Skip to main content

Sejarah STPM

SKEMA JAWAPAN

SOALAN 1

Bincangkan undang-undang Bertulis yang diamalkan oleh masyarakat Melayu sebelum campur tangan British di Tanah Melayu.

Pengenalan [3m]

Undang-undang Bertulis merupakan peraturan-peraturan tertentu yang ditulis dalam bentuk dokumen sebagai panduan kepada masyarakat Melayu. Pada abad ke-19 masyarakat Melayu telah memiliki undang-undang bertulisnya yang tersendiri dan merupakan warisan dari undang-undang Bertulis Kesultanan Melayu Melaka. Terdapat pengaruh unsur-unsur Islam mazhab syafie dalam undang-undang Bertulis masyarakat Melayu. Undang-undang bertulis termasuk undang-undang Johor, 99 Perak, Kedah, Pahang dan undang-undang Islam.

Isi Kandungan [20m]

A) Undang-undang Pahang

Undang-Undang Pahang digunakan oleh kerajaan Melayu Pahang. Undang-Undang Pahang memperlihatkan pengaruh undang-undang bertulis Kesultanan Melayu Melaka. Undang-Undang Pahang dibahagikan kepada tiga bahagian iaitu berkaitan adat lembaga negeri, undang-undang jenayah dan undang-undang Awam.

Bahagian adat lembaga membincangkan kuasa dan keistimewaan raja dan pembesar. Contohnya raja diumpamakan khalifah Allah dibumi dan bertanggungjawab terhadap rakyat. Bahagian kedua undang-undang jenayah Berat seperti hukuman, rotan 100 kali sebatan bagi penzina yang belum berkahwin dan rejam sampai mati bagi yang sudah berkahwin. Manakala bahagian ketiga undang-undang awam berkaitan tanah, misalnya tapak perumahan boleh didirikan diatas tanah yang tidak bertanda.

B) Undang-Undang Kedah

Undang-Undang Kedah mengandungi empat bahagian digunakan oleh masyarakat Melayu di Kedah. Bahagian Pertama meliputi undang-undang laut dan perdagangan. Isi kandungannya meliputi urusan pelabuhan seperti cukai kapal, cukai bijih timah, timbangan dan ukuran, dan sebagainya. Ia juga menjelaskan tugas pegawai di pelabuhan.

Bahagian kedua dikenali sebagai undang-undang Sri Paduka Tuan mengandungi 16 fasal menyentuh tentang hukum pertanian dan ternakan. Ia juga menjelaskan tugas ketua kampung mengawal keamanan seperti hukuman kesalahan mencuri dan hukuman enggan solat Jumaat atau enggan membayar zakat.

Bahagian ketiga membincangkan peraturan dalam istana. Ia dikenali kanun Datuk Kota Star. Ia menyatakan pantang larang rakyat di istana dan bidang kuasa pegawai adat di istana.

Bahagian keempat ialah mengenai undang-undang Bunga Emas, alat kebesaran masa pertabalan dan adat meminang kerabat diraja Kedah.


C) Undang-Undang 99 Perak

Undang-undang 99 Perak – diguna pakai di Perak mempunyai unsur Adat Perpatih dan Adat Temenggong di dalamnya. Undang-undang ini berbentuk soal jawab antara Raja Nursyirwan Adil dengan menterinya Buzurgmihr. Ia menetapkan hukuman bagi 99 jenis kesalahan seperti jenayah harta, perhambaan, hak pemerintahan dan lain-lain. Undang-Undang Perak juga menyatakan syarat-syarat memegang jawatan dalam kerajaan seperti raja, penghulu, kadhi dan lain-lain. Termasuk di dalam undang-undang Perak undang-undang pertanian dan ternakan serta undang-undang kekeluargaan seperti perkahwinan, zina dan lain-lain.

D) Undang-undang Johor

Undang-undang Johor merupakan warisan undang-undang Melaka. Undang-undang ini telah disesuaikan dengan adat dari Riau ( empayer Johor) dan undang-undang Islam. Undang-undang ini berkaitan tugas raja, pembesar serta tanggungjawab rakyat mentaati pemerintah. Undang-undang jenayah juga dinyatakan.

E) Undang-undang Islam

Undang-undang Islam juga merupakan undang-undang bertulis yang diguna pakai oleh masyarakat Melayu. Ia berasaskan al-Quran, hadis, qias dan ijmak ulama. Kes-kes jenayah dibicarakan dalam mahkamah syariah. Terdapat dua jenis hukuman dalam undang-undang Islam iaitu hukuman bunuh dan hukuman denda. Contohnya kesalahan mencuri dihukum potong tangannya. Pada abad ke-19 terdapat sedikit perubahan dalam undang-undang Islam. Contohnya hukuman mencuri dihukum dengan membayar denda sahaja. Institusi kehakiman ialah mahkamah Syariah. Hakim mahkamah diketuai oleh Kadi, Imam atau Tok Guru.

Kesimpulan (2m)

Kesimpulannya, undang-undang bertulis telah wujud dalam masyarakat Melayu dan peraturan ini diterima baik oleh masyarakat Melayu. Selepas kedatangan Barat sistem undang-undang tradisional ini telah dipengaruhi oleh undang-undang British.


SOALAN 2

Perihalkan kewujudan masyarakat majmuk di Tanah Melayu pada akhir abad ke-19.

Pengenalan [3 m]
Selepas campur tangan British di negeri-negeri Melayu, kestabilan politik yang wujud membolehkan eksploitasi ekonomi dan politik sepenuhnya. Perkembangan perusahaan bijih timah dan getah telah menyebabkan kemasukan orang Cina dan India secara beramai-ramai. Penghijrahan kaum imigran mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.

Isi-isi penting [20 m]
1. Faktor-faktor kewujudan masyarakat majmuk
a) Kesengsaraan sosial dan ekonomi di negara asal
Pertambahan penduduk melebihi pertambahan hasil tanah pertanian menyebabkan hidup rakyat menderita. Oleh itu, mereka berhijrah mencari penghidupan baru. Kerajaan Manchu mengenakan pelbagai cukai, petani terpaksa menjual tanah dan akhirnya mereka kehilangan tanah. Bertambah sengsara, kerap kali berlaku bencana alam. Pengangguran berleluasa, mereka terpaksa mencari pekerjaan di Tanah Melayu terutama orang Cina di bahagian Selatan. Di India, penduduk ramai tidak dapat menampung sumber makanan. Hidup petani menderita, terpaksa jual tanah. Amalan sistem kasta penghalang kepada mobiliti sosial dan ekonomi. Orang kasta rendah berhijrah ke Tanah Melayu. Indonesia keadaan yang serupa, taraf hidup petani rendah malah Belanda gagal meningkatkan taraf hidup mereka. Mengenakan pelbagai cukai seperti buruh, tanah, kelapa – menambahkan kesengsaraan rakyat.

b) Perkembangan ekonomi yang pesat di Tanah Melayu
Kemajuan pertanian dan perusahaan bijih timah dan getah menggalakkan kemasukan kaum imigran. 1840-an, banyak lombong dibuka di Larut, Lembah Kinta Tambahan pula, permintaan bijih timah bertambah di pasaran dunia akibat Revolusi Perindustrian di Eropah. Perusahaan getah memerlukan tenaga buruh yang ramai. Kemasukan orang India bertambah lebih-lebih lagi ketika harga getah meningkat. Perkembangan perusahaan ini dan pertanian ladang yang lain mewujudkan peluang pekerjaan. Hal ini mendorong orang Indonesia juga berhijrah ke sini.

c) Kestabilan politik dan galakan kerajaan
Campur tangan Inggeris 1874 memberi jaminan keamanan terutama di negeri yang kaya dengan bijih timah dan hasil ekonomi yang lain. Hal ini menjadi daya tarikan kemasukan modal eropah. Kemasukan imigran membekalkan tenaga buruh. Kerajaan juga mengamalkan dasar penghijrahan yang longgar sehingga tahun 1929, tidak mengenakan sekatan kerana memerlukan tenaga buruh yang murah dan banyak.
Orang India Selatan bekerja di ladang dan bergaji rendah. Orang Punjabi dan Sikh berkhidmat dalam polis dan tentera. Orang Tamil yang berpendidikan Inggeris berkhidmat dalam perkhidmatan perkeranian dan teknikal.
Menurut A.R. Rathborne, faktor pemerintahan British menjamin keamanan dan ketenteraman awam telah mendorong penduduk Indonesia untuk berhijrah ke Tanah Melayu.

