Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2010

LOGO ALUMNI BGSS (BINATANG GOVERNMENT SECONDARY SCHOOL)

1. Gabungan huruf BGSS yang membawa maksud “Binatang Government Secondary School” yang merupakan nama asal sekolah ini suatu ketika dahulu. Gabungan antara huruf juga melambangkan gabungan semua bekas pelajar, tenaga pengajar, serta orang yang berminat yang pernah bernaung di bawah SMK Binatang dan SMK Meradong dan bergerak dalam satu organisasi tanpa mengira asal- usul. 2. Bentuk “Diamond” yang menyerupai huruf A melambangkan Alumni BGSS. Selain itu ia juga turut melambangkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh bekas pelajar dan guru dalam menyumbang kecemerlangan bidang pendidikan khususnya berpengetahuan dan kemahiran ke arah pembangunan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan. 3. Warna biru melambangkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli BGSS bagi menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan adat resam. 4. Warna merah melambangkan keberanian setiap ahli BGSS bagi menyahut cabaran dan dugaan dalam arus globalisasi
AHLI-AHLI JAWATANKUASA PROTEM ALUMNI BGSS 2010 1. EN. KELLI BIN SU’UT LOT 690, LRG 2A, JALAN IXORA KPG SEBERANG BARU, 96100 SARIKEI. PENGERUSI 014-8801690 2. EN. SULHAMID BIN ABDULLAH LOT 436, KPG BANYOH, 96000 SIBU. NAIB PENGERUSI 016-57511407 3. EN. MARAN ANAK RAMPING SMK MERADONG, 96509 BINTANGOR. SETIAUSAHA 019-8683760 084-694046 bonicodhy@yahoo.com 4. PN. LOW LEE LIAN SK ULU BINATANG, 96500 BINTANGOR. PEN. SETIAUSAHA 0194386058 5. EN. HENRY CHUKAN ANAK SELI SMK MERADONG, 96509 BINTANGOR. BENDAHARI 014-8882176 6. PROF. DR MOHD RAILI BIN SUHAILI LOT 77, SEKSYEN 22 KUCHING TOWN LAND DISTRICT, JLN TUN AHMAD ZAIDI, 93150 KUCHING. AJK KECIL 012-7540358 082-416550 ext. 275 082-292275 Fax : 082-422564 smraili@fmhs.unimas.my 7. EN. PETER SIBA SMK MERADONG, 96509 BINTANGOR. AJK KECIL 0I3-5768661 8. EN. TAIP TAHIR 121, JALAN KIONGSOON , 96100 SARIKEI. AJK KECIL 084-653350 9. ASP MOHD IBRAHIM BIN ABDULLAH AGAM IPD, SIBU AJK KECIL 013-8013835 014-3913835 10. PN. MARGARETH WONG AI YUNG SEKSYE

Ikan Talipia

Nyala Ikan Ba Pegung

Pemerintahan Raja Mongkut (1824-1851) Di Thailand

Pengenalan Somdeth Phra Paraminda Maha Mongkut atau Phra Chom Klau lebih dikenali sebagai Mongkut adalah putera yang ke-43 Raja Rama II yang dilahirkan pada 18 Oktober 1804. Apabila saudaranya putera Jeetha dilantik sebagai Raja Rama III pada tahun 1824, Mongkut menjadi sami selama 27 tahun dari tahun 1824 hingga 1851. Pengalaman baginda sebagai seorang sami telah membolehkan baginda mengetahui kehidupan rakyatnya serta Tamadun Barat. Pergaulannya dengan mubaligh-mubaligh Barat seperti Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Reverend Bradley dan Dr. House telah membolehkan baginda mempelajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi, Matematik, Astronomi, Bahasa Latin, Bahasa Inggeris serta sistem kerajaan negara-negara Barat. Mongkut merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris. Apabila Raja Rama III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851. Pembaharuan Mongkut menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi

Pemerintahan Raja Chulongkorn (1868-1910) di Thailand

Pengenalan Somdeth Phra Paraminda Maha Chulalongkorn adalah putera Mongkut yang dilahirkan pada 20 September 1853. Baginda dilantik sebagai Raja Rama V selepas kemangkatan Mongkut pada 1 Oktober 1868 semasa berumur 15 tahun. Oleh sebab baginda terlalu muda, maka pentadbiran dipangku oleh Chao Phraya Montri Sri Suryawongse. Chulalongkorn mengambil kesempatan ini untuk mengadakan lawatan ke India, Myanmar, Singapura dan Jawa bagi mempelajari sistem pentadbiran Barat. Baginda mendapat pendidikan Barat daripada Anna Leonowens serta Robert Marnant dan terpengaruh dengan idea Anna Leonowens yang menekankan pembaharuan yang lebih luas perlu dilaksanakan di Siam. Chulalongkorn mengambilalih pentadbiran daripada Chao Phraya Montri Sri Suryawongse pada tahun 1873. Pembaharuan 1. Politik Seperti Mongkut, Chulalongkorn menaiki takhta pada zaman imperialisme kuasa-kuasa Barat yang berlumba-lumba untuk mendapatkan tanah jajahan di Asia khususnya di Asia Tenggara. Sebagai contoh, British di Myanmar d

Perang Jawa 1825-1830

Pengenalan Perang Jawa meletus dari 20 Julai 1825 sehingga 28 Mac 1830. Peperangan ini juga dikenali sebagai Perang Depo Negoro kerana ianya dipimpin oleh Depo Negoro atau Pengeran Anta Wira, iaitu putera Sultan Amangkubuwono III dari keturunan Jogjakarta. Perang Jawa bukan sahaja merupakan penentang rakyat Jawa terhadap Belanda, tetapi juga terdapat orang-orang Cina kerana kegiatan-kegiatan mereka telah menimbulkan pelbagai penderitaan kepada rakyat Jawa. C.L.M. Penders dalam bukunya “Indonesia: Selected Documents on Colonialism and Nationalism 1830-1942” menegaskan bahawa ekonomi merupakan faktor utama menyebabkan meletusnya Perang Jawa. Pendapat ini disokong oleh M.C. Ricklefs dalam buku “A History of Modern Indonesia”. Walau bagaimanapun, faktor politik dan sosial juga penting dalam meletusnya Perang Jawa. Sebab-sebab 1. Politik Pada tahun 1814, Sultan Amangkubuwono III dari Kesultanan Jogjakarta mangkat. Baginda meninggalkan dua orang putera iaitu Depo Negoro dan Mas Djorat yang m

Revolusi Siam 1932

Pengenalan Revolusi tanpa pertumpahan darah telah berlaku di Siam pada 24 Jun 1932. Revolusi tersebut telah menamatkan sistem monarki mutlak dan digantikan dengan sistem monarki berperlembagaan. Ahli-ahli sejarah tidak menganggapnya sebagai revolusi massa kerana tidak disertai oleh orang ramai. Revolusi tersebut hanya disertai oleh pegawai-pegawai awam dan tentera bukan golongan bangsawan. Revolusi 1932 dipimpin oleh Pridi Panomyong yang mendapat bantuan pegawai-pegawai tentera seperti Phya Bahol, Pribun Songkram, Khuang Aiphaiwong dan Phya Manapakorn. Revolusi ini menandakan permulaan kepada berlakunya pergolakan dalam politik Siam hingga hari ini. Sebab-sebab 1. Kemerosotan sistem monarki mutlak Kemerosotan sistem monarki mutlak menjadi faktor utama mengakibatkan meletusnya Revolusi 1932. Kemerosotan tersebut telah menimbulkan kebencian dan menghilangkan keyakinan orang ramai terhadap pemerintahan golongan bangsawan. Kemerosotan sistem monarki mutlak bermula semasa pemerintahan Vajir