Skip to main content
Sejarah Malaysia STPM (Kertas 2)
TEMA 1 : MASYARAKAT TEMPATAN
1.1 Institusi Pemerintahan
1. Masyarakat Melayu tradisional sudah pun mempunyai sistem pemerintahan dan
pentadbiran yang sistematik sebelum campur tangan British. Bincangkan.
Pengenalan
Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British dapat
dibahagikan kepada tiga unit politik utama iaitu negeri, daerah atau jajahan dan kampung.
Isi
A – Peringkat Negeri
1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar
2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar
3. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar.
Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri.
Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar
Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang
Undang.
4. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota
5. Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebanyakan negeri-negeri
Melayu
a. Sistem penggantian bergilir di Perak
b. dilantik oleh Undang Berempat di N.S
6. Sultan/raja mempunyai daulat dan tulah. Rakyat yang menderhaka akan terkena
a. tulah..Diperkukuh dengan penggunaan bahasa dalam,warna, alatalat
kebesaran,
b. alat muzik dan cop mohor.
B – Peringkat Daerah
1. Unit pentadbiran yang kedua terbesar. Sesebuah negeri dibahagikan kepada beberapa
buah daerah untuk memudahkan urusan pentadbiran
2. Daerah ditadbir oleh pembesar.Pembesar terbahagi kepada 2 golongan –
a) Pembesar yang bekerja dalam istana tetapi ada kawasan pegangan
b) Pembesar yang bekerja atau mentadbir daerah di luar istana. Mereka diberi
surat tauliah oleh sultan dan merupakan individu yang paling taat setia kepada
sultan/ raja - contoh – Long Jaafar ( Larut ) - Dato’ Maharaja Lela ( Pasir
Salak )
3. Tugas-tugas pembesar daerah
a) Memungut cukai dan menyerahkan sebahagian daripada cukai kepada pusat
sebagai taat setia pembesar.
b) Menyediakan tentera
c) Menyediakan kerahan tenaga
d) Menjaga keamanan dan keselamatan masyarakat dalam daerahnya.
e) Mengadili dan menjatuhkan hukuman kecuali hukuman bunuh kepada yang
melakukann jenayah.
f) Menjunjung duli atau mengadap raja pada Hari Raya.
4. pembesar mempunyai pengikut atau anak buah dari kalangan masyarakat yang tinggal
di kawasannya. Jumlah pengikut menentukan kedudukan dan pengaruh seseorang
pembesar.
C – Peringkat Kampung
1. Unit pentadbiran paling kecil
2. Ditadbir oleh pembesar yang dilantik oleh sultan daripada kalangan keluarga baikbaik
iaitu Penghulu atau Tok Kweng. Dianugerahkan surat tauliah oleh sultan.
3. Tugas-tugas penghulu
a) Memungut cukai
b) Menjaga keamanan kampung
c) Mengendalikan dan menyelesaikan masalah yang timbul
d) Membekalkan tenaga tentera semasa peperangan
e) Mendapatkan tenaga buruh.
f) Memastikan rakyat di kampungnya taat setia kepada Sultan.
Kesimpulan
Sistem pentadbiran Melayu tradisional sebelum campur tangan British membuktikan satu
sistem pentadbiran yang sistematik Sistem pentadbiran masyarakat melayu mengalami
perubahan drastik selepas campurtangan British 1874 yang telah menghakis kuasa raja
dan pembesar-pembesar Melayu.
2. Terangkan bagaimana kuasa raja-raja Melayu diperkukuhkan sebagai kuasa
yang tertinggi dalam sistem politik Melayu sebelum kedatangan kuasa barat.
Pengenalan
 Sistem politik Melayu tradisional sebelum kedatangan Barat dibahagikan kepada
dua iaitu golongan pemerintah yang terdiri daripada sultan dan pembesar serta
golongan yang diperintah terdiri daripada rakyat dan hamba.
 Golongan pemerintah terutamanya sultan mempunyai kuasa mutlak dalam
menentukan aspek politik, ekonomi dan sosial di dalam pemerintahan.
Isi
1) Bidang politik
 Ketua pentadbir sesebuah negara yang berkuasa mutlak seperti membuat
undang-undang, ketua tentera, memegang jawatan penting, berkuasa
menjatuhkan hukuman bunuh dan boleh melantik pembesar dalam membantu
urusan pentadbiran negeri.
 Ketua diplomatik dalam hubungan luar.
 Kuasa raja diperkukuhkan dengan adanya konsep daulat dan rakyat yang derhaka
akan ditimpa tulah.
 Pemusatan kuasa berada di tangan sultan, pembesar hanya berkuasa di wilayah
pegangannya.
 Pembesar dan rakyat perlu taat setia kepada raja atau sultan. Segala arahan raja
atau sultan haruslah dilakukan tanpa bantahan.
2) Bidang Ekonomi
 Berkuasa dalam kegiatan ekonomi seperti perlombongan, pungutan cukai,
perdagangan.
 Pungutan cukai dikutip oleh pembesar yang dilantik dan raja hanya memantau
tugas pembesar tersebut.
3) Bidang Sosial
 Raja atau sultan dilambang sebagai khalifah atau wakil Allah di muka bumi.
 Sultan dibantu oleh ulama yang bertindak sebagai penasihat dalam hal ehwal
agama Islam.
 Memastikan peraturan Islam dilaksanakan.
 Raja wajib mengekalkan keamanan dan keharmonian di dalam negeri baginda.
 Raja berhak mengerah rakyat untuk khidmat sosial seperti membina istana dan
sebagai tentera.
 Sebagai pelindung adat resam dan adat istiadat contohnya mengetuai segala
upacara diraja seperti pertabalan.
4) Hak Keistimewaan
 Warna kuning dan putih digunakan oleh raja dan kerabat diraja. Contoh – payung
putih- raja, payung kuning – kerabat diraja
 Bahasa dalam/istana seperti gering, santap digunakan oleh raja
 Alat kebesaran seperti dokoh, kendi, cop mohor, keris, pending dan lain-lain –
menunjukkan keistimewaan raja.
