidangan tersebut telah diwakili oleh Lawrence Sarkey dari Australia. Persidangan tersebut telah membuat 3 resolusi iaitu:
a. Perjuangan kemerdekaan mesti dijalankan melalui Revolusi Rakyat dan bagi Tanah Melayu, ia mesti dipimpin oleh PKM.
b. Cara perlembagaan merupakan cara menyerah yang tidak akan berjaya menjayakan matlamat PKM. Cara pemberontakan mesti dijalankan.
c. Disiplin dalam PKM perlu diperketatkan dan imej PKM perlu dipulihkan berikutan dengan peristiwa Lai Teik yang menghilangkan diri bersama wang parti.
Langkah-langkah Kerajaan Menghadapi Pemberontakan PKM

Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk menguasai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sejak ditubuhkan, PKM terpaksa menjalankan gerakannya secara sulit kerana kegiatan anti Britishnya dianggap mengganggu ketenteraman awam. Sebelum 1941, pertubuhan ini kurang mendapat sambutan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan kegiatan anti British. Sebaliknya, PKM telah bekerjasama dengan British bagi menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Setelah Jepun menyerah kalah dan British kembali ke Tanah Melayu, PKM telah diterima sebagai parti yang sah. Sejak itu, PKM berusaha untuk mencapai matlamat mereka melalui perlembagaan. Kegagalan usaha tersebut menyebabkan PKM mengubah dasar mereka kepada pemberontakan pada tahun 1948. akibat dari pemberontakan yang berlaku, keadaan kucar-kacir telah timbul di Tanah Melayu. Dengan itu, British telah mengambil beberapa langkah bagi menamatkan pemberontakan PKM.

Langkah-langkah
1. Undang-undang Darurat
Berikutan dengan pembunuhan 3 peladang Eropah di Sungai Siput, Perak pada 16 Jun 1948, kerajaan telah mengisytiharkan drurat di seluruh Tanah Melayu pada 17 Jun 1948. Undang-undang Darurat telah dikeluarkan pada 23 Julai 1948 dan diperkemaskan pada Julai 1949. Mengikut Undang-undang Darurat, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan, mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu. Berikutan dengan pengisytiharaan Darurat, PKM diharamkan dan diikuti dengan pengharaman ke atas parti-parti kiri yang merupakan penyokong kuat PKM seperti Malayan Democratic Union, API dan AWAS. Sekatan kebebasan juga diperkenalkan di kawasan-kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk-penduduk di kawasan ini dikawal oleh pasukan keselamatan dan dikenakan perintah kurung serta catuan makanan. Akta Pendaftaran mula dilaksanakan yang mewajibkan mereka yang berumur 12 tahun keatas, memiliki kad pengenalan. Tujuannya ialah memudahkan usaha mengesan anggota PKM.
Perlaksanaan Undang-undang Darurat telah memberi tamparan terhadap pejuang PKM. Pada tahun 1949, 6000 orang telah ditangkap dan ditahan kerana disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Pada tahun 1950, 70000 orang telah dihantar balik ke negeri China. Pengharaman PKM telah menghalang usaha mereka ke arah mencapai matlamat mengusai Tanah Melayu dan menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pengharaman ke atas parti-parti kiri menyebabkan PKM kehilangan punca sokongan dan bantuan. Sekatan kebebasan yang dikenakan menyulitkan kegiatan PKM.
2. Rancangan Briggs
Apabila Harold Briggs menjadi pengarah gerakan menentang PKM sejak 3 April 1950, beliau menjalankan rancangan penempatan semula. Di bawah rancangan ini, penduduk yang tinggal di pinggir-pinggir hutan dan dianggap sebagai punca sokongan PKM telah dipindahkan ke kampung-kampung baru. Kampung-kampung baru ini telah dipagar dan dikawal rapi oleh pasukan keselamatan. Menjelang tahun 1954, 550000 orang dipindah ke 550 kampung baru. Antara mereka, 86% terdiri daripada orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa lain. 84% daripada kampung-kampung baru terletak di Pantai Barat Semenanjung. Penduduk-penduduk kampung baru juga dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan.
Perlaksanaan Rancangan Briggs menyulitkan lagi kegiatan PKM. Mereka yang dipaksa menyokong PKM telah diberi perlindungan dan yang secara sukarela menyokong PKM dapat dihalang berbuat demikian. Rancangan Briggs telah melumphkan kegiatan “Min Yuan”. Akibatnya PKM terputus bekalan makanan, ubat, senjata, pakaian dan sebagainya menyebabkan mereka terpaksa keluar untuk mendapatkan bekalan. Keadaan ini menyebabkan mereka terpaksa menghadapi pasukan keselamatan. Walau bagaimanapun, terdapat juga kampung-kampung baru yang gagal mencapai matlamatnya kerana kawalan yang tidak rapi membolehkan anggota PKM memasuki kampung baru dan orang ramai membantu PKM. Oleh sebab kampung baru diwujudkan untuk kepentingan keselamatan dan bukannya untuk kepentingan ekonomi, maka kerajaan terpaksa mengeluarkan perbelanjaan yang banyak untuk menyediakan tempat tinggal, makanan, kemudahan kesihatan, bekalan api dan air dan sebagainya.
3. Pembesaran pasukan keselamatan
Bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan mengambil langkah untuk menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan terutamanya semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi sejak Februari 1952. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk mnyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat dan dihantar untuk mengawal tempat-tempat strategic seperti pejabat kerajaan, lombong bijih dan ladang getah. Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung. Bilangan tentera yang ramai dapat digunakan untuk menyerang sarang-sarang persembunyian PKM. Serangan ke atas PKM dibuat melalui darat dan udara. Pada masa itu, majoriti anggota pasukan keselamatan terdiri daripada orang Melayu, British dan Gurkha. Semasa Gerald Templer, bantuan ketenteraan juga diperolehi dari negara-negara Komanwel seperti Rhodesia, Britain, India, Australia dan New Zealand. Kerajaan Tanah Melayu juga telah menandatangani perjanjian dengan Thailand untuk membolehkan pasukan keselamatan melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.
