Skip to main content

Psikologi Pendidikan

Pendahuluan

Bidang pendidikan merupakan satu medium yang amat penting dalam mencorakkan agenda bangsa dan negara. Melalui sistem pendidikan yang baik dan bermutu ianya mampu melahirkan masyarakat yang maju dan berdaya saing. Menurut Krathwohl (1971) proses pendidikan adalah satu siri persekitaran yang membolehkan pelajar mempelajari sesuatu tingkah laku yang baru, memperbaiki, melatih para pelajar agar mempamerkan aras keadaan yang memuaskan. Dalam menghadapi cabaran globalisasi yang semakin sengit dan hebat ini, institusi pendidikan yang didominasi sekolah sebagai wadah penggempurnya membolehkan proses pengajaran dan pembelajaran berlangsung dengan baik dan sistematik. Selaras dengan matlamat Falsafah Pendidikan Kebangsaan, hasil yang ingin dicapai melalui sistem pendidikan termasuklah dari segi jasmani, emosi, rohani, intelek (JERI) para pelajar.

Bagi memastikan hasil pembelajaran yang berkesan dan mencapai matlamat yang ditetapkan, maka peranan seseorang guru haruslah melaksanakan proses pengajaran yang kreatif dan inovatif supaya suasana pengajaran dan pembelajaran bertambah efektif. Idea ini boleh disokong dengan pendapat Abd. Rahim (1999) yang menyatakan daya kreativiti yang tinggi membolehkan sesuatu kaedah atau metod pengajaran mencorakkan perkembangan minda, emosi, sikap dan nilai para pelajar. Perkara yang lebih penting lagi ialah lahirnya generasi yang sedar dan insaf akan hidup dan tanggungjawab mereka sekaligus memperkembangkan kesejahteraan diri, keluarga, masyarakat, bangsa dan negara. Dalam hal ini, proses perkembangan bangsa dan proses kemajuan negara berkaitan secara langsung dengan sistem pendidikan yang ada (Yahya Don, 2005).

Penentuan kejayaan sistem pendidikan di negara kita banyak dipengaruhi oleh faktor penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang baik dan berkesan. Selari dengan perkembangan ini, maka sudah tentulah pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang bersifat baik, moden dan relevan wajar dilaksanakan di dalam sistem pendidikan kita. Hal ini sudah tentu berkait rapat dengan teori pembelajaran yang sesuai digunakan selain daripada peranan guru itu sendiri sebagai penyampai maklumat dan pemudahcara. Kewujudan insan bernama guru tidak harus dipandang mudah oleh sesetengah pihak kerana golongan guru mempunyai peranannya sebagai penyalur ilmu dan kemahiran kepada para pelajar.

Oleh yang demikian, kupasan tugasan ini berkisar akan peranan dan pentingannya beberapa jenis teori pembelajaran seperti teori pembelajaran Kognitif, Gestalt, Gagne, kooperatif, pedagogi pembelajaran teradun OUM (blended learning pedagogy), Progressivist dan Teori Keperluan Hiraki Abraham Maslow sejajar dengan keperluan bidang pengajaran dan pembelajaran yang berkesan. Malahan kajian turut melihat sejauh manakah pernanan teori hirarki keperluan Maslow dalam mencorakkan dua orang individu yang menjadi bahan kes bersandarkan tahap pencapaian motivasi mereka dalam hirarki keperluan ini.