 Muzik diraja – nobat, nafiri digunakan dalam upacara pertabalan diraja.
Kesimpulan
 Raja mempunyai kedudukan tertinggi dengan adanya sistem beraja dan
keistimewaan ini jelas menunjukkan perbezaan antara pemerintah dengan
rakyat.
 Selepas kedatangan barat, kekuasaan raja semakin berkurangan.
1.2 Hukum Adat, Peraturan dan Undang-undang
3. Huraikan pengaruh undang-undang bertulis yang terdapat di negeri-negeri
Melayu sebelum tahun 1874.
Pengenalan
 Undang-undang terbahagi kepada dua iaitu undang-undang bertulis dan tidak
bertulis.
 Undang-undang bertulis yang diamalkan di negeri-negeri Melayu adalah
berasaskan kepada Hukum Kanun Melaka tetapi menggunakan nama yang
berbeza-beza di setiap negeri.
 Contoh undang-undang bertulis ialah Undang-Undang Pahang, Undang-Undang
Johor dan Undang-Undang Kedah, dan Undang-undang 99 Perak .
Isi
1) Undang-undang Melaka.
a) Hukum Kanun Melaka
 Terbahagi kepada dua iaitu Undang-undang Laut Melaka dan Undang-undang
Darat / Hukum Kanun Melaka yang ditulis pada zaman pemerintah Sultan
Muzaffar Shah dan dilengkapkan zaman Sultan Mahmud Shah.
 Disusun secara sistematik dan mempunyai 44 bab yang meliputi perkara
mengenai raja, tugas pembesar dan peraturan rasmi di istana – memudahkan
pentadbiran. Ini termasuklah segala keistimewaan yang dimiliki oleh raja seperti
penggunaan bahasa istana, pakaian kuning dll.
 Mengandungi pelbagai bentuk hukuman kepada penderhaka dan pencuri, contoh:
hukuman mati dikenakan kepada sesiapa yang mengingkari perintah sultan dan
membunuh tanpa kebenaran sultan – untuk menjamin keamanan Melaka.
 Sultan mesti mempunyai pembantu untuk melaksanakan tugas kerajaan sultan
contohnya Penghulu Bendahari sebagai pengutip cukai di pelabuhan,
Temenggung menangkap pesalah dan mendirikan penjara.
 Menjadikan hukum syarak sebagai panduan – semua bentuk peraturan
berdasarkan ajaran Islam – selari dengan taraf Melaka sebagai pusat penyebaran
agama Islam yang utama di nusantara.
 Hukuman sivil dan jenayah turut dimuatkan dalam undang-undang, contoh sivil :
menyentuh perkara-perkara berkaitan hutang, harta, sewa tanah dan hamba.
Contoh jenayah: merujuk terhadap kesalahan jenayah – mencuri, merompak dll.
 Hukuman lebih berat dikenakan jika kesalahan dilakukan ke atas seseorang yang
berpangkat tinggi daripada pelakunya.
 Penghakiman dilaksanakan oleh sultan dan pembesar negeri.
 Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa
nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
 Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagangpedagang
yang berdagang dengan kapal.
b)Undang-undang Laut Melaka
 Undang-undang Laut Melaka merangkumi perkara-perkara yang berkaitan dengan
laut seperti peraturan pelayaran, tatacara jualbeli di atas kapal, bidang kuasa
nakhoda serta tanggungjawab pegawai kapal.
 Digubal untuk untuk menjaga keselamatan anak-anak kapal dan pedagangpedagang
yang berdagang dengan kapal.
2) Undang-undang Kedah
 Dipengaruhi oleh Hukum Kanun Melaka.
 Undang-undang Kedah yang dipengaruhi Hukum Kanun Melaka seperti Undangundang
Seri Paduka Tuan yang berkaitan peraturan pertanian dan ternakan serta
bidang tugas ketua kampong.
 Hukum Kanun Dato’ Kota Star berkaitan dengan bidang tugas raja dan pembesar.
 Adat istiadat, alat kebesaran dan ufti.
3) Undang-undang Pahang
 Undang-undang ini disusun berpandukan Hukum Kanun Melaka dan disesuaikan
dengan pengaruh Islam.
 Antaranya ialah Adat Lembaga yang merangkumi bidang tugas dan
tanggungjawab pembesar dan rakyat. Contoh: Hulubalang mempertahankan dan
melindungi raja dan negeri daripada musuh.
 Undang-undang Jenayah- menetapkan 360 seksaan bagi kesalahan menderhaka.
 Undang-undang awam berkaitan dengan tanah dan perumahan.
3) Undang-undang Johor
 Undang-undang Johor merupakan warisan daripada Hukum Kanun Melaka dan
telah disesuaikan dengan adat dari Riau dan Undang-undang Islam.
 Undang-undang ini berkaitan dengan bidang tugas raja, pembesar dan
tanggungjawab rakyat untuk mentaati pemerintah.
4) Undang-undang 99 Perak.
 Berasal dari Parsi dan dibawa ke Perak pada abad ke 17.
 Undang-undang ini unik kerana ditulis dalam bentuk soal jawab.
 Meliputi 99 perkara yang mengandungi tugas-tugas sultan, pembesar dan
penghulu.
 Cara dan syarat melantik pegawai negeri – seorang kadi mesti mempunyai
pengetahuan yang mendalam tentang agama Islam. Seorang pegawai kerajaan
berdasarkan kemahiran dan pengalaman yang dimiliki individu itu.
 Hukuman mengenai dakwaan penduduk dan hukum jenayah.
 Mengutamakan perikemanusian dan bertimbang rasa, contoh : perwarisan harta,
menetapkan hak dan harta warisan anak.
 Menggariskan hubungan antara pemerintah dengan pembesar serta golongan
pemerintah dengan yang diperintah.
