Skip to main content

Bandingkan proses pengilhakan Barat di India dan Vietnam pada abad ke-19.

A) PENGENALAN (2 / 3M)

Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa kuasa Barat berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme iaitu memperluaskan pengaruh politik di seluruh dunia. Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan keperluan bahan mentah yang diperlukan kilang-kilang industri mereka. Negara-negara itu juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka. Kaedah perluasan kuasa Barat ini ada berbagai-bagai cara sama ada secara peperangan, perjanjian ataupun secara pengilhakan. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah ini ialah India oleh British dan Vietnam yang diilhakan oleh Perancis. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan.
Di India dan Vietnam walaupun cara campurtangannya adalah sama iaitu secara pengilhakan, namun proses pelaksanaannya adalah berbeza. Perluasan kuasa melalui kaedah pengilhakan melibatkan kekerasan seperti peperangan, ugutan, perjanjian dan sebagainya.

B) ISI (20 M):
1.Pengilhakan kuasa British di India (10 M):

a.Dasar pengilhakan Lord William Bentick (1824-1835)
i.Semasa Lord William Bentick menjadi Gabenor Jeneral India, beberapa wilayah telah diilhakan oleh beliau.
ii.Beliau menggunakan alasan penyalahtadbiran untuk mengilhakan Cacar,Coorg dan Mysore.
iii.Raja Cacar mangkat tanpa waris. Atas permintaan penduduk tempatan,Bentick mengilhakan kawasan tersebut.
iv.Di Coorg dan Mysore, Bentick menggunakan alasan penyalahtadbiran pembesar tempatan untuk menjalankan pentadbiran dengan adil dan stabil. Penduduk tempatan menyokong tindakan Bentick

b.Dasar pengilhakan Lord Ellenborough (1836- 1846)
i.Lord Ellenborough telah mengilhakan wilayah Sind dan Gwalior
ii.Sejak tahun 1809 , Sind telah menjalinkan hubungan dengan British. Pada tahun 1823, satu perjanjian telah ditandatangani antara Sind dan British. Melalui perjajian ini pedagang dan saudagar Inggeris dibenarkan menggunakan sungai dan jalanraya, tetapi kapal dan tentera bersenjata tidak boleh menggunakan negeri tersebut
iii.Syarat ini telah dicabuli semasa peperangan Afghan di mana Lord Auckland telah mengarahkan tenteranya berbaris melalui Sind
iv.Ellenborough ingin merampas wilayah Sind dengan membuat beberapa tuduhan . Charles Napier telah dihantar untuk menyiasat. Beliau mengadakan satu perjanjian baru dengan Amir Sind. Amir-Amir dipaksa menyerahkan bahagian yang lebih besar di wilayah mereka serta melepaskan hak mereka untuk membuat wang mereka sendiri. Hanya mata wang British yang diakui sebagai mata wang sah.
v.Tindakan itu menyebabkan Amir marah dan bertindak menyerang residensi British. Amir telah ditewaskan dalam peperangan di Miani dan Dabo. Sind telah dirampas dan diletakkan dalam Empayar British di India.
vi.Ellenborough juga telah mengilhakan wlayah Gwalior dan Paniar setelah kematian Daulat Rao Sindhia, Ketua Puak Maratha yang digeruni.

c) Dasar Pengilhakan Lord Dalhousie (1846-1856)
i. Lord Dalhousie melaksanakan dasar pengilhakan melalui tiga kaedah iaitu hak menakluki kuasa agung oleh Syarikat Hindia Timur British, “Doctrin of lapse” (Undang-undang lesap waris) dan keinginan untuk melanjutkan kebaikan-kebaikan tanpa faedah yang dibawa oleh pemerintah British ke atas wilayah-wilayah yang dibelenggu masalah penyelewengan atau penyelewangan pemerintah tempatan
ii. Melalui kaedah hak menakluki kuasa agung , beliau telah menakluk Punjab dengan mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh dan mengalahkan mereka di Gujerat. Punjab telah diilhakan.
iii. Kaedah Docrin of lapse paling kerap digunakan Dalhousie. Menurut doktrin ini, mana-mana pemerintah yang yang tidak meninggalkan waris keturunannya untuk meneruskan pemerintahan selepas mangkat , maka negeri atau wilayah itu akan jatuh ke bawah kuasa agung dengan sendirinya.Beliau tidak mengiktiraf hak seseorang pemerintah untuk melantik seorang waris yang bukan keturunannya. Contohnya di Jhansi, pelantikan anak angkat sebagai pewaris dianggap tidak sah oleh British. Wilayah-wilayah lain yang dilhakan cara ini ialah Satara,Jaitpur, Baghat, dan Samalpur.
iv. Kaedah “kebaikan untuk diperintah” berlaku atas alasan penganiayaan , kezaliman dan ketidakadilan politik dalam sesebuah negeri. Misalnya, Qudh telah diletakkan dibawah naungan SHTI . Pentadbiran Qudh dikuasai oleh Nawab Khan dalam keadaan huru-hara dan amalan rasuah berleluasa. Dalhousie mengadakan perjanjian dengan Qudh. Dalam perjanjian itu, SHTI akan mengambilalih Qudh, manakala Nawab akan dibenarkan mengekalkan gelaran dan dibayar 15 juta rupee. Apabila Nawab enggan menandatangani perjanjian tersebut, Lord Dalhousie telah mengambil keputusan menjalankan dasar pengilhakan atas alasan penyelewengan pemerintah tempatan