d) Pergolakan dan korupsi politik di negara asal
Politik yang tidak stabil terutama bahagian China dan India. Wilayah Kwangtung dan Kwangsi sering timbul pemberontakan untuk menggulingkan Manchu. Contohnya, Pemberontakan Taiping. Untuk mengelakkan tekanan kerajaan, melarikan diri ke negara lain. Manchu amal rasuah dan kenaikan pelbagai cukai yang tinggi. Indonesia – pergolakan politik, tekanan daripada Belanda menyebabkan penghijrahan orang Bugis dan Sumatera.

e) Sifat mengembara dan perniagaan
Terutama bagi penduduk Kwangtung dan Fukien. Menurut Azizi Haji Muda, sifat pengembaraan, pelayaran dan pengembaraan ini yang ada pada orang Bugis merupakan faktor penggalak proses migrasi ke Tanah Melayu. Orang Minangkabau, keadaan sosial mempengaruhi penghijrahan mereka, sistem kekeluargaan matrilineal atau Adat Perpatih melahirkan konsep merantau kerana wanita berperanan besar dalam pemilikan harta pusaka.

2. Kesan migrasi
a) Wujud masyarakat majmuk di Tanah Melayu
Membentuk organisasi sosial dan budaya yang berbeza. Furnival mendefinisikan masyarakat majmuk sebagai pelbagai bangsa yang berbeza wujud dalam satu kawasan politik tertentu iaitu wujud berdampingan tetapi berasingan. Kaum-kaum imigran berpisah bukan sahaja kerana bangsa tetapi agama, bahasa, budaya, adat resam, kegiatan ekonomi, tempat tinggal dan taraf hidup.

b) Pertambahan bilangan penduduk
Peringkat awal kebanyakan imigran tidak menetap, untuk mencari kekayaan tetapi akhirnya ada yang berkahwin dengan orang tempatan dan menetap kekal. Orang India melebihi 30 000 orang pada tahun 1870 dan bertambah melebihi 120 000 orang pada tahun 1901.

c) Lahir satu kebudayaan yang unik.
Setiap kaum mengekalkan agama dan kepercayaan masing-masing. Melayu – agama Islam, Cina – Buddha, dan India – Hindu. Bahasa, ketiga kaum bertutur dalam bahasa ibunda yang berlainan.

d) Ekonomi – setiap kaum mengikut kegiatan tertentu
Melayu – bidang pertanian dan penaangkapan ikan
Cina – perlombongan dan perdagangan
India – ladang getah dan perladangan lain.

e) Kegiatan ekonomi – terpisah tempat kediaman
Melayu – kampung berhampiran kawasan pertanian dan pinggir laut
Cina – perlombongan dan bandar pusat perniagaan
India – di estet-estet dan kelapa sawit
Taraf kemajuan ketiga-tiga kaum berbeza mengikut jenis pekerjaan

Kesimpulan
Keseluruhannya, faktor penolak seperti sosial, ekonomi dan politik negara asal serta faktor penarik seperti perkembangan ekonomi dan politik yang pesat mendorong penghijrahan imigran ke Tanah Melayu. Penghijrahan ini mewujudkan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.



SOALAN 3

Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20.

A Pengenalan [3 m]
- Pada akhir abad ke-19, getah diperkenalkan selepas kejatuhan perusahaan kopi dan pada
abad ke-20, menjadi tanaman dagangan yang penting di Tanah Melayu.
- Sir Henry Wickham berperanan dalam perusahaan getah di TM. Getah berasal dari
Brazil, benih bermutu jenis Hevea Brasiliensis.
- Di peringkat awal hanya diusahakan secara kecil-kecilan oleh pengusaha Inggeris tetapi
menjelang abad ke-20 mula berkembangan disebabkan oleh faktor kejatuhan harga kopi
dan permintaan getah dunia.

B Isi [20 m]
Faktor-faktor perkembangan perusahaan getah :

1 Sumbangan H.N. Ridley
- membuat penyelidikan cara penanaman, kesesuaian tanah dan pembekuan getah. Hasilnya telah ditulis dalam Straits and FMS Agriculture Bulletin.
- berusaha memujuk peladang di TM menanam getah sehingga digelar Ridley Getah atau Ridley Gila.
- memperkenalkan sistem torehan getah mengikut sistem ibedem atau tulang ikan Herring.
- memperkenalkan cara selamat mengangkut anak-anak getah dalam arang yang lembab untuk ditanam di ladang yang baru dibuka.

2 Kemerosotan harga kopi
- dua sebab iaitu persaingan kopi dari Brazil dan penawaran melebihi permintaan kopi di pasaran dunia.
- penyakit yang dibawa oleh kupu-kupu Beehawk memusnahkan pokok kopi.

3 Permintaan getah yang tinggi
- Rev. Perindustrian di Eropah dan Amerika Syarikat ; getah menjadi bahan mentah bagi pelbagai ciptaan. Contohnya di kilang-kilang automobil. Terciptanya tayar berangin oleh J.B.Dunlop. Amerika Syarikat menjadi pembeli utama getah dunia akibat perkembangan industri motokar.
- proses Vulcanization iaitu mencampurkan belerang dan haba ke dalam getah telah ditemui oleh Goodyear. Pelbagai kegunaan dalam industri membuat kasut, alat-alat elektrik, tayar basikal, perubatan dan perabot.
- harga getah telah meningkat sehingga mencapai tahap paling tinggi pada tahun 1910 iaitu $5.50. Orang Eropah dan Cina mula berminat dengan tanaman getah, juga diusahakan oleh pekebun kecil.
- peningkatan permintaan tinggi syarikat pengusaha Eropah spt Guthrie, Harrison and Crossfield, Sime Darby dan Dunlop mula membuat pelaburan membuka ladang-ladang getah di negeri-negeri Melayu manakala orang Melayu mengusahakan secara pekebun kecil.

4 Dasar kerajaan British
- kerajaan mengenakan kadar cukai tanah yang rendah iaitu 10 sen bagi 10 tahun pertama. Selepas itu dinaikkan kepada 50 sen seekar.
- duti eksport yang rendah bagi getah iaitu 2.5 % bagi 15 tahun dan selepas itu naik 5 % itu menggalakkan pembukaan ladang getah.
- kerajaan memperuntukan $ 4000 bagi menjalankan penyelidikan untuk meningkatkan kualiti dan hasil getah. Pinjaman disediakan dengan kadar faedah yang rendah terutama bagi syarikat Eropah.
- sistem perhubungan spt jalan raya dan keretapi dibina untuk membawa getah ke pelabuhan.

5 Tenaga buruh yang murah
- menggalakkan kemasukan buruh asing dari India Selatan sebagai sumber tenaga ; dibawa melalui sistem kontrak dan sistem Kangani.
- orang Eropah yang berpengalaman dalam penanaman kopi di Sri Langka telah berhijrah dan membuka ladang di NNM.

6 Penyelidikan getah secara saintifik
- 1905- Jbt Pertanian ditubuhkan, 1907- Pertubuhan Penanaman Getah .ditubuhkan untuk memperbaiki mutu dan hasil getah dan menambahkan keluasan tanaman getah.
- 1926 – Institut Penyelidikan Getah ditubuhkan untuk memajukan perusahaan getah spt penyelidikan mengeksport getah dalam bentuk cecair, kaedah torehan yang saintifik dll.

C Kesimpulan [2 m]
- permintaan getah yang tinggi serta dasar kerajaan British yang berjaya menstabilkan politik mempengaruhi perkembangan perusahaan getah di NNM.
- menjelang abad ke-20, getah telah menjadi sumber pendapatan dan Tanah Melayu muncul sebagai pengeluar getah utama dunia.


SOALAN 4

Bincangkan usaha-usaha yang dilakukan oleh kerajaan ke arah kemerdekaan Tanah Melayu sejak tahun 1948.

Pendahuluan [3 m]
1 Peristiwa darurat 1948 mempercepatkan kemerdekaan.
2 Pembentukan perlembagaan dan politik penting untuk membenteras komunis.
3 Perpaduan kaum melalui penubuhan JK Hubungan Antara Kaum.
4 Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memainkan peranan penting.