Kesimpulan
 Masyarakat Melayu tradisional mempunyai undang-undang yang berkesan
sebelum kedatangan kuasa Barat ke Tanah Melayu
 Kedatangan Barat telah mengubah sistem perundangan di Tanah Melayu.
 Pihak British telah memperkenalkan sistem perundangan Barat bagi
menggantikan sistem perundangan tradisional.
1. 3 Sistem Sosial
4. Masyarakat Melayu di Tanah Melayu sebelum campur tangan British adalah berbentuk
masyarakat feudal. Bincangkan.
Pengenalan
 Masyarakat Melayu tradisional terbahagi kepada dua golongan pemerintah dan
golongan diperintah.
 Golongan pemerintah terdiri daripada raja/sultan, keluarga dan kerabat diraja,
pembesar, pentadbir serta ulama istana.
 Golongan diperintah ialah orang merdeheka dan hamba.
Isi
Golongan pemerintah
1) Raja/sultan/Yang Dipertuan Besar
 Pemerintah tertinggi dalam pentadbiran negeri.
 Mempunyai kuasa dan wibawa dalam menjalankan pemerintahan dan pentadbiran
negeri.
 Mentadbir negeri dengan bantuan kaum kerabat dan para pembesar.
 Menyatupadukan rakyat, memelihara keamanan dan memajukan negeri.
 Berkuasa mutlak terhadap rakyat jelata
 Melaksanakan kuasa kerajaan pusat. Konsep daulat dan derhaka
memperkukuhkan kuasa raja
 Menjalinkan hubungan luar.
 Mempunyasi keistimewaan tertentu; warna kuning hanya untuk raja, payung putih
untuk sultan, payung kuning untuk kerabat, menggunakan bahasa dalam, cop
mohor diraja, alat kebesaran seperti kendi.
2) Keluarga dan kerabat diraja
 Kedudukan kedua selepas raja ialah anak raja dan kerabat diraja.
 Anak raja tidak semestinya seorang putera raja yang memerintah.
 Mempunyai gelaran raja, tengku dan wan.
 Jawatan raja muda diberi kepada putera sulung/tertua/adinda sultan jika tiada
putera.
 Putera sultan ada yang dilantik menjadi pembesar daerah atau pemerintah jajahan
takluk
 Mempunyai keistimewaan sama seperti raja, tetapi tidak melebihi keistimewaan
raja.
 Menggunakan bahasa dalam dan payung kuning.
3) Golongan Bangsawan dan pembesar
a) Golongan bangsawan
 Terdiri daripada golongan pembesar dan kaum kerabat
 Sangat berpengaruh dalam kalangan pemerintah dan pentadbir.
 Membantu sultan dalam pentadbiran dan pemerintahan.
 Menjadi penasihat/pembesar di daerah-daerah tertentu.
b) Pembesar daerah
 Terdiri daripada rakyat biasa yang dinaikkan taraf dan dilantik melalui
surat tauliah oleh sultan yang bercop mohor.
 Memegang jawatan seumur hidup dan mesti menunjukkan taat setia kepada
pemerintah.
 Berkuasa penuh dalam kawasan pegangannya.
 Berkedudukan penting dalam sistem pemerintahan kerajaan dan menjadi
perantara sultan dengan rakyat.
 Menjaga keamanan dan memungut cukai di kawasan pemakanannya serta
bebas menjalankan kegiatan ekonomi.
 Menjatuhkan hukuman dan denda dalam kes-kes jenayah di daerah
mereka.
 Membekalkan tenaga buruh kepada sultan dalam sistem kerah dan serah.
Contoh Membina istana.
Golongan diperintah
Terdiri daripada rakyat biasa dan orang asing yang bebas/merdeheka.
a) Rakyat biasa
 Petani, nelayan, dagang dan tukang.
 Tidak mempunyai kuasa politik dan jawatan dal;am pentadbiran.
 Mengamalkan tradisi gotong-royong.
 Tiga golongan rakyat biasa iaitu pedagang dan peniaga kecil-kecilan,
buruh dan pekerja biasa serta petani dan tukang mahir.
 Bebas menjalankan kegiatan ekonomi- pertanian, perikanan,
perlombongan dan perdagangan.
b) Rakyat asing
 Penduduk bukan Melayu yang datang ke Tanah Melayu untuk tujuan tertentu
dan tinggal sementara sahaja.
 Terlibat dalam pelbagai kegiatan sosial seperti tentera upahan kerajaan.
 Menjalankan kegiatan ekonomi seperti pelombong dan peniaga runcit.
 Tidak wajib mematuhi dan mengamalkan tradisi kebudayaan tempatan.
c) Golongan hamba
 Menyediakan tenaga manusia untuk aktiviti masyarakat seperti gotongroyong.
 Menyumbang tenaga untuk menambah harta tuannya.
 Melambangkan ketinggian taraf sosial pemiliknya.
 Terdapat tiga jenis hamba:
i) Hamba raja
o Merupakan hamba yang tertinggi daripada hamba lain
o Terdiri daripada bekas tawanan perang/banduaan
ii) Hamba berhutang
o Menjadi hamba dalam tempoh yang ditetapkan sehingga berjaya
melangsaikan hutang dan akhirnya bebas menjadi rakyat biasa
iii) Hamba biasa
o Menjadi hamba seumur hidup.
o Terdapat tiga jenis hamba biasa – hamba abdi, hamba dengan dan
biduanda.
Kesimpulan
 Adanya hierarki dalam masyarakat Melayu tradisional adalah untuk membezakan
kedudukan golongan pemerintah dan golongan yang diperintah untuk
membezakan kedudukan dan penghormatan.
 Dapat menentukan tugas dan tanggungjawab masing-masing.
 Namun begitu, susun lapis ini mengalami perubahan selepas kedatangan campur
tangan British.
5. Bincangkan pelbagai bentuk kepercayaan dalam kehidupan masyarakat di
Malaysia sebelum kedatangan Barat.
