Skip to main content

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)




Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA

STPM/S940

940/2

Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963

Bahagian B: Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

TEMA 1 : MASYARAKAT TEMPATAN

&~~SPECIAL_REMOVE!#~~lt;!--> Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE

TEMA 1 MASYARAKAT TEMPATAN

Bab 1: Institusi Pemerintahan

1.1 Sistem Beraja/Maharaja

1.1.1 Konsep, struktur dan peranan Sistem Beraja/Maharaja


  • Raja mempunyai kuasa tertinggi - kedudukan tertinggi dalam hieraki sosial masyarakat. Raja merupakan ketua kerajaan.

  • Raja berperanan menjaga perpaduan dan alat paling efektif mengawal rakyat. Memastikan keamanan negara dan mengukuhkan kerajaan.

  • Tugas suci sebagai penaung dan pengembang agama – mempengaruhi sistem kepercayaan masyarakat tempatan kerana ia membantu rakyat dalam kesejahteraan dan kemakmuran.

  • Terdapatnya konsep daulat - selain sebagai pengembang dan penaung agama serta berperanan melindungi rakyat daripada bencana dan kesengsaraan.

1.1.2 Daulat dan Derhaka

· Diguna di Pattani, Brunei, Sumatera dan Sulu

· Wujud untuk memberi kuasa tertinggi kepada Raja untuk mengawal para pembesar dan rakyat.

· Memiliki alat-alat kebesaran diraja.

· Derhaka tanggapan berkaitan dengan daulat, apabila rakyat gagal menurut perintah dan arahan raja – melanggar daulat – ditimpa tulah, seumpana kausa ghaib akibat kemurkaan raja.

· Keyakinan bahawa raja mempunyai keistimewaan – kuasa luar biasa atau sakti.

1.1.3 Dharma

· Ikatan raja dengan rakyat

· Diamal di Thailand dan Myanmar

· Raja sbg penaung kepada dharma dan bertanggungjawab dalam usaha memeliharakannya. Adil, mengikut jalan benar dan mematuhi peraturan dan menjaga undang-undang yang diamalkan.

· Jatuhkan jukuman dan beri ganjaran utk rakyat

· Berdaulat – sifat ketuhanan

· Alat-alat kebesaran dan kesaktian

· Golongan Brahmin sebagai penasihat mengukuh kedaulatan dan unsur ketuahanan

1.1.3 Pemerintahan Beraja di Myanmar


  • Diberi sifat ketuhanan oleh golongan Brahmin dan raja-raja merupakan jelmaan dewa-dewa terutamanya Dewa Siva dan Dewa Visnu atau penjelmaan Buddha.

  • Dinasti Toungoo telah diganti oleh Dinasti Konbaung pada 1753 yang berakhir pada 1886.

  • Raja-raja Konbaung berperanan sebagai penaung dan pengembang agama Buddha.

  • Menurut ajaran Buddha Theravada, raja adalah penakluk negeri, tunggak kekuatan dan mengekalkan adat resam tempatan serta haruslah mempunyai kekuatan dan mengekalkan adat resam serta harus mempunyai moral yang mantap dan dipandang tinggi demi menjamin kesejahteraan dan kebahagiaan rakyat.

  • Istana kawasan suci, tidak boleh dicemari dan kwsn larangan

  • rakyat perlu menundukkan kepala dan menanggalkan kasut sebelum memasuki istana – sbg tanda hormat yang amat tinggi rakyat.

  • Harus bijak memerintah demi hukum karma

  • Raja Bodawpaya mengalakan aktiviti penanaman pertanian dan mewajibkan sistem kerah agar pertanian lancar dan atasi kekurangan tenaga buruh.

  • Raja Mindon Min, memperkenalkan pembayaran gaji kepada kakitangan kerajaan, memperkenalkan kapal wap, membina kilang-kilang.

  • Golongan pembesar amat diperlukan membantu raja, diberi jawatan-jawatan tertentu, menghadiah tanah serta buruh atau hamba bagi mendapat kesetiaan mereka.

  • Kejatuhan Myanmar – Perang inggeris-Burma I, 1824

  • Termeterainya Perjanjian Yandabo (1826)

1.1.4 Pemerintahan Beraja di Thailand


  • Raja Thailand dianggap sebagai dharmaraja ygn dipengaruhi oleh unsur-unsur Hindu-Buddha.

  • Raja sbg penaung dan pelindung agama. Raja Mongkut (Rama IV) pernah menjadi sami.

  • Raja juga bertanggungjawab melindung rakyat.

  • Raja menggunakan pelbagai gelaran seperti Chao Phaendin (Yam Tuan Tanah) dan Chaoi Chiwit (Yam tuan Nyawa)

  • Gelaran spt ini memperlihat kuasa raja

  • Semua kutipan tanah dan kutipan hasil serta cukai dan khazanah negara juga menjadi milik raja.

  • Pemerintahan berdasarkan ajaran Buddha – adil dan saksama, menjaga kesejahteraan dan keamanan rakyat.

  • Kuasa raja terhad kepada muara sungai iaitu dalam istana, golongan pembesar membantu dalam hal pentadbiran

  • Raja bertanggungjawab menjalankan hukuman yang tidak boleh dipersoalkan

  • Rakyat perlu taat setia dan tidak mempersoal tindakan raja.

  • Adat Thailand melarang rakyat melihat wajah raja, apabila baginda keluar rakyat perlu tutup pintu dan tingkap agar tidak melihat wajah raja dan perlu bersujud dan menyembah kerana raja dianggap dewa dharmaraja

1.1.5 Pemerintahan Maharaja di China


  • Bermula dengan pemerintahan Raja Huang Ti pada tahun 2697 s.m.

  • Raja Yu telah memula dinasti Hsia sistem pemerintahan berasaskan keturunan.

  • Gelaran Maharaja mula digunakan oleh Shih Huang Ti pemerintah dinasti Chin.

  • Maharaja China mempunyai kedudukan tinggi dan berkuasa mutlak dalam pemerintahan di peringkat pusat

  • Maharaja dibantu oleh pembesar-pembesar di pelbagai peringkat

  • Maharaj memberi kuasa autonomi kepda pentadbir awam dan di wilayah-wilayah yang dikuasai oleh seorang pentadbir awam, pentadbir tentera an seorang pengawas

  • Konsep Mandat dari Syurga kerana maharaja dianggap Anak Syurga

  • Sebagai anak syurga kuasanya tidak boleh dipersoal dan rakyat wajib taat setia

  • Ia memberi kuasa untuk memerintah China dan ditarik balik apabila berlaku tanda-tanda berupa bencana alam dan peperangan serta perebutan takhta di kalangan kerabat diraja

  • Ini menunjukkan Maharaja hilang mandat dari syurga

1.1.7 Sistem Maharaja di Jepun

· Maharaja merupakan pemerintah keduniaan dan kerohanian

· Maharaja diasingkan, terpencil dan terpisah di Kyoto. Baginda tinggal bersama dengan pegawai-pegawai istana atau kuge

· Maharaja tidak berkuasa dan menjadi boneka di bawah kekuasaan golongan bangsawan

· Bangsawan sangat berpengaruh dan memonopoli jawatan-jawatan tertinggi

· Pemerintahan dijalankan oleh shogun atau hulubalang. Shogun tinggal di Yedo (Tokyo) dan mendirikan pusat pemerintahan atas nama maharaja ia bercorak bakufu - ketenteraan

· Shogun merupakan pentadbir daerah yang menduduki tempat kedua selepas maharaja dalam hieraki masyarakat

· Pemerintahan Shogun dijalankan secara tidak lansung melalui daimyo itu pembesar-pembesar feudal tempatan

· Daimyo mempunyai pahlawan-pahlawan yang membantu dikenali sebagai samurai.

· Pemerintahan di bawah penguasaan Shogun Tokugawa, Jepun mengamalkan dasar isolasi/ tutup pintu

· Penguasaan Shogun tergugat dengan Perjanjian Shimonoseki.

· Pemerintahan terakhir Shogun Tokugawa, Yoshiinobu telah menyerah semula kuasa kepada Maharaja Meiji

1.2 Sistem Pembesar dan Hulubalang

Konsep Sistem Pembesar/Hulubalang

· Golongan pembesar/ hulubalang di wujudkan untuk membantu maharaja/raja mentadbir negara

· Sekumpulan pembesar diwujudkan dan diagihkan untuk menjalankan tugas politik, ekonomi dan sosial

· Pengagihan kuasa tidak menjejas kuasa mutlak raja/maharaja kerana ia terhad kepada arahan maharaja.

· Namun di Jepun Shogun lebih berkuasa

· Sebagai balasan raja/maharaja, pembesar/hulubalang akan menyerah sebahagian hasil tanaman atau kutipan cukai

· Pembesar mempunyai gelaran-gelaran tertentu seperti perdana menteri atau wazir, ketua menteri, panglima, hulubalang, pegawai daerah, ketua kampung dsb.