Isi [20 m]
1. Persekutuan Tanah Melayu 1948 ; era permulaan kemerdekaan.
2. Sistem Ahli 1951.
- Melatih pemimpin; memberi peluang mendapat latihan secara demokrasi.
- Dikenali sebagai ahli. Jabatan diketuai oleh Dato’ Onn Jaafar (Hal Ehwal
Dalam Negeri); E.E.C Thuraisingham (Pelajaran); Tengku Yaakub (Pertanian dan
Perhutanan); Lee Ting Keng (Kesihatan); Dato Mahmud Mat (Tanah,
Perlombongan dan Perhubungan).

3. Pilihanraya Majlis Temnpatan 1951/ 1952.
- Usaha memberi rakyat memilih pemimpin di peringkat tempatan; latihan
demokrasi berparlimen.
- George Town, P.Pinang.
- 1952- Pilihanraya Bandaran KL; Perikatan UMNO-MCA dibentuk; menang.

4. Pilihanraya Umum 1955
- Parti bertanding –Perikatan, PAS, Parti Negara, Parti Buruh, Parti Progresif Perak.
- Perikatan menang 51 dari 52 kerusi. 1 Kerusi dimenangi PAS di Kerian, Perak.
- Faktor kemenangan; kerjasama dan menifesto menekankan kemerdekaan dalam
masa 4 tahun; menghapuskan darurat; melaksanakan pemerintahan demokrasi
berparlimen; bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi.

5. Rundingan Kemerdekaan
- 4 wakil raja Melayu, 4 wakil rakyat diketuai oleh TAR ke London.
- Hasil rundingan menandatangani perjanjian London; menetapkan tarikh
kemerdekaan 31 ogos 1957; British mendapat hak menempatkan pengkalan
tentera di T.Melayu; Pemerintahan demokrasi berparlimen dan pembentukan
Suruhanjaya Reid.

6. Suruhanjaya Reid
- Menggubal Perlembagaan TM 1957.
- Menerima 131 memorandum bertulis.
- Pakatan murni; mengekalkan unsur tradiri dalam perlembagaan.
- Perjanjian Perlembagaan; bersetuju mengisytiharkan kemerdekaan 31 Ogos
1957.


Penutup [2 m]
- Diisytiharkan oleh TAR.
- Hasil dari proses perundingan
- Bentuk Pemerintahan Demokrasi Berparlimen.


SOALAN 5

Perlaksanaan Darurat pada 19 Jun 1948 telah meninggalkan kesan dari segi ekonomi, politik dan sosial di Tanah Melayu. Bincangkan.


PENGENALAN [3 M]

- Darurat diisytiharkan oleh Sir Edward Gent pada 19 Jun 1948 untuk mengawal gerakan PKM yang berleluasa di Tanah Melayu pada 1930-an.
- Pembunuhan tiga orang pengurus Eropah di Perak pada 15 Jun 1948 dan tiga orang pemimpin Kuomintang di Johor pada 12 Jun 1948 telah menyebabkan Edward Gent mengisytiharkan Darurat.
- Pengisytiharan Darurat ini memberi peluang kepada pihak British untuk menyusun langkah bagi membanteras kegiatan komunis.
- Darurat telah meninggalkan beberapa kesan di Tanah Melayu.


ISI [20 M]

Kesan Ekonomi

a) Rancangan Briggs- penempatan baru penduduk Cina yang tinggal di kawasan luar Bandar yang berhampiran hutan ke kampung-kampung baru memerlukan peruntukan yang banyak kerana Tanah Melayu di bawah pemerintahahn British dalam keadaan muflis selepas Perang Dunia Kedua.
b) Urusan perdagangan negara turut tergendala disebabkan perintah berkurung yang menghadkan sistem perhubungan dan pengangkutan. Keadaan Tanah Melayu yang tidak aman menyebabkan pelabur-pelabur tidak berminat untuk melabur dalam urusan perdagangan.
c) Rancangan pembangunan untuk memperbaiki semula kawasan yang dimusnahkan oleh Jepun semasa Perang Dunia Kedua memakan belanja yang besar.

Kesan Politik

a) Sir Gerald Templer – tegas – ketegangan antara orang Melayu dan pihak British. Orang Melayu tidak mengikuti lagi perintah pegawai-pegawai British.
b) Penduduk Tanah Melayu mula menentang kerajaan British melalui pertubuhan-pertubuhan politik
c) Tindakan rakyat Tanah Melayu menyedarkan pihak British untuk membentuk sebuah kerajaan ke arah berkerajaan sendiri
d) Langkah pertama ialah Pilihanraya perbandaran yang diadakan di Georgetown Pulau Pinang pada Disember 1951 dan pilihanraya Kuala Lumpur 1952.

Kesan Sosial

a) Sekatan jalan raya menyusahkan rakyat kerana tidak dapat menjalankan aktiviti harian. Catuan makanan menyebabkan rakyat menderita kerana kekurangan makanan.
b) Perintah berkurung menangkap sesiapa yang dianggap bersubahat dengan komunis. Ramai penduduk ditangkap dan ditahan serta dibicarakan.
c) Masalah perkauman – orang Cina menyokong komunis, orang Melayu membantu British.
d) Dasar Pendidikan Barat yang diamalkan di Tanah Melayu menegangkan perpaduan di kalangan penduduk di Tanah Melayu, sistem pendidikan ini diubahsuai untuk mewujudkan persefahaman di antara masyarakat majmuk.


PENUTUP [2 M]

- Walaupun banyak kesan buruk tetapi pertubuhan-pertubuhan parti politik seperti UMNO. MCA dan MIC telah banyak menyatukan masyarakat majmuk di Tanah Melayu.


SOALAN 6

Huraikan usaha Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu dalam membangunkan ekonomi negara antara tahun 1956 hingga 1963

Pengenalan [3m]

Soal ekonomi ialah satu isu yang diperdebatkan di kalangan pemimpin negara selepas negara kita mencapai kemerdekaan. Soal ini penting memandangkan bahawa masyarakat pada masa itu kurang bersatu padu. Akibat dasar pecah dan perintah penjajah British beberapa halangan wujud. Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu telah berusaha melaksanakan dua rancangan penting iaitu Rancangan Malaya Pertama (1956 – 1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1961 – 1965) untuk membangunkan ekonomi negara di samping mewujudkan perpaduan kaum.

Isi-isi [20m]

Rancangan Malaya Pertama (RM1) [10m]
* Matlamat
(i) Mengurangkan fenomena pengenalan kaum mengikut fungsi ekonomi.
(ii) Mengurangkan ketidakseimbangan ekonomi kawasan luar bandar dan bandar.
(iii) Mempelbagaikan kegiatan ekonomi.
(iv) Meningkatkan peluang pekerjaan penduduk luar bandar.
(v) Meningkatkan kemajuan luar bandar dari segi bekalan kemudahan.
(vi) Membantu penduduk kawasan luar bandar.

* Dua anggota yang memainkan peranan penting ialah RIDA dan FELDA.

RIDA
- RIDA atau Lembaga Pembangunan Industri Desa ditubuhkan pada tahun 1953.
- Bertujuan untuk membangunkan dan memajukan penduduk luar Bandar melalui
pembangunan ekonomi, sosial dan infrastrukur.
- Membimbing penduduk luar Bandar.
- Menggalakkan kegiatan perusahaan kecil di kawasan luar Bandar.

FELDA
- Ditubuhkan pada tahun 1956
- Membantu melaksanakan pembangunan tanah dan petempatan di luar bandar.
- Menempatkan penduduk luar bandar dalam skim FELDA yang mempunyai kemudahan asas.
- Membuka tanah bagi penamaan getah dan kelapa sawit.
- Memberi tanah kepada rakyat yang tidak bertanah.
- Meninggikan taraf hidup penduduk luar bandar.
- Agensi FELDA dan RIDA diletakkan di bawah Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar.
- Pembangunan dan kemajuan yang diingini bawah RM1 kurang berkesan
disebabkan perbelanjaan besar untuk membentras ancaman komunis dan
kejatuhan harga getah dan bijih timah yang merupakan sumber pendapatan negara
terpenting.