Pengenalan
 Sejarah telah membuktikan bahawa masyarakat Melayu tradisional sudah
mempunyai anggapan tentang hakikat hidup dan mati dalam alam semesta ini.
 Perlakuan manusia menunjukkan adanya kepercayaan kepada satu tenaga yang
lebih berkuasa daripada mereka dari segi spiritual.
 Keagamaan atau bentuk kepercayaan manusia mempunyai kesan ke atas segala
tindak tanduk manusia dalam aspek politik, ekonomi dan sebagainya.
 Sukar untuk dikesan perbezaan yang nyata dalam kepercayaan dan keagamaan
masyarakat Melayu.
Isi
(A) Kepercayaan animisme masyarakat Tanah Melayu
 Kepercayaan kepada makhluk-makhluk halus atau kuasa ghaib yang mempunyai
semangat.
 Benda hidup/tidak hidup mempunyai roh dan semangat seperti gunung, pokok
besar, batu-batu besar, sungai dan sebagainya.
 Makhluk halus seperti jin, hantu, penunggu dan sebagainya boleh memberi kesan
baik seperti rezeki, kesihatan, keharmonian dan sebaliknya seperti malapetaka dan
bencana.
 Mengadakan upacara-upacara pemujaan seperti puja pantai di Terengganu,
semangat padi di Pahang, main puteri, main dewa, memutus ubat dan sebagainya
untuk mengelakkan bencana atau meminta pertolongan.
 Ada kaitan dengan kehidupan masyarakat Melayu tradisional seperti menanam
padi, turun ke laut, masuk hutan dan mengubati penyakit.
 Upacara ini dipercayai boleh menjamin keselamatan mereka, kesuburan tanah,
hasil tanaman dan sebagainya.
 Memerlukan orang perantaraan di antara manusia dengan kuasa ghaib atau
makhluk halus kerana manusia biasa tidak mampu berhubung dengan mereka.
 Orang perantaraan ini ialah bomoh, dukun atau pawang yang berperanan untuk
mententeramkan kuasa ghaib daripada mengganggu anak-anak kecil, perempuan
bersalin, orang sakit dan sebagainya. Mereka percaya kepada keramat, azimat dan
tangkal.
 Mengamalkan jampi serapah, limau, kain kuning, telur, bunga-bungaan, senjata
tradisinal dan sebagainya.
 Alat-alat muzik yang mempunyai kaitan dengan kuasa ghaib diasap dengan
kemenyan dan sirih dan disimpan di tempat yang tinggi dan dijaga dengan
sempurna.
(B) Kepercayaan animisme di Sarawak
 Orang Melanau percaya hantu tertentu menyebabkan penyakit
 Hantu yang menyebabkan sakit perut dan kejang, hantu langit membawa sakit
kepala dan demam, hantu gurun mendatangkan bengkak kaki dan lenguh sendi
tangan.
(C) Kepercayaan animisme di Sabah
 Orang Ilanun percaya penyakit ada kena mengena dengan syaitan.
 Percaya ilmu batin dan perkara ghaib seperti ilmu palimun (ghaib), kublak
(kebal), dualatut (dipukul tidak rasa sakit), mabagar (kuat), pagawang
(menakutkan musuh dengan suara)
 Orang Bumiputera Sabah juga percaya adanya jimbaran (orang belaan) dan
kemasukan apok-apok (lintasan).
 Mengadakan upacara menjamu hantu bagi mengelakkan ditimpa penyakit.
 Orang Murut percaya kepada Aki Kopuno (dipercayai berkuasa dalam segala hal)
yang dianggap dapat menolong menyelesaikan masalah.
 Bomoh Babalion menjadi perantaraan antara manusia dengan Aki Kopuno.
Kesimpulan
 Amalan kepercayaan dan agama telah membentuk sistem sosial mereka.
 Namun demikian selepas kedatangan Islam sebahagian besar amalan kehidupan
mereka telah berubah.
 Namun masih ada amalan animisme dan pengaruh Hindu-Buddha yang masih
diamalkan.
==============================
TEMA 2: TRANFORMASI MASYARAKAT.
Soalan 1:
Bincangkan faktor-faktor yang mendorong pemindahan pentadbiran Negeri-negeri
Selat dari India ke London.
Pengenalan.
Negeri-negeri Selat terdiri daripada Melaka,Pulau Pinang dan Singapura.Pusat
pentadbiran NNS yang awal ialah di Singapura.Namun ,pentadbiran di NNS yang tidak
teratur sehingga membawa pelbagai masalah.Tujuan utama British memindahkan
pentadbiran dari India ke London ialah masalah pentadbiran NNS yang tidak cekap. .
Isi-isi penting.
1. Pentadbiran di NNS yang tidak cekap.
Masalah pentadbiran di NNS yang tidak cekap menjadi sebab utama berlakunya
pemindahan pentadbiran kerajaan British di India tidak memperduli dan
mengabaikan pentadbiran NNS kerana menghadapi banyak masalah di
India.Antaranya ialah :
a) Kekurangan pegawai yang cekap-Kebanyakan pegawai yang dihantar
bertugas tidak mengetahui tentang sejarah adapt resam,dan bahasa
tempatan. Selain itu, ada juga yang dihantar tidak berpengalaman dan
terpaksa memegang beberapa jawatan dalam satu masa. Pegawai-pegawai
ini tidak mempunyai inisiatif untuk menjalankan tugas sebaik-baiknya
kerana gaji rendah dan peluang untuk kenaikan pangkat adalah tipis.
Ramai pegawai yang bertugas di NNS memohon kembali bertugas di India
kerana peluang kenaikan pangkat di sana lebih cerah.
b) Kekurangan pegawai awam untuk melaksanakan kerja-kerja pentadbiran.