· Struktur Sistem Pembesar dan Hulubalang

® Pembesar kanan – paling hampir dgn raja, penasihat & paling dipercayai

® Pembesar peringkat pusat/wilayah- tgjwb di ibu kota kerajaan dan istana serta mengetuai sesuatu jabatan seperti kehakiman

® Pembesar peringkat daerah – berkuasa dan mentadbir daerah masing-masing srta bertanggungjawab kepada raja/maharaja di pusat

® Pembesar peringkat kampung

Peranan Pembesar/Hulubalang

· Membantu raja/maharaja dalam pentadbiran negara

· Kuasa terhad kepada bidang kuasa yang diperuntukan dan bergantung kepada raja

· Mempunyai pengikut dan tanggungjawab kepada pengikut yang turut memain peranan membantu pembesar

· Pengikut ramai melambangkan status, kekayaan dan kejayaan mengekploitasi ekonomi

· Hulubalang adalah pembesar terlibat secara lansung dalam hal ehwal pertahanan dan ketenteraan, dan amat penting dalam mempertahankan negera dan perluasan kuasa

· Hulubalang amat dihormati, dianggap pemimpin dan kestabilan kerajaan.

Sistem Pembesar di Myanmar

· Bersifat tradisional, terbuka dan amat bergantung kepada raja

· Kategori

Ø Raja Muda

Ø Wungyi / Ketua Menteri , kedudukan tertinggi dan menjalankan kuasa raja. Ada 4 menteri kanan termasuk Hluttaw

Ø Wundauk / menteri muda btgjwb membantu wungyi

Ø Atinwun / pegawai istana antara 4 – 8 orang, kedudukan lebih rendah dari wundauk tetapi lebih berkuasa kerana bertugas di istana, hubungan rapat dengan raja, dapat mempengaruhi dasar & perintah raja. Mengendali dan mengawal petugas-petugas istana.

Ø Pembesar lain – peringkat daerah

§ Myowun – gabenor daerah, pentadbiran daerah, melaksana tugas-tugas awam, bertindak sebagai tentera, menjadi pengiring raja, pemungut cukai dan pengawas jelapang.

§ Stike – mengawal polis, unit-unit tentera dan yang berkaitan hal ehwal agama

§ Myothugyi – ketua bandar, jawatan diwarisi turun temurun, menjadi penghubung antara rakyat dengan raja, membantu mengekalkan keamanan negera

§ Myosa – tuan tanah, mempunyai tanah sendiri dan mengawasi penyewa-penyewa tanah

§ Ywa thugyi – ketua kampung, jwatan terendah dalam hieraki, memunggut cukai di kampung dan menjalankan pentadbiran undang-undang

Sistem Pembesar/Hulubalang di Aceh

· Diketuai oleh maharaja, laksamana, paduka tuan dan bendahara

· Dibawah pembesar – uleebalang yng merupakan tunjang kekuatan kerajaan Acheh

· Semasa upacara rasmi, uleebalang duduk di kanan raja

· Bertanggungjawab untuk jaga keselematan raja di luar istana

· Muncul sbg golongan dihormati & dianggap pemimpin masyarakat

· Serangan Belanda 1830 – 1870 berjaya dihalang oleh gabungan 12 uleebalang, selepas 1874 melancar perang gerila

· Golongan ulama mengambil alih peranan uleebalang yg melancar jihad

Sistem Pembesar di Vietnam

· Maharaja dibantu 6 Quan /kementerian;

Ø Hal ehwal awam – taraf tertinggi

Ø Kerja Raya

Ø Upacara

Ø Kehakiman

Ø Kewangan

Ø Peperangan

· Ketua quan terdiri drp klgn mrk yg mendpt pendidikan Confucius dan bertindak sbg pembesar yg berkedudukan istimewa dlm sistem pentadbiran

· Majlis Tertinggi / Noi – Cac, dipengerusi oleh maharaja dan 6 org kanan, bertanggungjawab memberi pandangan dan nasihat kpd maharaja dalam hal pemerintah dan pentadbiran. Ia juga menyelesaikan masalah yg tidak dapat diselesaikan di peringkat kementerian

· Pembesar peringkat daerah bertanggungjawab mengutip cukai, menjalankan upacara keagamaan, dan adat istiadat, mengambil dan melatih tentera dan keselamatan.

· Pembesar peringkat rendah – peringkat kampung/ komun

· Pembesar tradisi digelar Mandarin

Sistem Pembesar di Thailand

· Para pembesar merupakan golongan bangsawan / khunnang dan anak-anak raja.

· Khunnang dibahagikan kepada beberapa jabatan / krom

· Jabatan / krom paling berprestij ialah Krom Mahattai (Hal ehwal pentadbiran awam, Krom Kalahon(Pertahanan), Krom Khlang (Kewangan dan hubungan luar)

· Ketiga-tiga krom diketuai oleh pembesar kanan yang mempunyai hubungan lansung dengan raja

· Ketua Krom Mahatai digelar Samuha Nayok –wilayah utara Thailand

· Ketua Krom Kalahon digelar Samuha Phra Kalahon menjaga pertahanan dan selatan Thailand

· Ketua Krom Khlang digelar Choa Phraya Phra Khlang mengawal pesisiran pantai dan Teluk Siam.

· Segala urusan pemerintahan dijalankan oleh mereka

· Dalam kabinet pentadbiran terdapat empat krom berjawatan rendah digelar Jatu-sadam utk membantu melicinkan perjalanan pentadbiran dan di bawah seorang Ketua Kalahon atau Ketua Mahattai

o Empat Jabatan Kanan;

§ Krom Muang/ Jbtn Ibu Kota – bertanggungjawab terhadap pentadbiran di ibu kota dan kwsn persekitaran

§ Krom Na / Jabtn Tanah – pentadbiran tanah

§ Krom Wang / Jbtn Istana – urusan istana

· Pembesar wilayah / Khunnang golongan bangsawan dilantik oleh raja diwarisi turun temurun digelar Cho atau chao pharaya

· Empat wilayah;

o W. Kelas pertama – bandar-bandar besar dan penting spt Bangkok

o W. Kelas kedua & ketiga – wilayah besar di luar ibu kota, dibawah Kalahon, Mahattai dan Phra Klang

o W. Kelas keempat – bandar-bandar kecil

· Golongan Purohita / petugas istana sangat berpengaruh rapat dengan raja sehingga dapat mempengaruhi baginda

· Kewujudan sistem pembesar lain;

o Sannidhatar – perbendaharaan

o Samahartar – ketua pemungut cukai

o Sandhivigrahika – ketua peperangan

o Pradvivaka – hakim

o Masapatalika – pemegang rekod

· Pembesar peringkat daerah dilantik oleh maharaja dan terdiri dari keluarga diraja yang jawatan akan diwarisi

Sistem Pembesar/Hulubalang di Jepun

· Berkuasa di Jepun kerana mereka adalah golongan satria/pahlawan

· Masyarakat meminta perlindungan & sokongan daripada golongan yang menindas

· Suasana tidak aman, menaikan kedudukan hulubalang dan dipandang mulia dan tinggi taraf

· Berada dalam hieraki teratas pemerintahan

· Kuasa maharaja amat terbatas, kuasa tertumpu kepada golongan shogun yang menjalankan pemerintahan ketenteraan/bakufu

· Pemerintahan shogun merupakan suatu pemerintahan dari satu kaum ke suku kaum lain

Sistem Pembesar/Hulubalang di China

· Gol berpendidikan Confucius diberi keutamaan

· Gol ketenteraan mendokong kedudukan maharaja yg memantapkan konsep mandat dari syurga

· Jawatan ketua tentera sering mendapat keistimewaan dan tulangbelakang pertahanan negara.

· Gol tentera sering dilantik sebagai pembesar-pembesar wilayah dalam usaha memasti keselamatan, aman dan tenteram dan mematuhi arahan kerajaan pusat

· Gol gentry/ bijak pandai yg berpendidikan Confucius pandai diberi keutamaan menjawat jawatan pembesar kerajaan

· Pembesar wilayah diberi kebebasan dan dibenarkan mengubah dasar dalam hal berkaitan adat istiadat tempatan

· pembesar harus bertanggungjawab dan setia kepda arahan dan perintah maharaja seperti keamanan, ketenteraan dan menghantar cukai kepada kerajaan pusat

Bab 2: Hukum Adat, Peraturan dan Undang-undang

2.1 Hukum Adat

2.1.1 Pengenalan

· Sistem adat telah mewujudkan satu sistem nilai (peraturan) untuk mengawal tingkah laku masyarakat

· Ia disampaikan secara lisan dari generasi ke generasi

· Kewujudan erat masyarakat dengan alam sekitar disatu oleh adat

· Ketua adat menghukum sesiapa yg mengganggu kesimbangan ini

· Ketua adat berperanan menyatukan dan menguatkan masyarakat

· Masyarakat Asia Tenggara banyak dipengeruhi oleh agama Hindu Buddha dan kemudiannya Islam

· Asia Selatan – Hindu Buddha

· Asia Timur - Confucius

2.1.2 Adat dan fungsi

· Mengawal tingkah laku masyarakat

· Simbol keseimbangan antara manusia dengan manusia dan manusia dengan alam, agar berkekalan agar tidak musnah dan tiada melapetaka

· Membentuk hubungan erat masyarakat – kesjahteraan dan keamanan, keadilan diamalkan sebagai panduan

· Bermuafakatan dan ikatan serta menengakkan kebenaran berasakan hubungan manusia dgan tuhan

· Membentuk sistem nilai yang membentuk keperibadian msyarakat mengamalkan sistem nilai merangkumi amalam berkeluarga, bersosial, beragama, ekonomi dll

2.1.3 Sistem adat yang diamalkan di negara-negara Asia Tenggara.

2.1.3.1 Thailand

· Terikat dengan dua bentuk adat – adat rasmi untuk golongan pemerintah dan adat sosial massa