Rancangan Malaya Kedua (RM2) [10m]

* Bertujuan meneruskan perjuangan RM1 di samping ingin menyediakan banyak
kemudahan awam dan mempelbagaikan ekonomi di kawasan luar bandar.
* Tumpuan di kawasan luar bandar untuk mengurangkan jurang perbezaan taraf hidup
antara kawasan bandar dengan kawasan luar bandar.
* Pembinaan kemudahan asas di kawasan luar bandar.
* Mewujudkan peluang pekerjaan yang lebih bagi penduduk luar bandar.
* FELDA masih memainkan peranan penting di bawah RM2 dengan rancangan pembukaan
tanah dan petempatan wilayah.
* Penanaman pelbagai jenis tanaman digalakkan.
* FAMA dan Lembaga Pemasaran Pertanian Persekutuan ditubuhkan untuk membantu
pekebun kecil memasarkan hasil pengeluaran mereka.

Kesimpulan [2m]

Rancangan pembangunan negara masih diteruskan sehingga hari ini dengan matlamat yang berlainan mengikut kehendak negara. Rancangan Malaya Pertama dan Rancangan Malaya Kedua walaupun kurang berjaya tetapi sekurang-kurangnya kedua-dua Rancangan ini dapat membantu penduduk luar bandar serta menimbulkan kesedaran tentang pentingnya pembasmian kemiskinan sebagai satu langkah kea rah perpaduan kaum.


BAHAGIAN B

SOALAN 7

Bandingkan dasar tutup pintu dan dasar buka pintu negara China dan Jepun pada abad ke- 19.

Pengenalan : (3 m)

Jepun dan China adalah negara Asia yang mengamalkan dasar tutup pintu atau pemencilan diri. Dasar ini bermaksud enggan mengadakan hubungan dengan barat dari segi ekonomi,diplomatik dan sosial. Dasar tutup pintu Jepun dan China mempunyai alasan yang sama iaitu mahu mengelakkan campurtangan dan perluasan kuasa asing [barat] China juga beranggapan sebagai middle kingdom dan tidak perlu menjalin hubungan dengan barat. Berlainan fahaman dengan barat hingga terpaksa membuka pintu Jepun dan China secara kekerasan dan perjanjian.

B.Isi:
1.China (10 m)

Dasar Tutup Pintu
a) Hubungan China dengan negara Barat telah terjalin sejak abad ke -16 Pada abad ke
19,Distinasi Manchu telah menganalkan dasar tutu pintu berikutan menganggap budaya
dan bangsa mereka lebih tinggi peradapan dan barat tidak bertamadun dianggap
babarian.Konsep persamaan taraf mencemar imej China.
b) China bimbang barat mencari peluang meluaskan kuasa di wilayah negaranya. China tidak
memerlukan barangan barat kerana mengamalkan ekonomi sara diri.
c) Pelbagai sekatan terhadap perdagangan dibuat oleh China. Lapan peraturan dikeluarkan
seperti perdagangan hanya melalui Cohong, dalam musim perdagangan dan di pelabuhan
Canton sahaja.
d) Peraturan menyukarkan barat yang memerlukan barangan dari China seperti sutera, teh dan
tembikar.

Dasar Buka Pintu

a) Negara Barat berusaha menjalin hubungan perdagangan dengan China dan menghantar wakil seperti George MaCartney,diikuti oleh Lort Amherst, John Napier dan Charles Eliot. Utusan ini gagal menjalin hubungan diplomatik.
b) British terpaksa menggunakan kekerasan membawa peperangan Candu 1 pada tahun 1839. Peperangan ini berakhir dengan perjanjian Nangking yang ditandatangani pada tahun 1842. Syarat perjanjian:
i) 5 Pelabuhan dibuka kepada pedagang asing iaitu Canton, Amoy, Ningpo Foochow, dan
Shanghai.
ii) China terpaksa membayar ganti rugi $21 juta tael
iii) Hong Kong diserahkan kepada British.
c) Perjanjian ini perintis kepada hubungan dengan kuasa-kuasa barat yang lain seperti Amerika Syarikat menerusi perjanjian Wang Hsia, Peranchis menerusi perjanjian Whampoa. Ini menandakan tamat dasar tutup pintu China.
2. Jepun (10 m)
Dasar Tutup Pintu

a) Jepun telah mengadakan hubungan dengan barat sejak pertengahan abad ke 16. Bermula dengan kedatangan mubaligh Portugal dan berlanjutan dengan kedatangan pedagang Sepanyol, Belanda dan Inggeris.
b) Era pemerintahan Shogun Tokugawa, Jepun menjalankan dasar tutup pintu pada tahun 1630. Perubahan ini disebabkan bimbang campurtangan asing dalam politik, bimbang penyebaran agama kristian dan menekankan ekonomi sara diri.
c) Jepun mula menyekat kemasukan pedagang barat, mubaligh kristian telah dihalau dan rakyat Jepun tidak dibenarkan melawat negara barat.

Dasar Buka Pintu

a) Seperti negara China, negara barat juga berusaha menjalin hubungan dan menghantar wakil seperti British menghantar wakil ke Nagasaki dan Belanda juga menghantar misi untuk menamatkan dasar isolasi.
b) Amerika Syarikat menghantar utusan diketuai oleh Komender Perry ke Yokohama. Ini didorong oleh faktor keselamatan bagi penangkapan ikan paus dan kelasi kapal yang terkandas di pinggir laut Jepun yang memerlukan layanan dan perlindungan. Selain itu Jepun mahu dijadikan pelabuhan persinggahan dan mendapat sumber arang batu.
c) Perjanjian Kanagawa ditandatangani 1854, Syarat perjanjian:

i) 2 Pelabuhan dibuka kepada kapal asing, shimoda dan Hakodate
ii) Layanan yang baik kepada kelasi dan pedagang Amerika Syarikat.
iii) Konsul A. Syarikat ditempatkan di Shimoda.

d) Perjanjian ini merintis hubungan Jepun dengan kuasa-kuasa barat yang lain seperti Britain 1854-1855 dan Belanda 1855 – 1857.
e) 1858, Townsend Harris memperbaharui perjanjian dengan Jepun. Antaranya ialah kebebasan pedagang asing, seorang menteri A.Syarikat ditempatkan di Yedo dan pedagang asing diberi hak Wilayah Asingan.
f) Dasar buka pintu ini diperkukuhkan pada zaman pemerintahan Maharaja Meiji 1867. Ini menyelamatkan Jepun daripad ancaman kuasa asing tidak berlaku seperti di negara China.

C. Penutup :
Jelas menunjukkan terdapat persamaan dasar tutup pintu yang diamalkan oleh Jepun dan China. Didorong oleh faktor keselamatan, ekonomi dan budaya. Namun dasar buka pintu China telah berlaku secara kekerasan dan Perjanjian iaitu Perang Candu 1 dan 2 dan perjanjian Nangking. Perjanjian Kanagawa menamatkan dasar isolasi Jepun. Di China, Dinasti Manchu semakin lemah manakala di Jepun, Maharaja Meiji telah berjaya membentuk negara Jepun yang maju.




SOALAN 8

Bandingkan Perang Inggeris-Burma(Myanmar) 1 (1824-1826) dengan Perang Inggeris-China 1 (1839-1842).

A Pengenalan [3 m]

Campur tangan Inggeris di Burma(Myanmar) dan China telah membawa membawa kepada peperangan akibat daripada beberapa faktor. Burma kalah dalam Perang Inggeris-Burma(Myanmar) 1 pada tahun 1826 manakala China pula tewas kepada Inggeris dalam Perang Inggeris-China 1 pada tahun 1842.

B Isi

Perang Inggeris-Burma(Myanmar) 1 (1824-1826) [10 m]

1. Keengganan Burma(Myanmar) mengadakan hubungan diplomatik dua hala.
a) Dinasti Konbaung enggan mengadakan hubungan diplomatik dengan dunia luar seperti mana yang diinginkan oleh Inggeris.
b) Raja-raja Burma(Myanmar) anggap bangsa mereka lebih mulia daripada orang asing.
c) Rundingan antara Kapten Michael Symes (wakil Inggeris) dengan Raja Bodawpaya(1782-1819) gagal. Burma(Myanmar) enggan tutup pelabuhan-pelabuhannya kepada pedagang Perancis.

