Skip to main content

Bandingkan institusi pemerintahan di negara China dan Jepun pada abad ke-19.


Tema 1
Soalan
Bandingkan institusi pemerintahan di negara China dan Jepun pada abad ke-19.

Soalan ini mengandungi dua bahagian iaitu pemerintahan di Jepun dan China. Pelajar harus membezakan / membandingkan sistem pemerintahan yang diamalkan di negara China dan Jepun pada abad ke-9. Perbandingan harus dibuat daripada aspek pemerintahan, kedudukan pembesar, konsep-konsep mandat, dan kedudukan dinasti. Soalan ini jenis perbandingan.

Pengenalan
Sistem pemerinatahan yang diamalkan di negara China dan Jepun ialah sistem maharaja. Sistem maharaja meletakkan maharaja sebagai individu yang paling berkuasa dan menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat. Maharaja dibantu oleh pembesar atau hulubalang. Kewujudan sistem maharaja di negara China dikatakan bermula sejak zaman Dinasti Hsia. Di Jepun, institusi pemerintahannya turut diketuai oleh maharaja. Maharaja mempunyai kuasa dalam menentukan pemerintahan. Walau bagaimanapun, mulai abad ke-19, kuasa maharaja mulai merosot. Kuasa sebenar pemerintahan terletak di tangan golongan pahlawan (Shogun).

Isi-isi
Institusi Pemerintahan China
(a) konsep Maharaja
- Sistem pemerintahan yang wujud di negara China ialah sistem maharaja.
- Dalam sistem maharaja, seseorang maharaja menduduki hierarki teratas dalam susunan masyarakat dan merupakan individu yang paling berkuasa dalam kerajaan.
- Dalam diri Maharaja, harus dilihat mempunyai kombinasi beberapa aspek antara falsafah Confucius dan kepercayaan masyarakat dengan perlakuan-perlakuan politik semasa.
- Kedudukan politik seseorang maharaja dilegitimasikan berdasarkan konsep "mandat daripada surga".
- Konsep ini meletakkan mereka sebagai "wakil Surga" atau "Anak Surga" dan ia memberi kuasa "spiritual" yang tidak terhingga kepada seseorang maharaja.
- Oleh itu, maharaja akan mendapat penghormatan tertinggi daripada rakyat.
(b) Konsep Mandat
- Mandat daripada surga membawa maksud Tuhan telah menganugerahkan ke atas maharaja tersebut satu kuasa untuk memerintah.
- Tidak ada kuasa lain yang boleh mendakwa baginda atas segala tindakan kecuali kuasa tersebut ditarik balik.
- Sebagai menghargai kuasa autokratik yang diberikan, maka maharaja akan menentukan kehidupan rakyat berada dalam ketenteraman dan makmur.
- Bencana alam atau kebuluran secara langsung menunjukkan bahawa maharaja tidak lagi mendapat mandat daripada surga untuk memerintah dan baginda harus diganti dengan maharaja yang lain.
- Dengan kata yang lain, maharaja itu harus digulingkan. Oleh yang demikian seringh berlaku penggantian dinasti dalam pemerintahan negara China.
(c) Peranan Pembesar
- Pada abad ke-19, berlaku gerakan daripada dalam kerana kebangkitan para pembesar wilayah yang mula mengumpulkan kekuatan dan akhirnya menyaingi kerajaan pusat.
- Contohnya, pembesar-pembesar wilayah mula melarikan diri daripada kerajaan pusat yang semakin lemah dan membentuk "kerajaan merdeka" yang tidak lagi terikat dengan kerajaan pusat.
- Maharaja China pada abad ke-19 adalah lemah dan terlalu bergantung kepada pembesar dan pegawai-pegawai wilayah.
- Terdapat beberapa peringkat pembesar iaitu peringkat pusat, peringkat wilayah, daerah dan kampung. Mereka mempunyai tugas masing-masing.
- Sebuah suruhanjaya telah dibentuk di negara China bagi membuat kajian tentang sistem pemerintahan berpelembagaanuntuk dilaksanakan di China tetapi tidak berjaya.

Institusi Pemerintahan Di Jepun
(a) Konsep Maharaja
- Pemerintahan di Jepun turut diketuai oleh maharaja. Baginda dianggap pemerintah keduniaan dan dunai kerohanian.
- Kuasa pemerintahan sebenarnya berada dalam tangan shogun yang memerintah atas nama maharaja.
- Sebaliknya maharaja tinggal terpencil di Kyoto dengan dikelilingi oleh pegawai-pegawai istana.
- Pemerintahan Jepun bercorak tentera (sistem pemerinatahan bakufu) dan kuasa dipegang oleh golongan shogun (pahlawan).
- Maharaja masih dianggap sebagai ketua negara tetapi kedudukan maharaja hanya sebagai maharaja tanpa kuasa pemerintahan.
- Kuasa sebenar kerajaan-kerajaan di Jepun berada di bawah para pembesar terutamanya golongan shogun. Keadaan ini berterusan sehingga tahun 1867 apabila kuasa maharaja dipulihkan.
- Pada abag ke-19, penghormatan terhadap shogun berkurangan sebaliknya penghormatyan kepada maharaja semakin meningkat.
- Maharaja Meiji menjadi pemegang kuasa di Jepun dan ia menjadi asas kepada pengekalan institusi maharaja di Jepun hingga kini.
(b) Pemulihan Kuasa Maharaja
- Pemulihan kuasa yang berlaku sebenarnya tetap meletakkan maharaja sebagai 'penguasa kedua' selepas golongan pembesar.
- Maharaja Meiji menjadi simbol ketua negara.
- Kuasa politik sebenar terletak di tangan beberapa orang pemimpin.
-Ini bermakna, kuasa politik Jepun tidak berada di tangan maharaja sebagaimana yang disangkakan.
- Pada tahun 1889, pemerintahan bercorak perlembagaan diperkenalkan. Ini memberi kesan besar kepada institusi maharaja di Jepun kerana Perlembagaan Meiji antara lain menyatakan bahawa maharaja adalah pemerintah tertinggi dalam sistem pemerintahan negara.
- Maharaja adalah suci dan mengatasi undang-undang, malah kedudukan maharaja seolah-olah seperti Tuhan yang memegang segala kuasa.
- Secara praktikal, keunggulan kuasa maharaja hanyalah dari segi adat istiadat sahaja, tidak banyak menyentuh soal-soal dasar dalam pemerintahan.
(c) Kedudukan Pembesar
- Institusi pemerintahan bukan sekadar mengandungi maharaja yang berada di kemuncak hierarki sahaja, malah institusi ini turut disokong oleh institusi pembesar seperti daimyo dan samurai.
- Di Jepun kedudukan pembesar sangat penting. Sesebuah kerajaan dan dinasti tidak akan bertahan lama tanpa sokongan pembesar.
- Mereka berperanan sebagai pelaksana pemerintahan.
Kesimpulan
- Terdapat beberapa perbezaan yang ketara antara sistem pemerintahan di negara China dan Jepun. Di negara China maharaja mempunyai kuasa yang jelas, manakala di Jepun pula walaupun mengekalkan sistem pemerintahan maharaja tetapi yang berkuasa ialah golongan pembesar. Di China sering berlaku pertukaran dinasti, sedangkan di Jepun dinasti yang kekal memerintah sampai sekarang. Pemerintahan bercorak maharaja berakhir di China setelah berlaku Revolusi 1911 tetapi di Jepun sistem pemerintahan maharaja wujud hingga kini.


Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R