Skip to main content

Posts

Showing posts from March, 2010

Atur sabjek Sejarah ‘mesti diambi’ manah amat

October 7, 2009, Wednesday SIBU: Mata pelajar Sejarah deka nyadi siti sabjek ‘wajib’ tauka enda tau enda diambi, ku presiden Gerempung Pengajar Sarawak (STU).Ku Ghani, atur ngeletak sabjek nya mesti diambi, manah bendar laban deka ngujungka bala nembiak rebak baru diatu patriotic sereta taluk agi ngagai menua Malaysia tu. Kelimpah ari pekara bukai, atur tu mega nangkitr kerembai konsep 1Malaysia, ku Ghani madah ngagai The Borneo Post/Utusan Borneo ba talipaun kemari, lalu mansutka sekeda pemutus ari aum sida (STU) enggau Opis Menteri Pelajar apin lama. Ghani madah bisi minta atur numbuh Malaysia disengkaum dalam syllabus tauka sukat pelajar sabjek Sejarah nya. “Enti kitai deka meda bala anak kitai lebih taluk sereta lebih patriotik, kitai enda tau enda ngajar sida pasal pekara tu (numbuhka Malaysia), iya nya sida mesti nemu kemaya (haribulan nyemetak) menua Malaysia ditumbuh,” ku iya. Nya alai beduduk ari tu, iya mantai peminta awakka syllabus nya, kelimpah ari utai bukai, mesti nyengk

NOSTALGIA SEBAGAI GURU PELATIH (MPPP DALAM KENANGAN)

Gambar-gambar kenangan semasa di Maktab Perguruan Pasir Panjang, Kuala Terengganu; sesei 1989/91.

Ukiran

Artikel Sosiologi

Pengenalan Kebelakangan ini terlalu banyak diperkatakan isu yang berkaitan dengan masalah sosial yang melibatkan remaja. Pelbagai andaian, hujah, cadangan, program dan aktiviti bagi menangani masalah sosial ini diutarakan. Perlakuan sosial yang negatif dalam bentuk devian sosial tidak seharusnya merupakan satu petunjuk ke atas kelemahan masyarakat untuk membudayakan pembangunan secara positif yang berteraskan prinsip dan nilai-nilai Pengertian masalah sosial remaja secara umumnya masalah sosial merangkumi berbagai perlakuan negatif anggota masyarakat yang tidak membawa sokongan dan keuntungan kepada kekuatan sistem dan struktur ekonomi yang diamalkan dalam sesuatu masyarakat ataupun negara. Tingkah laku remaja yang suka menghabiskan masa lapang di kompleks membeli belah, bermain permainan komputer di kafe siber, berbual kosong di kedai “fast food” seperti McDonalds dan Starbuck dan tempat tumpuan orang ramai dikenali sebagai aktiviti lepak. Masalah ini telah menjadi satu budaya kepada

Coretan hari minggu

Hari ini aku tak pergi ke mana-mana. Rehat duduk kat rumah. Masih fikir nak buat apa. Semalam cadang nak mancing udang..tapi ubah plan tak jadi. Malam tadi agak lewat balik dari kampung suruh member repair enjin bot untuk mancing. Tapi tak apa....lain kali pergi letih sebab sekolah sampai hari sabtu (ganti sekolah cuti gawai nanti). Apa lagi tengok tv sepanjang hari..cerita P. Ramlee; Nujum Pak Belalang. Seronok dan geli hati tengok babak-babak dalam cerita ni. Anyway, terubat juga boring duduk kat rumah.

ALUMUNI BGSS / SMK MERADONG

Salam sejahtera, SMK Meradong, Bintangor (nama dulu, SMK Bintang) bercadang menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar (alumuni) dalam masa terdekat. Saya selaku setiausaha protem komiti mengajak rakan-rakan menyertai program yang murni selain daripada usaha kita merapatkan serta menemukan (reunion) bekas-bekas pelajar yang sudah lama meninggalkan bangku sekolah dan sudah mempunyai profesion sendiri sekarang ini. Sehubungan itu, saudara-saudari yang merupakan bekas pelajar sekolah ini sejak tahun 1964 lagi dan hingga sekarang/staf sekolah/VSO (Voluntary Service Overseas)/Peace Corps/ CUSO Prorgammes) bolehlah menyalurkan maklumat peribadi kepada pihak sekolah SMK Meradong, Bintangor yang bertindak sebagai pusat pengumpulan data (stop centre) ke alamat emel; bonicodhy@yahoo.com dan telefon pejabat 084-691911 . Maklumat peribadi yang perlu ada seperti Nama penuh/No.KP/Jantina/Keturunan/Alamat/Telefon Pejabat/Bimbit/emel ; bagi membolehkan dan memudahkan pihak menghubungi saudara-saudari