2. Dasar imperialis Burma(Myanmar)
a) Pada tahun 1784, Burma(Myanmar) menakluk wilayah Arakan yang terletak di sempadan India.
b) Dengan penguasaan ini, Burma(Myanmar) dan Inggeris telah mempunyai sempadan yang sama. Keadaan ini meruncingkan hubungan kedua-dua kerajaan.

3. Masalah pelarian di wilayah-wilayah sempadan
a) Burma(Myanmar) sering menawan penduduk Arakan dan menjadikan mereka sebagai hamba abdi untuk membina pagoda atau menjadi tentera berperang dengan Siam. Maka, ramai pelarian Arakan mencurah-curah masuk ke wilayah Chittagong(wilayah Inggeris).
b) Wizurai Burma(Myanmar) di Arakan tuntut supaya Inggeris menghalau pelarian Arakan keluar dari wilayah Chittagong tetapi Inggeris tidak menghiraukannya.

4. Pemberontakan Chin Byan
a) Pada 1811, Chin Byan bangun memberontak menentang Burma(Myanmar), kemudian lari ke Chittagong.
b) British cuba menangkap Chin Byan tetapi gagal. Raja Bodawpaya menuduh Inggeris melindungi Chin Byan.


5. Pencerobohan tentera Burma(Myanmar) di Cachar
a) Keengganan Raja Manipur menghadiri majlis pertabalan Raja Bagyidaw sebagai raja Burma(Myanmar) yang baru memulakan peperangan antara Inggeris dengan Burma(Myanmar).
b) Raja Manipur lari ke Cachar apabila Burma(Myanmar) menyerang Manipur. Tentera Burma mara ke Cachar. Inggeris mengambil kesempatan untk bertelagah dengan Burma dengan mengisytiharkan kekuasaan mereka ke atas Cachar.
c) Inggeris mengisytiharkan perang ke atas Burma apabila Burma menyerang Pulau Shahpuri yang mempunyai kubu pertahanan milik Inggeris.

6. Perjanjian Yandoboo 1826
a) Raja Bagyidaw terpaksa mengaku kalah dan meminta damai demi keselamatan dirinya dan Amarapura.
b) Perjanjian Yandaboo ditandatangani pada 24 Februari 1826. Syarat-syaratnya ialah :
i) Burma terpaksa menyerahkan Arakan, Assam dan Tennaserim kepada Inggeris.
ii) Burma tidak boleh campur tangan dalam sebarang urusan di Cachar, Assam, Jaintia dan Manipur.
iii) Burma tidak lagi dibenarkan menyerang Siam.
iv) Burma perlu membayar ganti rugi kepada pedagang Inggeris sebanyak 10 juta rupee.
v) Residen Inggeris akan ditempatkan di Amarapura.
vi) Duta Burma akan dihantar ke Calcutta.
vii)Perjanjian perdagangan akan diadakan antara Inggeris dengan Burma.


Perang Inggeris-China 1 (1839-1842) [10 m]

1. Perbezaan dasar perdagangan
a) Negara China mengamalkan dasar perdagangan tertutup manakala Inggeris mengamalkan dasar ekonomi bebas.
b) Inggeris ingin berdagang dengan China kerana China mempunyai potensi perdagangan yang baik sedangkan dasar asas kerajaan China ialah anti perdagangan. Perdagangan dianggap kegiatan yang hina.

2. Sekatan-sekatan perdagangan China
a) Pelbagai sekatan perdagangan telah dilakukan oleh pemerintah China. Mulai tahun 1785, satu dekri diraja telah dikeluarkan yang mengehadkan perdagangan asing.
b) Hanya pelabuhan Canton dibuka untuk perdagangan asing, itu pun harus melalui Co-Hong.

3. Keengganan China mengadakan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf
a) orang China menganggap negara mereka sebagai “Middle Kingdom”. Orang Barat dianggap barbarians dan bertaraf rendah.
b) utusan Barat dianggap sebagai pembawa ufti dan harus kowtow di depan Maharaja China. Ini membawa kepada kegagalan utusan Inggeris seperti utusan Lord Amherst.

4. Sistem perundangan yang bertentangan
a) Perundangan China menetapkan bahawa seseorang dianggap bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah. Perundangan Barat pula menetapkan bahawa seseorang tidak bersalah sehingga kesalahan tersebut dapat dibuktikan.
b) Perundangan China menekankan tanggungjawab kumpulan manakala perundangan Barat menekankan tanggungjawab individu.
c) Barat menganggap sistem perundangan China tidak adil dan terlalu kejam kerana bentuk hukaman yang sering digunakan ialah cekik sampai mati.
5. Perdagangan candu
a) Pedagang Inggeris membawa masuk candu dengan banyaknya ke China untuk mengimbangi perdagangan tehnya dengan China.
b) Perdagangan candu menjadi sangat pesat sehingga akhirnya jumlah import candu ke China mengatasi jumlah seluruh hasil eksportnya.
c) Candu juga menjatuhkan moral masyarakat China. Candu mempercepat meletusnya Perang Inggeris-China 1

6. Perjanjian Nanking 1842
a) Perang meletus pada 3 November 1839. Perjanjian Chuenpe ditandatangani pada 20 Januari 1841. Kegagalan perjanjian tersebut menyebabkan perang berlanjutan. Nanking diserang pada Ogos 1842.
b) Rundingan seterusnya menghasilkan Perjanjian Nanking pada 29 Ogos 1842. Syarat-syarat perjanjian ialah:
i) Lima buah pelabuhan iaitu Canton, Amoy, Foochow, Ningpo dan Shanghai dibuka kepada kuasa-kuasa asing.
ii) Hong Kong diserahkan kepada pihak Inggeris.
iii) Sistem perdagangan monopoli Co-Hong serta sekatan perdagangan dihapuskan.
iv) Negara China membayar ganti rugi sebanyak $21 juta.
v) Kadar cukai diseragamkan iaitu 3% pada harga import dan 5% pada harga eksport.
vi)Hubungan berdasarkan persamaan taraf antara China dan Inggeris diakui.


C Kesimpulan [2 m]

Perang antara Inggeris dengan Burma(Myanmar) dan China tidak terhenti setakat itu. Di Burma berlaku Perang Inggeris-Burma(Myanmar) 11(1852) dan Perang Inggeris-Burma(Myanmar) 111(1885-1886). Kesannya seluruh Burma(Myanmar) menjadi jajahan Inggeris pada 1886. Di China pula, berlaku Perang Inggeris-China 11 pada tahun 1856-1860. Konvensyen Peking yang ditandatangani pada 24 Oktober 1860 menunjukkan bahawa kuasa-kuasa Barat mempunyai kemampuan untuk menentukan dasar luar China.


SOALAN 9

Bincangkan dasar pengilhakan kuasa-kuasa Barat di Vietnam dan di India pada abad ke-19.

A. Pengenalan [3 m]

1. Perancis meluaskan pengaruhnya ke Vietnam pada akhir abad ke-18 melalui mubaligh-mubaligh kristian. Mulai pemerintahan Maharaja Minh-Mang, Maharaja Thien Tri hingga Maharaja Tu Duc, Vietnam mengamalkan dasar penganiayaan penindasan dan pembunuhan ke atas mubaligh-mubaligh kristian. Hubungan Vietnam-Perancis semakin renggang dan tegang.
2. Dasar Vietnam ini memberi peluang kepada kerajaan Louis Napoleon (Napoleon III) untuk menaklumi Vietnam.
3. Peluasan kuasa British ke India bermotifkan perdagangan. Barangan keluaran India mendapat permintaan tinggi di pasaran Barat. Alasan seperti penyelewengan pemerintahan tempatan, pemerintahan mangkat tanpa waris digunakan untuk mengilhakan wilayah-wilayah India.

