Hari ini aku tak pergi ke mana-mana. Rehat duduk kat rumah. Masih fikir nak buat apa. Semalam cadang nak mancing udang..tapi ubah plan tak jadi. Malam tadi agak lewat balik dari kampung suruh member repair enjin bot untuk mancing. Tapi tak apa....lain kali pergi letih sebab sekolah sampai hari sabtu (ganti sekolah cuti gawai nanti). Apa lagi tengok tv sepanjang hari..cerita P. Ramlee; Nujum Pak Belalang. Seronok dan geli hati tengok babak-babak dalam cerita ni. Anyway, terubat juga boring duduk kat rumah.
Pendahuluan Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara. Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam...
Comments
Post a Comment