Skip to main content

Soalan Percubaan STPM - Negeri 2010 (Sejarah 2)

GERAK GEMPUR SEJARAH 2 STPM 2010
JPN PERAK
Bahagian A
1. Jelaskan kegiatan ekonomi yang bersifat komersil yang dijalankan di Malaysia sebelum campur tangan British.
[25]
2. Bincangkan Perubahan Pentadbiran Kompeni Berpiagam Borneo Utara di Sabah sehingga 1963.
[25]
3. Bincangkan transformasi sosioekonomi di Negeri-negeri Melayu akibat campur tangan British dari tahun 1874 hingga1895.
[25]
4. Pembentukan Persekutuan pada tahun 1948 bagi menggantikan Malayan Union yang diperkenalkan pada tahun 1946 dapat diterima oleh orang Melayu. Huraikan.
[25]
5. Bincangkan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan Malaysia pada tahun 1963.
[25]
6. Terangkan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar luar Malaysia dari tahun 1957 hingga tahun 1963
[25]
Bahagian B
7. Bincangkan adat dan kepercayaan yang diamalkan di Thailand dan di India pada abad ke-19.
[25]
8. Terangkan perubahan pentadbiran di Filipina dari tahun 1821 – 1946 dan di India dari tahun 1858 - 1947
(25]
9. Jelaskan tindak balas masyarakat tempatan terhadap kehadiran kuasa-kuasa barat di Filipina dan di Vietnam pada abad ke-19.
[25]
10. Huraikan peranan golongan agama dalam gerakan nasionalisme di Indonesia dan di Myanmar sehingga awal abad ke-20.
[25]
11. Bincangkan kesan pendudukan Jepun ke atas gerakan nasionalisme di Myanmar dan di Indonesia.
[25]
12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi di Myanmar dan di Filipina selepas perang dunia kedua
[25]

------------------------------------------------------------------------------

PEPERIKSAAN PERCUBAAN STPM 2010
NEGERI KELANTAN
SEJARAH KERTAS 2
BAHAGIAN A
1. Bincangkan hierarki golongan pemerintah di Tanah Melayu sebelum kedatangan British.
2. Sejauh manakah ekonomi di Tanah Melayu bersifat sara diri sebelum kedatangan British
3. Bincangkan penentangan penduduka tempatan terhadap pentadbiran Syarikat Berpiagam Borneo Utara (SBBU) di Sabah dan Pentadbiran Dinasti Brooke di Sarawak pada abad ke-19
4. Nilaikan kepentingan politik dan ekonomi Perjanjian Persekutuan tahun 1895
5. Kebimbangan terhadap golongan berhaluan kiri (Komunis) mendorong Tunku Abdul Rahman mencadangkan penubuhan Gagasan Malaysia tahun 1963. Bincangkan
6. Bincangkan penglibatan Malaysia dalam pertubuhan serantau dan antarabangsa tahun 1957 hingga 1963
BAHAGIAN B
7. Huraikan sistem feudal yang diamalkan di negara China dan Jepun sebelum kedatangan kuasa-kuasa Barat
8. Huraikan sistem kepercayaan dan agama yang diamalkan oleh masyarakat tempatan di China dan Jepun pada abad ke-19
9. Huraikan dasar pengilhakan British di India dan Perancis di Vietnam pada abad ke-19
10. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap kuasa-kuasa Barat pada abad ke-19
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun 1941 hingga 1945 terhadap perkembangan nasionalisme di Indonesia dan Burma
12. Jelaskan pembaharuan-pembaharuan yang dilakukan oleh Amerika Syarikat (SCAP) di negara Jepun antara tahun 1945 hingga 1952

-------------------------------------------------------------------------------

JABATAN PELAJARAN SABAH
(SEKTOR PENGURUSAN AKADEMIK)
SEJARAH
KERTAS 2
BAHAGIAN A
1. .Huraikan kedudukan dan peranan raja sebelum kedatangan kuasa Barat di Tanah Melayu . [25]
2. Jelaskan faktor-faktor yang membawa kepada pembentukan Negeri-negeri Melayu Bersekutu pada tahun 1896. [25]
3. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi perusahaan getah di Negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 dan awal abad ke-20. [25]
4. Bincangkan peranan kesusasteraan dan akhbar dalam kebangkitan gerakan nasionalisme Melayu. [25]
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. [25]
6. Bincangkan corak pemerintahan demokrasi berparlimen yang diamalkan oleh kerajaan Malaysia . [25]
BAHAGIAN B
7. Huraikan dasar tutup dan buka pintu yang diamalkan oleh China dan Jepun terhadap kuasa Barat pada abad ke-19. [25]
8. Bincangkan tindak balas masyarakat tempatan di Indonesia dan Filipina terhadap pemerintahan kuasa barat di negara masing-masing. [25]
9. Huraikan kesan penghijrahan imigran Cina ke Indonesia dan Filipina sebelum Perang Dunia Kedua. [25]
10. Bincangkan faktor-faktor yang membawa kepada meletusnya Revolusi China pada tahun1911 dan Revolusi Siam pada tahun 1932. [25]
11. Bincangkan kesan-kesan pendudukan Jepun di Indonesia dan Vietnam semasa Perang Dunia Kedua. [25]
12. Jelaskan pembangunan sosioekonomi negara Myanmar dan Thailand selepas tamat Perang Dunia Kedua sehingga tahun 1963. [25]

-------------------------------------------------------------------------------
SEKSYEN 10 KOTA DAMANSARA
47810 PETALING JAYA SELANGOR
PEPERIKSAAN PERCUBAAN 2010
SIJIL TINGGI PELAJARAN MALAYSIA
SEJARAH KERTAS 2
Bahagian A
Jawab dua soalan sahaja
1. Huraikan perlaksanaan Undang-undang Melaka dan Undang 99 Perak sebelum kedatangan barat . (25 markah)
2. Bincangkan kesan-kesan perlaksanaan Sistem Residen di Negeri-negeri Melayu dari tahun 1874 hingga 1888. (25 markah)
3. Huraikan ciri-ciri utama Sistem Pendidikan Vernakular Melayu dan Inggeris dari tahun 1874 sehingga sebelum Perang Dunia Kedua meletus. (25 markah)
4. Sejauhmanakah ancaman pengganas komunis mempengaruhi gagasan Malaysia pada tahun 1963. (25 markah)
5. Terangkan ciri-ciri Persekutuan Tanah Melayu 1948 dan reaksi penduduk Tanah Melayu terhadap penubuhannya. (25 markah)
6. Jelaskan faktor-faktor yang mempengaruhi pembentukan dasar luar Malaysia selepas merdeka. (25 markah)
Bahagian B
Jawab dua soalan sahaja
7. Jelaskan sistem perundangan di Asia Tenggara zaman prakolonial pada abad ke 19.
(25 markah)
8. Analisis faktor-faktor yang membawa campurtangan asing di Asia Tenggara pada awal abad ke 19. (25 markah)
9. Bincangkan permodenan Jepun semasa pemerintahan Meiji ( 1868-1912 ) dan permodenan Thailand semasa pemerintahan Chulalongkorn ( 1868 -1910 ). (25 markah)
10. Huraikan perbezaan gerakan nasionalisme Thailand dengan gerakan nasionalisme di Indonesia. (25 markah)
11. Huraikan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi 1911 di China dan revolusi 1032 di Siam. (25 markah)
12. Bincangkan usaha-usaha pembangunan ekonomi dan sosial di China dan jepun selepas Perang Dunia Kedua. (25 markah)

"Selamat mencuba"

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R