Skip to main content

ALUMUNI BGSS / SMK MERADONG

Salam sejahtera,
SMK Meradong, Bintangor (nama dulu, SMK Bintang) bercadang menubuhkan persatuan bekas-bekas pelajar (alumuni) dalam masa terdekat. Saya selaku setiausaha protem komiti mengajak rakan-rakan menyertai program yang murni selain daripada usaha kita merapatkan serta menemukan (reunion) bekas-bekas pelajar yang sudah lama meninggalkan bangku sekolah dan sudah mempunyai profesion sendiri sekarang ini.
Sehubungan itu, saudara-saudari yang merupakan bekas pelajar sekolah ini sejak tahun 1964 lagi dan hingga sekarang/staf sekolah/VSO (Voluntary Service Overseas)/Peace Corps/ CUSO Prorgammes) bolehlah menyalurkan maklumat peribadi kepada pihak sekolah SMK Meradong, Bintangor yang bertindak sebagai pusat pengumpulan data (stop centre) ke alamat emel; bonicodhy@yahoo.com dan telefon pejabat 084-691911.
Maklumat peribadi yang perlu ada seperti Nama penuh/No.KP/Jantina/Keturunan/Alamat/Telefon Pejabat/Bimbit/emel; bagi membolehkan dan memudahkan pihak menghubungi saudara-saudari bila perlu.
[Malumat saudara-saudari akan dijamin kerahsiaannya]
Sekian. Harap maklum.
Maran Ak Ramping
Setiausaha Protem
BGSS - 'Binatang Government Secondary School'

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R