Teori Prinsip dan Penjelasan Contoh

1(a) Teori Pembelajaran Kognitif • Pembelajaran berlaku secara tidak langsung dan bersifat konkrit
• Perubahan tingkahlaku mencerminkan aspek pengetahuan, perasaan, harapan dan pemikiran
• Proses pembelajaran melalui peringkat rendah ke tinggi
• Mengambil kira tahap kognitif para pelajar
• Konsep pembelajaran mengambil kira pemahaman konsep, makna, hubungan dan kesimpulan
• Perbezaan individu harus diambil kira kerana mempengaruhi pembelajaran
• Membina minda dan kefahaman
• Menggunakan pengalaman pancaindera masa lalu
• Proses mental yang berkaitan dengan ingatan jangka pendek dan panjang Di dalam bilik darjah:
• Set induksi yang menarik
• Bahan pengajaran guru harus disediakan dengan baik
• Isi pelajaran disusun mengikut pola dan logik bagi memudahkan pelajar mengingat
• Pelajar digalakkan memahami daripada menghafal
• Guru berperanan sebagai penunjukcara akan hubungan dan bertindak sebagai fasilitator
• Guru membimbing pelajar memahami isi pelajaran dengan baik
Di luar bilik darjah:
• Memberi peluang kepada pelajar mengembangkan maklumat dengan persekitaran mereka
• Menggalakkan pelajar meneroka pembelajaran secara kendiri

(b) Teori Pembelajaran Gestalt • Asas kepada perkembangan psikologi kognitif
• Melihat sesuatu pola sebagai satu keseluruhan (as a whole)
• Idea berkenaan dengan kumpulan
• Menginterprestasikan lapangan visual atau masalah dalam beberapa cara
• Konsep ‘celik akal’ (insight)
• Berfikir dan mengaitkan dengan pengalaman lepas
• Penentuan kumpulan berlandaskan faktor-faktor kehampiran, kesamaan, penutupan, dan kemudahan
Di dalam bilik darjah:
• Penyampaian isi pelajaran secara berstruktur
• Pembelajaran melibatkan bahan sebagai medium sokongan
• Pembahagian isi pelajaran kepada struktur-struktur tertentu supaya dapat memberi kefahaman
• Pengajaran melalui pendekatan ‘celik akal’
Di luar bilik darjah:
• Pelajar digalakkan meneroka
• Cabaran stimulus dijadikan sandaran utama
• Pengajaran didasarkan dengan faktor-faktor kehampiran, kesamaan, penutupan dan kemudahan

(c) Teori Pembelajaran Gagne • Pembelajaran bergerak dari peringkat mudah (rendah) ke susah (tinggi)
• Sifat kebergantungan pembelajaran
• Terdapat lapan peringkat pembelajaran
(i) Pembelajaran isyarat
(ii) Gerak balas
(iii) Rangkaian motor
(iv) Pertalian bahasa
(v) Diskriminasi
(vi) Konsep
(vii) Hukum
(viii) Penyelesaian masalah Di dalam bilik darjah:
• Guru merancang pengajaran daripada peringkat awal
• Keupayaan menggunakan bahasa untuk komunikasi
• Menggalakkan bentuk pembelajaran berperingkat-peringkat
• Memberi motivasi kepada pelajar
• Menarik perhatian pelajar
• Merangsang ingatan semula pelajar
• Guru membantu pelajar mengingat
• Guru memberi maklum balas kepada respon pelajar
Di luar bilik darjah:
• Berkeupayaan menggunakan kemahiran mereka dalam menyelesaikan mereka
• Kebolehan pelajar merenung dan memikir

2. (a) Teori Pembelajaran Kooperatif

Perkembangan dunia hari ini telah mengubah corak pembelajaran cara moden dalam kebanyakkan negara di dunia. Hal ini bukan setakat berlaku di negara-negara maju sahaja malah di negara sedang membangun seperti Malaysia turut tidak ketinggalan. Pendekatan moden telah menjadikan pembelajaran kooperatif (cooperative learning) sebagai satu pembaharuan dalam reformasi pendidikan.

Pada prinsipnya, pembelajaran kooperatif ini menggalakkan para pelajar belajar bersama-sama dalam kumpulan yang bersifat hetergen (pelbagai kebolehan) seperti dalam mata pelajaran yang tertentu di sekolah. Dalam hal ini juga, pembelajaran kooperatif turut menekankan gerak kerja berkumpulan dalam menyelsesaikan sesuatu masalah. Perkins (1991) menyatakan bahawa pembelajaran kooperatif mengilustrasikan agihan kecerdasan setiap individu dapat bertukar idea, pendapat serta kemahiran bagi mencapai matlamat bersama. Bagi aktiviti yang melibatkan kumpulan, Rashid Azizan dan Abdul Razak Habib (1995) menyatakan bahawa kaedah perbincangan menggalakan pertukaran idea secara bebas antara beberapa orang pelajar tentang sesuatu topik untuk merangsang minat pelajar dan membimbing mereka mendapatkan pengetahuan yang baru.