4. Jawatankuasa Perhubungan Kaum
Pesuruhjaya Tinggi British bagi Asia Tenggara iaitu Malcolm MacDonald telah mencadangkan supaya diambil langkah-langkah bagi mewujudkan hubungan baik antara kaum terutamanya antara orang Melayu dan Cina. Beliau menegaskan usaha menetang PKM tidak akan berjaya selagi hubungan antara kaum runcing. Akibat dari saranan tersebut, pada 1949, pemimpin-pemimpin kaum iaitu Dato’ Onn Bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam telah menubuhkan Jawatankuasa Perhubungan Kaum. Kerjasama antara kaum lebih terbukti dengan terbentuknya parti perikatan UMNO-MCA (1952) dan Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC (1954).
5. Malayan Chinese Association (MCA)
Malcolm MacDonald juga mencadangkan supaya ditubuhkan satu pertubuhan sederhana yang anti komunis untuk orang-orang Cina supaya mereka tidak menaganggap PKM sebagai parti orang Cina. Akibatnya, MCA ditubuhkan pada 27 Februari 1949 di bawah pimpinan Tan Cheng Lock sebagai presiden pertama. Orang-orang Cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang Cina yang akan memperjuangkan hak-hak dan kepentingan orang Cina.
6. Tolak ansur
Walaupun parti-parti kiri diharamkan, tetapi kerajaan British bertolak ansur dengan membenarkan parti-parti sederhana yang anti komunis seperti UMNO, MCA dan MIC. British juga bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana tersebut. Buktinya: Pilihanraya Perbandaran Pulau Pinang pada 1 Disember 1951, Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur pada 16 Februari 1952. Pilihanraya Umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya tersebut, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957. Tolak ansur kerajaan British memenuhi tuntutan rakyat Melayu telah menyebabkan orang ramai menyokong kerajaan untuk menentang PKM.
7. Rancangan Gerald Templer
Semasa Gerald Templer menjadi Pesuruhjaya Tinggi, beliau menjalankan rancangan “kawasan hitam” dan “kawasan putih”. Kawasan hitam ialah kawasan yang terlibat dengan kegiatan PKM. Penduduk di kawasan ini dikawal rapi oleh pasukan keselmatan dan dikenakan sekatan kebebasan seperti perintah kurung dan catuan makanan. Kawasan putih ialah kawasan yang tidak terlibat dengan kegiatan PKM dan penduduk kawasan ini diberi kebebasan. Akibatnya penduduk di kawasan hitam telah bekerjasama dengan kerajaan untuk menghapuskan kegiatan PKM di kawasan mereka supaya kawasan mereka akan diisytiharkan sebagai kawasan putih di mana penduduknya akan diberi kebebasan. Templer juga melawat kawasan hitam untuk meyakinkan orang ramai terhapap kemampuan kerajaan untuk menghapuskan pemberontakan PKM. Orang ramai juga digesa supaya tidak bekerjasama dengan PKM.
8. Kelonggaran syarat kerakyatan
Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina bagi menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Akibatnya seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India menjadi warganegara antara Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957. Tindakan kerajaan menyebabkan orang Cina dan India bekerjasama dengan kerajaan untuk menentang PKM.
9. Majlis Perang
Mengikut arahan nombor 1 yang dikeluarkan oleh Harold Briggs bertarikh 16 April 1950, Majlis Perang Persekutuan (MPP) dan Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri dan daerah akan ditubuhkan dalam usaha untuk membanteras pemberontakan PKM. MPP diketuai oleh Harold Briggs. Anggotanya terdiri daripada Ketua Setiausaha Kerajaan, komander-komander angkatan darat, laut dan udara serta pesuruhjaya Polis. Jawatankuasa Kerja Perang peringkat negeri diketuai oleh Menteri Besar dan di peringkat daerah diketuai oleh pegawai daerah. Anggota-anggota terdiri daripada polis, tentera dan pegawai tadbir. Tujuannya ialah untuk mewujudkan koordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam usaha menentang PKM.
10. Tawaran pengampunan
Tawaran pengampunan telah dikeluarkan sejak 1949. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri dimaafkan dan dibenarkan kembali ke dalam masyarakat. Tawaran hadiah juga dikeluarkan kepada mereka yang dapat menunjukkan sarang PKM atau menangkap anggota PKM. Pada tahun 1954, tawaran hadiah kepada mereka yang dapat menangkap Chin Peng telah dinaikkan dari $150000 kepada $250000 dan ahli Jawatankuasa Pusat PKM sebanyak $100 ribu. Semasa Tunku Abdul Rahman menjadi Ketua Menteri dan kemudiannya Perdana Menteri, tawaran hadiah yang lebih berkesan telah dikeluarkan. Anggota-anggota PKM yang menyerah diri bukan sahaja dimaafkan dan dibenarkan kembali ke masyarakat, tetapi juga diberi ganjaran berupa tanah dan wang. Tawaran ini telah menarik perhatian ramai anggota dan pemimpin PKM menyerah diri, contohnya Hor Lung, pemimpin komunis kawasan selatan telah dibayar sagu hati $247 ribu apabila beliau keluar menyerah diri bersama-sama 160 orang pengikut. Seorang lagi ialah Kim Cheng, pemimpin komunis kawasan Yong Peng telah dibayar $150 ribu bila beliau menyerah diri bersama pengikutnya. Pembayaran sagu hati ini bergantung kepada kedudukan seseorang dalam PKM dan juga anggota yang menyerah diri bersamanya.
11. Rundingan Baling
Dalam usaha untuk menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall dan PKM pula diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan tersebut gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahman yang mahukan PKM dibubarkan dan Tunku Abdul Raham tidak dapat menerima kehendak Chin Peng yang mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah.

