Skip to main content

Posts

Showing posts from April, 2010

Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.

A) PENGENALAN (2 / 3M) Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa kuasa Barat berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme iaitu memperluaskan pengaruh politik di seluruh dunia. Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan keperluan bahan mentah yang diperlukan kilang-kilang industri mereka. Negara-negara itu juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka. Kaedah perluasan kuasa Barat ini ada berbagai-bagai cara sama ada secara peperangan, perjanjian ataupun secara pengilhakan. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah ini ialah India oleh British dan Vietnam yang diilhakan oleh Perancis. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan. Di India dan Vietnam walaupun cara campurtangannya adalah sama iaitu secara pengilhakan, namun
Bincangkan matlamat-matlamat dan kesan-kesan Gerakan 4 Mei (1917-1923). Gerakan ini merupakan satu kebangkitan semangat nasionalisme rakyat China sebagai satu tindakan memprotes kegiatan imperialisme yang ditekankan ke atas China. Gerakan 4 Mei ini mencakupi period antara tahun 1917 apabila isu wilayah Shantung mula dipertikaikan sehinggalah tahun 1923. Ia disebutkan sebagai Gerakan 4 Mei kerana pada tarikh tersebutlah bermulanya protes yang nyata dari golongan intelektual China. Di mana pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 orang pensyarah dan mahasiswa dari 13 institusi pengajian tinggi termasuklah Universiti Peking mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan persidangan damai mengenai Shantung. Gerakan 4 Mei telah mempengaruhi perlembagaan politik dan sosial di negeri China. Faktor utama yang telah mengakibatkan kemunculan Gerakan 4 Mei ialah Versailles yang telah memutuskan bahawa bekas hak-hak Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun. Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama, Jepun

Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

A)PENGENALAN (2/3 M). Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi ini dipimpin oleh Pridi Panamyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik raja dan raja diletakkan di bawah perlembagaan. Kedua-dua Revolusi ini didorong oleh perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah. B) ISI (20 M) 1. Revolusi China (10 M) a.Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Pungutan cukai di wilayah sebahagian kecil diserahkan kepada kerajaan pusat. b.Rasuah bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda dari yang ditetapkan. c.Tentera Manchu memalukan. Kalah di dalam Perang Candu I dan II. Kalah dengan Perancis pada tahun 1884. Perang China-Jepun 1894-1895 dan Boxer 1900. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugika

Sistem Pemerintahan Beraja di Myanmar dan Thailand Sebelum Kedatangan Barat.

Pengenalan: 1. Sistem beraja merupakan satu bentuk pentadbiran yang diamalkan di kebanyakan Negara Asia termasuklah Thailand dan Myanmar. 2. Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Hindu dan Buddha melalui proses Keindiaan. 3. Di kedua-dua negara, raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam semua aspek kehidupan meliputi politik, ekonomi dan sosial. 4. Thailand ditadbir oleh Dinasti Chakri bermula pada tahun 1782 dan berjaya mengekalkan kemerdekaan negara tersebut terutama hasil pentadbiran / pembaharuan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. 5. Myanmar pula ditadbir oleh Dinasti Konbaung (1752 – 1886) tetapi gagal mempertahankan kedaulatannya apabila jatuh ke tangan British pada 1886. Isi: Konsep Raja 1. Di Myanmar raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal. Kanun India Manu meletakkan raja Myanmar bersifat separuh ketuhanan. 2. Rakyat tidak boleh mempersoalkan hak dan kehidupan raja. Raja-raja Myanmar juga terikat dengan konsep ‘dhar

Sistem Pemerintahan Beraja di Myanmar dan Thailand Sebelum Kedatangan Barat.

Sistem pemerintahan beraja di Myanmar dan Thailand sebelum kedatangan Barat. Pengenalan: 1. Sistem beraja merupakan satu bentuk pentadbiran yang diamalkan di kebanyakan Negara Asia termasuklah Thailand dan Myanmar. 2. Sistem ini berasaskan campuran sistem tempatan dengan pengaruh agama Hindu dan Buddha melalui proses Keindiaan. 3. Di kedua-dua negara, raja merupakan ketua kerajaan yang berkuasa mutlak dalam semua aspek kehidupan meliputi politik, ekonomi dan sosial. 4. Thailand ditadbir oleh Dinasti Chakri bermula pada tahun 1782 dan berjaya mengekalkan kemerdekaan negara tersebut terutama hasil pentadbiran / pembaharuan Raja Mongkut dan Raja Chulalongkorn. 5. Myanmar pula ditadbir oleh Dinasti Konbaung (1752 – 1886) tetapi gagal mempertahankan kedaulatannya apabila jatuh ke tangan British pada 1886. Isi: Konsep Raja 1. Di Myanmar raja menduduki hierarki tertinggi dalam sistem feudal. Kanun India Manu meletakkan raja Myanmar bersifat separuh ketuhanan. 2. Rakyat tidak boleh mempersoal

Sejarah STPM

SKEMA JAWAPAN SOALAN 1 Bincangkan undang-undang Bertulis yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu. Pengenalan [3m] Undang-undang Bertulis merupakan peraturan-peraturan tertentu yang ditulis dalam bentuk dokumen sebagai panduan kepada masyarakat Melayu. Pada abad ke-19 masyarakat Melayu telah memiliki undang-undang bertulisnya yang tersendiri dan merupakan warisan dari undang-undang Bertulis Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat pengaruh unsur-unsur Islam mazhab syafie dalam undang-undang Bertulis masyarakat Melayu. Undang-undang bertulis termasuk undang-undang Johor, 99 Perak, Kedah, Pahang dan undang-undang Islam. Isi Kandungan [20m] A) Undang-undang Pahang Undang-Undang Pahang digunakan oleh kerajaan Melayu Pahang. Undang-Undang Pahang memperlihatkan pengaruh undang-undang bertulis Kesultanan Melayu Melaka. Undang-Undang Pahang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu berkaitan adat lembaga negeri, undang-undang jenayah dan undang-undang Awam. Ba