· Adat rasmi – Adat menghadap raja

o Raja dianggap ada unsur ketuhanan, mulia dan suci, sesiapa yang memandang muka raja akan dibutakan

o Sbg tanda penghormatan dan taat setia rakyat perlu menyembah raja dengan bersujud iaitu merangkak dan meniarap

o Gol khunnang/ pembesar tidak dibenar memakai baju sms mengadap

· Adat Sosial Massa

o Adat menjual isteri dan anak – bapa mempunyai hak mutlak dan dilihat sbg simbol kekayaan

o Agama beragama Buddha

2.3.1.2 Myanmar

· Adat Berhubung dengan tanah

o Tanah milik keluarga, masyarakat dan raja, bukan milik individu

o Ini menjamin tidak disingkir, malah boleh menjadikan diri sbg hamba jika berhutang ttpi tidak boleh menjual tanah.

o Ancaman penyingkiran dari keluarga merupakan hukuman sosial bagi mengerat hubungan keluarga dan mengelakkan sstu yg tidak diingini

· Adat Menghadap Raja

o Ditetapkan oleh istana untuk rakyat, pembesar, dan perwakilan asing

o Peraturan spt menunggu raja

· Adat menanggalkan kasut dan menundukkan muka

o Simbol penghormatan tinggi kepada raja

o Perlu menanggalkan kasut jika memasuki istana dan menundukkan kepala

o Istana merupakan kawasan larangan dan tempat suci

2.3.1.3 Vietnam

· Adat mengutamakan keluarga

o Keluarga asas terpenting dalam kehidupan

o Tidak diakui sbg anggota masyarakat jika tidak diterima oleh ahli keluarga

o Tidak akan mendapat tempat didunia maupun kerohanian jika disingkirkan

· Adat menjual anak atau menyewakan tenaga

o Dianggap sah kerana anak menjalankan tugas dan amanah yang disuruh tanpa soal dan mentaati ibu bapa

o Dikehendaki membantu ahli keluarga dan bagi yg kurang bernasih baik dibantu ahli keluarga lain dan saudara mara

· Adat perkahwinan

o Anak lelaki tidak kuasa memilih isteri, menerima isteri yang dicadangkan

o Jika pasangan tiada anak, suami dibenarkan berkahwin lagi dan berpoligami dibenarkan

· Adat pemilikan tanah

o Bersifat feudal

o Tanah bukan milik individu ttpi dikongsi bersama

o Yg mengusahakan tanah tidak akan dihalau dari kampung

o Bangsawan berkuasa mengutip cukai tanah sehingga menindas petani

2.3.1.4 Indonesia

· Hubungan masyarakat dan kekeluargaan

· Adat wanita hamil

o Ketika mencapai usia tujuh bulan hamil

o Harga rojak dibayar dengan atap genting dipercayai bagi mengajar anak dikandung berjimat

o Rojak juga menandakan jantina bayi, masam – lelaki manis perempuan

o Tidak dibenar memegang benda tajam kerana akan memudarat kandungan

o Tetamu tidak dibenar membawa hadiah kerana akan mendatang keburukan kepada bayi

· Adat menyambut kelahiran anak

o Ketika bayi selamat dilahirkan dgn upacara meramal nasib bayi

o Pelbagai barangan diletak didepan bayi utk melihat yang disukainya

o Bayi diberi azimat/tangkal, dililit ditangan utk melindunginya dari dirasuk unsur-unsur jahat

o Muka disapu dgn jamu khas bagi menghindarnya dari terkena sihir dan mahluk halus

· Adat memuliakan tetamu

o Dijemput makan bersama bersama tuan rumah sebelum ahli keluarganya

o Dianggap biadap jika tidak menjemput tetamu, dilayan secara istimewa mengikut kemampuan

o Dihadang di atas tikar di tengah dapur dan makan bersila

· Adat memilih pemimpin

o Adat Minangkabau, berdasarkan sistem persaudaraan suku masyarakatnya

o Kedatangan Islam membawa sedikit penentangan kerana perbezaan taraf mengikut syarak

o Penentangan oleh pemimpin agama

2.1.3 Sistem adat yang diamalkan di negara Asia Timur dan Asia Selatan

2.1.3.1 China

· Hidup tradisional berlandaskan adat yang sebati dengan mereka

· Adat wanita hamil

o Sejak mula hingga 100 hari selepas bersalin, tidak boleh menghadiri sebarang majlis sosial spt perkahwinan dan pengebumian

o Perlu banyak berehat dan makanan berkhasiat

o Tidak dibenar makan sayuran dan buah mentah – sejuk atau yin boleh menyebab ibu ditimpa penyakit

· Adat berkenaan bayi atau anak kecil

o Ketika dilahirkan bayi dianggap berumur 1 tahun

o Menitikberat soal pendidikan adat berasaskan Confucius

· Adat perkahwinan

o Diatur sejak kecil, mengerat hubungan kekeluargaan

o Majlis perkahwinan dilakukan oleh pihak lelaki sahaja

o Amat penting bagi penerusan generasi

o Anak dianggap penting, kesalahan besar jika pasangan tiada anak kerana generasinya terhapus, dianggap memalukan generasinya

· Adat berkenaan anak lelaki

o Lelaki diberi keutamaan kerana mengekal nama keluarga

o Bapa yang tiada anak lelaki tidak akan diberi persembahan di meja pujaan rohnya kerana dianggap gagal memenuhi tangjawabnya

o Anak lelaki disambut meriah ketika lahir

· Adat berkenaan anak perempuan

o Setelah berkahwin hubungan keluarga renggang

o Anak perempuan dikawal rapi dan tinggal di rumah sahaja

o Kaki dibebat antara 3 – 8 tahun, menyebabkan langkah pendek ketika berjalan

· Adat menghormati nenek moyang

o Dianggap ketua keluarga dan nama baik harus dijaga

o Penghormatan dilakukan pada hari tertentu spt Tahun Baru

o Hukum adat dipertanggungjawab kepada golongan tua/majlis orang tua

· Adat kowtow

o Ketika menghadap raja

o Meniarap sebanyak sembilan kali sbg tanda penghormati yg tinggi

o Termasuk untuk duta-duta asing

2.1.3.2 Jepun

· Terikat dengan corak dan cara budaya China

· Adat Minum teh / chanoyu

o Diwarisi sejak abad ke-16 – amalan dan rutin harian

o Pengaruh Zen Buddhisme – menyatu dan membersih jiwa serta bersatu dengan alam

o Masih diteruskan

o Diamalkan golongan atasan dan rakyat dalam mengalukan kunjungan tetamu

· Adat Sopan santun dan adat aturan

o Menundukkan kepala setiap kali berjumpa seseorang

o Gol atasan berpakaian dan berbudi bahasa ketika berkomunikasi antara satu sama lain – lambang nilai-nilai murni

· Adat berkiatan seni dan kecantikan

o Kedua-dua berkaitan elemen kesopanan dan peraturan yg harus diikuti

o Ini membuat adat istiadat indah dan menarik

o Gubahan bunga/ ikebana dipengaruhi Zen Buddhisme mengambar kesatuan dengan alam untuk mengambar keharmonian antara syurga, bumi dan manusia

· Adat menghormati Maharaja dan golongan bangsawan

o Maharaja mendapat perlindungan dewa-dewi

o Maharaja sebgai ketua negara ttpi bukan hak memerintah secara mutlak, rakyat digalak menjalankan upacara menghormati maharaja

o Golongan bangsawan dihormati dan diberi keutamaan ketika berjalan cth sms perarakan daimyo-daimyo ke istana diusung

o Rakyat berdiri ditepi jalan memberi penghormatan dengan berlutut dan sujud

o Bagi rakyat engkar akan dihukum bunuh

· Adat perkahwinan

o Dijalan penuh tradisi

o Pilihan kedua-dua pengantin dan direstui ibu bapa

o Peranan orang tengah- untuk kepuasan kedua-dua pihak selain memberi wanita pilihan

2.1.3.3 India

· Merangkumi setiap ruang kehidupan sejak dilahirkan sehingga kematian, dipengaruhi agama Hindu

· Adat wanita hamil

o Setiap perbuatan ibu akan mempengaruhi sifat dan perangai anak dikandung

o Larangan melakukan perkara tidak baik spt bergaduh, mengumpat, hasad dengki, dsb kerana bimbang dipengaruhi kuasa jahat

o Hendaklah melakukan perbuatan baik-baik dan terpuji agar anak dilahir sbgai insan berguna

· Adat suttee

o Dianggap mulia, isteri akan dibakar bersama mayat suami semasa upacara pembakaran mayat

· Adat thuggee

o Merompak dan membunuh mangsa di jalanan oleh golongan thug di wilayah Timur Laut India

o Menyamar dan mencekik pengembara hingga mati

o Atas nama Dewa Kali

· Adat membunuh bayi perempuan

o Mengutamakan anak lelaki

o Semasa bayi masih kecil dengan meletak racun diputing susu ibu

o Bagi mengelak ibu bapa menanggung derita membesar dan membayar dowri

· Adat melarang balu berkahwin

o Serta berhias, hanya memakai sari putih

o Dilarang menghadiri sebarang majlis perayaan dan tidak benar pulang ke rumah keluarga

· Adat perhambaan

o Hamba dijadikan korban untuk sesuatu upacara bagi meningkatkan kesuburan dan kemakmuran tanah bagi mengukuhkan ekonomi masyarakat

· Adat membunuh kanak-kanak

o Akan dibuang ke Gungai Ganges bagi melengkap upacara keagamaan

o Bagi keluarga yang ada niat atau nazar

2.2 Peraturan dan Undang-undang yang Diamalkan

2.2.1 Pengenalan


  • Dipengaruhi oleh amalan tradisi, keagamaan, dan falsafah – wujud dalam bentuk bertulis dan dikawal pemerintah

  • Ditulis dengan jelas dan dibentuk oleh Lembaga Pembuat Undang-undang serta segala urusan perundangan dikendalikan oleh mahkamah

  • Hukuman dikuatkuasa dan hukuman bagi yang melanggarnya

  • Pengaruh Hindu-Buddha dan Islam, di Jepun pengaruh China

  • Takrif

§ Untuk menyelesai berbagai konflik dlm masyrakat

§ Sebahagian daripada keseluruhan sistem masyarakat yang bergerak, dan mengawal tindak tanduk

§ Garis panduan utk menstabilkan pemerintahan demi keamanan dan kesejahteraan


  • Peranan peraturan dan undang-undang

§ Sbg panduan gol pemerintah utk mentadbir

§ Mengawal kesetiaan gol pembesar dan ras tanggungjawab mrk thdp tugas

§ Mengawal tingkahlaku anggota masyarakat

§ Negara dianggap bertemadun dan bermaruah

2.2.2 Undang-undang dan fungsinya di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur

2.2.2.1 Indonesia

· Di Jawa Tengah dan Jawa Timur – Babad Tanah Jawa dan Babad Mataram

· Pengaruh Hindu – kerajaan diwakil kepada kosmos, raja-raja jelmaan dewa dan dewi – Siva & Visnu

· Raja tidak boleh disingkirkan dan ini memantapkan politik serta keunggulan pemerintah dan kerajaan

· Kedatangan Islam mula mempengaruhi elemen perundangan

· Kesultanan Demak memperlihat peranan ahli Sufi

· Adat sering bersaing dengan agama, dan diterima sebagai undang-undang sekiranya adat tempatan sedia menerima spt di Sumatera

· Pada abad ke-17, dibawah pemerintahan Sultan Agung, raja-raja Hindu terhapus kecuali di Bali

· Kerajaan Islam bertapak

· Undang-undang ada unsur syariat ttpi dipengaruhi Hindu spt Undang-undang Mataram, Nawala Pradata, Angger Agen, dan Angger Sedasa

· Undang-undang ini menghapus kepercayaan raja adalah tuhan dan gelaran ditukar kepada sultan

· Antara amalan undang-undang Islam spt Undang-undang Acheh, Undang-undang Minangkabau

2.2.2.2 Myanmar

· Hukum Kanun Manu

· Ditulis oleh para cendekiawan dan rahib serta golongan ini memastikan ia dilaksana dalam pentadbiran dan pemerintahan

· Menentukan kedudukan raja sbg separa tuhan dan diberi sifat-sifat ketuhan kerana anggap jelmaan Dewa Siva dan Dewa Visnu

· Raja kedudukan tertinggi dalam hieraki sosial dan pemerintahan

· Undang-undang Sangha / Biara – raja harus adil kerana ia akan membawa ke jalan yang benar serta sokong rakyat

· Mahkamah Seiyun mengendalikan kes jenayah, makamah Khas Anaukyun kes-kes wanita dari istana

· Undang-undang juga memainkan peranan dalam menetapkan tempat dan cara seseorang rakyat bermastautin, cara berpakaian, alat-alat kegunaan harian, bentuk rumah kediaman, upacara pengkebumian dsb

· Harus dipatuhi rakyat dan hukuman diputuskan oleh mahkamah mengikut kesalahan

· Kesalahan spt memberontak, pengkhianat akan dihukum mati

2.2.2.3 Thailand

· Konsep undang-undang Hindu Dharmasastra (Thammasat)

· Gol Brahmin bertanggungjawab mentafsir undang-undang dalam pentadbiran

· Krom Lukkhun pegawai Brahamin, pakar undang-undang Thailand

· Pengaruh Buddha spt Kod Undang-undang Tiga Tera (undang-undang diraja) yg mengaris aspek pentadbiran, pemerintahan termasuk kuasa raja

· Konsep Dharma – pemerintah berdaulat, kebenaran, boleh disingkir jika melanggarnya

· Undang-undang Tiga Tera – garis panduan, raja sbg pemilik tanah, wakil tuhan dan kuasa mutlak

2.2.2.4 Filipina

· Undang-undang berasaskan alam persekitaran dan budaya tradisi

· Undang-undang bertulis- Undang-undang Kanun Marangtas dan Kanun Kalantiaw digubal oleh datu

· Perkara yang diadili – perhubungan, pemilikan harta, ekonomi, kesalahan janayah, perceraian dan segala perkara berkaitan kehidupan dan pentadbiran

· Menekan tradisi spt kesalahan membunuh dan menyamun dihukum bunuh, kesalahan kecil spt disebat, digigit serangga, dipaksa berenang atau denda

· Pelaksanaan undang-undang terbuka semasa perbicaraan

· Pengadu membawa saksi yang bersumpah menyatakan kebenaran

· Sekiranya timbul keraguan, ujian seperti siapa yang dapat menyelam lama ada benar

· Pengaruh Islam dalam Kanun Sulu

2.2.2.5 Jepun

· Pengaruh China, tahun 603 – 967 undang-undang Dinasti Tang digunakan dan diubahsuai yang berkaitan tanah dan pendaftaran rumah tangga

· Semasa pemerintahan Tokugawa, undang-undang membezakan golongan pembesar dengan rakyat bertujuan mengukuh kedudukan mereka

· Shogun Tokugawa juga mengenakan undang-undang yang menyekat kuasa Maharaja dan bangsawan;

o Ordinan Kinchu Sha-Hatto / Peraturan Istana- maharaja memperolehi ilmu dari ajaran klasik dan memaju tradisi puisi. Menteri-menteri agung menduduki tempat lebih kanan berbanding putera dan penetapan jumlah hasil diterima maharaja

o Undang-undang Buke Sho-Hatto / Ordinan bagi Rumah-rumah Tentera – mengawal daimyo-daimyo Tozama dan menyekat kelas tentera termasuk sekatan membaiki istana, mengadakan upacara perkahwinan hanya dgn kebeneran Shogun, tidak benar bawa tentera ke kawasan lain, larangan subversif, larangan daimyo-daimyo memakai pakaian mewah dan dikehendaki melaku Sistem Sankin Kotai

· Petani perlu bayar 40 -50 peratus cukai dari hasil – menyebab ramai petani menanggung hutang dan gagal menjelas hutang dihukum

· Undang-undang mengawal masyarakat bawahan utk mendapat taat setia mengelak pemberontakan

· Dasar mengekalkan masyarakat statik – Kein no Furegaki menerang tugas petani memotong rumput sebelum diusaha, menyedia teh atau sake , suami berada sebelah isteri sms menenun

· Pemodenan semasa pemerintahan Meiji termasuk undang-undang

· Salah satu elemen penting utk menghadapi Barat serta menghapus pemusatan kuasa golongan bangsawan dan keadilan untuk petani dan rakyat

2.2.2.6 China

· Usaha pemerintah mengekal keharmonian dan kehidupan sosial yang baik

· Hukuman dilihat sebagai upacara sosial terhadap individu mengikut kesalahan

· Sistem perundungan;

o Undang-undang Maharaja / Dikri Maharaja – menyelesai masalah politik dan ekonomi negara

o Undang-undang dikeluarkan pembesar wilayah – bersifat tempatan, dikendalikan pesuruhjaya selaku penguasa polis

· Doktrin Tanggungjawab ;

o Maharaja bertanggungjawab terhadap keadilan seluruh negara

o Tanggungjawab kumpulan, iaitu hukuman kolektif keatas kumpulan akibat kesalahan ahlinya dengan menyerah seorang ahli, juga sorang bapa boleh dihukum atas kesalahan dilakukan oleh anaknya

· Sesorang dianggap bersalah hingga dibukti sebaliknya

· Hukuman atas budi bicara pemerintah atau hakim

· Tiada badan penasihat bagi bentuk hukuman

· Konsep nyawa di balas nyawa

Bab 3: Sistem Sosial

3.1 Sistem Feudal

3.1 Pengenalan


  • Maharaja / Raja menguasai tanah dan memilikinya

  • Golongan Bangsawan serta pembesar dikawal dan memiliki tanah dan bertindak sbg tuan tanah

  • Maharaja / raja berhak meminta segala bentuk bantuan dari pembesar/ tuan tanah kerana mereka saling bergantung

3.2 Struktur

· Kedudukan berdasarkan hieraki yang terdiri dari golongan pemerintah dan diperintah

· Raja berada di kedudukan teratas, golongan pemerintah diikuti golongan anak raja dan bangsawan

· Pada lapisan ke-3 adalah rakyat jelata yang hubungan kepada raja melalui pembesar

3.3 Sistem feudal di Asia Tenggara

3.3.1 Sistem feudal di Myanmar

§ Kedudukan raja teratas & dianggap wakil tuhan

§ Dalam upacara pertabalan, raja diberi sifat-sifat ketuhanan oleh sami Brahmin, mengurniakannya alat-alat kebesaran yang ada sifat kesaktian

§ Rakyat diterima raja sebagai pemerintah dan berdaulat

§ Pengaruh Hukum Kanun Manu dari India

§ Kuasa mutlak, menentukan kehidupan rakyat dan dianggap pelindung dari ketidakadilan dan pencerobohan

§ Raja sebagai pengembang dan pelindung agama Buddha

§ Gajah putih penting, istana terletak di Gunung Meru- kediaman tuhan dan sebgai pusat alam mengikut kosmologi India