Sebab Pemberontakan PKM Gagal

Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. Matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu dan seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun di Tanah Melayu, PKM telah memberhentikan gerakan anti-British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah diterima sebagai parti yang sah dan berusaha mencapai matlamat melalui perlembagaan. Namun usaha ini gagal menyebabkan sejak Jun 1948, PKM melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu. Pemberontakan tersebut juga menemui kegagalan.

Sebab-sebab kegagalan
1. Keganasan
Kegagalan pemberontakan PKM berpunca daripada taktik keganasanya. Sejak Jun 1948, PKM mulai melakukan pemberontakan bersenjata di seluruh Tanah Melayu. Dalam tempoh itu, PKM telah melancarkan serangan-serangan ke atas ladang-ladang getah dan lombong-lombong bijih timah. Serangan-serangan tersebut menyebabkan kehilangan mata pencarian orang ramai. Oleh itu, PKM bukan sahaja tidak mendapat sokongan ramai, malah menimbulkan kebencian orang ramai.
2. Tidak mendapat sokongan
Majoriti penduduk di Tanah Melayu tidak menyokong PKM. Hanya sebilangan kecil orang cina sahaja yang menyokong PKM. Orang Melayu tidak menyokong PKM kerana menganggap PKM sebagai parti orang cina, lebih-lebih lagi majoriti pemimpin dan anggota PKM ialah orang cina. Selain itu, orang Melayu juga menganggap pemberontakan PKM sebagai satu percubaan orang cina untuk merampas kuasa Tanah Melayu. Orang Melayu juga tidak dapat menerima dasar anti-agama yang diperjuangkan oleh PKM sedangkan mereka berpegang teguh kepada agama Islam. Pengalaman orang Melayu di bawah pemerintahan “Bintang Tiga” telah menyebabkan mereka enggan menyokong PKM. Dalam tempoh pemerintahan tersebut, anggota PKM telah melakukan kekejaman dan tindakan tersebut telah menimbulkan pergaduhan kaum di Johor dan Perak.
Orang cina tidak menyokong PKM kerana tidak dapat menerima dasar anti agama yang diperjuangkan. Selain itu, mereka juga tidak menyokong dasar anti kapitalisme kerana mereka ingin jadi kaya-raya. Pada masa yang sama, kebanyakan orang cina pada masa itu lebih menumpukan perhatian dalam ekonomi. Mereka tidak begitu berminat terlibat dalam politik. Di samping itu, kebanyakan cina adalah buta huruf. Ini menyebabkan mereka tidak memaham ideologi komunis. Akibatnya mereka tidak sokong PKM.
Orang India turut tidak menyokong PKM kerana dasar anti agama. Selain itu, mereka juga menganggap PKM sebagai parti orang cina. Pada masa itu juga, orang India lebih menumpukan perhatian mereka terhadap politik di India. Ini menyebabkan mereka tidak menyokong PKM.
3. Keadaan ekonomi dan politik stabil
PKM juga gagal mendapat sokongan yang luas kerana wujudnya keadaan yang stabil di Tanah Melayu. Keadaan tersebut telah menimbulkan rasa puas hati rakyat terhadap pemerintahan British. Dengan itu, mereka tidak sokong PKM. Sememangnya komunisme hanya boleh berkembang dengan pesat sekiranya terdapat kemiskinan dan penderitaan.
4. Kegagalan PKM mendaftar matlamat dan perlembagaan secara publik
PKM gagal mendapat sokongan orang ramai kerana tidak mendaftarkan matlamat dan perlembagaannya secara publik. Ini menyebabkan orang ramai tidak mengetahui matlamat dan perlembagaan sebenar PKM. Sebaliknya, PKM dianggap sebuah kongsi gelap kerana ia telah diharamkan oleh British.
5. Tekanan awal
Sejak ditubuhkan, PKM telah ditekan oleh British. PKM tidakdiberi peluang untuk berkembang dan diharamkan sejak pertubuhan. Pada 1937, British telah mengisytiharkan Banishment Ordinance yang mengharamkan permogokan. Akibatnya ramai pemimpin dan anggota PKM ditangkap. Mereka ini sama ada dipenjarakan atau dihantar pulang ke China. Pada tahun 1940, kerajaan British memperkenalkan undang-undang kesatuan sekerja. Undang-undang ini telah melarang pemimpin parti politik menjadi pemimpin kesatuan sekerja. Ini telah melemahkan PKM kerana pada masa itu, kebanyakan pemimpin kesatuan sekerja ialah pemimpin PKM. Pada 23 Julai 1948, undang-undang Darurat diisytiharkan. Sehubungan itu, sekali lagi PKM diharamkan. Akibatnya, pemberontakan PKM menemui kegagalan.
6. Persaingan dengan Kuomintang (KMT)
Dalam usaha untuk mendapat sokongan orang ramai, PKM menghadapi persaingan yang hebat dari KMT. PKM ditubuhkan pada tahun 1930. Pada ketika itum cawangan KMT telah lama wujud di Tanah Melayu. Cawangan KMT yang pertama ditubuhkan pada 18 Disember 1912 di Singapura. Sejak 1913, sudah terdapat banyak cawangan KMT di Tanah Melayu seperti di Kuala Lumpur, Ipoh, Seremban, Pulau Pinang dan sebagainya. Ini menyebabkan orang ramai menyokong KMT. Selain itu, dasar yang diperjuangkan oleh KMT juga disokong oleh orang ramai. Kerajaan KMT di China menganggap orang cina di seberang laut sebagai warganegara China.
7. Strategi Mao Tze Tung
Dalam pemberontakan yang dilakukan, strategi Mao Tze Tung telah digunakan. Di bawah strategi ini, PKM akan menerang dan menguasai kawasan pedalaman di mana kawalan kerajaan pusat amat lemah. Dari kawasan ini, PKM akan menyerang dan menguasai seluruh Tanah Melayu. Strategi ini telah berjaya di China. Walau bagaimanapun, ia gagal mencapai matlamatnya di Tanah Melayu kerana ia tidak sesuai.
8. Perpecahan PKM
Kegagalan PKM juga disebabkan oleh perpecahan yang berlaku dalam PKM. Dalam PKM sendiri, keanggotaannya dibahagikan kepada 2 golongan, iaitu golongan radikal di bawah pimpinan Chin Peng dan golongan sederhana di bawah Lai Teik. Golongan sederhana mengamalkan dasar bekerjasama dengan British manakala golongan radikal lebih bersifat anti-British. Pada 6 Mac 1947, satu mesyuarat jawatankuasa pusat PKM telah diadakan di Singapura. Dalam mesyuarat itu, Setiausaha Agong PKM, iaitu Lai Teik tidak menghadirinya dan menghilangkan dirinya bersama-sama wang parti. Ini menyebabkan pucuk pimpinan PKM jatuh ke tangan Chin Peng.
9. Kelemahan pemimpin PKM
Kelemahan pemimpin PKM sendiri menggagalkan pemberontakan yang dilakukan. Berikutan dengan peristiwa Lai Teik, orang ramai mulai tidak yakin terhadap PKM. Selain itu, pemimpin PKM mungkin mahir tetapi mereka tidak dapat menyesuaikan ideologi tersebut dengan keadaan tempatan. Misalnya, dasar anti agama yang diperjuangkan tidak dapat diterima oleh orang ramai. Akibatnya, pemberontakan PKM gagal.
10. Bantuan luar
Pemberontakan dianjurkan oleh Comintern dan telah disokong oleh PKC dan Parti Komunis Rusia (PKR). Dengan itu, PKM mulai melakukan pemberontakan bersenjata sejak Jun 1948. Sepanjang tempoh pemberontakan, PKM tidak mendapat bantuan langsung dari Comintern, PKC ataupun PKR. Akibatnya, PKM menghadapi kegagalan dalam pemberontakannya.
11. Langkah kerajaan
Langkah-langkah kerajaan yang diambil untuk mengatasi pemberontakan di Tanah Melayu telah menggagalkan PKM. Sebab satu langkah yang diambil ialah mengisytiharkan Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948. Akibatnya, PKM diharamkan dan diikuti parti-parti kiri.
Selain itu, British juga melaksanakan Rancangan Briggs. Di bawah rancangan ini, penduduk yang tinggal di pinggir hutan dan dianggap sebagai punca penyokong PKM akan dipindahkan ke kampung baru yang dikawal rapi. Akibatnya, PKM terpaksa keluar dari hutan untuk mendapat bantuan/bekalan.
British juga membesarkan pasukan tentera di Tanah Melayu. Dengan bilangan tentera yang ramai tersebut, British dapat menyerang sarang PKM.
Penubuhan MCA pada 27 Februari 1949 telah menyebabkan orang Cina tidak lagi menganggap PKM sebagai parti orang Cina. Pada masa yang sama, British juga mula bertolak-ansur dengan penduduk tempatan, misalnya menerima tuntutan parti sederhana mengadakan pilihanraya. Akibatnya, orang ramai sokong kerajaan dan menentang PKM.
British turut menubuhkan Majlis Perang Persekutuan dan Jawatankuasa Kerja Perang di peringkat negeri dan daerah. Kedua-dua pertubuhan ini bertujuan untuk mewujudkan kordinasi antara semua pihak yang terlibat dalam usaha menentang PKM. British juga memberi tawaran pengampunan kepada anggota PKM yang menyerah diri sejak 1949. Di samping itu, tawaran hadiah juga diberi kepada mereka yang berjaya menangkap Chin Peng. Langkah-langkah tersebut telah menyebabkan PKM gagal dalam pemberontakan mereka.

