Skip to main content

Posts

Showing posts from July, 2011

SOALAN PA (JP)

1.Perlembagaan Persekutuan yang digunapakai pada hari ini adalah berdasarkan perlembagaan tahun A. 1948 B. 1957 C. 1963 D. 1984 2.Perlembagaan diperlukan oleh sesebuah negara supaya A. menjadi panduan kepada sesebuah parti politik B. menjadi pedoman kepada sesebuah pemerintahan C. menjadi garis panduan kepada badan pemerintahan D. menjadi panduan dalam pelaksanaan sesebuah kerajaan • Seseorang yang ditangkap perlulah diberitahu mengapa dia ditangap • Hanya dengan undang-undang sahaja nyawa seseorang boleh diambil 3.Pernyataan di atas merujuk kepada A. Kebebasan diri B. Kebebasan asasi C. Kebebasan mutlak D. Kebebasan mutlak sementara 4. Menurut perlembagaan, kuasa tertinggi di Malaysia diperuntukkan kepada A. Perdana Menteri B. Yang di-Pertuan Agong C. Mahkamah Persekutuan D. Perlembagaan Persekutuan • Isteri dan anak warganegara telah bermastautin dua tahun sebelum permohonan • Berumur 18 tahun bermastautin di Sabah dan Sarawak pada 16 September 1963. 5. Telah bermastautin sebelum tar

SOALAN PA (JP)

Arahan: Jawab semua soalan yang disediakan. 1. Antara berikut yang manakah merupakan ciri-ciri yang perlu ada pada sebuah negara? I Mempunyai kedaulatan II Mempunyai ekonomi yang kukuh III Mempunyai sempadan yang tertentu IV Mempunyai masyarakat yang saling bekerjasama A I dan II B I dan III C II dan IV D III dan IV 2. Antara berikut, ciri-ciri yang manakah dapat mengiktiraf Malaysia sebagai sebuah negara? I Mempunyai ideologi II Mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 III Mempunyai banyak bahan mentah IV Mempunyai penduduk pelbagai kaum A I dan II B I dan III C II dan III D III dan IV 3. Pilih pernyataan yang berkaitan tujuan Doktrin Pengasingan Kuasa I Mengelak pemusatan kuasa II Menggalakkan pembahagian kuasa III Mengekalkan pemerintahan secara campur tangan IV Mengalakkan pemusatan kuasa A I dan III B II dan III C I dan IV D III dan IV 4. Antara berikut, yang manakah benar tentang konsep kerajaan kesatuan? A Kerajaan Negeri mempunyai kuasa dominan B Kerajaan Pusat mempunyai kuasa domi

SEJARAH 2 - KERJA RUMAH 29 - 2/8/2011

Soalan 1 Corak pemerintahan dan pentadbiran di negeri-negeri Melayu mempengaruhi pembentukan susun lapis masyarakatnya. Bincangkan susun lapis masyarakat Melayu tradisional. Soalan 2 Golongan pembesar dikatakan memonopoli segala kuasa politik dalam kerajaan sebelum campur tangan British di negeri-negeri Melayu. Bincangkan peranan pembesar dari segi politik, ekonomi dan sosial. Soalan 3 Sejauh manakah sistem ekonomi Tanah Melayu sebelum penjajahan British bersifat sara diri sehingga tahun 1919. Soalan 4 Huraikan aktiviti pertanian komersial yang wujud di Tanah Melayu sehingga akhir abad ke-19. www.maranramping.blogspot.com

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R

BAHASA KEBANGSAAN

Kedudukan bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan telah dengan jelas diperuntukkan di bawah Perkara 152 Perlembagaan Persekutuan. Sebagai undang-undang utama negara Perlembagaan menjadi tonggak dan kayu ukur bagi semua undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen, Dewan-Dewan Undangan Negeri dan segala dasar kerajaan. Peruntukan di bawah Perkara 152 itu tidak boleh dipinda oleh Parlimen kerana kata putus terletak di tangan Majlis Raja-Raja. Ini dinyatakan dengan jelas oleh Perlembagaan di bawah Perkara 159(5). Kedudukan yang sedemikian memang wajar kerana bahasa Melayu telah meresap ke dalam batang tubuh Perlembagaan; contohnya definisi orang Melayu juga dikaitkan dengan penggunaan bahasa Melayu sebagaimana yang diperuntukkan oleh Perkara 160(2). Keakraban ini juga kelihatan dalam peruntukan di bawah Perkara 10(4) yang turut meletakkan Bahasa Melayu sebagai antara perkara-perkara yang kedudukannya tidak boleh dipersoalkan atas nama kebebasan bersuara.