Hal ini menyebabkan pentadbiran menjadi kucar-kacir dan menimbulkan
masalah dan sukar diatasi.Tugas-tugas penting untuk mengukur, menyukat
dan mendaftar tanah tidak dapat dilaksanakan menyebabkan system
pemilikan tanah di NNS tidak teratur.Dasar pengurangan pegawai yang
dilaksanakan oleh British di India untuk menjimatkan perbelanjaan
menyebabkan kegiatan lanun,jenayah dan pergaduhan kongsi gelap
menjadi-jadi kerana kekurangan pegawai polis untuk menjaga
ketenteraman awam. Pentadbiran yang tidak cekap telah menimbulkan
kebimbangan terhadap keselamat awam. Golongan yang menerima kesan
buruk ialah pedagang-pedagang kerana aktiviti mereka terjejas.
2. Masalah perhubungan.
Kedudukan NNS yang agak jauh dari Culcutta telah menyulitkan pentadbiran.
Masalah-masalah yang penting tidak dapat dirujul dengan segera kepada kerajaan
British di India.kadangkala masalah-masalah tersebut dibiarkan tanpa sebarang
penyelesaian.Maslah ini bertambah rumit kerana NNS tidak mempunyai
perwakilan di India untuk menyuarakan pendapat mereka dalam pentadbiran.
3. Pembuangan banduan ke NNS.
Kerajaan British di India telah menghantar banduan-banduan dari India ke NNS
terutama ke Pulau Pinang untuk menjalankan hukuman. Masyarakat di NNS
bimbang kehadiran banduan-banduan ini menjejaskan imej NNS.
4. Desakan pedagang-pedagang di NNS.
a) Pedagang-pedagang British tidak berpuas hati dengan dasar tidak campur
tanngan SHTI.Setelah monopoli pedagangan di China tamat pedagangpedagnag
Eropah dan Chian di NNS telah melabur modal dalam
perusahaan melombong bijih timah di Selangor,perak dan Sungai Ujong.
Malangnya aktiviti perdagangan sring terganggu disebabkan perebutan
tahta dan pergaduhan antara kongsi gelap China. Para pedagang telah
memohon supaya kepenting mereka dilindungi tetapi di tolak.
b) Pedagang-pedagang juga telah mengkritik dasar pro Siam yang diamal
oleh british. Mereka bimbang dasar tersebut akan menghalang mereka
untuk melabur modal di perak,Selangor, Kelantan dan Terengganu.
c) Pada tahun 1821 Siam telah menawan Kedah dan seterusnya cuba
menguasai Perak. Kerajaan British tidak memperdulikan tindakan Siam
itu. Pedagang-pedagang telah menghantar memorandum bantahan kepada
pejabat Tanah Jajahan British di London dan mendesak supaya
pentadbiran di NNS berpindah ke London.
5. Pengenalan akta mata wang dan cukai .
Perasaan tidak puas hati terhadap kerajaan British di India sampai kemuncaknya
apabila kerajaan India cuba campur tangan dalam soal perdagangan di NNS.
Berikut adalah antara faktor timbulnya perasaan tidak puas hati tersebut.
a) Pada tahun 1826-1825 kerajaan India telah memperkenalkan cukai
pelabuhan.Penguatkuasaan cukai pelabuhan ini akan menamatkan taraf
pelabuhan bebas di NNS.
b) Pada tahun 1826 diperkenalkan pula cukai untuk mengawal kegiatan
lanun. Pada tahun 1828 cukai dipungut untuk menyelenggara cukai rumah
api.Pedagang-pedagang bimbang pengenaan pelbagai cukai akan
mengurangkan bilangan kapal asing singgah ke NNS. Mereka telah
membantah sekeras-kerasnya pengenalan cukai-cukai tersebut. Akibat
bantahan tersebut kerajaan British di India telah menarik balik cukai-cukai
tersebut.
c) Pada tahun 1855 kerajaan british di India telah meluluskan akta mata
wang bertujuan untuk menyelaraskan penggunaan mata wang di semua
daerah dalam empayar SHTI.kerajaan British di India mahu menggunakan
mata wang paisa da rupee dalam urusan perdagangan di NNS. NNS mahu
ringgit digunakan sebagai wang yang sah. Pedagang-pedagang di NNS
telah membantah sekeras-kerasnya menyebabkan kerajaan British di India.
Menarik balik penggunaan wang rupee dan paisa di NNS.
Kesimpulan.
Implikasi desakan-desakan pedagang dan faktor di atas telah membawa
perubahan pentadbiran dari Negeri-negeri Selat ke London.British akhirnya dapat
mengukuhkan pengaruh di NNs dan seterusnya ke negeri-negeri melayu yang
lain. Malah dahagi India 1857 telah mempercepatkan proses pentadbiran dari
India ke London. Akhirnya penyerahan rasmi telah berlaku pada tahun 1 April
1867.
Soalan 2:
British telah mengubah dari dasar tidak campur tangan kepada campur tangan
secara langsung terhadap negeri-negeri Melayu pada akhir abad ke-19 bagi
menjaga kepentingan mereka di tanah Melayu. Bincangkan.
Pengenalan.
Sejak penubuhan NNS, British tidak berminat untuk campur tangan dalam hal ehwal
dalam negeri Melayu. Keadaan ini didorong kerana mereka sendiri menghadapi
kekacauan di India,bimbang menimbulkan tentangan dari Siam yang berminat dengan
Negeri-negeriMmelayu Utara. Pada masa itu British tetap mempersetujui prinsip
berkecuali selaras dengan Persetiaan British-Belanda 1824.Namun demikian dasar
tersebut telah berubah sejak tahun 1874.Beberapa sebab telah menyokong campur tangan
ini.
Isi-isi penting.