§ Konsep kosmologi meletakan raja paling berkuasa dan taraf kedudukan tinggi

§ Sistem feudal wujud akibat kebergantungan raja terhadap pembesar terutama gabenor / myowun dan pembesar wilayah / myosa merupakan tonggak kerajaan dalam mentadbir negara

§ Lapisan atas - antara pembesar;

ü Wungyi / ketua menteri – terdiri dari 4 orang menteri kanan termasuk hluttaw, ramai kakitangan dan pegawai termasuk perutusan, petani, bentara, penyair, ketua tentera, juruukur dan pendaftar sumpah

ü Wundauk / Menteri muda- membantu wungyi

ü Atinwun / pegawai istana - 4 – 8 org, pentadbiran istana dan mengawal petugas-petugas istana, mengawal kewangan, urusan cukai, sbg privy councillor kepda raja, pengaruh lebih ke atas raja berbanding wungyi

ü Myowun / gabenor – berada diluar istana & mnjln kuasa feudal, memungut cukai 10 – 15% , 50 – 80 diserah kepada raja

ü Myosa / tuan tanah – pentadbiran tanah

ü Myothugyi / Ketua bandar – mengawal rakyat, menjadi wakil rakyat

ü Ywa thugyi / ketua kampung – jawatan terendah dan diwarisi, pelantikan disah oleh raja, & bertanggung jawab mengutip cukai dan menjalin hubungan erat dengan myothugyi. Selain itu jaga keamanan, dan menyelesai perselisihan

§ Lapisan diperintah;

ü Petani – 80 % rakyat, ekon sara diri- menanam padi, dikehendaki membayar cukai dan perkhidmatan kepada raja 3 – 4 bln setahun

ü Ahmudan - mahir dlm pelbagai bidang, perhatian istimewa dr raja dan berkhidmat sbg pegawai raja / thwei-thauk, mengerja tanah raja, menjaga empangan dan buruh binaan – dianugerah tanah sbg ganjaran

ü Gol hamba – lapisan terendah, hamba kepada biara dan penjenayah yg menerima hukuman – bertani dan menyelenggara biara

§ Perbezaan taraf kerana pemerintah hidup mewah dan menguasai tanah dan mengutip cukai

3.3.2 Sistem feudal di Vietnam

· Pengaruh China, maharaja ditabal wakil maharaja China dianggap sah dan berwibawa

· Bermula dgn Maharaja Gia Long pemerintahan bercorak birokratik berasaskan hierarki Mandarin

· Wilayah Vietnam dibahagikan;

ü Wil. Annam – ibu negeri/ Maharaja

ü Wil. Tongking – dibawah Wizurai

ü Wil. Coch-China – dibawah Wizurai

· Ketiga-tiga wil ini dibahagi kepda bahagian kecil – provinci, phu, huyen, tong dan kemun yang setiapnya ditabir seorg pembesar

· Hieraki sosial;

ü Maharaja – kuasa mutlak, pemilikan tanah dan harta. Kesejahteraan rakyat & negara bergantung kpd kebijaksanaan maharaja sekiranya diabai akan membawa bencana alam mandat dari syurga hilang.

ü Gol. Quan / Mandarin – bantu dlm pmerintahan, melaksana tugas maharaja, sokongan dan penghormatan rakyat, juga penjamin, penegak keadilan dan pentafsir undang-undang dan sbg pegawai kehakiman

® Quan Awan – ketua quan, bertaraf tinggi, berpendidikan Confucius, semua rakyat berpeluang menjadi pegawai dengan mengambil peperiksaan – bukti mobiliti sosial

® Komun / kampung – pegawai paling rendah pangkat terdiri drp orang tua, mendapat kelulusan istana, menjalankan perintah dan arahan istana, mendamaikan perselisihan, dan mengutip cukai

ü Gol. Petani – lapisan ketiga, menjalan aktiviti sara diri –tanam padi, membantu meningkat ekonomi. Petani dikehendaki membayar cukai dan kerahan tenaga 20 – 60 hari/tahun cth utk membina empangan dan tali air

ü Gol hamba – lapisan bawah, merupakan penjenayah dan dihantar ke kem-kem tentera di sempadan & membuka tanah baru. Habis hukuman boleh menjadi petani

3.3.3 Sistem feudal di Thailand

· Berasas agama Buddha dan adat resam – hirearki ditentukan dosa dan pahala;

o Raja - pemerintah berdasar konsep dharmaraja, berkuasa mutlak dan pemerintahan diperkukuh dengan pengumuman gajah putih sbg keabsahan raja

o Nai / bangsawan - khunnang/ chao dipertanggungjawab menjaga kebajikan dan perlindungan phrai. Kuasa politik dan ekono nai berdasarkan bilangan phrai

o Phrai / rakyat lelaki bebas – gol ketiga susun lapis masyarakat, perlu mendaftar dengan nai, jika gagal dianggap penjenayah atau orang buangan. Hubungan ini bersifat kontraktual, phrai memberi hadiah, perkhidmatan dan kesetiaan utk mendapat perlindungan dan bantuan nai. 3 kump phrai;

® Phrai Luang – di bawah raja dan mesti menjalan khidmat rathakan /kerahan tenaga 3 bulan setahun dan juga utk choa/khunnang mereka

® Phrai Som – berdaftar dgn khunnang secara rasmi, wajib menjalnkan ratchakan / kerahan tenaga 1bulan dlm stahun utk raja , lebih untuk nai

® Phrai Suai – berdaftar di wilayah yg jauh dari ibu kota. Ditugas utk mendapat bahan mentah dan hasil hutan utk dijual di ibu kota, ini sbg ganti ratchakan

o That / hamba – milik nai dan phrai yg kaya, tidak bebas ttpi berhak memiliki harta. 2 jenis that/ hamba;

® Hamba belenggu – berhutang dengan phrai bekerja hingga hutang langsai

® Hamba tawanan perang

o Sangha / sami Buddha – kedudukan sosial tinggi dan mulia, dikecualikan dari sistem nai – phrai – that, tanggungjawab dalam soal keagamaan dan khidmat kepada semua tanpa mengira kedudukan

· Sistem feudal ada sakdina / markah darjah cth raja muda 10 ribu sakdina, that 5 sakdina

· Sakdina – menentukan keluasan tanah yg boleh dimiliki dan diusahakan

3.3.4 Sistem feudal di Filipina

· Corak pemerintahan secara tradisi dlm daerah-daerah kecil / barangay dan pemimpin bergelar datu

· Hierarki ;

o Datu - dipilih dari kalangan lelaki tua berpengelaman dan berkuasa di barangay, menjalankan pemerintahan dan pentadbiran, menguasai tanah dan hal ehwal masyarakat. Tanah milik keluarga bukan individu

o Maharlica – bangsawan membantu datu, berkuasa terhadap sumber hasil termasuk tanah. Rakyat yang tidak bertanah boleh menyewa/ bayar cukai kpd maharlica

o Timagua – bebas, gol petani mengerjakan tanah utk keperluan diri dan barangay, menjalankan perkhidmatan sukarela gol pembesar dan perkhidmatan wajib kerajaan.

3.4 Sistem feudal di Asia Timur

3.4.1 Sistem feudal di China

· Lima kelas hieraki, dan pemerintahan pusat di bawah Maharaja dan wilayah di bawah pembesar yang mentadbir. Kerajaan wilayah bebas bergerak selagi menyumbang kewangan kepada kerajaan pusat.

· Maharaja

o Hierarki tertinggi, tunggak pemerintahan

o Perlantikan waris dilakukan apabila maharaja nazak dan surat wasiat terbatal jika sembuh. Keadaan ini menentukan kestabilan

o Wakil dari Syurga – akan terbatal jika berlaku bencana alam dsb yg baginda dipertanggungjawab

· Bangsawan / gol Sarjana

o Di bawah maharaja dan ditauliah kuasa untuk memerintah wilayah, dianugerah tanah yang bebas cukai serta mereka berpeluang meluaskan wilayah

o Kegagalan maharaja memantau menyebabkan golongan ini menduduki hierarki penting

o Gol sarjana – terpelajar dan menduduki darjat paling tinggi, lulus peperiksaan awam melayakan menjadi pegawai kerajaan, peluang utk kekayaan dan pangkat – 4 tahap pep: P. Bandar, P. Jajahan, P. Wilayah & Istana (depan maharaja)

· Petani

o 80 % rakyat China

o Mengeluarkan makanan dan dianggap mulia kerana memberi makanan mencukupi kpd rakyat

o Kehidupan sedarhana, kemampuan beli benih, tukar peralatan pertanian, mengadakan kenduri kahwin dan kematian keluarga/

o Tidak mampu menabung utk keluarga

· Tukang mahir, saudagar, askar dan buruh

o Lapisan paling rendah

o Dasar tutup pintu dan anti-perdagangan – saudagar dipandang hina

o Askar terdiri dari banduan yg menjalani hukuman

· Maharaja mendapat ketaatan pembesar dan mengutamakan ajaran Confucius, memberi hadiah kepada pegawai yg berkebolehan dan jawatan kepada yg terpelajar.

3.4.2 Sistem feudal di Jepun

· Gol pemerintah dan gol diperintah

· Maharaja – ketua negara, ttpi hanya simbol perpaduan, kuasa sebenar ditangan Shogun. Tinggal terpencil di Kyoto sedangkan pusat pemerintahan di Edo/Yedo

· Shogun

o Paling berkuasa dlm pentadbiran dan pemerintahan – Shogun Tokugawa

o Menjalankan dasar pecah perintah, dibantu oleh daimyo/pembesar

o Kedudukan terjamin dengan kawasan tertentu ditadbir daimyo yang menyokong dan diberi tanah.