Kesan Pemberontakan PKM

Pengenalan
Parti Komunis Malaya (PKM) ditubuhkan pada 6 April 1930. matlamat utama penubuhannya ialah untuk mengusai Tanah Melayu, seterusnya menubuhkan Republik Komunis Malaya. Pada masa yang sama, PKM juga diarahkan untuk menyelia gerakan komunis di Thailand dan Indonesia. Sebelum 1941, PKM kurang mendapat sokongan orang ramai. Semasa pendudukan Jepun, PKM telah menghentikan kegiatan anti British. Sebaliknya PKM bekerjasama dengan British untuk menentang Jepun dengan menyertai Malayan Anti Japanese Union (MAJU) yang dianjurkan oleh British. Sejak 1945, PKM telah mulai berusaha mencapai matlamatnya melalui perlembagaan. Usaha ini gagal dan menyebabkan PKM melancarkan pemberontakan di seluruh Tanah Melayu sejak Jun 1948. Namun, usaha ini juga gagal. Pemberontakan PKM telah membawa kesan kepada perkembangan politik, ekonomi dan sosial di Tanah Melayu

Kesan-kesan politik
1. Penubuhan MCA
Atas cadangan Malcolm MacDonald, Malayan Chinese Association (MCA) telah ditubuhkan pada 27 Februari 1949. Tan Cheng Lock menjadi presiden pertama. Orang-orang cina telah digalakkan untuk menyertai MCA dan menganggap MCA sebagai parti orang cina yang akan memperjuangkan hak dan kepentingan orang cina.
2. Penubuhan Parti Perikatan
Untuk mengeratkan lagi hubungan antara kaum, Parti Perikatan telah ditubuhkan pada 1952 di mana UMNO telah bergabung dengan MCA. Parti Perikatan UMNO-MCA kemudiannya bergabung dengan MIC pada 1954 untuk membentuk Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC yang lebih besar.
3. Mempercepatkan kemerdekaan
Dalam usaha untuk mendapatkan sokongan orang ramai, British telah bertolak-ansur dengan menerima tuntutan parti-parti sederhana, misalnya Pilihanraya Pulau Pinang telah diadakan pada 1 Disember 1951 dan Pilihanraya Perbandaran Kuala Lumpur diadakan pada 16 Februari 1952. Pilihanraya umum yang pertama diadakan pada 27 Julai 1955. Selepas pilihanraya itu, Tanah Melayu diberi berkerajaan sendiri dan seterusnya kemerdekaan pada 31 Ogos 1957.
4. Pembesaran pasukan keselamatan
Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menambahkan bilangan anggota pasukan keselamatan. Pemuda-pemuda Tanah Melayu telah digalakkan untuk menyertai pasukan keselamatan dan mereka diberi latihan singkat. Menjelang 1954, Tanah Melayu sudah mempunyai 40 ribu tentera, 70 ribu polis dan 200 ribu pengawal kampung.
5. Pemimpin sederhana
Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, lahirlah parti-parti politik sederhana. Daripada parti-parti ini, lahirlah pemimpin sederhana seperti Tan Cheng Lock, Thuraisingam, Tunku Abdul Rahman dan sebagainya. Mereka memainkan peranan yang penting dalam pentadbiran Tanah Melayu.
6. Undang-undang Darurat
Semasa pemberontakan PKM, Undang-undang Darurat telah diisytiharkan pada 23 Julai 1948 dan diperkenalkan pada Julai 1949. Undang-undang ini telah menjadi asas kepada penggubalan Akta Keselamatan ISA (terutamanya yang berkaitan dengan penangkapan tanpa bicara).
7. Melumpuhkan parti kiri
Undang-undang Darurat bukan sahaja mengharamkan PKM, telah juga mengharamkan parti-parti kiri yang merupakan penyokong PKM seperti Malayan Democratic Union, AWAS, API dan sebagainya. Akibatnya, ini telah melumpuhkan parti-parti kiri di Tanah Melayu.
8. PKM diharamkan
Undang-undang Darurat pada 23 Julai 1948 telah mengharamkan PKM. Mengikut undang-undang ini, kerajaan diberi kuasa untuk menangkap dan menahan tanpa perbicaraan bagi mereka yang disyaki terlibat dalam kegiatan PKM. Kerajaan juga diberi kuasa untuk membuang negeri mereka yang dianggap kehadirannya membahayakan keselamatan Tanah Melayu.
9. Kegiatan politik terbantut
Semasa pemberontakan PKM di Tanah Melayu, parti-parti kiri telah diharamkan. Walaupun kerajaan membenarkan penubuhan parti-parti sederhana seperti UMNO, MCA dan MIC tetapi parti-parti ini diawasi oleh kerajaan dan tidak mempunyai kebebasan untuk berkembang. Akibatnya, kegiatan politik Tanah Melayu terbantut.
10. Kerjasama dengan Siam
Pemberontakan PKM di Tanah Melayu juga membuka jalan kepada Tanah Melayu untuk mengadakan kerjasama dengan Siam. Pada ketika itu, kerajaan Tanah Melayu telah menantangani perjanjian dengan Siam untuk membolehkan pasukan keselamatan Tanah Melayu melintasi sempadan dalam usaha memburu PKM.
11. Dasar luar Tanah Melayu selepas merdeka
Pemberontakan PKM juga mempengaruhi dasar luar Tanah Melayu selepas kemerdekaan. Selepas merdeka, Tanah Melayu langsung tidak mengadakan hubungan diplomatik dengan negara komunis. Keadaan ini berterusan sehinggalah tahun 1974 dimana Tun Abdul Razak yang menjadi Perdana Menteri pada ketika itu telah mengubah dasar tersebut.
12. Perkembangan parti sederhana
Dalam pemberontakan PKM, PKM telah diharamkan oleh British dan ini diikuti dengan pengharaman parti-parti kiri. Pada masa yang sama penubuhan parti sederhana dibenarkan. Akibatnya ini telah memberi peluang kepada parti sederhana berkembang tanpa saingan parti-parti kiri.
13. Rundingan Baling
Dalam usaha menamatkan pemberontakan PKM, Rundingan Baling telah diadakan pada 28 dan 29 Disember 1955. Pihak kerajaan diwakili oleh Tunku Abdul Rahman, Tan Cheng Lock dan David Marshall. Pihak PKM diwakili oleh Chin Peng, Chen Tien dan Rashid Maidin. Walau bagaimanapun, rundingan ini gagal kerana Chin Peng tidak dapat menerima kehendak Tunku Abdul Rahamn iaitu membubarkan PKM dan Tunku Abdul Rahman pula tidak dapat menerima kehendak Chin Peng iaitu mahukan PKM diterima sebagai parti yang sah.
14. Perubahan pucuk pimpinan UMNO
Pemberontakan PKM turut merintis jalan kepada perubahan pucuk pimpinan UMNO. Sebelum itu, Dato’ Onn Bin Jaafar ingin membuka UMNO kepada orang bukan Melayu supaya mereka dapat menyertainya. Namun, cadangan ini ditentang oleh ahli-ahli dalam UMNO. Akibatnya, Dato’ Onn Bin Jaafar keluar dari UMNO dan menubuhkan parti politik baru, iaitu Parti Kemerdekaan Malaya (IMP). Sementara di UMNO, pucuk pimpinan diambil alih oleh Tunku Abdul Rahman.
15. Hubungan rakyat dengan kerajaan
Dalam usaha menghadapi pemberontakan PKM, kerajaan telah menangkap rakyat yang disyaki. Tindakan ini sedikit sebanyak telah menjejaskan hubungan rakyat dengan kerajaan.

