Skip to main content

Posts

Showing posts from September, 2010
Sejarah Malaysia STPM (Kertas 2) TEMA 1 : MASYARAKAT TEMPATAN 1.1 Institusi Pemerintahan 1. Masyarakat Melayu tradisional sudah pun mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik sebelum campur tangan British. Bincangkan. Pengenalan Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British dapat dibahagikan kepada tiga unit politik utama iaitu negeri, daerah atau jajahan dan kampung. Isi A – Peringkat Negeri 1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar 2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar 3. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang. 4. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota 5. Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebany

Soalan Percubaan STPM - Negeri 2010 (Sejarah 2)

GERAK GEMPUR SEJARAH 2 STPM 2010 JPN PERAK Bahagian A 1. Jelaskan kegiatan ekonomi yang bersifat komersil yang dijalankan di Malaysia sebelum campur tangan British. [25] 2. Bincangkan Perubahan Pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah sehingga 1963. [25] 3. Bincangkan transformasi sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu akibat campur tangan British dari tahun 1874 hingga1895. [25] 4. Pembentukan Persekutuan pada tahun 1948 bagi menggantikan Malayan Union yang diperkenalkan pada tahun 1946 dapat diterima oleh orang Melayu. Huraikan. [25] 5. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963. [25] 6. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963 [25] Bahagian B 7. Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan di India pada abad ke-19. [25] 8. Terangkan perubahan pentadbiran di Filipina dari tahun 1821 – 1946 dan di India dari tahun 1858 - 1947 (25] 9. Jelaskan tindak ba

Kampungku