1. Perubahan dasar kerajaan.
Perubahan politik di Britain telah mempengaruhi dasar luar mereka berkaitan
dengan tanah jajahan.Parti Liberal yang antiimperialis di bawah Gladstone telah
kalah kepada parti Konsevertif di bawah pimpinan Disraeli pada tahun 1874.Parti
Konsevertif telah berjaya menguasai parlimen di England.Parti ini mengambil
sikap supaya kepentingan perdagangan British di Tanah Melayu perlu
dipelihara.Juateru Parti Liberal menyokong dasar campur tangan di negeri-negeri
Melayu.Tambahan pula, Lord Kimberley sebagai Setiausaha Pejabat tanah jajahan
yang mempunyai pandangan progresif telah mengeluarkan arahan supaya Sir
Andrew Clarke untuk membantu memulihkan keamanan dan melindungi
kepentingan ekonomi British di negeri-negeri Melayu.
2. Faktor ekonomi.
Keperluan bahan mentah begitu mendesak ekoran berlaku Revolusi Perindustrian
. Tambahan pula, Tanah Melayu kaya dengan bijih timah yang amat
diperlukan.Malahan Amerika Syarikat dan Britain menjadi pembeli bijih timah
yang terbesar kerana permintaan terhadap bijih timah untuk perusahaan mengetin
makanan.Dasar campur tangan sangat penting kepada British kerana konsesi dan
pelaburan yang luas dan berharga di negeri-negeri Melayu.Contohnya,
Paterson,Simon dan rakan-rakan telah membayar $330,500 untuk konsesi
perlombongan di Kuantan pada 1961 tetapi ianya dirampas oleh bendahara Wan
Ahmad pada tahun 1863. Saudagar-saudagar Inggeris mendesak pihak kerajaan
supaya campur tangan di Tanah Melayu supaya hasrat mereka untuk mengaut
keuntungan akan tercapai.
3. Kebimbangan campur tangan kuasa lain.
Kuasa-kuasa lain seperti Jerman, Russia,Belanda mula berebut tanah jajahan. Jika
British tidak bertindak,kuasa kuasa barat lain akan mengukuhkan kuasa
mereka.Contohnya Jerman inginkan Pulau Langkawi ,Rusia inginkan Ujung
Salang.Perancis pula ingin membuka terusan Segenting Kra.Amerika Syarikat
pula berminat dengan Terengganu.
4. Keadaan huru-hara di Tanah Melayu.
Raja-raja Melayu tidak berkuasa penuh ke atas pembesar mereka.Adakalanya
pembesar mengenakan cukai yang tinggi.Kongsi-kongsi gelap Cina pula sering
bergaduh iatu puak Gee Hin dan Hai San dan ini menjejaskan kegiatan pelaburan
dan kepentingan Inggeris.Keadaan huru hara bertambah buruk apabila berlaku
perebutan tahta di Perak antara Sultan Abdullah dan Raja Ismail dan Raja Yusof.
5. Peranan tokoh-tokoh tertentu.
Perubahan dasar British berlaku akibat wujudnya sokongan daripada golongan
yang mempunyai kepentingan tertentu.Contohnya,Raja Abdullah telah bersetuju
untuk menerima seorang Residen jika beliau dilantik menjadi sultan Perak yang
sah.Selain itu, Sir Andrew Clarke telah bertindak tanpa arahan rasmi dari London.
Beliau telah melantik Sultan Abdullah menjadi Sultan Perak melalui perjanjian
Pangkor 1874.Akibatnya Perak, Sungai Ujong , Selangor Pahang,jatuh ke tangan
British.
Kesimpulan.
Keputusan pihak British untuk melakukan perubahan dasar campur tangan bertujuan
memastikan kepentingan ekonomi mereka tidak terancam.Campur tangan British secara
langsung di negeri-negeri Melayu telah mengakibatkan sistem politik dan ekonomi di
Tanah Melayu mengalami perubahan.Namun campur tangan British telah menimbulkan
tentangan dan rasa tidak puas hati penduduk dan pembesar kerana kehilangan hak dan
kepentingan di Tanah Melayu.
3. Bincangkan faktor-faktor dan kesan perjanjian British-Belanda pada tahun 1824.
Pengenalan
Penguasaan British terhadap Singapura pada tahun 1819, telah menjadikan
Singapura sebagai pelabuhan utama di rantau Asia Tenggara. Ini telah menyebabkan
berlakunya persaingan dengan Belanda yang mengamalkan dasar monopoli di Betawi.
Untuk menyelesaikan konflik antara mereka maka Persetiaan Inggeris Belanda
ditandatangani pada 17 mac 1824. Ini telah membawa pengukuhan British di Tanah
Melayu dan Belanda di Indonesia.
Isi-isi penting
1. Faktor2 Persetiaan Ingg. Belanda 1824.
a) Kedua-dua pihak berusaha menamatkan persaingan kuasa dan
ekonomi di timur.
Perjanjian tersebut dimaterai sebagai usaha untuk menamatkan persaingan
kusa dan ekonomi mereka di timur sejak kedatangan mereka ke timur,
kedua2 kuasa tersebut tidak pernah menjalainkan hubungan baik. Malah
sering kali bersaing dan bermusuh mengenai monopoli perdagangan.
Persaingan ini merugikan mereka kerana tumpuan perdagangan akan
terjejas justeru bagi mengelakkan persaingan berlarutan kedua2 pihak
berusaha utk membuat perjanjian persahabatan bagi mengelakkan
peperangan antara British dan Belanda berlarutan.
b) Britain dan Belanda sama-sama menghadapi kebangkitan Perancis di
bawah Napoleon di Eropah
Hubungan antara kedua2 kuasa bertambah erat utk menghadapi ancaman
kebangkitan Perancis oleh Napoleon di Eropah. Britain memerlukan
sekutu khususnya Belanda utk membendung kekuasaan Perancis yg
berusaha membina empayar ke Timur. Selain itu hubungan Britain dgn
negara2 eropah semakin merosot. Oleh itu belanda dijadikan sebagai
penampan terhadap musuh yg ingin menyerah Britain. Melalui perjanjian
ini maka wujudlah hubungan yg baik antara kedua2 pihak bukan saja di
Eropah malahan di Asia Tenggara.
c) Belanda menerima pinjaman kewangan daripada Britain
Di samping itu Belanda berasa perlu utk menandatangani perjanjian
persahabatan dgn Britain kerana negara tersebut telah menerima bantuan
kewangan drp Britain. Ketika Syarikat Hindia Belanda mengalami
masalah kewangan yg teruk dan hampir mengalami masalah kemuflisan,
Britain telah memberikan pinjaman. Syarikat perdagangan Belanda
menghadapi masalah kewangan kerana kemerosotan perdagangan selain
drp ketidakcekapan pentadbiran syarikat tersebut. Malahan Belanda turut
mendapat bantuan kewangan utk membiayai peperangan dgn Perancis.