Kesan-kesan ekonomi
1. Perbelanjaan yang banyak
Dalam usaha menghadapi pemberontakan, kerajaan terpaksa membelanjakan satu jumlah wang yang banyak. Pada masa itu, perbelanjaan harian dianggarkan $150 ribu hingga $1 juta setiap hari. Menjelang 1954, kerajaan Tanah Melayu telah membelanjakan $100-200 juta. Pada masa yang sama, kerajaan British telah membelanjakan $500 juta bagi tujuan yang sama.
2. Pembangunan negara diabaikan
Semasa berlakunya pemberontakan, kerajaan hanya berupaya menumpukan perhatian mereka untuk mengatasi masalah tersebut. Pada masa yang sama, kerajaan juga terpaksa memperuntukkan satu jumlah wang yang besar untuk masalah ini. Ini menyebabkan pembangunan negeri diabaikan kerana tiada perhatian dan peruntukan wang dari kerajaan pusat.
3. Ekonomi di Tanah Melayu merosot
Pemberontakan PKM telah mengakibatkan ekonomi Tanah Melayu merosot. Sememangnya ekonomi Tanah Melayu amat bergantung kepada bijih timah dan getah. Namun, semasa berlakunya pemberontakan PKM sejak Jun 1948, ladang-ladang getah dan lombong bijih timah dimusnahkan oleh PKM. Akibatnya perusahaan bijih timah dan getah terjejas. Walaupun terdapat ladang-ladang dan lombong-lombong yang tidak dimusnahkan, tetapi pekerja-pekerja tidak berani keluar untuk bekerja. Bukti: pada tahun 1948, jumlah sawah padi yang diusahakan ialah 95 ribu ekar dan pada tahun 1954, hanya 65 ribu ekar sawah sahaja diusahakan.
4. Hutang negara
Sebelum berlakunya pemberontakan, Tanah Melayu merupakan satu kerajaan yang kaya. Namun, pemberontakan PKM menyebabkan kerajaan terpaksa membelanjakan satun jumlah wang yang banyak. Akibatnya, kerajaan Tanah Melayu terpaksa mendapat sumber wang dari luar melalui pinjaman. Ini telah menyebabkan hutang negara bertambah. Pada tahun 1954, hutang Tanah Melayu telah mencapai $146 juta.

Kesan-kesan sosial
1. Penubuhan kampung-kampung baru
Akibat pemberontakan yang dilakukan oleh PKM, telah wujudnya banyak kampung baru. Pada 1954, terdapat 550 buah kampung baru yang menempatkan 550 ribu orang. Pada tahun 1964, terdapat lebih 600 buah kampung bagi menempatkan 660 ribu penduduk. Penduduk-penduduk kampung baru ini terdiri daripada 86% orang Cina, 9% orang Melayu, 4% orang India dan 1% bangsa-bangsa lain. Kampung-kampung baru ini kemudiannya mengalami proses urbanisasi sehingga berkembang menjadi bandar-bandar.
2. Syarat kewarganegaraan
Semasa pemberontakan PKM, kerajaan juga berusaha untuk mendapat sokongan orang bukan Melayu, terutamanya orang Cina. Akibatnya kerajaan telah mengambil langkah melonggarkan syarat kerakyatan sejak Februari 1952. Sejak Februari 1952 sehingga 31 Ogos 1957, seramai 1.2 juta orang Cina dan 180 ribu orang India telah menjadi warganegara Tanah Melayu.
3. Perpecahan kaum
Pemberontakan PKM telah menyebabkan perpecahan kaum antara orang Melayu dan orang Cina. Orang Melayu menganggap pemberontakan dan keganasan PKM merupakan percubaan orang Cina untuk merampas Tanah Melayu. Pertempuran yang berlaku antara pasukan keselamatan yang majoriti terdiri daripada orang Melayu dengan anggota PKM seolah-olah menggambarkan pertempuran di antara orang Melayu dan orang Cina.
4. Penderitaan
Keganasan melalui pemberontakan yang dilakukan oleh PKM telah menimbulkan penderitaan kepada rakyat Tanah Melayu. Keganasan PKM menyerang ladang dan lombong bijih timah memberi penderitaan kepada rakyat dan juga negara. Undang-undang Darurat menyebabkan ramai lagi yang tidak bersalah ditangkap kerana disyaki.
5. Usaha mengeratkan hubungan kaum
Pada tahun 1949, Jawatankuasa Perhubungan Kaum telah ditubuhkan. Jawatankuasa ini dipelopori oleh Dato’ Onn bin Jaafar, Tan Cheng Lock dan Thuraisingam. Jawatankuasa ini ditubuhkan untuk mengeratkan hubungan antara kaum yakni di kalangan penduduk Tanah Melayu
6. Sistem perhubungan
Jalan raya dan jalan keretapi juga dimusnahkan akibat keganasan yang dilakukan oleh PKM dalam tempoh pemberontakan mereka.
7. Akta Pendaftaran 1948
Pada tahun 1948, Akta Pendaftaran telah diperkenalkan di Tanah Melayu. Menurut akta ini, penduduk yang berumur 12 tahun ke atas diwajibkan mendaftar untuk mendapatkan kad pengenalan. Tujuannya untuk memudahkan usaha mengesan anggota PKM.
8. Kesatuan sekerja
Kerajaan Tanah Melayu telah mengeluarkan arahan supaya pemimpin politik tidak diberi peluang memegang jawatan dalam kesatuan sekerja. Ini bagi mengelakkan pengaruh dan kawalan PKM di dalam kesatuan itu. Pada masa yang sama, kerajaan juga dapat mengawal secara langsung kesatuan-kesatuan sekerja ini.
9. Guru
Guru-guru telah dihantar ke England untuk mendapat latihan. Langkah ini diambil bagi mengelakkan guru-guru ini dipengaruhi oleh fahaman serta ideology komunis.

Pembentukan Malaysia

Pengenalan
Pada 31 Ogos 1957, Persekutuan Tanah Melayu mencapai kemerdekaan. Selepas merdeka, Tunku Abdul Rahman telah mengemukakan cadangan kepada Kerajaan British supaya Brunei, Sabah dan Sarawak digabungkan dengan Persekutuan Tanah Melayu menjadi Malaysia. Namun, Kerajaan British menolak cadangan itu kerana Singapura diketepikan. Sementara itu, Lee Kuan Yew, Ketua Menteri Singapura pada masa itu juga menyarankan percantuman Singapura dengan Persekutuan Tanah Melayu. Cadangan Lee Kuan Yew ditolak oleh Tunku Abdul Rahman. Namun begitu, senario politik yang berlaku di Singapura mengubah sikapnya terhadap saranan Lee Kuan Yew. Pada 27 Mei 1961, Tunku Abdul Rahman dalam ucapannya di Persidangan Wartawan-wartawan Luar Negeri di Asia Tenggara di Hotel Adelphi, Singapura mencadangkan supaya Brunei, Sabah, Sarawak dan Singapura digabungkan dengan Tanah Melayu membentuk Persekutuan Malaysia. Cadangan ini menimbulkan pelbagai reaksi. Pada 23 Julai 1961, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan. JPPM memberi peluang kepada pemimpin di Sabah dan Sarawak untuk mengemukakan pandangan memandangkan mereka masih menentang gagasan. Akhirnya Sabah dan Sarawak menerima gagasan ini dan menyusun satu memorandun untuk dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold. Suruhanjaya ini kemudian menjalankan tugasnya iaitu meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak dan membuat syor perlembagaan baru. Kemudian pada Ogos 1962, Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK) ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia. JAK mengeluarkan laporannya pada 27 Februari 1963. Laporan ini diterima dan diluluskan. Berdasarkan laporan ini, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai1963. Pada 16 September 1963, Malaysia diisytiharkan.