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

KONSEP RAJA BERPERLEMBAGAAN

Satu ciri penting dan unik dalam negara Malaysia ialah institusi Raja Berperlembagaan. Raja Berperlembagaan bermaksud sistem pemerintahan beraja mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia. Yang di-Pertuan Agong bertindak berdasarkan Perlembagaan Malaysia dan nasihat Perdana Menteri. Semasa menjalankan tugasnya, baginda tidak boleh bertindak sendirian kecuali dalam perkara tertentu yang memerlukan budi bicara baginda untuk membuat keputusan. Yang di-Pertuan Agong dipilah daripada kalangan sembilan orang Raja Melayu daripada sembilan buah Negeri Melayu secara bergilir-gilir. Pemilihan Yang di-Pertuan Agong dibuat mengikut peruntukan dalam Perlembagaan Malaysia.

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. • Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. • Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia ya

KOMPONEN PERLEMBAGAAN MALAYSIA

Kandungan Perlembagaan Persekutuan • Perlembagaan Persekutuan mengandungi 183 Perkara beserta dengan 13 Jadual. Bagi setiap perkara terdapat beberapa Fasal yang dijelaskan dengan terperinci sebagai garis panduan perundangan dan kepentingan rakyat • Perlembagaan Persekutuan juga mengandungi beberapa perkara yang tidak boleh dipersoalkan seperti: . Agama Islam sebagai agama rasmi; . Kedududkan istemewa Raja-raja Melayu dan bumiputera di Sabah dan Sarawak; . Kedudukan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan; dan, . Soal kerakyatan. Susunan Perkara-Perkara Dalam Perlembagaan: Perkara 1 hingga 4 Negeri-negeri, Agama dan Undang-undang bagi Persekutuan Perkara 5 hingga 13 Kebebasan Asasi Perkara 14 hingga 22 Kewarganegaraan (Bab 1 – Perolehan Kewarganegaraan) Perkara 23 hingga 28A Kewarganegaraan (Bab 2 – Penamatan Kewarganegraan) Perkara 29 hingga 31 Kewarganegaraan (Bab 3 – Tambahan) Perkara 32 hingga 37 Persekutuan (Bab 1 – Ketua utama negara) Perkara 38 Persekutuan (Bab 2 – Majlis Raja-Ra

PENGAJIAN AM STPM

Kewarganegaraan 1. Kuatkuasa undang-undang a. Sebelum hari Malaysia (16 September) & selepas hari Malaysia b. Lahir di persekutuan sebelum merdeka & sebelum Oktober 1962 2. Pendaftaran A) Isteri bukan warganegara tetapi ingin jadi sebagai warganegara. Manakala suami adalah warganegara Malaysia. Syarat bagi isteri yang ingin jadi warganegara Malaysia: • Telah menetap 2 tahun di Malaysia sebelum memohon jadi warganegara • Berkelakuan baik & berniat untuk bermastautin tetap • Perkahwinan didaftarkan dalam persekutuan B) Anak bukan warganegara tapi ingin jadi warganegara Terdapat tiga kategori: Kategori 1: • Berumur kurang 21 tahun & salah sorang sama ada ibu / bapa adalah warganegara Malaysia • Berumur 18 tahun & lebih (lahir di persekutuan sebelum merdeka) Kategori 2: • Telah bermastautin 5-7 tahun sebelum memohon • Berniat bermastautin tetap, baik & berpengetahuan asas Bahasa Melayu • Berumur 18 tahun & lebih (bermastautin di Sabah & Sarawak) Kategori 3: