Skip to main content
Bincangkan matlamat-matlamat dan kesan-kesan Gerakan 4 Mei (1917-1923).

Gerakan ini merupakan satu kebangkitan semangat nasionalisme rakyat China sebagai satu tindakan memprotes kegiatan imperialisme yang ditekankan ke atas China. Gerakan 4 Mei ini mencakupi period antara tahun 1917 apabila isu wilayah Shantung mula dipertikaikan sehinggalah tahun 1923. Ia disebutkan sebagai Gerakan 4 Mei kerana pada tarikh tersebutlah bermulanya protes yang nyata dari golongan intelektual China. Di mana pada 4 Mei 1919, kira-kira 5000 orang pensyarah dan mahasiswa dari 13 institusi pengajian tinggi termasuklah Universiti Peking mengadakan tunjuk perasaan membantah keputusan persidangan damai mengenai Shantung. Gerakan 4 Mei telah mempengaruhi perlembagaan politik dan sosial di negeri China.

Faktor utama yang telah mengakibatkan kemunculan Gerakan 4 Mei ialah Versailles yang telah memutuskan bahawa bekas hak-hak Jerman di Shantung diserahkan kepada Jepun. Sewaktu meletusnya Perang Dunia Pertama, Jepun telah bertindak merampas konssi-konsesi Jerman di Shantung. Perjanjian Versailles pada tahun 1919 menyerahkan hak-hak Jerman di Shantung kepada Jepun. Keputusan Perjanjian Versailles ini mengakibatkan satu demonstrasi oleh 5000 orang pelajar di Peking pada 4 Mei 1919. Mereka menuntut pengembalian hak-hak China di Shantung dan mendesak Kerajaan China supaya tidak menandatangani Perjanjian Versailles.

Pada 18 Januari 1915, Jepun telah membuat 21 Tuntutan dalam 5 kumpulan ke atas China. Penerimaan tuntutan ini akan menjadikan China tergadai kemerdekaan kepada Jepun. Antara lain tuntutan tersebut mensyaratkan China mestilah berjanji tidak akan menyerahkan/memajakan kepada ketiga mana-mana pelabuhan, teluk/pulau di sepanjang pantainya. China juga dikehendaki mengambil penasihat-penasihat Jepun dan menyetujui apa-apa keputusan yang akan dicapai oleh Jepun dengan Jerman berkenaan dengan hak-hak Jerman di Shantung. Selepas beberapa rundingan, China telah menerima tuntutan tersebut dengan beberapa pindaan yang menguntungkannya. Namun demikian, golongan pelajar menganggap tuntutan berkenaan sebagai satu penghinaan terhadap China. Justeru itu, golongan pelajar telah menuntut supaya Kerajaan China menolak sama sekali 21 Tuntutan berkenaan. Mereka juga mendesak Kerajaan China supaya menghukum 3 orang ahli politik pro-Jepun yang dipercayai beri jawab atas penerimaan tuntutan-tuntutan berkenaan oleh China.

Secara keseluruhannya, Gerakan 4 Mei telah berjaya mencapai matlamat-matlamatnya. Oleh sebab desakan-desakan yang hebat dari golongan pelajar, pedagang dan pekerja yang mendapat sokongan dari masyarakat China, perwakilan China di Persidangan Damai Versailles enggan menandatangani Perjanjian Versailles kerana syarat-syaratnya yang berat sebelah. Ketiga-tiga pegawai China yang pro-Jepun dan dianggap bertanggungjawab atas penerimaan 21 Tuntutan oleh China dipaksa meletakan jawatan. Sementara kebinet Republik China yang dipimpin oleh Tuan Chi Jai terpaksa menarik diri.

Sementara pihak Amerika yang kemudiannya menyedari bahawa terlalu banyak keistimewaan telah diberikan kepada Jepun melalui Versailles. Keadaan tersebut menjadikan Jepun sebagai kuasa yang teragung di Asia. Oleh yang demikian, Amerika telah berusaha menganjurkan satu persidangan yang bertujuan untuk menyekat kuasa Jepun dan menyelesaikan masalah-masalah yang berbangkit di Timur Jauh. Persidangan Washington telah diadakan pada 21 November 1921. Melalui perjanjian ini, Jepun terpaksa memulangkan wilayah Shantung dan menggugurkan 21 Tuntutan.

Gerakan 4 Mei telah merintis jalan bagi perkembangan fahaman Komunis di China. Hal ini Gerakan 4 Mei telah menyediakan satu suasana yang sesuai bagi Rusia untuk meluaskan pengaruhnya dan merapatkan hubungannya dengan China serta menyebarkan fahaman Marxisme ke China. Pada tahun 1918, Li Ta Chao telah menubuhkan persatuan pengajian Marxisme di Universiti Peking yang merupakan pusat Gerakan 4 Mei. Kebanyakannya ahlinya terdiri daripada pelajar universiti termasuklah Chang Kuo Tau dan Mau Tse Tung yang kemudiannya memainkan peranan penting dalam gerakan Komunis di China. Chen Tu Hsiu seorang pemimpin terkemuka Gerakan 4 Mei menjadi penganut fahaman Marx-Lenin pada tahun 1920. Beliau telah menubuhkan Persatuan Pemuda Sosialis yang sama di Peking. Chen Tu Hsiu dan Li Ta Chao seterusnya menubuhkan Parti Komunis China (PKC) pada tahun 1921 dengan bantuan seorang agen Komunis antarabangsa.

Gerakan 4 Mei telah melemahkan kedudukan hulubalang-hulubalang yang menguasai Kerajaan China di Peking. Golongan pelajar yang mendapat sokongan ramai telah mengalahkan hulubalang-hulubalang atas kegagalan China menjaga kepentingan-kepentingan dalam Perjanjian Versailles. Malahan kabinet China terpaksa dibubarkan akibat desakan orang ramai. Sebaliknya, Gerakan 4 Mei berjaya memperbaiki kedudukan Kuomintang (KMT) yang bertujuan untuk menyatukan China. KMT mendapat rahmat dari Gerakan 4 Mei kerana sikap Sun Yat Sen yang pro gerakan pelajar. Dengan demikian, KMT mendapat simpati dan sokongan mereka. Sokongan ini menguntungkan KMT kerana gerakan pelajar tidak berdasarkan parti politik. Hal ini membolehkan para pelajar dan masyarakat yang menyertai gerakan ini memasuki Parti KMT, jika mereka berminat di dalam gerakan bercorak organisasi. Gerakan 4 Mei telah memberi inspirasi kepada Sun Yat Sen untuk menegakkan kuasa KMT di China. Ketika ini, KMT muncul sebagai sebuah organisasi yang terpenting di China. KMT seterusnya berjaya menubuhkan kerajaan baru pada tahun 1928 di Nanking.

Gerakan 4 Mei juga mengakibatkan kemundulan Gerakan Kebudayaan Baru. Beratus-ratus naskah majalah dan akhbar yang bertujuan menyumbangkan usaha-usaha membina sebuah masyarakat China yang baru telah diterbitkan. Di antara yang terpenting termasuk Pemuda Baru, Aliran Baru dan Pembidas Mingguan. Sementara para intelektual China seperti Chen Tu Hsiu dan Lin Hsun mengkritik masyarakat tradisional China yang berasaskan ajaran Confucius. Banyak idea-idea dari pengajian tradisional itu adalah bertentangan dengan kemajuan dan perkembangan intelektual moden. Pengajaran berbentuk Barat semakin diminati. Jadi, para intelektual China telah menyokong pembentukan China berasaskan sains dan idea-idea baru.

Dalam bidang pendidikan, Hu Shih telah memperkenalkan Bahasa Mandarin sebagai bahasa pengantara dan bahasa kesusasteraan. Pada tahun 1920, Kementerian Pelajaran telah menetapkan bahawa Bahasa Mandarin wajib diajar di sekolah rendah dan pada tahun 1930 semua sekolah menengah dan rendah dikehendaki menggunakan buku tekas Bahasa Mandarin kecuali mata pelajaran kesusasteraan China.

Sebelum Gerakan 4 Mei, pendidikan hanya dinikmati oleh golongan atas dan golongan menengah sahaja. Rakyat jelata tidak berpeluang menerimanya. Sejak Gerakan 4 Mei, banyak sekolah campuran Barat-Confucius telah ditubuhkan dan mata pelajaran moden telah diajar. Pada tahun 1907, terdapat lebih kurang 40000 buah sekolah termasuk universiti dan institusi teknik di China dengan seramai sejuta orang pelajar. Pada tahun 1933, bilangan sekolah telah meningkat kepada 260000 dan bilangan pelajar bertambah sehingga berjumlah lebih daripada 12 juta orang.

Gerakan 4 Mei telah membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang China. Gerakan ini memberi kesedaran kepada masyarakat dan juga kerajaan tentang tindak-tanduk kuasa-kuasa Barat yang menyebabkan China terumbang-ambing dan dipermain-mainkan oleh mereka. Gerakan ini telah menonjolkan golongan pelajar sebagai pembela kepentingan nasional China. Gerakan mereka bukan sekadar terhad di kalangan golongan pelajar semata-mata, tetapi melewati pelbagai pihak dalam masyarakat China. Demonstrasi oleh golongan pelajar mengakibatkan demonstrasi dan permogokan di seluruh China. Golongan pelajar juga memulakan pemulauan barangan buatan Jepun. Pemulauan ini mendapat sokongan ramai dan ini telah menjejaskan perdagangan Jepun dengan China. Perasaan anti-Jepun telah bertambah di kalangan orang-orang China. Buat kali pertama, pekerja-pekerja China telah mengadakan demonstrasi secara besar-besaran di Peking, Tientsin, Shanghai, Hankow dan bandar-bandar lain.

Pendekatan moden yang dibawa oleh pelajar-pelajar sebagai pengajaran falsafah, sains, idea-idea baru seperti demokrasi, kebudayaan Barat dan bentuk kesusasteraan moden mula diterima oleh masyarakat. Dalam usaha mengembangkan nasionalisme, golongan pelajar dan intelek dari Universiti Kebangsaan Peking telah memainkan peranan penting. Di mana sesungguhpun Gerakan 4 Mei ini telah memainkan semangat nasionalisme bangsa China ke tahap yang sangat tinggi berbanding zaman-zaman lain. Mereka amat sensitif terhadap sebarang bentuk penekanan yang berunsurkan imperialisme yang dikenakan oleh kuasa-kuasa ke atas bangsa dan negara China.

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R