Sebab pembentukan Malaysia
1. Senario politik di Singapura
Sebab utama penubuhan Malaysia ialah untuk menentang kegiatan komunis yang kian bertambah di Singapura pada tahun 1950-an. Ejen-ejen komunis telah meresap masuk ke sekolah Cina dan kesatuan sekerja. Pada tahun 1954, komunis telah menganjurkan satu permogokan di sebuah syarikat bas. Mogok ini merebak menjadi rusuhan. Selain itu, komunis juga merampas pucuk pimpinan Parti Tindakan Rakyat (PETIR) yang sejak tahun 1959 menguasai Kerajaan Singapura di bawah pimpinan Lee Kuan Yew. Mereka menjadi ahli PETIR sehingga menubuhkan satu kumpulan berhaluan kiri dalam PETIR. Pada mulanya, Lee Kuan Yew berbaik-baik dengan mereka tetapi akhirnya pertelingkahan telah berlaku. Pertelingkahan ini menyebabkan PETIR kalah dalam pilihanraya kecil pada tahun 1961 iaitu Pilihanraya Hong Lim dan Pilihanraya Anson. Kekalahan PETIR menunjukkan pengaruh komunis bertambah kuat. Akibatnya, Lee Kuan Yew mengusir golongan berhaluan kiri ini dari PETIR. Pengaruh komunis turut berkembang sehingga satu parti berhaluan komunis iaitu Barisan Sosialis dibawah pimpinan Lim Chin Siong ditubuhkan. Tunku Abdul Rahman bimbang komunis meresap masuk Tanah Melayu. Diharapkan melalui gagasan Malaysia, hasrat komunis menguasai Singapura gagal yang seterusnya dapat menyekat kemaraan mereka.
2. Senario politik di Sarawak
Pada tahun 1951, Liga Belia Demokratik Cina Seberang Laut yang berhaluan komunis ditubuhkan tetapi dibubarkan semasa Darurat. Walau bagaimanapun, satu pertubuhan komunis sulit iaitu Persatuan Belia Maju Sarawak telah bergerak di kalangan kesatuan sekerja, pelajar dan petani. Mereka menghasut masyarakat Cina menentang British. Parti Bersatu Rakyat Sarawak (SUPP) telah dipengaruhi oleh komunis. Lalu, Kerajaan British melancarkan operasi pisang untuk menyekat pengaruh komunis dalam SUPP tetapi gagal. Diharap melalui gagasan ini, kestabilan politik yang diperolehi dapat menentang ancaman komunis.
3. Mengimbangi penduduk
Penubuhan Malaysia juga bertujuan mengimbangi jumlah penduduk. Tunku Abdul Rahman menjangkakan Sabah, Sarawak dan Brunei kalau digabungkan dengan Tanah Melayu akan membawa kepada faedah sosial. Penggabungan Tanah Melayu dengan Singapura menimbulkan masalah ketidakseimbangan kaum. Hal ini disebabkan ¾ daripada penduduk Singapura berbangsa Cina. Kemasukan Sabah, Sarawak dan Brunei akan mengimbangi kadar kaum-kaum kerana 70% daripada penduduk Borneo Utara ialah bumiputera.
4. Kemajuan ekonomi bersama
Pembentukan Malaysia membolehkan kelima-lima buah kawasan menikmati kemajuan ekonomi bersama. Singapura, Brunei dan Tanah Melayu telah mencapai kemajuan ekonomi yang amat memuaskan, manakala Sabah dan Sarawak ialah negeri yang masih mundur. Penubuhan Persekutuan Malaysia membolehkan Sabah dan Sarawak dimajukan. Hal ini bermaksud kekayaan dari kawasan maju akan dipindah ke kawasan mundur untuk membiayai projek pembangunan.
5. Mempercepatkan proses kemerdekaan
Penubuhan gagasan Malaysia bertujuan mempercepatkan proses kemerdekaan bagi Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura. British berjanji akan memberi kemerdekaan yang lebih awal sekiranya Sabah, Sarawak, Brunei dan Singapura bergabung dengan Tanah Melayu bagi membentuk Malaysia. Penggabungan ini juga akan menamatkan penjajahan British di rantau ini dan menjamin kedaulatan dan keselamatan wilayah-wilayah itu daripada ancaman kuasa luar.

Reaksi-reaksi negeri terlibat
1. Singapura
Lee Kuan Yew selaku Ketua Mentei Singapura menyokong gagasan ini kerana PETIR dapat meneruskan kekuasaannya di Singapura, ancaman komunis dapat dikawal, perkembangan ekonomi Singapura menjadi lebih pesat dan Singapura dapat merdeka dengan lebih awal. Namun demikian, Barisan Sosialis dan Parti Buruh menentang gagasan ini. Pada 1 September 1962, Lee Kuan Yew telah mengadakan satu pungutan suara bagi mendapatkan persetujuan rakyat Singapura mengenai penyertaan Singapura dalam Malaysia. Mengikut keputusan, 71.1% daripada rakyat Singapura menyokong penubuhan Malaysia. Melalui gagasan Malaysia, taraf pelabuhan bebasnya dikekalkan, Singapura mempunyai kuasa autonomi dalam bidang kewangan, pendidikan dan perburuhan dan Singapura akan mendapat 15 kerusi dalam Parlimen Malaysia.
2. Sabah dan Sarawak
Pemimpin di kedua-dua negeri ini amat terperanjat dengan penubuhan Malaysia. Pemimpin-pemimpin di kedua-dua negeri ini membentuk Barisan Bersatu pada 9 Julai 1961 bagi menentang gagasan Malaysia. Pemimpin-pemimpin itu termasuk Ong Kee Hui (Pengerusi SUPP), Temenggung Jugah Anak Berieng (Yang Dipertua Parti Negara Sarawak – PANAS), Dato’ Mustapha bin Dato’ Harun dan Donald Stephen (ahli tak rasmi Majlis Undangan Sabah). Mereka menentang gagasan kerana takut Sabah dan Sarawak akan dikuasai oleh Tanah Melayu. Mereka takut kedudukan politik mereka terjejas. Mereka juga bimbang keperibadian negeri masing-masing akan hilang. Golongan peniaga Cina pula bimbang kuasa ekonomi akan dirampas oleh Tanah Melayu dan Singapura. Selain itu, mereka juga berpendapat Sabah dan Sarawak perlu diberi kemerdekaan dahulu sebelum menyertai Malaysia. Kaum bumiputera bukan Islam turut menentang gagasan Malaysia. Bantahan mereka disuarakan melalui Parti Kebangsaan Sarawak (SNAP), Pertubuhan Kebangsaan Kadazan Bersatu (UNKO) dan sebagainya. Pemimpin di kesua-dua negeri menganggap gagasan Malaysia merupakan satu helah untuk meluaskan kuasa Tanah Melayu dan menggantikan penjajahan British. Pada bulan Jun 1961, Tunku Abdul Rahman berangkat ke Sabah dan Sarawak dan mendapati rakyat di sana telah salah faham mengenai gagasan Malaysia. Oleh itu, sebuah persidangan Persatuan Parlimen Komanwel diadakan di Singapura pada Julai 1961. Beberapa orang daripada Barisan Bersatu telah dihantar oleh British ke persidangan ini. Mereka membincangkan tentang gagasan Malaysia. Akhirnya, Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM) ditubuhkan untuk mengumpulkan pendapat Sabah dan Sarawak mengenai gagasan ini. Pada bulan Ogos 1961, Abang Haji Mustapha (Pengerusi PANAS) menyokong gagasan Malaysia. Kemudian, Donald Stephen dan Dato’ Mustapha turut menyokong gagasan ini selepas melawat ke Tanah Melayu dan berunding dengan Tunku Abdul Rahman.
3. Brunei
Sultan Omar Ali Saifudin menyokong gagasan ini tetapi Parti Rakyat Brunei (PRB) yang dipimpin oleh A.M. Azahari menentangnya. A.M. Azahari menentang gagasan ini kerana Brunei akan menjadi jajahan Malaysia. Beliau mahukan Brunei merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia. Beliau juga merancang menggabungkan Brunei, Sabah dan Sarawak menjadi Persekutuan Borneo Utara di bawah pimpinan Sultan Brunei. PRB menang dalam pilihanraya Majlis Daerah dan Majlis Undangan yang diadakan pada Ogos dan September 1962. Kemenangan ini menyakinkan Azahari bahawa rakyat Brunei turut menentang gagasan Malaysia. Selain itu, Azahari juga merasa dirinya kuat kerana Filipina dan Indonesia menyokongnya. Dengan keyakinan bahawa gagasan ini akan gagal, PRB melancarkan pemberontakan bersenjata pada 7 Disember 1962. Pemberontakannya ditumpaskan oleh Kerajaan Brunei dengan bantuan tentera dari British dan Tanah Melayu. Azahari melarikan diri ke Filipina dan mengisytiharkan dirinya sebagai Perdana Menteri dan Sultan Omar Ali Saifudin sebagai Ketua Kerajaan Persekutuan Borneo Utara. Walaupun pada mulanya Sultan Brunei menyokong gagasan ini tetapi baginda telah menarik diri pada Julai 1963 kerana baginda tidak mahu membayar cukai hasil daripada pengeluaran minyaknya kepada kerajaan pusat Malaysia dalam tempoh 10 tahun. Selain itu, baginda juga tidak berpuas hati kerana diberi kedudukan yang paling rendah dalam senarai nama Sultan-sultan. Tambahan pula, rakyat Brunei juga tidak bersetuju menyertai Malaysia.