· Daimyo

o Daimyo Fudai – sekutu Shogun, kaum kerabat/keluarga, diberi tanah di bahagian tengah Honshu

o Daimyo Shimpan – juga keturunan Tokugawa. Dikenali sbg go-sanke / tiga rumah; rumah-rumah bersaudara

o Daimyo Tozama – daimyo luar/ musuh Tokugawa suku Barat spt Satsuma, Chonsu, Tosa dan Hizen, sentiasa dikawal, dilarang memasuki istana maharaja, tidak dibenar mengumpul kekayaan

· Samurai – kelas panglima, penjaga kepentingan Daimyo dengan kesetiaan tidak berbelah bagi, menjaga keamanan negara, tidak dibenar melakukan apa-apa pekerjaan lain, ditanggung oleh golongan petani

· Petani / nomin

o Rakyat biasa, petani berada di tahap tinggi dan mulia kerana dasar tutup pintu

o Mengeluarkan beras dan sebahagian besar yg bayar cukai

o Diberi makanan secukupnya kerana hasil adalah utk negara

o Hadapi sistem kerah, membawa hasil ke Tokaido

o Diperiksa & dikena cukai

o Juga diberi pendidikan – terakoya / sekolah kampung didirikan

· Artisan / tukang mahir

o Dibawah petani

o Kemahiran membuat pedang, dll peralatan

o Diberi gaji, penghargaan dan penghormatan serta rumah

o Tukang kayu yg baik akan diberi 500 koku dan dibenar guna pedang

· Pedagang / chonin

o Dipandang rendah, kerana sistem feudal tentera serta tiada mobiliti sosial, setelah aman mereka berjaya mengumpul kekayaan yang mengatasi daimyo.

3.2 Sistem Kepercayaan dan Agama

3.2.1 Pengenalan

· Sebagai kayu pengukur tamadun sesuatu bangsa

3.2.1 Kepercayaan Animisme

· Setiap benda di sekeliling mempunyai semangat atau roh

Agama Hindu

· Berasaskan ajaran Veda

· Upacara penting; upacara pengorbanan

Agama Buddha

· Pengasasnya Putera Siddharta Gautama Buddha

· Menekankan konsep ahimsa

Agama Jaina

· Menekankan undang-undang sebab dan akibat yang dipercayai menentukan kelahiran semula roh-roh

Agama Islam

· Hukum Islam berasaskan ajaran al-Quran dan Hadis

Ajaran Confusianisme

· Diasaskan oleh Kung Fu Tze

· Bukan satu agama tapi satu falsafah atau pegangan

Agama Shinto

· Pemujaan terhadap alam, roh nenek moyang, dan seumpamanya

Agama Kristian

· Agama yang menekankan unsur kasih sayang dan pengampunan

Ajaran Taoisme

· Ajaran yang diasaskan oleh Lao Tze

Bab 4: Sistem Ekonomi

4.1 Sistem Ekonomi Sara Diri

4.1 Pengenalan

· Suatu aktiviti ekonomi yang bertujuan untuk keperluan asas, keperluan peribadi/keluarga , bukan utk dijual, jika ada lebih ditukar utk brgan lain

· Tertumpu kepada pertanian – memenuhi keperluan keluarga, tidak memerlu modal banyak dan peralatan mudah

· Cangkul, tugal, tenggala dan tenaga haiwan seperti kerbau/lembu

· Padi sawah dan padi huma

4.2 Sistem Ekonomi di Asia Tenggara

4.2.1 Sistem ekonomi sara diri di Myanmar

· Pertanian

ü Padi sawah

© Aktiviti ekon penting

© Delta Irrawady

© Beras – makanan utama, utk tapai, tepung, samsu

© Berkurangan krn peperangan – penduduk miskin

© Abad ke-19, larangan eksport beras

ü Padi huma

© Di hulu Myanmar – pertanian pindah / taungya

© Mula dgn menebang pokok2, menanam sms musim hujan dgn cara menugal, menuai secara gotong royong

© Suku Karen, Kachin

ü Tanaman lain dan buah-buahan

© Sekoi, keladi, jagung, bijirin – tanaman sampingan

© Kapas & kacang tanah – dataran tinggi Myingyan dan Minbu

© Sekoi, kekacang, pertanian pindah – Pagan

© Menghasil garam, disamping menanam buah-buahan – jambu, durian, betik, rambutan

ü Menangkap ikan

© Satu lagi kegiatan yg dijlnkn, di Arakan dan Tennasserim – dijual kpd petani dihilir

© Nasi & ikan makanan utama

© Tidak makan daging krn agama Buddha

ü Perdagangan

© Dilaku sms musim hujan krn paras air naik memudah perhubungan

© Melalui sungai dan laut, jalan darat – kereta lembu

© Garam, ikan kering, sambal ikan dan beras

© Bertukar-tukar dgn penduduk di hulu dan hilir

© Monopoli Istana – kapas dan kayu jati

© Kutip cukai - kastam, tol dan bazar

© Di utara , Bhamo – sutera, kertas, teh, kacang, daun mas & buah-buahan barangan dari China dari Dis-Mac, ditukar gading, kapas, batu ambar, batu permata, sarang burung dan candu

ü Perlombongan

© Petroleum & batu permata

© Emas, perak

© Dikuasai raja

4.2.2 Sistem ekonomi sara diri di Thailand

ü Pertanian

© Keutamaan pertanian padi- padi sawah & padi bukit

© Kawasan subur di Lembah Menam Choa Phraya/ Dataran Bangkok

© Air dari sungai

© Padi bukit – suku Karen, Meo, Hmmong, Lissau, Yao, Shan di kwsn pendalam dan berbukit -Pertanian pindah / tam rai – bulan Okt – Nov

© Sekoi, jagung, keladi dll

© Tebu – wil Makhon, Chaisi, Bangplasoi, Paedriu , Bangplakong

© Gula – diekport ke China

© Lada hitam, kapas, tembakau

ü Perdagangan, perusahaan, perlombongan, perikanan dan penternakan

© Lada hitam, kayu cendana, garam, sarang burung, telur penyu – monopoli raja Thailand

© Perdagangan lada hitam, Audya, China utk dpt bekalan bahan binaan , senjata yg ditukar dgn beras dan kayu

© Perdagangan luar – monopoli raja & turut sistem ufti

© Perusahaan kecil – menenun utk kain, lungyi , panung oleh penduduk kampung bagi menampung ekonomi keluarga

© Perlombongan bijih timah – di Phuket dan Ranong dijalankan pemodal-pemodal Cina

© Hasil laut – krn penduduk tidak makan daging

© Lembu & kerbau dipelihara utk membajak

4.2.3 Sistem ekonomi sara diri di Filipina

ü Pertanian

© Penanam padi

© Dua pertiga tanah

© Tanah milik bersama – sekeluarga mengerja petak-petak

© Padi bukit

© 2 jenis padi sawah ; guna hujan dan bekalan air banjir & sungai

© Sistem tenggala & penyemaian guna tangan

© Orang bukit , kawasan terpencil – tebang dan bakar (kaingin) – kering & kurang air

© Tanam sayur – sekitar tempat tinggal, melukah ikan, menternak ayam, itik, babi utk keperluan keluarga

© Tanam ubi, kelapa,manila hem dan abaka

© Mindanao & tenggara Luzon – abaka

© Pertanian pindah – masyarakat nomad di Mondoro, selain tanam jagung, ubi, dll, ternak ayam, itik, lembu – sumber protein

ü Perusahaan, perniagaan, dan perlombongan

© Perusahaan kecil-kecilan – menenun, menganyam tikar, bakul, menyulam, membuat anting-anting, cincin, gelang

© Membina kapal - perusahaan individu & keluarga

© Perniagaan monopoli gol pemrintah – penghulu & bangsawan

© Barangan niaga – kelapa kering, mutiara, pinang dll

© Kelapa – selatan Luzon, Kepulauan Visayan dan Mindanao – dipelbagai utk kelapa kering dan minyak

© Wujud hubungan perdagangan dgn China yg membawa sutera, tembikar, manik ditukar dgn kulit kura-kura, mutiara dn pinang

© Lombong – tembaga di Toledo tgh Cebu

© Bijih timah di Surigao – utara Mindanao

4.2.4 Sistem ekonomi sara diri di Indonesia

ü Pertanian

© Penanam padi sawah – kegiatan utama, ditanam sepanjang dataran lanar dan lembah-lembah, lembangan dan lereng-lereng gunung berapi

© Di pulau Jawa dan Madura

© Sistem perairan dan dituai bulan April

© Padi huma – padi bukit, kawsan kering, dan lereng-lereng bukit, menebang pokok dan bakar utk kesuburan, pindah selepas 3 thn

© Tanaman sampingan – jagung, keledek, ubi kayu, dll

© Jagung – penting di Madura, Jawa Timur dan Sumatera

© Tebu – di Cheribon, dataran utara Jawa, Yogyakarta, Surakarta

© Kelapa di tanam diseluruh Indonesia

© Bunga cengkih di Maluku, buah pala di Pulau Bonda, kulit kayu cendana di Pulau Timur

ü Perdagangan dan perusahaan

© Secara kecil-kecilan di antara kawasan pendalaman dan kawsan-kawasan pantai di pelabuhan