Selain itu, pembinaan hubungan yang baik dan mesra dapat diwujudkan dalam kumpulan terbabit melalui interaksi sosial yang menggalakkan dalam kalangan pelajar dengan pelajar, dan guru dengan pelajar lantas membentuk proses komunikasi yang sihat di dalam bilik dan luar bilik darjah. Salvin (1991) menegaskan bahawa interaksi dalam kalangan pelajar menggalakkan pencapaian matlamat pembelajaran dengan jayanya daripada belajar sendiri.

Pendekatan Pembelajaran Kooperatif mempunyai beberapa ciri tertentu, antaranya ialah; (1) matlamat kumpulan; (2) interaksi sosial, dan (3) sikap saling bergantungan untuk mencapai objektif kumpulan. Pada hemat saya, teori pembelajaran kooperatif ini mempunyai kelebihan yang sangat baik di mana para pelajar yang cerdas akan membantu golongan pelajar yang lemah di dalam pelajaran mereka. Slavin (1991) turut menyokong kelebihan teori kooperatif ini hasil kebolehan yang berbeza dalam satu-satu kumpulan bakal memberi input kepada rakan yang lain. Kagan (1994) dalam Johnson & Johnson (1991) turut menyokong bahawa teori pembelajaran kooperatif ini sebagai sesuatu yang berkesan dan berfaedah dalam memupuk hubungan sosial, pencapaian, kepimpinan, teknologi, kemahiran aras tinggi dan keyakinan diri para pelajar. Oleh yang demikian, teori pembelajaran kooperatif ini sangat baik dan praktikal digunakan oleh guru dan pelajar di sekolah pada masa kini.

(b) Pedagogi Pembelajaran Teradun OUM
(Blended Learning Pedagogy)

Pada pandangan saya, Pedagogi Pembelajaran Teradun OUM (Blended Learning Pedagogy) sememangnya berteraskan teori konstruktivisme. Terdapat tiga jenis corak pembelajaran yang diguna pakai, yakni; pembelajaran bersemuka (tutorial), pembelajaran atas taian (online), dan pembelajaran kendiri (self learning).

Pendekatan pembelajaran secara konstruktivisme dapat dibahagikan kepada lima format di mana melibatkan aspek-aspek penglibatan, penjelajahan, penerangan, penghuraian dan penilaian (Pusat Perkembangan Kurikulum, 1997). Dalam konteks pembelajaran bersemuka (tutorial), ianya telah memberi ruang dan peluang kepada pelajar bersemuka di pusat pembelajaran yang telah ditetapkan. Usaha ini telah memberi ruang untuk pelajar berkongsi persepsi, pandangan, keperluan, maklumat di samping berinteraksi dengan rakan-rakan sekursus serta tutor atau pensyarah masing-masing. Semasa bersemuka di Pusat Pembelajaran Wilayah masing-masing, para pelajar OUM dapat berkongsi pandangan dan jaringan minda mereka. Corak pengajaran dan pembelajaran memperlihatkan pengajaran berpusatkan pelajar (student centred) telah menggalakkan para pelajar bekerjasama dalam kumpulan terutama dalam sesi perbincangan, forum dan menyelesaikan tugasan yang diberikan oleh tutor atau pensyarah mereka.

Berkenaan dengan jenis pembelajaran atas talian (online) para pelajar diberi peluang berkongsi pandangan dan persepsi mereka dengan komunikasi myLMS 24 jam sehari. Melalui myLMS para pelajar boleh menyatakan pandangan, idea, kritikan dan sebagainya sebagai medium perkongsian maklumat. Keadaan ini bertepatan dengan konsep myLMS itu sendiri diadakan oleh pihak universiti sebagai satu bentuk penilaian ke atas penglibatan para pelajarnya. Penglibatan melalui forum myLMS dikenakan peruntukan markah sebanyak 5% bagi satu-satu kursus yang didaftar oleh pelajar terbabit. Pembelajaran atas talian sangat bersifat interaktif di mana turut menyediakan rangkaian mel elektronik, forum, pautan ‘Learner Connexxions’ dan ‘Tutor Connexxions’ bagi membolehkan corak pembelajaran para pelajar lebih bersifat teradun.

Di samping itu, pembelajaran kendiri (self learning) yang dipraktikkan oleh OUM membolehkan pelajar mengatur dan mentadbir pembelajaran mereka di mana-mana sahaja mereka berada sama di rumah mahu pun di tempat kerja tanpa mengira batasan waktu. Pelajar dibekalkan dengan bahan modul bertulis yang mesra dan menarik bagi memudahkan mereka membaca dan memahami sesuatu kandungan pelajaran. Selaras dengan teori konstruktivisme ini, pembelajaran kendiri berupaya menimbulkan perhatian kepada keperluan, kebolehan dan minat pelajar dalam proses pembelajaran mereka serta diserasikan dengan persekitaran yang sesuai.

Daripada penjelasan di atas, jelaslah menunjukkan bahawa teori konstruktivsme telah diamalkan sebagai model pembelajaran teradun OUM sebagai kaedah pembelajaran yang baik, sesuai dan berkesan sejajar dengan konsep pembelajaran secara jarak jauh, terbuka dan sepanjang hayat.

Pembelajaran Teradun OUM Contoh Pembelajaran Kooperatif

Pembelajaran Bersemuka (tutorial) • Tutorial bersemuka diadakan di Pusat Pembelajaran Wilayah (PPW) yang ditetapkan
• Pelajar berpeluang berinteraksi dengan tutor-tutor atau pensyarah yang dilantik
• Menintegrasikan ilmu sesama rakan pelajar
• Kolaborasi antara pelajar, tutor, fasilitator dan pensyarah

Pembelajaran Atas Talian
(online) • Mengakses bahan-bahan pembelajaran dan rujukan menggunakan akses internet
• Belajar sepenuhnya atas talian (online)
• Komunikasi melalui myLMS 24 jam sehari (Kelas tutorial maya)
• Penggunaan mel elektronik, papan buletin dan forum
• Perpustakaan Digital Tan Sri Dr. Abdullah Sanusi
• Pautan ‘Learner Connexxions’ dan ‘Tutor Connexxions’
• Pinjaman buku di atas talian

Pembelajaran Kendiri
(self learning) • Kemasukan pelajar bersifat terbuka
• Pendidikan terbuka (open learning)
• Dasar dan peraturan akademik yang lebih fleksibel
• Modul pembelajaran kendiri yang bermutu
• Bahan lain dibekalkan dalam bentuk CD-ROM, portal myLMS, audio/video dan lain-lain
Sumber : Prospektus OUM, (2008)

3. (a) Teori Progressivist

Teori Progressivist yang didokong oleh John Dewey (1859-1952), William H. Kilpatrick dan John Childs pada abad ke-20 merupakan satu aliran yang memperkatakan bahawa ilmu pengetahuan yang sebenarnya berlaku hari ini tidak mungkin benar pada masa akan datang. Secara mudahnya, definisi Progressivist merujuk kepada proses kemajuan (progress) dalam konteks perkembangan ilmu pengetahuan serta hala tujunya agar terus serasi dan berkembang mengikut pola perkembangan masa yang semakin sengit serta desakan persekitaran global yang kian mencabar.

Terdapat beberapa prinsip asas yang menjadi landasan kepada perjalanan Teori Progressivist ini daripada terus berkembang dan menjadi platform kepada perkembangan dunia pendidikan moden hari ini. Pendekatan ilmu berterasan secara konvensional sudah tercabar di mana peranan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) telah mencorakkan sistem pendidikan moden yang lebih mengutamakan pendidikan harus berpusatkan kepada pelajar serta kurikulum (child centred school) atau (child centred curiculum) dan bukannya guru. Timbul pula konsep, guru seharusnya berusaha menjadikan sistem pendidikan sebagai satu proses kehidupan dan bukannya menyediakan persiapan masa akan datang bagi golongan pelajar.

Teori Progressivist ini turut menekankan betapa pentingnya tugas seseorang guru sebagai penasihat (adviser) dan tidak mengajar secara langsung. Aplikasi idea Teori Progressivist turut menggariskan akan pentingnya minat pelajar harus diberi keutamaan dalam pendidikan mereka. Dewasa kini, perkembangan di peringkat global telah menuntut kemampuan serta kemajuan teknologi maklumat dalam menggerakkan Teori Progressivist ke arah kemajuan tanpa batasan sempadan. Keadaan ini sekaligus mendorong Teori Progressivist terus relevan dengan corak pengajaran dan pembelajaran yang bersifat moden serta canggih seperti menggunakan akses internet bagi mendapatkan maklumat dalam pendidikan mereka.

(b) Pandangan Tentang Teori Progressivist

Pada pandangan saya, Teori Progressivist memperlihatkan kemajuan dan penerimaan dalam kebanyakan negara dan masyarakat di seluruh dunia. Perkembangan teknologi maklumat dan komunikasi (ICT) khususnya di Malaysia turut memberi impak akan penerimaan cara baru memperolehi ilmu pengetahuan. Masyarakat yang sudah celik komputer berupaya mengakses internet bagi memperolehi maklumat yang diperlukan di mana-mana sahaja mereka berada.

Dewasa kini, timbul jenis pembelajaran yang dikenali ‘e-learning’ yang turut menggarapi aplikasi akses internet dengan bentuk pengajaran dan pembelajaran yang menggunakan rangkaian elektronik (LAN, WAN atau internet) bagi menyampaikan isi kandungan, interaksi atau pemudahcaraan. Tambahan pula, alat-alat elektronik moden yang terdapat di pasaran kini seperti komputer, TV dan sebagainya boleh membantu perkembangan ini. Menurut Wahyu Idrus, et. al.,(2008) Internet, Intranet, statelit, tape audio/video, TV interaktif dan CD-ROM adalah sebahagian media elektronik yang dapat dikelompok dalam kaedah pendidikan ini. Keadaan ini sekaligus dapat menyokong tanggapan bahawa penggunaan internet dalam kalangan rakyat Malaysia yang kian meningkat akan memberi kesan positif kepada perkembangan ICT sekaligus menunjukkan penerimaan ke atas teori Progressivist ini.

4. Motivasi Hirarki Maslow

Maslow (1954) telah menghuraikan teori motivasi melalui hirarki keperluannya. Manusia perlu memenuhi keperluannya pada peringkat asas atau fisiologi terlebih dahulu sebelum timbul keperluan lain (Ramlah Jantan, et.al.,2002). Gambarajah 1 di bawah memperlihatkan lima peringkat hirarki keperluan Maslow mengikut keutamaannya.

Sumber : http://www.businessballs.com/maslow.htm

Dalam hal ini terdapat lima tingkat atau hirarki keperluan, iaitu: (1) Keperluan fisiologikal (pyhsiological needs); (2) Keperluan rasa aman (safety needs); (3) Keperluan kasih sayang (love needs); (4) keperluan harga diri (esteem needs); dan (5) keperluan sempurna kendiri (self actualization). Apabila semua keperluan ini telah dipenuhi, individu berusaha memperkembangkan potensi serta ekspresi individu. Mereka yang telah mencapai kesempurnaan diri berpegang kepada standard moral dan matlamat hidup yang mereka inginkan (Rahil Muhyuddin at.el.,2000).

Berkaitan dengan teori hirarki keperluan Maslow ini, tugasan ini mengambil ketetapan untuk menjelaskan keadaan berhubung dengan dua orang kanak-kanak sahabat pengkaji sebagai sampel kajian. Pada bahagian appendik tugasan ini, kedua-dua orang kanak-kanak terbabit datangnya daripada keluarga yang sama, yakni adik beradik. Kanak-kanak perempuan bernama Liana John (5 tahun) manakala yang lelaki bernama Robert John (3 tahun). Kedua-dua mereka belum lagi bersekolah memandangkan usia mereka masih muda. Kanak-kanak ini datangnya daripada keluarga yang sederhana di mana ibu bapanya merupakan kakitangan kerajaan.