Proses pembentukan Malaysia
1. Jawatankuasa Perundingan Perpaduan Malaysia (JPPM)
JPPM ditubuhkan pada 23 Julai 1961. Ia dipengerusikan oleh Donald Stephen (anggota Majlis Undangan Sabah). Anggotanya ialah Tunku Abdul Rahman (Tanah Melayu), Lee Kuan Yew (Singapura), Dato’ Mustapha Dato’ Harun (Sabah), Temenggung Jugah Anak Berieng (Sarawak) dan Dato’ Setia Pangeran Ali (Brunei). Tujuan JPPM ialah:
a. Memberitahu orang ramai mengenai Malaysia.
b. Mengumpulkan sambutan mereka terhadap Malaysia.
c. Menyediakan memorandum mengenai cara pembentukan Malaysia.
JPPM telah memberi peluang kepada pemimpin Sabah dan Sarawak mengemukakan pandangan mengenai gagasan Malaysia. JPPM telah mengadakan 4 mesyuarat di Kota Kinabalu (21 Ogos 1961), Kuching (18 Disember 1961), Kuala Lumpur (6 Januari 1962) dan Singapura (1 Februari 1962). Hasil daripada rundingan yang dijalankan. Sarawak mengeluarkan kertas putih mengenai Malaysia pada 4 Januari 1962 dan Sabah pada 31 Januari 1962. Kemudian, satu memorandum disusun semula dan dihantar kepada Suruhanjaya Cobbold pada 23 Februari 1962. Kandungan memorandum ini ialah:
a. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas perlembagaan Malaysia.
b. Kerajaan Persekutuan berkuasa dalam hubungan luar, pertahanan dan keselamatan.
c. Islam – agama rasmi tetapi rakyat bebas beragama.
d. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan tetapi bahasa lain masih boleh digunakan.
e. Hak istimewa seperti orang Melayu diberi kepada rakyat pribumi Sabah dan Sarawak.
f. Sabah, Sarawak berhak mengawal imigrasennya sendiri.
g. Perwakilan Parlimen berasaskan jumlah penduduk dan jumlah luas kawasan.
Memorandum ini disokong oleh rakyat Sabah, Sarawak, Singapura dan Tanah Melayu.
2. Suruhanjaya Cobbold
Suruhanjaya Cobbold ditubuhkan pada Januari 1962. Ia dipengerusikan oleh Lord Cobbold (bekas Gabenor Bank of England). Ahli-ahlinya terdiri daripada Sir Anthony Abel dan Sir David Watherston iaitu wakil British dan Muhammad Ghazalie Shafie dan Dato’ Wong Pow Nee iaitu wakil Tanah Melayu. Tugas utama suruhanjaya ini ialah:
a. Meninjau pandangan rakyat Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia.
b. Membuat syor-syor perlembagaan.
Suruhanjaya ini menjalankan tugasnya dari 19 Februari sehingga 18 April 1962. Sebanyak 50 perjumpaan dengan 690 kumpulan orang ramai diadakan. Selain itu, 2000 atau lebih memorandum telah diterima. Pada 18 April 1962, laporan disiapkan dan diserahkan kepada Kerajaan Tanah Melayu dan British pada Jun 1962. Pada 1 Ogos 1962, laporan ini diumumkan mengenai pandangan rakyat Sabah dan Sarawak:
a. 1/3 menyokong kuat Malaysia
b. 1/3 menyokong dengan syarat
c. 1/3 hendak merdeka dahulu sebelum menyertai Malaysia
Dengan itu, suruhanjaya ini turut menyokong gagasan Malaysia dan mengesyorkan syor-syor Perlembagaan Malaysia seperti dibawah:
a. Nama persekutuan baru – Malaysia.
b. Perlembagaan Tanah Melayu 1957 menjadi asas Perlembagaan Malaysia.
c. Kedudukan istimewa kaum pribumi Sabah dan Sarawak dijamin.
d. Sabah dan Sarawak berhak memilih Ketua Negeri sendiri.
e. Penduduk pribumi Sabah dan Sarawak dibenarkan berkhidmat dalam perkhidmatan awam secepat mungkin.
f. Dasar pendidikan, ugama, imigresen, perwakilan Parlimen, kedudukan bumiputera, kewangan, kewarganegaraan dan perlembagaan negeri di Sabah dan Sarawak ditentukan oleh Majlis Undangan Negeri masing-masing.
g. Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan. Sabah dan Sarawak dibenarkan menggunakan Bahasa Inggeris sebagai bahasa rasmi sehingga DUN masing-masing membuat keputusan.
Hampir semua syor diterima oleh British dan diumumkan pada 1 Ogos 1962, Malaysia akan ditubuhkan pada 31 Ogos 1963. Jawatankuasa Antara Kerajaan akan ditubuhkan bagi merangka Perlembagaan Malaysia.
3. Jawatankuasa Antara Kerajaan (JAK)
JAK ditubuhkan pada Ogos 1962 untuk merangka Perlembagaan Malaysia. Pengerusinya ialah Lord Landsdowne dan Timbalan Pengerusinya ialah Tun Abdul Razak. Anggotanya terdiri daripada wakil British, Tanah Melayu, Sabah dan Sarawak. Wakil Sabah telah mengemukakan memorandum yang mengandungi 20 perkara. Antaranya ialah:
a. Agama Islam – agama rasmi persekutuan. Tiada agama rasmi di Sabah.
b. Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah; Bahasa Melayu – bahasa kebangsaan.
c. Imigresen orang asing Sabah di bawah kuasa negeri Sabah.
d. Sistem pendidikan Sabah dikekalkan.
e. Perwakilan Parlimen harus mengambil kira keluasan kawasan dan bilangan penduduk.
Pemimpin Sarawak tidak mengemukakan memorandum tetapi bersetuju dengan memorandum yang dikeluarkan oleh Sabah.
27 Februari 1963 JAK mengeluarkan laporan
8 Mac 1963 Dibentangkan di Majlis Negeri Sarawak
13 Mac 1963 Dibentangkan di Sabah.
Kedua-dua negeri menerima laporan ini dan laporan ini seterusnya diluluskan oleh Parlimen Tanah Melayu dan menjadi Akta Malaysia 1963. Kandungannya ialah:
a. Agama Islam – agama rasmi kecuali Sabah dan Sarawak.
b. Bahasa Melayu – bahasa rasmi persekutuan.
Bahasa Inggeris – bahasa rasmi Sabah dan Sarawak sehingga 10 tahun selepas Hari Malaysia apabila Dewan Undangan Negeri Sabah dan Sarawak membuat pindaan.
c. Imigresen Sabah dan Sarawak dibenarkan mengawal sendiri.
d. Sistem pendidikan Sabah dan Sarawak dikekalkan di bawah kerajaan negeri sehingga Dewan Undangan Negeri kedua-dua negeri ini membuat pindaan.
e. Perwakilan Parlimen – Sabah 16 kerusi, Sarawak 24 kerusi dan Singapura 15 kerusi.
Berdasarkan laporan JAK, Perjanjian Malaysia ditandatangani di London pada 9 Julai 1963. Pada masa ini Brunei menarik diri secara rasminya.
4. Pengisytiharaan Malaysia
Berkenaan dengan penubuhan Malaysia, Filipina dan Indonesia menentang kuat. Beberapa rundingan telah diadakan antara kedua-dua negara dengan Tanah Melayu. Akhirnya, MAPHILINDO ditubuhkan. Pemimpin ketiga-tiga negeri bersetuju meminta Suruhanjaya Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB) untuk meninjau kembali pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai penyertaan mereka ke Malaysia. Suruhanjaya PBB yang diketuai oleh Lawrence Michaelmore menjalankan tugasnya dari 16 Ogos – 5 September 1963. Oleh itu, tarikh penubuhan yang ditetapkan terpaksa ditunda. Mengikut laporan PBB, lebih 70% rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia. Maka pada 16 September 1963, penubuhan Malaysia diisytiharkan secara rasminya.

