Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2010

Pelancongan

Pelancongan merupakan industri perkhidmatan utama yang kian berkembang maju dan mendatangkan keuntungan besar dalam bentuk tukaran asing serta memasyhurkan Malaysia di mata dunia. Pada tahun 2000, seramai 10.2 juta orang pelancong (termasuk pelancong domestik) berkunjung ke Malaysia yang menghasilkan pendapatan RM20 bilion, termasuk RM17 bilion daripada pertukaran asing (Berita Harian, 9 Jun 2001). Angka tersebut melebihi jangkaan 6.4 juta pelancong yang diramalkan akan datang ke Malaysia. Malaysia juga merupakan negara ketiga paling ramai menerima pelancong di Asia Timur - selepas China dan Hong Kong. * Malaysia merupakan destinasi pelancongan tropika indah yang sangat berpotensi di Asia yang bukan sahaja dapat menarik pelancong antarabangsa tetapi juga menawan warga tempatan. • Pelancongan menjadi suatu bidang pelaburan bijak yang dapat memacu pertumbuhan industri-industri berkaitan yang lain yang kesemuanya berperanan sebagai wahana dalam pembangunan mega Malaysia menuju negara maju

Kemalangan Jalan Raya

Kemalangan jalan raya yang berlaku di negara ini meningkat dari semasa ke semasa. Terdapat pelbagai jenis kemalangan sama ada yang melibatkan pemandu kereta, lori, penunggang motosikal, atau pejalan kaki dilaporkan oleh pihak berkuasa. Negara kita juga dikatakan sebagai sebuah negara yang mempunyai kadar kemalangan jalan raya yang tertinggi. Antara faktor utama peningkatan kes kemalangan di negara kita berpunca daripada kecuaian pengguna jalan raya sendiri. Contoh kecuaian yang berlaku adalah seperti memandu dalam keadaan letih dan mengantuk. Akibat hendak segera sampai ke destinasi yang dituju, mereka tidak menghiraukan keadaan mereka yang dalam keletihan. Akibatnya kenderaan dipandu dalam keadaan kurang tumpuan. Pemandu yang berada dalam keadaan begini seharusnya berhenti seketika untuk menghilangkan rasa mengantuk dan letih supaya dapat memberi tumpuan sepenuhnya terhadap pemanduan. Kesalahan lain yang biasa dilakukan oleh pengguna jalan raya adalah memandu melebihi had laju yang di

Gejala Merokok Dalam Kalangan Remaja

Gejala merokok kian meningkat kini walaupun pelbagai kempen dijalankan untuk mengurangkan perokok. Banyak remaja, lelaki mahupun perempuan yang terjebak dalam tabiat buruk ini. Tabiat merokok bukan sahaja membazirkan wang malah membawa pelbagai penyakit yang boleh membawa maut seperti kanser paru-paru. Menurut Menteri Kesihatan, Dato’ Dr. Chua Soi Lek, peningkatan merokok dalam kalangan remaja kian meningkat mengikut statistik pada tahun 2006. Kempen antimerokok yang sedang dijalankan oleh kerajaan baru-baru ini sememangnya satu langkah yang baik. Kerajaan patut dipuji kerana berusaha untuk membanteras tabiat merokok. Kempen ini memberi penumpuan kepada rupa paras negatif orang yang merokok untuk menakutkan remaja yang terjebak dalam tabiat ini. Kempen ini juga menunjukkan keadaan paru-paru orang yang merokok. Paru-paru tersebut hitam, kering, dan sungguh menakutkan. Kempen antimerokok ini disebarkan secara meluas dalam pelbagai media. Televisyen, surat khabar, dan juga radio kini dipe

PROPOSAL

KAJIAN PERSEPSI GAYA KEPIMPINAN PENGETUA TERHADAP MOTIVASI GURU SEKOLAH MENENGAH DI BAHAGIAN SARIKEI, SARAWAK. MARAN ANAK RAMPING Satu Cadangan Disertasi Yang Dikemukakan Untuk Memenuhi Sebahagian Daripada Syarat Penganugerahan Ijazah Sarjana Pendidikan FACULTY OF EDUCATION, ARTS AND SOCIAL SCIENCE OPEN UNIVERSITY MALAYSIA KUALA LUMPUR 2007

Ceramah Motivasi Tip Mengingat

Ceramah Motivasi Murid STPM SMK Meradong, Bintangor Tip yang baik untuk mengingat Dalam wahana 1 ini, saya ingin berkongsi bersama anda sedikit input yang saya ada untuk kita sama-sama amalkan dalam mencapai matlamat yang diingini. Dalam proses pembelajaran, pelbagai perkara atau aspek yang perlu diberi penekanan dan perlu diberi perhatian. Ini bertujuan untuk kita berjaya dengan cemerlang dalam pembelajaran. Aspek mengingat juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam mempelajari sesuatu. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa kaedah mengingat yang berkesan yang pernah saya lakukan sepanjang saya belajar dari Tadika hingga Universiti. 1. Membuat Nota Berwarna a. Dalam membuat nota, warna memainkan peranan penting. Ini kerana warna membantu merangsang otak kita untuk mengingat dengan mudah. Otak manusia secara lumrah gemar akan benda yang berwarna-warni sebab ianya menarik. b. Guna pelbagai warna untuk menulis nota. Nota kita bukan sahaja cantik dan menarik malah membantu kita u

Forum Motivasi - Akademik Penghuni Asrama SMKM

Lawatan Setiausaha Majlis Daerah Meradong, Julau & Pakan ke Rumah Panjang Suring Ak Sana, Sg Tulai, Bintangor