© Batik – Jawa Tengah sblm menuai & memungut hasil tanaman, diusaha dari generasi ke generasi terutama kaum wanita

© Barang yg didagang – garam, periuk belanga, kain dan candu

© Barangan dagangan dibawa ke pendalaman, makanan di bawa ke pelabuhan

© Pemerosesan garam di Pulau Madura, pantai Jawa Timur yg akan dijual ke kwsn pendalaman

· Sistem ekonomi sara diri di Vietnam [STPM 2009]

►Sistem Ekonomi di Asia Selatan dan Asia Timur

· Sistem ekonomi sara diri di India [STPM 2009]

4.3 Sistem Ekonomi di Asia Timur.

4.3.1 Sistem ekonomi sara diri di China

ü Pertanian

© Pertanian utk keperluan seharian & dijalan secara bersama-sama

© Hasil dikongsi bersama

© Petani dipandang mulia sbg penyumbang makanan

© Pertanian penting kerana bentuk bumi , tanah dan cuaca yang sesuai spt Lembah Sg Yangtze, Sg Kuning

© Lembah ini sering banjir yang membawa tanah subur

© Hasil lain- barli, gandum, kacang, sayuran, teh di selatan China dan kapas di Utara dan Selatan utk industri pembuatan kain

© Sayuran ditanam di sekitar rumah

© Pokok buluh – rebung utk makanan, batang buluh utk binaan, perabot, dan peralatan memasak

© Kawasan tinggi – padi huma, sekoi, dan kekacang

© Di Kansu, Shansi dan Shensi – milet, dan kaoliang utk atap, alas lantai dan minyak

© Ternak – itik, kambing dan lembu

ü Perusahaan, perdagangan dan perlombongan

© Secara kecil-kecilan spt gubahan bunga plastik di Peiping, tembikar di Ching te’Chen, sutera di Shantung, Hopei

© Perdagangan garam – monopoli diraja

© Perdagangan dihad di Canton dgn peraturan ketat – brgn dagangan teh, sutera dan tembikar, China import kain kapas

© Perdagangan dgn Filipina, Burma, Vietnam dan Thailand

© Brgn lain spt bijih timah, antimoni, perak

© Arang batu – Shensi, Shansi, Hopei, Szechwan, Yunnan, Hunnan dan Shantung

4.3.2 Sistem ekonomi sara diri di Jepun

ü Pertanian

© Aktiviti utama – penting krn myumbang kpd pertumbuhan ekonomi

© Petani tulang belakang ekonomi Jepun, petani memiliki 30 % tanah selain dimiliki tuan tanah yg kaya

© Aktiviti pertanian / noson manakala di tanah tinggi dikenali sbg sanson

© Petani digelar hyakusho krn hidup miskin dan taraf sosial rendah;

§ Menguasaha tanah sendiri

§ Tanah sendiri dan yg disewa

§ Mengusaha tanah disewa

© Tanaman utama – padi ditanah sekali setahun pada musim bunga dan dituai musim luruh, guna sawah bertingkat krn kekurangan tanah pengairan terus dr sungai. Mengurang penggunaan baja dan menghalang rumput

© Iklim sederhana dan musim pertanian singkat – pertanian bersunguh-sunguh dlm masa terhad

© Tanaman lain – barli, gandum, pokok teh, kacang soya dan sayuran

© Pengunaan tebus tanah, benih & teknik baik, haiwan membajak - pertumbuhan ekonomi

ü Aktiviti Perikanan, Perdagangan

© Perikanan – sara diri & kaya dgn ikan

© Di kwsn perairan di persimpangan Arus Hitam yg panas dgn Arus Kamchatka yg sejuk

© Dijalankan dipesisiran pantai menguna jala dan pukat

© Kegiatn perdagangan terhad dgn China dan Belanda di Nagasaki dan pulau Neshima

© Pedagang Belanda membawa sutera, kapas, minyak wangi, gula di tukar dgn perak, tembaga, besi, beras dll

© Terhad krn dasar tutup pintu

4.2 Dasar Pintu Tertutup dan Dasar Pintu Terbuka

4.2.1 Pengenalan

ü Dasar pintu terbuka – tidak menyekat perdagangan dgn luar / Barat

ü Dasar pintu tertutup wujudnya dasar isolasi kerana sikap Barat yang suka mengambil kesempatan, malah suka campurtangan dan bimbang akan penyebaran agama Kristian

4.2.2 Dasar Pintu Tertutup dan Dasar Pintu Terbuka Thailand

ü Mengamal Dasar Pintu Tertutup krn;

© Sedar niat Barat yg ingin meluas kuasa, dan bimbang akan ketidakstabilan politik

© Yakin brgn mencukupi, tx memerlu brgn Barat kecuali senjata

© Hubungan dgn China – bantuan bekalan makanan sms pemerintahan Taksin

ü Rama I (1782 -1809)

© Penyatuan Siam oleh Paya Taskin.

© Sibuk berperang dengan Burma,Kemboja dan Vietnam.

ü Rama II(1809-1824)

© Campurtangan di Kedah. Perang Siam-Kedah

© 1821 Sultan Kedah lari ke Pulau Pinang ( penjajahan British )

© 1822 John Crawford ingin mengadakan hubungan persahabatan dan perdagangan gagal

© Siam menghalang perdagangan dengan Barat.

© Siam berhubung perdagangan dengan China untuk persahabatan dan

mengekalkan kekuasaanya di negeri-negeri Tanah Melayu.

© Siam mengadakan persahabatan dengan Portugis,Belanda dan Perancis kerana membeli senjata

© British merasa diri dipencilkan.

ü Rama III(1824-1851)

© Henry Burney mengadakan perjanjian persahabatan dan perdagangan dengan Siam.

© Siam juga membuka pintu kepada Eropah dan Amerika tetapi terhad.

© Siam ingin melindungi persaingan saudagar-saudagar Siam dengan Barat.

© Siam bimbang campurtangan kuasa asing.

ü Rama IV(1851-1868) Mongkut

© Perubahan dalam corak perniagaan.

© Dasar buka pintu Perjanjian Bowring 1855 (British)

© menyukakan hati saudagar-saudagar Barat.

© 1856-Perjanjian dengan Amerika dan Perancis.

© Siam tidak Dijajah.

§ Siam tidak dijajah berdasarkan dasar tutup pintu – diselesaikan dengan Perjanjian Bowring 1855.

4.2.3 Dasar Pintu Tertutup dan Dasar Pintu Terbuka Vietnam

ü Kerajaan Vietnam juga menjalankan dasar tutup pintu berpilih-pilih namun begitu dasarnya menyebabkan Vietnam ditawan oleh Prancis.

ü Maharaja Gia Long(1802-1820)

© 1801 – menawan Vietnam

© mengisytiharkan dirinya Maharaja.

© 1804 – pengiktirafan dari Maharaja China keluarga Nguyen sebagai pemerintah Vietnam.

© Mengikuti dasar pemencilan dalam hubungan dengan Barat enggan memberikan sebarang keistimewaan kepada Barat kecuali Portugis.

© Hanya tongkang – tongkang China dibenarkan berlabuh.

ü Maharaja Minh Mong(1820-1840)

© Mengikut ajaran Confucious.

© Mengamalkan dasar tutup pintu.

© Kerana benci kepada Barat, Bimbang campurtangan Barat dalam hal ehwal negeri, tidak percaya dengan Barat dan lain-lain. xenophobia

© 1822 – John Crawford datang untuk mengadakan hubungan, ditolak oleh Maharaja.

© Namun Perancis dapat layanan baik kerana bantuannya dalam menyatukan Vietnam.

© Tetapi tiada satu pun perjanjian ditandatangani atau hubungan diplomatik.

© Dasar agama kristian-anti agama Kristian, enggan membenarkan agama kristian diamalkan berbeza dengan bapanya yang membenarkan.

© Mubaligh kristian memasuki Vietnam dan dipenjarakan. Gereja ditutup.

ü Maharaja Thieu Tri(1841-1847)

© Mengamalkan dasar tutup pintu – bencikan Barat.

© Meneruskan dasar pemencilan – anti agama kristian.

© 1843- Kapten Levegeu belayar ke Tourane meminta membebaskan 5 orang mubaligh agama kristian yang ditangkap dan dihukum mati.

© 1847-walaupun mubaligh agama kristian dibebaskan Perancis mengepung Tourane meminta keselamatan warganegara Perancis. Perancis gagal mendapat jaminan maharaja.

© 1847-Thieu Tri mangkat.

ü Maharaja Tu Duc(1848-1883)

© Hubungan dengan Barat bertambah buruk.

© Usaha – usaha menganiaya mubaligh Kristian diteruskan.

© 1857 – kematian Bishop Sepanyol di Tongking

© Perancis melancarkan serangan – Tourane dan Saigon ditawan.

§ Vietnam dasar tutup pintu berakhir dengan penaklukan Perancis ke atas Vietnam.

4.2.3 Dasar Pintu Tertutup dan Dasar Pintu Terbuka Negara Jepun

ü Jepun telah menjalankan dasar tutup pintu yang relatif dari dunia luar selama kira-kira 250 tahun. Shogun Tokogawa telah mengamalkan dasar isolasi sejak tahun 1638. Menurut dasar ini, orang Jepun dilarang menjalinkan hubungan perdagangan dengan kuasa-kuasa asing khasnya kuasa-kuasa Barat. Pedagang-pedagang luar juga tidak boleh berdagang di Jepun.

