Skip to main content

Posts

Showing posts from May, 2011

PENGAJIAN AM

Kertas 1 - Bahagian Kenegaraan Malaysia, Bahagian Dasar Negara yang terdiri daripada Dasar Dalam Negara, Dasar Luar Negara dan isu semasa, serta Bahagian Penyelesaian Masalah. Kertas 2 - Bahagian A - Karangan Laras Sastera, Bahagian B – Karangan Laras Sains, Bahagian C – Kefahaman dan Ulasan Teks, Bahagian D – Mengalih Bentuk Teks Linear kepada Bukan Linear serta Bahagian E – mengalih bentuk Bukan Linear kepada Linear. Bahagian A dan B mencakupi kerangka esei penting yang disusun mengikut kepentingan dan keperluan peperiksaan. Bahagian C mengandungi petikan-petikan berbentuk kefahaman yang menguji pemahaman dan daya pemikiran pelajar. Bahagian D dan E memaparkan teknik menyeluruh dan membina media teknikal yang pelbagai dan kemahiran mengalih pelbagai bentuk grafik kepada bentuk rencana secara teratur dan efektif. Kemahiran membina dan menginterprestasi pelbagai bentuk grafik ini meliputi pelbagai jenis graf bar, graf garis, carta pai, carta aliran dan sebagainya. Kenegaraan Malays