British juga mahu mengutip hutang sebanyak 100,000 paun sterling yg
dipinjamkan kepada Belanda semasa perang Napoleon.
d) Menyelesaikan Pertelingkahan Yg berkaitan dgn Sumatera dan
Singapura
Pembukaan Singapura oleh Raffles pada tahun 1819 sememangnya
mendapat bantuan drp Belanda. British pula membuka petempatan di
Sumatera. Akibatnya telah menimbulkan ketegangan antara kedua-dua
pihak. Pembukaan pelabuhan Singapura telah menyebabkan hasil
perdagangan Belanda merosot. Justeru Belanda menuntut British
memulangkan Pulau Singapura kerana lokasinya yg berhampiran dgn
Kepulauan Riau yg dikuasai oleh belanda. Kedudukan Singapura yg
strategic menambahkan minat Belanda utk memiliki pulau itu. Oleh itu
melalui perjanjian tersebut hak milik pulau tersebut selesai.
Syarat-Syarat Perjanjian Inggeris Belanda 1824.
a) Syarat2 mengenai wilayah.
i. Belanda mengiktiraf singapura sbg hak milik British
ii. Belanda bersetuju menyerahkan semua loji atau pusat perdagangan
mereka di India kpd British
iii. Belanda menyerahkan Melaka dan segala jajahan takluknya ke
utara Singapura kepada British
iv. British bersetuju menyerahkan Bangkahulu dan semua kawasan
SHTI di Sumatera kepada Belanda
v. Kedua2 bersetuju bahawa jika mana2 pihak berundur drp salah
satu kawasan maka hak yg menduduki tempat tersebut akan jatuh
kepada pihak yg satu lagi
vi. Tiada satupun drp wilayah2 yg diserahkan boleh dipindahkan kpd
sebarang kuasa asing pada bila2 masa
b) Syarat2 Perdagangan
i. Belanda diberikan monopoli ke atas Kepulauan Rempah
ii. Kedua2 pihak bersetuju mengamalkan dasar perdagangan bebas
iii. Masyarakat pribumi dibenarkan berhubung secara bebas dgn
pelabuhan dgn kedua2 pihak
iv. Kedua2 pihak berjanji utk berkerjasama menghapuskan lanun
v. Belanda membayar hutangnya 100,000 paun sterling kpd British
vi. Kedua2 pihak bersetuju tidak akan menandatangani sebarang
perjanjian dgn raja2 tempatan dgn bertujuan utk menjejaskan
perdagangan pihak yg lain
Kesan-Kesan Perjanjian Inggeris Belanda
1. Kepulauan Melayu dibahagikan kepada 2 iaitu Singapura dan
kawasan utaranya terletak di bawah pengaruh British dan kawasan
di selatan Singapura di bawah pengaruh Belanda
2. British bebas meluaskan pengaruhnya di Tanah melayu tanpa
ganguan mana2 pihak. Melalui perjanjian ini British mempunyai 3
buah petempatan iaitu Pulau Pinang, Melaka dan Singapura.
3. Perpecahan empayar Johor. Empayar Johor yg dahulunya yg terdiri
drp Kepualauan Riau-Lingga, Johor dan Pahang dipecahkan
kepada 2 bahagian iaitu Tanah Besar Johor di bawah pemerintahan
Sultan Hussein dan Kepulauan Riau-Lingga di bawah
pemerintahan Sultan Abdul Rahman. Pahang telah membebaskan
diri drp empayar Johor dan diperintah oleh keluarga Bendahara.
4. Perdagangan Singapura semakin berkembang maju.
Kesimpulan:
Perjanjian London 1824, telah menyelesaikan pertikaian antara Belanda dan
Inggeris. Ini membawa kepada perpecahan Kepulauan Melayu dan Kerajaan
Johor Riau-Linnga. Selain daripada itu perjanjian telah dapat mengukuhkan kuasa
barat di Kepulauan Melayu terutamanya Ingg. yg bebas meluaskan pengaruh di
Tanah Melayu dan akhirnya membawa kepada campurtangan serta menguasai
Tanah Melayu
4: Bincangkan sistem pentadbiran British di Negeri-negeri Melayu Utara pada
awal abad ke 20.
Pengenalan:
Negeri-negeri Melayu Utara terdiri daripada Perlis ,Kedah,Kelantan dan
Terengganu.Setelah British berjaya mendapatkan negeri-negeri Selat iaitu
Singapura,Melaka dan Pulau Pinang, British berusaha pula untuk mendapatkan Negerinegeri
Melayu yang lain termasuk NNMUtara untuk mengukuhkan kuasa di Tanah
Melayu. British telah berjaya meletakkan Penasihat British di NNMU
Kelantan(1910),Terengganu((1919), Kedah(1923) dan Perlis(1930).
Isi-isi penting.