Pengilhakan kuasa Perancis di Vietnam (10 M):

a. Pengilhakan Tourane dan Saigon
i.Perancis menjalankan hubungan baik dengan Vietnam semasa pemerintahan Maharaja Gia Long.
ii.Namun begitu pengganti-pengganti Gia Long tidak menjalinkan hubungan baik dengan Perancis, sebaliknya mereka bertindak melakukan kekejaman terhadap mubaligh-mubaligh Kristian dan membuat undang-undang yang melarang kemasukan mubaligh-mubaligh Kristian ke Vietnam.
iii.Permusuhan Perancis-Vietnam telah memuncak pada zaman pemerintahan Maharaja Tu Duc. Pada masa pemerintahan beliau kegiatan anti-Kristian semakin meluas dan kejadian pembunuhan mubaligh Kristian semakin bertambah.
iv.Kegiatan ini menyebabkan Raja Perancis Napoleon III telah mengambil tindakan menakluki Vietnam dengan menggunakan peristiwa pembunuhan Bishop Diaz, seorang paderi Sepanyol di Tongking, sebagai alasan menyerang Vietnam.
v.Pada 31 Ogos 1858, Perancis menyerang Tourane bersama angkatan Perancis-Sepanyol di bawah pimpinan Rigault ge Genouilly dan pada 2 September 1858 Tourane jatuh ke tangan Perancis. Seterusnya Perancis menyerang Saigon yang merupakan kawasan penanaman dan pengumpulan padi yang utama di Vietnam. Saigon telah jatuh ke tangan Perancis pada 17 Febuari 1859.
vi.Peristiwa ini menyebabkan seluruh selatan Vietnam jatuh ke tangan Perancis.Tu Duc akhirnya mengaku kalah, dan menandatangani perjanjian dengan Perancis pada Jun 1862

b. Pengilhakan Tongking
i. Kepentingan ekonomi menyebabkan Perancis terlibat di Tongking
sebagai jalan meluaskan perniagaannya di Negara China melalui Sungai Merah.Perancis juga merasa bimbang dengan persaingan kuasa barat yang lain seperti Jerman, Itali dan Amerika Syarikat. Penindasan Maharaja Tu Duc juga telah memaksa Perancis menakluki Tongking.
ii. Sewaktu Perancis bertapak di Cochin-China , keadaan huru-hara telah tercetus di Tongking akibat kemasukan orang-orang pelarian.
iii.Perdana Menteri Perancis telah memutuskan untuk menamatkan keadaan huru-hara di Vietnam dan menjadikannya sebagai naungan Perancis.
iv. Pada bulan April 1882, angkatan laut Perancis tiba di Hanoi. Perancis menakluki Tongking pada tahun 1883.

C) KESIMPULAN (2 /3 M)
Perancis dan British telah berjaya menggunakan kaedah pengilhakan untuk meluaskan kuasa di Vietnam dan India. Campurtangan Perancis dan British telah menyebabkan perubahan-perubahan berlaku dalam politik, ekonomi dan sosial di Vietnam dan India. Cara perluasan kuasa ini menyebabkan wujudnya perasaan tidak puas hati rakyat tempatan yang membawa kepada berlakunya tindak balas seperti Dahagi India 1857 dan penentangan di Indo-China.

Catatan
Jawapan soalan ini mesti memperlihatkan unsur perbandingan antara dua negara tersebut, jika tiada perbandingan jawapan tidak boleh lulus termasuk pengenalan dan kesimpulan. Markah maksimum 10M.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R