Berdasarkan teori hirarki keperluan Maslow ini, tingkat keperluan kanak-kanak ini turut mendapat perhatian dan keutamaan keluarga mereka. Metodologi kajian yang digunakan oleh pengkaji bagi mengumpul data adalah kaedah pemerhatian. Keadaan ini kerana kedua-dua mereka masih belum mempunyai kemahiran komunikasi yang baik dan teratur. Bagi adik Liana John (5 tahun), keperluan fisiologinya ,mendominasi keperluan lain memandangkan ianya masih kanak-kanak lagi sudah tentu memerlukan keperluan hayat yang tinggi seperti makanan, minuman (susu), udara, pakaian dan seumpamanya. Tambahan pula, adik Liana John masih pada tahap tumbesaran yang positif.

Dari segi keperluan keselamatan adik Liana John sangat memerlukannya termasuklah perlindungan daripada terancam. Dalam kehidupan berkeluarga, keamanan dan keharmonian rumah tangga mereka merupakan aspek yang dititikberatkan. Kehidupannya sebagai kanak-kanak kecil terpimpin di atas keperihatinan orang tuanya yang baik hati, lemah lembut dan tidak bersikap pemarah. Melalui pemerhatian yang dibuat oleh pengkaji, tahap motivasi adik Liana John besifat realistik dengan keadaan pergaulan, riang ria dan selesa di sisi ahli-ahli keluarga yang lain. Begitu juga dengan keperluan penghargaan dan kasih sayang, dia sentiasa disayangi oleh kedua-dua orang tuanya.

Berhubung dengan tingkat 4 dan 5 teori keperluan hirarki Maslow, yakni penghormatan kendiri dan sempurna kendiri tidak begitu menyerlah. Keadaan ini memandangkan adik Liana John masih belum berupaya menonjolkan diri untuk dihargai dan memperagakan potensi diri untuk menjadi kebanggaan diri sendiri dan juga orang lain.

Seterusnya, sampel yang kedua bagi kajian kes ini iaitu adik Robert John (3 tahun) juga tidak banyak perbezaannya dengan sampel pertama, adik Liana John. Pada tingkat pertama teori keperluan hirarki Maslow, adik Robert John juga berada pada tahap yang tinggi. Tahap motivasi dan keperluan fisiologi seperti makanan, minuman (susu), air, pakaian dan sebagainya sangat tinggi. Pada usia semuda ini kanak-kanak seusia 3 tahun banyak memerlukan keperluan hayat untuk proses tumbesaran yang stabil dan sihat. Secara psikologi kanak-kanak pada usia ini sangat aktif dan menggemari makanan yang menyihatkan tubuh badan mereka.

Keperluan keselamatan bagi adik Robert John juga agak tinggi. Kanak-kanak ini sangat manja dan tidak boleh berenggang daripada kedua-dua ibu bapa mereka. Sudah tentu ini menggambarkan keperluan keselamatan berada pada posisi yang tepat. Begitu juga dengan keperluan penghargaan dan kasih sayang, di mana adik Robert John turut mengharapkan kasih sayang yang mendalam dan berkekalan daripada ibu bapa serta seluruh ahli keluarga yang lain. Seperti kakaknya Liana John, tingkat keperluan penghormatan kendiri dan sempurna kendiri bagi adik Robert John tidak begitu menyerlah memandangkan usianya jauh lebih muda lagi. Keupayaan dan keperluan untuk dihargai masih berada pada tahap yang rendah. Keperluan untuk menonjolkan diri juga tidak begitu ketara. Namun secara psikologi, kanak-kanak seperti ini berusaha untuk dihargai melalui perlakuan mereka yang mudah-mudah dan berkonsepkan santai.

