Skip to main content

Posts

Showing posts from August, 2011

JALUR GEMILANG

Pada tahun 1948-1960, Malaya telah diisytiharkan darurat akibat daripada ancaman Parti Komunis Malaya ( PKM ). Pembunuhan dan keganasan menyebabkan kerajaan mengambil keputusan mengenakan Undang-undang Darurat Bagi membendung kegiatan PKM. Antara langkah yang diambil bagi membendung masalah ini adalah dengan memperkenalkal konsep Kawasan Putih dengan Kawasan Hitam. Kawasan Putih merupakan kawasan yang telah bersih daripada ancaman dan keganasan komunis. Di dalam kawasan ini Undang-undang Darurat seperti sekatan-sekatan ke atas bahan makanan, bekalan penting dan perintah berkurung telah dilonggarkan dan dihapuslan. Sebaliknya, Kawasan Hitam pula merupakan kawasan yang masih terdapat kegiatan-kegiatan komunis. Oleh itu, Undang-undang Darurat dikenakan di kawasan itu. Pada tahun 1953, Kawasan Putih pertama diisytiharkan iaitu kawasan-kawasan Bandar Melaka, Merlimau, Melaka Tenggah dan kawasan-kawasan pantai negeri Melaka. Negeri-negeri lain pula telah bekerjasama dengan mengelakkan diri t

KEMAHIRAN BERFIKIR

1. Pendahuluan Kemahiran menggunakan fikiran secara kreatif dan efektif dengan bantuan alat alat berfikir secara tersusun akan melahirkan buah fikiran atau idea yang bernas dan berkualiti. Nabi Muhammad (s.a.w) bersabda yang bermaksud: ilmu yang tidak beramal itu sepeti pokok yang tidak berbuah. 2. Rumusan Jurnal Wawasan 2020 yang telah dibentuk mulai tahun 1991 hasil cetusan Perdana Menteri Malaysia Yang Amat Berhormat Datuk Seri Dr Mahathir Mohamad dimana salah satu cabaran strateginya ialah Pembentukkan Masyarakat Penyayang. Yang di maksudkan dengan Masyarakat Penyayang megikut Mahathir (1991) ialah membabitkan satu Sistem Sosial yang mementingkan masyarakat lebih daripada diri sendiri, dengan kebajikan insan bukan hanya berkisar pada negara atau orang perseorangan sahaja, tetapi di sekeliling sistem sosial yang kukuh. Masyarakat Penyayang menurut penulis boleh ditaarif sebagai masyarakat yang memberi keutamaan, menyediakan peluang dan kemudahan, memberi sokonga

Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah

Kepentingan Bermain Dalam Pendidikan Prasekolah Mariani Md Nor, PhD Fakulti Pendidikan Universiti Malaya Pengenalan Main atau bermain secara amnya boleh didefinisikan sebagai sebarang aktiviti yang memberikan kegembiraan dan kepuasan kepada kanak-kanak tanpa menimbangkan apakah hasil aktiviti itu. Dengan lain perkataan, kanak-kanak bermain bukan kerana ingin akan sesuatu atau mencapai tujuan tertentu. Bermain dianggap sebagai satu pekerjaan bagi kanak-kanak, tetapi bukanlah pekerjaan yang memerlukan hasil akhiran atau tujuan tertentu. Bermain juga bukanlah satu aktiviti yang dipaksa malah merupakan keinginan semulajadi kanak-kanak (Kraus, 1990). Lazimnya apabila sesuatu tugasan itu dianggap mudah, tugasan tersebut sering dirujuk sebagai mainan kanak-kanak memandangkan tidak wujudnya komplikasi dan merupakan nilai yang paling berharga buat perkembangan kanak-kanak. Carr, dalam teori nya menyatakan, main adalah penting kepada kanak-kanak kerana main menyediakan p