B. Isi [20 m]
Pengilhakan Tourane dan Saigon di Vietnam

1. Pemerintahan Maharaja Tu Duc menyaksikan pembunuhan ke atas paderi-paderi kristian misalnya ke atas Paderi Augustin S Choeffler (tahun 1851) dan Paderi Jeon-Louis Bonnard (tahun 1852). Biskop Sepanyol iaitu Mrg. Diaz turut dihukum bunuh di Tonking atas tuduhan terlibat dalam pemberontakan tempatan menentang Pemerintahan Maharaja Tu Duc.
2. Napoleon III dengan dasarnya memulihkan kegemilangan Perancis menunggu peluang untuk menaklumi Vietnam. Wakil Perancis de Montigny dihantar ke Vietnam menuntut jaminan kebebasan agama Kristian, penubuhan ejensi perniagaan Perancis di Hue dan pelantikan seorang konsul Perancis kepada Maharaja. Tuntutan-tuntutan ditolak. Angkatan tentera Perancis-Sepanyol pimpinan Laksamana Rigavet de Genouilly menduduki Tourane pada tahun 1958. Saigon telah ditawan tahun berikutnya. Selanjutnya Gia Dinh, Thu Dau Mot, seluruh Cochin-China Hilir jatuh ke tangan Perancis. Dengan ini seluruh Vietnam Selatan jatuh ke tangan Perancis. Perjanjian Perdamaian Perancis-Vietnam ditandatangani pada Jun 1862. Antara syarat-syarat perjanjian ialah

(i) penyerahan tiga wilayah ke timur Cochin-China kepada Perancis
(ii) pelabuhan-pelabuhan Tourane, Balat, dan Kaung An dibuka kepada perdagangan Perancis
(iii) mubaligh kristian dibenarkan menyebar agama kristian di Vietnam
(iv) orang Perancis dibenar belayar di sepanjang Sungai Merah hingga ke Yunnan

Pengilhakan Tongking (Utara Vietnam) dan Annam

1. Pengilhakan ini bertujuan utnuk meluaskan pengaruh perdagangan, kebimbangan dari kuasa-kuasa Barat dan kekejaman Maharaja Tu Du terhadap mubaligh kristian. Pengilhakan dilakukan ke atas usaha daripada Francis Garnier, Jean Dupuis, dan Admiral Marie Jules Dupre (Gabenor Cochin China).
2. Dalam tahun 1873, Dupis dilarang berniaga garam kerana telah menjadi perdagangan monopoli Mandarin Vietnam. Sebahagian Hanoi ditawan, Gabenor Dupre menghantar tentera pimpinan Francis Garnier ke Hanoi di samping memperkukuhkan Perancis di Tongking. Walau bagaimanapun, pengilhakan ke atas Tongking dibatalkan pada 1874 atas arahan Perdana Menteri Perancis.
3. Pengilhakan ke atas Tongking dan Annam disempurnakan semasa pemerintahan Jules Ferry. Perdana Menteri ini bersifat imperialis. Beliau menggunakan alasan kekacauan sosial dan politik di Tongking untuk menyerang Tongking. Pada 25 Ogos 1883, Maharaja Hiep-Hao menandatangani persetiaan dengan Perancis, Tongking, dan Annam menjadi negara naungan Perancis.

Pengilhakan di India

1. Pengilhakan British di India dilakukan oleh Lord William Bentinck, Lord Ellenboraugh, dan Lord Dalhousie dengan 3 dasar, iaitu hak menakluki kuasa agung iaitu Syarikat Hindia Timur, penyelewengan pemerintahan tempatan, dan ‘Doctrine of Lapse’.
2. Lord William Bentinck mengilhakan wilayah-wilayah seperti
(i) Cachar : Raja Cachar mangkat tanpa waris dan atas permintaan penduduk Cachar
(ii) Jaintia Peraganas : Rajanya enggan menyerahkan penculik yang telah menculik rakyat Inggeris
(iii) Coorg : Rajanya zalim dan berlaku penyelewengan dalam pemerintahan.
(iv) Mysore : Berlakunya penyelewengan dalam pemerintahan.

Lord Ellenborough mengilhakan Sind

1. Pada tahun 1832, perjanjian antara British dengan Amir-amir ditandatangani. Pedagang-pedagang dibenarkan menggunakan sungai dan jalan raya di Sind tetapi kapal bersenjata dan tentera bersenjata tidak boleh melalui negeri itu.
2. Beberapa tindakan British menimbulkan tidak puas hati Amir-amir Sind. Misalnya, pasukan bersenjata British telah melalui Sind apabila tercetus Peperangan Afghanistan. Penduduk wilayah juga dipaksa membayar tiga laksa setahun untuk menanggung tentera British di wilayah mereka. Amir-amir juga dipaksa menyerahkan wilayah-wilayah tertentu kepada British di samping perlu membekalkan bahan api kepada kapal British. Amir-amir dilarang membuat wang syiling. Amir-amir menyerang Residensi British. Akibatnya, Hyderabad, Dabo, Mirpur ditawan oleh British dan Sind dirampas serta diletakkan dalam Empayar British.

Pengilhakan Wilayah Gwalior

1. Daulat Rao Sindhia, pemimpin b erpengaruh Gwalior meninggal dunia pada tahun 1827. Janda beliau dilantik sebagai pemangku raja. Berikutnya keadaan di Gwalior kurang stabil, pemberontakan berlaku di istana. Tentera Lord Ellenborough mara ke wilayah Sindhia, dibantah oleh Tentera Gwalior. British Berjaya mengalahkan tentera Gwalior di Maharajpur dan Paniar pada Disember 1913. Gwalior menjadi negarai lindungan British.


Dasar pengilhakan Lord Dalhousie

1. Gabenor Jeneral India (1848-1856), mengilhakan wilayah-wilayah India untuk British melalui doktrin (Doctrine of Lapse) yakni kerajaan-kerajaan Hindu yang tidak mempunyai pewaris-pewaris langsung, wajar diambil pemerintahan oleh British. Misalnya, Kerajaan Satara, Jhansi Nagpur, Baghat, dan Nagpur.

2. Beliau juga telah mengilhakan negeri-negeri pribumi dengan alas an bahawa penyelewengan berlaku pada pemerintahan tempatan. Keadaan politik kucar-kacir bilau. Kerajaan British berhak mengilhakan negeri-negeri ini. Lantaran itu selama 8 tahun beliau memerintah, beliau telah mengilhakan lapan buah negeri termasuk dua negeri Maratha dan sebuah negeri Islam, iaitu Oudh.

3. Pengilhakan Punjab

Beliau mengisytiharkan perang ke atas kaum Sikh. Menewaskan mereka di pertempuran Gujerat. Punjam Berjaya diilhakan.

C. Kesimpulan [2 m]

1. Perancis Berjaya mengilhakan Vietnam (Annam, Tongking, dan Cochin-China) dengan alas an melindungi keselamatan mubaligh-mubaligh di Vietnam.
2. Tiga kaedah/ alasan digunakan oleh British untuk mengilhakan wilayah-wilayah India, iaitu melalui perang, doktrin, dan alas an penyelewengan pentadbiran.
3. Pengilhakan British mengakibatkan tidak puas hati dan menjadi salah satu faktor tercetusnya Dahagi pada tahun 1857 sebagai protes terhadap pemerintahan British.


SOALAN 10

Bincangkan peranan orang India di Myanmar (Burma) dan orang Cina di Thailand (Siam) dari abad ke-19 hingga awal abad ke-20.

Pengenalan (3m)

Pada abad ke-19, negara Burma dan Siam menjadi tumpuan imigran dari negara India dan China. Kemasukan imigran dari India kesan daripada banyaknya peluang pekerjaan dalam sektor ekonomi serta galakkan daripada kuasa British. Di Siam pula, banyaknya peluang pekerjaan dan galakkan daripada Dinasti Chakri menyebabkan orang Cina menetap di Siam. Orang India di Burma dan orang Cina di Siam telah memainkan peranan penting dalam sektor ekonomi di kedua-dua negara sehingga melebihi peranan masyarakat tempatan.

Isi

Peranan orang India di Burma (10m)

1. British membawa masuk orang India ke Burma untuk dijadikan buruh-buruh kasar di ladang-ladang pertanian dan kilang milik British. Kos pengangkutan membawa imigran rendah dan mereka sanggup bekerja dengan gaji yang rendah.

2. Buruh-buruh India digunakan untuk membuka sawah-sawah baru untuk penanaman padi dan kemasukan mereka juga ditambah untuk kerja menuai padi.

