Skip to main content

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.


Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan.

Pengenalan
Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme.

Isi-isi
(a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat
- Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial.
- Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golongan pemimpin yang terdiri daripada raja dan golongan bangsawan.
- Golongan yang dipimpin terdiri daripada rakyat biasa dan hamba.
- Menurut kepercayaan Hindu-Buddha, negara digambarkan sebagai satu alam semesta manakala raja dan ibu kota digambarkan sebagai pusat alam.
- Raja akan membina masyarakat selaras dengan peraturan alam semesta atau dhrama.
- Dalam institusi pemerinatahan beraja ini raja menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan.
- Raja berkuasa ke atas segala-galanya dan rakyat tidak mengingkari perintah raja.
- Menurut kepercayaan agama Hindu, raja dianggap sebagai keturunan dewa-dewa atau Tuhan.
- Raja dianggap Tuhan di mjuka bumi dan rakyat tidak boleh mempersoalkan tindak-tanduk raja.
- Di China maharaja dianggap sebagai "Anak Syurga". Anggapan ini mewujudkan konsep dewa raja sakti yang membolehkan baginda mempunyai kuasa mutlak dalam pemerintahan dan keagamaan.
- Rakyat di China dan Thailand tidak dibenarkan melihat muka raja. Apabila raja keluar istana rakyat tidak dibenar mengangkat muka dan memandang raja.
- Raja dianggap seolah-olah sebagai dewa di bumi yang mempunyai kuasa untuk memerintah.
- Kedudukan raja-raja diperkukuhkan dengan upacara pertabalan, penggunaan pakaian istimewa, adat istiadat, dan bahasa.
- Bakal raja mestilah putera raja yang dilahirkan oleh permaisuri raja.
- Sekiranya tiada waris lelaki/putera, bakal raja yang dilantik daripada kerabat diraja lelaki lain.
- Raja menjadi ketua kerajaan dan mempunyai kuasa mutlak dalam pentadbiran.
- Raja berkuasa menggubal undang-undang, menjadi ketua tentera, dan agama serta memegang jawatan penting.
- Dalam menjalankan tugas pemerintahan, raja dibantu oleh golongan pembesar yang dilantik dengan gelaran berbeza mengikut negara.
(b) Penguasaan Bidang Ekonomi
- Raja mempunyai kuasa penuh dalam bidang ekonomi kerana kekuasaan dan kemakmuran kerajaan biasanya akan ditentukan oleh sumber-sumber ekonomi.
- Raja menguasai semua sumber ekonomi seperti pemungutan cukai, perkhidmatan, buruh, hasil pertanian dan kegiatan perdagangan.
- Contohnya, di Myanmar golongan kerabat diraja mempunyai monopoli terhadap kayu balak dan sumber ekonomi yang lain.
- Raja Myanmar memonopoli minyak, batu permata, kayu jati, kapas, gandum, gula dan gading.
- Raja juga menjadikan ibu kota diraja sebagai pusat kegiatan ekonomi.
- Hubungan raja denganb kawasan pengeluaran hasil di kawasan pendalaman turut rapat agar tidak terputus bekalan.
- Dengan cara ini, raja dapat meluaskan kuasa sambil mengukuhkan kestabilan ekonomi kerajaannya.
- Raja juga bertanggungjawab menjaga keamanan dan kemakmuran kerajaan serta rakyat.
(C) Perubahan Sistem Pemerintahan Beraja
- Selepas kehadiran Barat yang menjalankan dasar imperialisme, berlaku perubahan yang menjejaskan institusi pemerintahan beraja ini.
- Akibat kekalahan Myanmar di tangan Inggeri dalam Perang Inggeris -Myanmar ketiga pada tahun 1885, berakhirlah pemerintahan Dinasti Konbaung di Myanmar.
- Peristiwa ini secara langsung menamatkan sistem pemerintahan beraja di Myanmar.
- Selepas mencapai kemerdekaan, Myanmar tidak kembali kepada pemerintahan sistem beraja tetapi menjadi sebuah negara republik.
- Begitu juga Indonesia, China, dan India, sistem beraja ditamatkan dengan perlaksanaan pemerintahan republik.
- Akibat dasar imperialisme Barat, konsep perwakilan rakyat dalam pemerintahan raja diwujudkan di negeri-negeri Asia yang mengamalkan sistem beraja.
- Dalam pemerintahan Thailand, perwakilan rakyat diwujudkan secara rasmi dengan tertubuhnya parlimen atau Dewan Perhimpunan Kebangsaan.
- Pilihanraya juga diadakan untuk memilih ahli-ahli Parlimen.
- Menurut sistem demokrasi berparlimen, raja tertakluk kepada perlembagaan negara.
- Kedudukan raja dijamin oleh perlembagaan. Kuasa raja ditentukan oleh parlimen perlembagaan.
- Raja bertanggungjawab untuk memerintah, menjaga tatatertib, mentadbir, dan menguruskan semua perkara lain yang berhubungan dengan pertahanan.
- Raja mempunyai kuasa untuk mengampun, meringan dan menangguhkan hukuman.
- Dalam keadaan tertentu raja boleh mengisytiharkan undang-undang tentera atau darurat.
- Sistem pemerintahan beraja masih dikekalkan di Jepun, Thailand, Malaysia dan Brunei.
- Di Jepun dan Thailand, raja tidak lagi mempunyai kuasa mutlak kerana pelaksanaan sistem pemerintahan beraja perlembagaan yang mengakibatkan raja memerintah dengan bantuan parlimen.
- Undang-undang yang diluluskan di Parlimen mesti mendapat persetujuan maharaja / raja.
-Raja tidak ada kuasa membuat undang-undang seperti dahulu. Bidang kuasa politik raja telah berkurangan.
- Ideologi politik Barat seperti liberalisme, sosialisme dan komunisme yang tersebar bersama dasar imperliasme telah mengubah sistem beraja di Asia.
- Dalam bidanmg pentadbiran, raja dibantu oleh jemaah menteri atau kabinet yang dipilih melalui pilihanraya dan bukan dilantik oleh raja seperti sebelum itu.
- Raja tidak lagi bergiat cergas dalam bidang ekonomi seperti sebelu zaman imperialisme Barat.
Kesimpulan
Kedatangan Barat ke Asia telah mengakibatkan perubahan kepada institusi pemerintahan beraja dari segi politik, sosial dan ekonomi. Sistem pemerintahan beraja telah dihapuskan di beberapa negara seperti India, Myanmar dan In donesia. Sementara itu, di negara-negara yang masih mengamalkan sistem beraja, raja telah kehilangan kuasa mutlak kerana pengamalan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R