Rumusan

Melalui kupasan yang telah dibuat, dapatlah disimpulkan bahawa teori-teori pembelajaran seperti teori pembelajaran Kognitif, Gestalt, Gagne, kooperatif, pedagogi pembelajaran teradun OUM, konstruktivisme, progressivist dan kepentingan akses internet merupakan adunan yang baik dalam mencorak pembelajaran pada masa sekarang. Selaras dengan perkembangan dunia tanpa sempadan (globalisasi) sudah tentu keperluan bagi pendekatan dan strategi pengajaran dan pembelajaran yang baik dan sesuai menjadi pilihan kita. Begitu juga dengan keperluan manusia yang amat sukar dipenuhi menyebabkan teori keperluan hirarki Maslow sangat penting dan disandarkan pada kajian kes bagi melihat dan sekaligus menilai akan fungsinya berhubung dengan keperluan motivasi manusia. Persoalan yang lebih penting di sini adalah pemilihan teori-teori pembelajaran yang benar-benar berkesan dalam usaha memantapkan sistem pendidikan negara demi kebaikan generasi akan datang.

Rujukan:

___________. (2008). Modul OUM : HBEF2103 Psikologi Pendidikan.
Selangor : Meteor Doc. Sdn. Bhd.
Abd. Rahim Abd. Rahsid, (1999). Kemahiran Befikir Merentasi Kurikulum.
Kuala Lumpur : Penerbit Fajar Bakti Sdn. Bhd.

Johnson, D.W., & Johnson, R.T., (1991). Learning together and alone :
Cooperative, Competitive, and individualistic learning (3rd). Upper Saddle River, NJ : Prentice Hall.

Krathwohl, D.R., Bloom, B.S., Masia, B.B., (1995). Classroom testing :
Construction. Illinois : F.E. Peacock Publisher Inc.

Perkins, D.N., (1991). Techonology meets constructivism : do they marriagel ?
Educational Techonology, 31, No. 5 :18 – 23.

Pusat Perkembangan Kurikulum, (1991). Pembelajaran secara Konstruktivisme.
Kuala Lumpur : Kementerian Pendidikan Malaysia.

Rahsid Azizan dan Abdul Razak Habib, (1995). Pengajaran dalam bilik darjah :
Kaedah dan strategi. Kajang : Masa Enterprise.

Rahil Mahyuddin, at.el.,(2000). Ikhtisas : Psikologi Pendidikan II. Kuala
Lumpur : Longman Malaysia Sdn. Bhd.

Ramlah Jantan, at. el., (2002). Psikologi Pendidikan : Pendekatan
Kontemporari. Kuala Lumpur : McGraw-Hill (Malaysia) Sdn. Bhd.

Slavin, R., (1991). Cooperative Learning : Theory, Research and Practice.
Englewood Cliff, NJ : Prentice Hall.

Wahyu Idrus, et. al.,(2008). Aplikasi ”E-Learning” dalam pengajaran dan
pembelajaran di sekolah-sekolah Malaysia : Isu dan cadangan perlaksanaannya. Fakulti Pendidikan : UTM.

Yahya Don, (2005). Kepimpinan Pendidikan di Malaysia. Kuala Lumpur : PTS
Profesional Publishing Sdn. Bhd.

Tapak Web:
http://www.businessballs.com/maslow.htm

http://www.people.morehead-st.edu/fs/w.willis/furtheories.htlml
http://www.iep.utm.edu/d/dewey.htm
http://www.bookrags.com/biography/william-h-kilpatrick/
http://education.stateuniversity.com/pages/1830/Childs-John-L-1889-1985.html


Appendik:

Foto 1 : Adik Liana John (5 tahun) dan Robert John (3 tahun)

Biodata:

Nama : Liana John Nama : Robert John
Umur : 5 tahun Umur : 3 tahun
Jantina : Perempuan Jantina : Lelaki
Berat Badan : 15.3 kg Berat Badan : 12.4 kg
Alamat : No. 48, Lorong
Dahlia,
Taman Riverview,
Sarikei. Alamat : No. 48, Lorong
Dahlia,
Taman Riverview,
Sarikei.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R