3. Selepas Perang Dunia Kedua, mereka muncul sebagai pemilik perusahaan, khususnya pertanian.

4. Orang India kemudiannya bertindak sebagai Chetti iaitu pemuitang kepada petani Burma terutamanya di Hilir Burma. Petani akan mencagarkan tanah pertanian mereka untuk mendapatkan pinjaman tersebut.

5. Orang India juga berperanan sebagai pembantu dalam sistem pentadbiran awam British di Burma seperti di hospital. Hal ini kerana mereka boleh berbahasa Inggeris dan boleh berkomunikasi dengan pegawai Inggeris.

Peranan orang Cina di Siam (10m)

1. Kaum imigran yang paling ramai di Siam ialah kaum Cina. Siam telah menjalinkan hubungan perdagangan dengan China sebelum abad ke-19. Selapas Perang Dunia Kedua, 10% penduduk Siam ialah kaum Cina. Kemasukan mereka adalah kerana peluang pekerjaan dalam sektor pertanian dan perlombongan.

2. Kedatangan orang Cina ke Siam bukan sebagai buruh tetapi sebagai pemilik perusahaan.
3. Orang Cina juga bergiat dalam sektor perdagangan yang bertumpu di kawasan Bandar seperti di Bangkok dan Korat.

4. Orang Cina bergiat dalam perdagangan beras untuk dieksport ke negara asal di China (import-eksport).

5. Orang Cina suku Hokkien terlibat dalam kegiatan perlombangan bijih timah di Segenting Kra.

6. Kemasukan orang Cina ke Siam mendapat galakkan kerajaan Siam. Kerajaan Siam membenarkan mereka memiliki tanah pertanian, kawasan lombong dan mendapat kebebasan dari kerajaan (tiada sekatan imigresen).

7. Orang Cina suku Kantonis menjadi golongan profesional seperti dalam sektor pengurusan dan kejuruteraan di Siam.

8. Pada pertengahan abad ke-19, orang Cina memonopoli aktiviti perjudian, penjualan candu, loteri dan arak.

9. Sebahagian orang Cina berkahwin dengan kerabat diraja Siam. ‘Lukchin’ merupakan keturunan kahwin campur antara orang Cina dengan Siam.

10. Orang Cina juga terlibat dalam pembinaan sekolah-sekolah Cina di Siam.


Kesimpulan [2m]

Kehadiran imigran India di Burma dan imigran Cina di Siam memberi kesan besar dalam bidang ekonomi. Mereka bukan sahaja berperanan sebagai buruh tetapi juga sebagai pemilik perusahaan, pertanian, dan perdagangan. Pada tahun 1930-an, berlaku gerakan anti-India sehingga mencetuskan pergaduhan sengit antara orang Burma dengan orang India di Ranggon. Demikian juga di Siam, berlaku gerakan anti-Cina dalam Revolusi 1932. Kehadiran mereka mewujudkan masyarakat majmuk di kedua-dua negara, namun tidak ketara di Siam disebabkan proses Siamisasi.


SOALAN 11

Bandingkan matlamat Revolusi 1932 di Thailand dengan matlamat revolusi 1911 di China dalam usaha mewujudkan sistem pemerintahan yang bercorak baru di negara masing-masing.

Skema Jawapan

PENGENALAN [3 m]
a) Megubah sistem politik Thailand
b) Pemerintahan Prajadhipok memperlihatkan semangat kebangsaan yang kuat, terutama golongan intelektual dan pemerintah.
c) Gerakan semangat kebangsaan ditujukan kepada raja-raja mereka
d) Mereka menuntut kerajaan berperlembagaan.pembaharuan-pembaharuan yang dibuat oleh raja-raja seperti pengenalan idea-idea Barat, menjadi salah satu sebab kejatuhan mereka
e) Revolusi ini dipimpin oleh golongan menengah
f) Revolusi 1911 di China dipimpin oleh Dr.sun Yat Sen
g) Antara faktor revolusi ialah pemerintahan Manchu semakin merosot,perasaan anti- Manchu,peranan pelajar-pelajar di luar negara,peranan Dr.Sun Yat Sen, kemajuan sistem perhubungan,pertambahan penduduk dan memiliknegarakan jalan-jalan keretapi.

ISI-ISI PENTING
a) Matalamt Revolusi 1932 Thailand [10 m]
i). Menghapuskan hak dan kuasa mutlak raja,dipimpin oleh Pridi Banomyong,Phya
Bahol dan lain-lain.
ii). Menamatkan kuasa mutlak raja dalam pelbagai aspek raja dianggap separuh dewa
kekuasaan mutlaknya meliputi kerajaan dan penduduk.
Tidak boleh dikritik dan dianggap tidak bersalah .Segala pembaharuan hanya
datang daripada raja sahaja .Keadaan ini membantut segala pembaharuan yang
cuba dilaksanakan.
iii). Menjalakan semua perubahan dalam semua aspek pentadbiran .Raja Siam menjadi
raja berperlembagaan;pemerintahan mengikut sistem monarki berperlembagaan.
iv). Memberi kebebasan dalam berpolitik dan mengadakan pilihanraya
v). Perlembagaan baru digubal oleh Parti Rakyat:
* raja hanya berkuasa memberi pemgampunan dan pengisytiharan darurat
* putera-putera tidak dibenarkan memegang jawatan penting dalam pentadbiran
* pilihanraya diadakan bagi melantik ahli-ahli Dewan yang diadakan 4 tahun
sekali
* pentadbiran dierahkan kepada jawatankuasa eksekutif Parti Rakyat yang
Diketuai oleh Pya Manopakorn.

b) Matlamat Revolusi 1911 China [10 m]
i). Menggulingkan Dinasti Manchu
ii). Menubuhkan sebuah kerajaan bersih
iii). Memodenkan China dengan menggunakan acuan atau teknologi Barat
iv). Menubuhkan sebuah republik yang dipelopori oleh Dr. Sun Yat Sen
v). Selaras dengan prinsip rakyat Sun Yat Sen – nasionalisme,demokrasi, dan
kebajikan sosial.
vi). Membentuk kabinet yang bertanggungjawab kepada sebuah perundangan dan
memilih jawatankuasa kerja.

KESIMPULAN [2 m]

Revolusi Siam 1932 dan Revolusi 1911 China telah berjaya mengubah corak pemerintahan di kedua-dua negara daripada kerajaan monarki kepada demokrasi dan raja berpelembagaan di Siam serta membentuk repbulik di china sebagai titik tolak kepada permodenan-permodenan yang lain.

SOALAN 12

Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma.

A. Pengenalan (2/3 m)

- Pada bulan Februari 1942, Jepun telah menyerang dan menawan Sumatera. Pada bulan Mac
1942, Jepun telah menawan Pulau Jawa dan seluruh Indonesia. Pendudukan Jepun di
Indonesia telah tamat pada bulan Ogos 1945 dan telah mempengaruhi perkembangan
nasionalisme di Indonesia pada abad ke-20.
- Jepun telah menyerang Burma pada bulan Disember 1941. Menjelang bulan Mei 1942,
Jepun telah berjaya menakluki seluruh negara Burma. Pendudukan Jepun di Burma berakhir
pada bulan Ogos 1945. Pendudukan Jepun telah memberi kesan penting terhadap
perkembangan nasionalisme Burma telah mempercepatkan pencapaian kemerdekaan Burma.

B Isi (20m)

Kesan pendudukan Jepun di Indonesia
1. Kemerosotan maruah Belanda
a) Pendudukan Jepun telah mengakibatkan kemerosotan maruah Belanda di kalangan rakyat Indonesia. Kemenangan Jepun telah membuktikan Belanda boleh dikalahkan dan telah menyemarakkan semangat anti-Belanda di kalangan penduduk Indonesia.

2. Pengalaman dalam bidang pentadbiran
a) Selepas menakluki Indonesia, Jepun menghadapi masalah kekurangan pegawai untuk mentadbir Indonesia. Justeru, Jepun bertindak melantik golongan terpelajar Indonesia memegang jawatan dalam bidang pentadbiran dan teknikal di Indonesia.
b) Tindakan Jepun ini telah mengukuhkan lagi keyakinan diri di kalangan golongan terpelajar Indonesia bahawa mereka mampu untuk mentadbir Indonesia sendiri.