ü Boleh dikatakan bahawa sehingga tahun 1850-an tidak terdapat pedagang asing di Jepun kerana pada waktu itu Jepun lebih menekankan perkembangan ekonomi dalaman sahaja.

ü Terdapat beberapa faktor yang menyebabkan Jepun mengamalkan dasar pemencilan / isolasi iaitu :

© Wujudnya perasaan syak wasangka terhadap kejujuran pihak Barat. Jepun bimbang kemungkinan besar kuasa-kuasa Barat akan menggunakan kesempatan untuk melibatkan diri dalam politik tempatan.

© Perkembangan agama Kristian akan dijadikan landasan oleh orang Barat untuk menjatuhkan dan melemahkan kerajaan Jepun dan masyarakat tempatan.

© Jepun berasa bahawa mereka tidak perlu bergantung kepada orang Barat kerana mereka tidak memerlukan barangan dari luar. Sistem ekonomi sara diri yang dilaksanakan oleh mereka lebih daripada mencukupi untuk keperluan masyarakat Jepun.

© Orang-orang asing juga dikatakan kerap kali mencetuskan masalah dan huru-hara di Jepun yang dianggap boleh mengancam keamanan dan keselamatan negara.

© Kerajaan Jepun juga bimbang pembesar-pembesar seperti Daimyo Tozama dan Ronin yang tidak berpuas hati akan meminta bantuan senjata dan askar dari luar untuk menentang kerajaan.

ü Berpunca daripada faktor-faktor tersebut, akhirnya Jepun mula menyekat kemasukan orang-orang Barat ke Jepun. Malah mubaligh-mubaligh Kristian yang ketika itu berada di Jepun telah diusir keluar.

ü Rakyat tempatan turut dilarang melawat ke negara-negara luar terutamanya negara-negara Barat. Tindakan ini jelas membuktikan amalan dasar isolasi Jepun

ü Pada tahun 1825, Shogun telah mengeluarkan satu perintah bahawa jika kapal-kapal asing menghampiri mana-mana bahagian Jepun pada bila-bila masa, penduduk Jepun akan mengusir mereka keluar. Sekiranya mereka mendarat, mereka akan ditawan, dibunuh dan kapal mereka akan dimusnahkan.

ü Walau bagaimanapun, dasar isolasi ini juga tidak dapat bertahan lama. Terdapat beberapa percubaan oleh kuasa-kuasa Barat bagi mengubah dasar luar Jepun.

ü Sebagai contoh Amerika Syarikat telah cuba menjalinkan hubungan persahabatan dengan Jepun pada pertengahan abad ke-19. Pada tahun 1853, Amerika Syarikat telah menghantar perutusan yang besar di bawah Komoder Matthew Perry.

ü Utusan Perry menekankan aspek persahabatan dan perdamaian tetapi menegaskan bahawa Amerika Syarikat akan menggunakan kekerasan sekiranya Jepun masih menganggap Amerika Syarikat sebagai musuhnya.

ü Walaupun Maharaja, pembesar istana dan daimyo menentang permintaan Amerika Syarikat, tetapi mereka sedar sekiranya permintaan-permintaan Amerika Syarikat tidak dipenuhi, Jepun akan senasib dengan China.

ü Akhirnya Perjanjian Kanagawa telah ditandatangani pada 31 Mac 1854 antara Jepun dan Amerika Syarikat. Perjanjian ini sekaligus telah menamatkan dasar isolasi yang diamalkan oleh Jepun.

ü Bagi Jepun pula, Perjanjian Kanagawa telah membuka jalan kepada beberapa perjanjian dengan kuasa-kuasa Barat yang lain seperti Britain, Rusia dan Belanda. Akhirnya, Jepun terpaksa mengamalkan dasar pintu terbuka melalui hubungan perdagangan dan diplomatik dengan kuasa-kuasa Barat selepas pertengahan abad ke-19.

4.2.4 Dasar Pintu Tertutup dan Dasar Pintu Terbuka Negara China

ü Dasar isolasi disebut juga sebagai dasar pintu tertutup atau pemencilan diri. Dasar ini merujuk kepada pendirian sesebuah negara yang tidak membenarkan campur tangan dan kemasukan pengaruh luar khususnya negara-negara Barat ke negara mereka. Tujuan dasar ini diamalkan adalah untuk mengelakkan campur tangan kuasa asing dalam sistem politik, ekonomi dan sosial.

üSejak pertengahan abad ke-18 hingga pertengahan abad ke-19 apabila Manchu mengambil alih pemerintahan China, mereka mengamalkan dasar isolasi. Walau bagaimanapun, perdagangan terhad dijalankan dan diawasi rapi oleh kerajaan China

ü Sebab-sebab China mengamalkan dasar isolasi :

© Negara China beranggapan bahawa kuasa Barat adalah tidak setanding dengan mereka yang dikenali sebagai Middle Kingdom. China yang sangat dipengaruhi oleh ajaran Confucius menganggap negaranya sebagai ”Chung Kuo” atau pusat tamadun yang termasyhur dan termaju di dunia. Negara-negara lain dianggap pembawa ufti yang rendah martabatnya.

© Kerajaan China enggan menjalinkan hubungan diplomatik atas dasar persamaan taraf dengan kuasa-kuasa Barat yang dianggap sebagai orang gasar atau barbarian iaitu tidak mempunyai tamadun dan sebagai hantu asing. Mereka mesti menerima kedaulatan, kekuasaan, dan ketuanan negara China yang lebih unggul melalui adat sujud atau “kowtow” dan pembayaran ufti.

© Kerajaan China mengamalkan sistem sara diri yang merasakan bahawa hubungan dengan luar tidak diperlukan sebab segala keperluan mereka dapat diperoleh dari dalam negara mereka sendiri. Mereka tidak memerlukan barangan dari luar sebab sumber barangan sama ada makanan atau keperluan seharian dapat diperoleh dengan mudah.

© Malahan masyarakat China menganggap kegiatan perdagangan merupakan satu pekerjaan yang sangat menghinakan. Justeru, perdagangan tidak digalakkan terutamanya dengan kuasa-kuasa Barat. Sebarang urusan perdagangan sekiranya ada akan diawasi dengan ketat oleh kerajaan China.

© Kerajaan China bimbang dengan kemasukan pihak luar terutama kuasa Barat akan campur tangan dalam politik tempatan. Mereka juga bimbang budaya dan agama tempatan akan terjejas apabila pihak Barat campur tangan. Agama Kristian yang dibawa oleh Barat akan menyebabkan agama tradisi menerima ancaman.

© Sistem perundangan China bertentangan dengan sistem perundangan Barat. Dalam sistem perundangan China berdasarkan prinsip-prinsip bahawa seseorang yang didapati melakukan kesalahan dianggap bersalah sehingga dibuktikan tidak bersalah dan menitikberatkan tanggungjawab kumpulan. Semua ini jauh berbeza dengan sistem perundangan Barat yang menegaskan tanggungjawab individu dan segala kesalahan mesti dibuktikan.

ü Pada pertengahan abad ke-18 Maharaja Chien Lung telah mengeluarkan satu dekri untuk mengehadkan perdagangan orang-orang Barat di China. Kerajaan China telah mengeluarkan Lapan Peraturan yang telah ditetapkan dan mesti dipatuhi oleh pedagang asing iaitu :

© Orang-orang Barat hanya dibenarkan berdagang di pelabuhan Canton sahaja Pelabuhan-pelabuhan lain tidak dibenarkan.

© Orang-orang Barat dikehendaki berdagang melalui Cohong yang merupakan wakil perdagangan yang dilantik oleh kerajaan China untuk mengendalikan perdagangan dengan orang asing.

© Cohong bertanggungjawab memonopoli perdagangan, mengenakan tarif perdagangan serta menguruskan pengedaran barang dagangan.

© Saudagar-saudagar Barat dilarang mengahwini wanita tempatan.

© Saudagar-saudagar Barat tidak dibenarkan membawa masuk isteri dan senjata api ke China.

© Saudagar-saudagar Barat dikehendaki pulang ke Macau setelah tamat musim perniagaan.

© Orang-orang asing juga tidak dibenarkan mempelajari Bahasa Cina.

© Orang-orang asing tidak dibenarkan menggunakan sungai dengan bebas. Mereka hanya dibenarkan melawat Flower Garden sahaja.

Peraturan-peraturan perdagangan yang ketat ini menyukarkan pihak Barat untuk berdagang di China.Tindakan ini jelas membuktikan bahawa China sememangnya tidak memerlukan barangan Barat. Sebaliknya, orang-orang Barat sangat memerlukan barang-barang dari China terutamanya teh, sutera dan tembikar.

ü Justeru, hubungan dengan China perlu diteruskan. Pelbagai usaha dilakukan untuk mewujudkan hubungan perdagangan yang baik antara China dan pihak Barat khususnya Inggeris. Namun, semua usaha yang dilakukan ternyata gagal untuk mendapat kerjasama dari negara China

ü Inggeris terpaksa menggunakan kekerasan untuk mengubah dasar luar negara China. Kedegilan China dan tindak balas Inggeris menyebabkan tercetusnya Perang Candu Pertama pada tahun 1839 dan berakhir melalui Perjanjian Nanking pada tahun 1842.

ü Perjanjian ini membuktikan kelemahan negara China yang terpaksa akur dengan tuntutan Inggeris. Secara tidak langsung Inggeris telah berjaya menamatkan dasar isolasi negara China yang telah diamalkan berkurun lamanya.




Popular posts from this blog

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R