Penentangan gagasan Malaysia
1. Filipina
Apabila JPPM dan Suruhanjaya Cobbold menunjukkan sokongan kepada penubuhan Malaysia, Filipina telah menuntut hak ke atas Sabah bagi waris Sultan Sulu pada 22 Jun 1962. Filipina mendakwa Sabah dipajak dan bukan diserahkan kepada Baron Overbeck dan Alfred Dent pada tahun 1874. Pajakan ini telah dibatalkan pada tahun 1958. Kerajaan British enggan mengakui kedaulatan Filipina ke atas Sabah. Kerajaan Filipina juga mengemukakan tuntutan yang sama kepada Tanah Melayu tetapi ditolak. Hubungan diplomatik Filipina-Tanah Melayu menjadi genting. Walau bagaimanapun, usaha-usaha dijalankan untuk menyelesaikan persengketaan. Akhirnya, Filipina juga mengiktiraf Persekutuan Malaysia pada Jun 1966.
2. Indonesia
Pada mulanya, Indonesia mengalu-alukan pembentukan Malaysia. Namun, PKI di bawah D.N. Aidit menyifatkan ia merupakan satu penjajahan baru yang mengancam Indonesia. Setelah tercetusnya pemberontakan Brunei, Presiden Indonesia, Sukarno menerima tekanan hebat dari PKI dan mengubah sikap serta menentang gagasan Malaysia. Aidit telah melawat ke Tanah Melayu dan menghasut rakyat dan tentera memberontak. Hubungan Tanah Melayu dengan Indonesia menjadi renggang. Pada 20 Januari 1963, Dr. Subandrio mengumumkan dasar konfrontasi terhadap gagasan Malaysia. Kemudian, Indonesia bersetuju meminta Suruhanjaya PBB bagi meninjau semula pandangan penduduk Sabah dan Sarawak mengenai Malaysia. Laporan PBB menunjukkan rakyat Sabah dan Sarawak menyokong Malaysia tetapi Indonesia enggan mengakui.
16 September 1963, Malaysia diisytiharkan secara rasminya. Pada hari ini, Indonesia melancarkan konfrontasi dan memutuskan hubungan diplomatik dengan Tanah Melayu. Sebab Indonesia melancarkan konfrontasi ialah:
a. Tekanan PKI ke atas Kerajaan Indonesia.
b. Penubuhan Malaysia menghalang cita-cita Sukarno untuk menubuhkan Indonesia Raya yang termasuk Sabah, Sarawak dan Tanah Melayu.
c. Sukarno merasa tersinggung kerana tidak diajak berunding mengenai penubuhan Malaysia.
Pada bulan November 1963, serangan gerila dilancarkan. Tentera Indonesia mendarat di Pontian, Labis, Muar dan Kota Tinggi. Pengintip-pengintip juga dihantar. Akibatnya:
a. Dato’ Dr. Ismail Abdul Rahman telah meminta bantuan dari PBB dan membuat bantahan mengenai serangan Indonesia.
b. Pasukan pertahanan tempatan atau askar wataniah ditubuhkan.
c. Britain memberi bantuan tentera.
d. Australia, New Zealand, Canada memberi bantuan senjata.
e. Rundingan sulit dengan pegawai Indonesia bukan komunis diadakan.
f. Dato’ Abdul Razak melawat ke negara Afro-Asia dan Dunia Ketiga untuk mengikis propaganda Indonesia yang memburuk-burukkan nama Malaysia.
Pada 30 September 1965, gerakan komunis untuk merampas kuasa gagal. Konfrontasi menjadi berkurangan. Menteri Luar Indonesia, Adam Malik berusaha menamatkan konfrontasi dan mewujudkan persefahaman dengan Malaysia. Hasrat menamatkan konfrontasi wujud apabila Suharto menggantukan Sukarno. Hasilnya, perjanjian damai ditandatangani di Jakarta pada 11 Ogos 1966 selepas Tun Abdul Razak berunding dengan Adam Malik di Bangkok.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R