AKTIVITI PENGHUNI ASRAMA

[1] Goro (gotong-royong) penghuni asrama [2] Perhimpunan sekolah [3] Perjumpaan bulanan penghuni asrama-anugerah penghuni contoh

Soalan Peperiksaan Sekolah SMKM

BAHAGIAN A : SEJARAH MALAYSIA MASA : 3 JAM ARAHAN : JAWAB EMPAT SOALAN SAHAJA. 1. Bincangkan hukum adat yang diamalkan oleh masyarakat Melayu pada abad ke-19 dan nyatakan perbezaan di antara Adat Perpatih dan Adat Temenggung. 2. Perihalkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19 3. Bincangkan tindak balas pribumi terhadap campur tangan British di Pahang, Kelantan dan Terengganu. 4. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke 19 dan awal abad ke-20. 5. Bincangkan pengagihan kuasa (desentralisasi) di negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1920-an dan tahun 1930-an. 6. Bincangkan perkembangan pendidikan Melayu sebelum dan selepas kedatangan British di Tanah Melayu. ~ KERTAS SOALAN TAMAT ~ SOALAN 1 A. Pengenalan (3m) Pada dasarnya undang-undang dibentuk dengan tujuan untuk memelihara keamanan, keselamatan dan ketertiban masyarakatnya. Walaupun kini undang-undang Malaysia berdasarkan undang-undang British,

Soalan Percubaan Sejarah STPM 2009

SOALAN PERBENGKELAN SEJARAH 2 ( 940/2 ) 2009 BAHAGIAN A: 1. Mengapakah gerakan penentangan terhadap Malayan Union lebih berjaya berbanding dengan Gerakan AntiPenyerahan di Sarawak. 2. Bincangan sistem pendidikan pelbagai aliran di Tanah Melayu pada zaman penjajahan British. 3. Bincangkan kesan-kesan pelaksanaan Sistem Residen ke atas Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga tahun 1896. 4. Jelaskan aliran perjuangan dalam gerakan nasionalisme di Tanah Melayu sebelum Perang Dunia Kedua. 5. Pada separuh kedua abad ke-19, Johor di bawah pemerintahan Sultan Abu Bakar lebih stabil berbanding Negei-negeri Melayu pantai barat seperti Selangor dan Parak. Bincangkan. BAHAGIAN B: 6. Huraikan sistem ekonomi sara diri yang dijalankan di India dan Filipina sebelum kedatangan Barat. 7. Huraikan perubahan sistem pentadbiran di Myanmar dan Vietnam akibat campur tangan Barat. 8. Bincangkan sistem pemerintahan di Jepun dan India pasca Perang Dunia Kedua. 9. Huraikan kesan-kesan Perjanjian Kanagawa tah

Soalan Percubaan Sejarah STPM 2006

2006 Soalan 1 “Islam menjadi unsur penting dalam kehidupan masyarakat di Tanah Melayu sebelum campur tangan British”. Bincangkan Pendahuluan ( 3/2 Markah ) Islam telah bertapak di Tanah Melayu pada abad ke-7 dan sepanjang abad ke-13 hingga abad ke-16 Islam tersebar secara meluas di Kepulauan Melayu. Sejak itu Islam menjadi agama yang dianuti oleh sebahagian besar penduduk di Kepulauan Melayu. Kedatangan Islam yang membawa peradaban yang tersendiri telah mengubah bukan sahaja anutan dan kepercayaan lama masyarakat di Tanah Melayu iaitu kepercayaan animisme dan Hindu-Buddha tetapi juga turut mengubah pengaruh kedua-dua kepercayaan tersebut yang begitu dominan sebelumnya. Lantaran itulah selepas kedatangan Islam, kehidupan masyarakat di Tanah Melayu banyak dipengaruhi oleh unsur-unsur Islam sama ada dari segi politik, ekonomi dan sosial. Namun campurtangan British pada tahun 1874 menyebabkan pengaruh Barat mula mewarnai kehidupan masyarakat di Tanah Melayu. Isi ( 20 Markah ) 1. Pengaruh I