3. Penggunaan Bahasa Indonesia.
a) Bagi menghapuskan pengaruh Barat di Indonesia, Jepun telah mengharamkan pengaruh bahasa Belanda dan InggerĂ­s. Penggunaan bahasa Jepun digalakkan. Memandangkan bahasa Jepun tidak diketahui oleh kebanyakan orang Indonesia, penggunaan bahasa Indonesia sebagai bahasa kebangsaan telah dipertingkatkan lagi.
b) Penggunaan bahasa Indonesia telah memperkukuhkan perpaduan di kalangan nasionalis Indonesia.

4. Penubuhan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA)
a) Jepun telah memberi kebebasan politik kepada para nasionalis Indonesia. Ini adalah kerana Jepun ingin mendapatkan sokongan mereka untuk mengeksploitasi penduduk dan sumber Indonesia bagi kepentingan Jepun.
b) Justeru itu, Jepun telah bertindak membebaskan semua pemimpin nasionalis Indonesia yang dipenjarakan oleh Belanda seperti Sukarno, Dr. Muhammad Hatta, Sutan Sjahrir dan lain-lain dari penjara pada tahun 1942.
c) Dengan sokongan Jepun, Sukarno dan Dr. Muhammad Hatta telah menubuhkan Pusat Tenaga Rakyat (PUTERA) pada 9 Mac 1943 dipengerusikan oleh Sukarno.
d) Penubuhan PUTERA telah menambahkan kesedaran politik di kalangan penduduk Indonesia dan mengukuhkan keazaman mereka untuk mencapai kemerdekaan.
e) Sukarno dan Dr. Muhammad Hatta telah diberi kebebasan untuk berpidato dan bergerak di seluruh Indonesia.

5. Penubuhan Tentera Pembela Tanah Air (PETA).
a) Tentera Pembela Tanah Air (PETA) telah ditubuhkan pada bulan September 1943 dan berada di bawah naungan PUTERA.
b) PETA dipimpin oleh pegawai-pegawai Indonesia dan menerima latihan ketenteraan dari pihak Jepun. Tujuan penubuhan PETA ialah untuk mempertahankan Indonesia dari sebarang serangan kuasa Berikat.
c) Pada pertengahan tahun 1945, bilangan ahli PETA seramai 120, 000 orang.
d) PETA merupakan tulang belakang tentera nasionalis Indonesia yang menentang kemasukan semula Belanda ke Indonesia selepas Jepun menyerah kalah pada bulan Ogos 1945.
e) Semangat anti-penjajahan dan anti-Jepun telah berkembang di kalangan tentera PETA akibat propaganda Sukarno dan pemimpin nasionalis Indonesia yang lain.

6. Penubuhan Persatuan Belia dan Pelajar.
a) Jepun juga bertindak menubuhkan beberapa pertubuhan belia dan pelajar seperti Seinandan (1942), Garkukotai, Barisan pelopor dan Angkatan Muda (1944).
b) Golongan belia dan pelajar dalam pertubuhan-pertubuhan tersebut telah diberi pendedahan politik dan latihan tentera.
c) Pada bulan Oktober 1944, Jepun telah menubuhkan sebuah sekolah iaitu Asrama Indonesia Merdeka di Jakarta.
d) Pemimpin-pemimpin nasionalis Indonesia seperti Dr. Muhammad Hatta dan Sutan Sjahrir telah memberi ceramah-ceramah di sekolah tersebut. Ceramah-ceramah ini telah membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan pelajar dan belia Indonesia.

7. Penubuhan MASJUMI
a) Pihak Jepun telah membantu menubuhkan Majlis Syura Muslimin Indonesia (MASJUMI) pada bulan Oktober 1943.
b) Jepun ingin menggunakan MASJUMI untuk mendapatkan sokongan rakyat Indonesia dan menyebarkan semangat anti-Belanda di kalangan mereka melalui agama.
c) MASJUMI merupakan gabungan persatuan-persatuan agama seperti Muhammadiyah dan Nahdatul Ulama.
d) Penubuhan MASJUMI telah membantu mengembangkan semangat kebangsaan di kalangan rakyat Indonesia.

8. Idea Kemerdekaan.
a) Pada 7 September 1944, Perdana Menteri Jepun, Koiso telah berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Indonesia.
b) Pada bulan Ogos 1945, satu Jawatan Kuasa Pesediaan Kemerdekaan Indonesia telah ditubuhkan. Pengerusinya ialah Sukarno dan naib pengerusinya ialah Dr. Muhamad Hatta.
c) Perkembangan ini telah mengukuhkan keazaman para nasionalis Indonesia untuk mencapai kemerdekaan.

Kesan pendudukan Jepun di Burma

1. Pakatan dengan Jepun
a) Pada tahun 1941, Thakin Aung San telah mengadakan pakatan dengan Jepun. Melalui pakatan ini golongan Thakin berjanji akan membantu Jepun menakluki Burma dari Inggeris. Sementara Jepun pula berjanji untuk memberi kemerdekaan kepada Burma.
b) Pakatan ini membolehkan golongan Thakin menjalani latihan ketenteraan di Jepun. Golongan Thakin seterusnya menubuhkan tentera kemerdekaan Burma dengan Bantuan Jepun. Menjelang tahun 1941, Tentera kemerdekaan Burma mempunyai 30, 000 orang anggota.

2. Membantu Jepun menyerang Burma.
a) Pada bulan Disember 1941, Jepun telah menyerang Burma dengan bantuan golongan Thakin melalui Tentera Kemerdekaan Burma.
b) Pada bulan Mei 1942, Jepun berjaya menakluki seluruh Burma.
c) Kejayaan ini menyebabkan pengaruh golongan Thakin semakin meningkat dan dianggap sebagai pembela nasionalisme Burma di kalangan rakyat Burma.
d) Kemenangan Jepun dan kekalahan British telah melenyapkan tanggapan rakyat Burma bahawa British satu kuasa agung yang tidak boleh dikalahkan. Kemenangan British ini telah menambahkan keazaman golongan Thakin untuk mencapai kemerdekaan.

3. Pengalaman dalam bidang pentadbiran.
a) Atas usaha golongan Thakin, Jepun telah memberi kemerdekaan kepada Burma pada 1 Ogos 1943. Sebuah kerajaan baru telah dibentuk dengan Dr. Ba Maw sebagai Perdana Menteri.
b) Kerajaan Dr. Ba Maw telah dipengaruhi oleh golongan Thakin yang memegang banyak jawatan menteri kabinet.
c) Pengalaman berkerajaan sendiri semasa pendudukan Jepun telah mengukuhkan kayakinan diri golongan Thakin untuk kemerdekaan Burma dari British.

4. Penubuhan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist
a) Jepun tidak memberi kemerdekaan dalam erti kata sebenar kepada Burma. Kuasa sebenar pentadbiran Burma masih terletak di tangan Jepun.
b) Kekejaman pentadbiran Jepun dan kemerosotan taraf hidup rakyat Burma semasa pendudukan Jepun telah mewujudkan sentimen anti-Jepun di kalangan rakyat Burma.
c) Lantaran itu, pada tahun 1944, golongan Thakin bersama-sama pertubuhan nasionalis Burma yang lain telah menubuhkan Liga Pembebasan Rakyat Anti-Fasist (LPRAF) bagi menentang Jepun.
d) LPRAF dipimpin oleh Aung San dan Than Tun.
e) Pada bulan Mac 1945, LPRAF telah menyebelahi British, apabila ia secara terbuka menentang Jepun.
f) Pada bulan Ogos 1945, Jepun telah kalah dalam Perang Dunia ke-2. LPRAF yang ditubuhkan oleh golongan Thakin muncul sebagai pertubuhan nasionalis yang utama di Burma.

C Kesimpulan (2/3 m)
1. Pendudukan Jepun telah memperkukuh gerakan nasionalis Indonesia dan mempercepat
proses pencapaian kemerdekaan Indonesia. Indonesia mencapai kemerdekaan pada bulan
Disember 1949. Sukarno telah dilantik sebagai Presiden Republik Indonesia.

2. Begitu juga di Burma di mana pendudukan Jepun telah mempercepatkan kemerdekaan
Burma daripada penjajahan British. Burma mencapai kemerdekaan pada 4 Januari 1948.
Thakin U Nu telah dilantik sebagai Perdana Menteri Burma.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R