1.Penasihat British di Kelantan.
a) Perjanjian Bangkok yang ditandatangani antara British dengan Siam tidak diketahui
oleh raja-raja Melayu di NNMU.
b) Selepas perjanjian Bangkok, british telah melantik J.S Mason sebagai penasihat British
di Kelantan.Sultan Kelantan iaitu Sultan Muhamad IV tidak bersetuju dengan pelantikan
penasihat British dan Perjanjian Bangkok.Ini kerana baginda tidak diajak berunding
semasa British dan Siam menentukan nasib Kelantan.
c) British telah mengadakan rundingan dengan Sultan Kelantan.Pada tahun
1910,Kelantan telah menandatangani perjanjian dengan British.Antara isi kandungan
perjanjian ialah
a)Kelantan menjadi negeri naungan British.
b)Kelantan mesti menerima seorang penasihat British.
2. Penasihat British di Terengganu.
a) Sultan Terengganu, Sultan Zainal Abidin III tidak bersetuju dengan perjanjian
Bangkok.baginda tidak mahu menerima wakil British iaitu W.L.Conlay.
b) Pada tahun 1910 sultan Zainal Abidin III telah menandatangani perjanjian dengan
British dan bersetuju menerima wakil British.
c) Pada tahun 1919 Sultan Muhammad Syah II telah menandatangani perjanjian dengan
British.J.L Humphreys kemudian telah dilantik sebagai penasihat British di
Terengganu.Tugasnya hanya memberi nasihat dan mengemukakan cadangan dalam
urusan pentadbiran.
3. Penasihat British di Kedah.
a) Sultan Kedah, Sultan Abdul Hamid Halim Syah telah membantu tindakan Siam
menyerahkan Kedah kepada British.Namun British telah menghantar William Geoge
Maxwell ke Kedah sebagai Penasihat British.Kehadiran penasihat British tidak disenangi
sultan Kedah dan pegawai-pegawai kerajaan.Oleh itu, timbul pertelingkahan antara
pembesar Kedah dan penasihat British tentang bidang kuasa penasihat British.
b) Ekoran daripada penggeseran tersebut,pada tahun 1923 british dan kedah telah
menandatangani perjanjian yang menentukan bidang kuasa penasihat British.W.Peel telah
dilantik sebagai penasihat British di Kedah untuk menjadi penasihat dalam semua aspek
pentadbiran kecuali berkaitan agamadan adapt istiadat Melayu.
4. Penasihat British di Perlis.
a) Raja Perlis iaitu Raja Syed Alwi Jamalullai tidak mahu mengakui penyerahan Perils
kepada British.Namun British telah melantik Meadows Frost sebagai penasihat british di
perils.
b) Pada tahun 1930 British telah menadatangani perjanjian dengan Raja Perlis untuk
menentukan tugas penasihat Brtish di Perlis.
c) Selepas menandatangani perjanjian Bangkok dengan Siam ,British telah mengadakan
perjanjian secara berasingan dengan sultan-sultan (1910),Terengganu
(1911),Kedah(1923) dan Perils (1930).
d) Kejayaan British mendapatkan MMU ini telah melengkapkan proses peluasan kuasnya
ke atas NNMelayu.British akhirnya telah dapat mengukuhkan kedudukan di Tanah
Melayu.
Kesimpulan.
Sikap rakus British untuk menguasai seluruh Semenanjung Tanah Melayu jelas kelihatan
apabila British menandatangani beberapa perjanjian dengan Siam yang ketika itu
menguasai NNMUtara.Perjanjian Bangkok 1909 merupakan titik tolak peluasan kuasa
British.Malahan pelantikan penasihat British di NNMUtara menandakan penguasaan
Britiah di Tanah Melayu dan seterusnya mengukuhkan pengaruhnya.Campur tangan
British akhirnya membawa kepada penentangan berterusan oleh pembesar dan penduduk
tempatan terhadap penjajah British.
==========================
Tema 3:
1. Bincangkan peranan kewartawanan dan kesusasteraan dalam gerakan
kesedaran Melayu sebelum Perang Dunia Kedua.
Pengenalan
Gerakan kesedaran Melayu dikatakan telah wujud sebelum Perang Dunia Kedua lagi.
Gerakan kesedaran bermaksud perasaan cinta akan tanah air dan keinginan
membebaskan negara daripada penjajahan British. Kewartawanan dan kesusasteraan
merupakan faktor dalaman yang mempengaruhi gerakan kesedaran Melayu.
Isi
Peranan kewartawanan
Akhbar dan majalah
(a)
 Sejak tahun 1906 lagi, golongan berpendidikan agama iaitu Kaum Muda telah
menggunakan akhbar Al-Imam dalam memajukan nasib orang Melayu.
 Al- Imam menyeru supaya umat Islam beramal dengan amalan yang
diperintah oleh Allah S.W.T. dan Rasulnya pekerjaan dunia dan akhirat.
 Al-Imam membawa pembaharuan dalam agama Islam, pemikiran politik,
kemajuan ekonomi dan sosial
 Selain Al-Imam, akhbar-akhbar lain seperti Al-Ikhwan dan Saudara
 Kaum Tua pula berpegang kuat kepada adat dan agama Islam melalui
penerbitan akhbar mereka iaitu Suara Benar dan Lidah Benar.
 Mulai 1920an – awal 1930an, akhbar dan majalah lebih menumpukan
kedudukan orang Melayu yang mundur dan ketinggalan dalam sistem
ekonomi kolonial British.
 Antara akhbar yang membangkitkan isu sosioekonomi ialah Majalah Guru
 Akhir 1930an, akhbar Melayu menumpukan perjuangan secara radikal
terhadap British.
 Contohnya Majlis, Utusan Melayu, Warta Negara, Warta Malaya.
 Kesatuan Melayu Muda telah menggunakan Warta Malaya sebagai wadah
perjuangannya dalam memajukan dan melindungi kepentingan orang Melayu
di Tanah Melayu
Peranan Kesusasteraan
 Golongan Nasiaonalis di Tanah Melayu menggunakan bahasa dan
kesusasteraan, sama ada dalam bentuk cerpen, novel, puisi atau syair untuk
memperjuangkan nasib orang Melayu.
 Karya-karya sastera bukan sahaja digunakan sebagai hiburan tetapi juga
membangkitkan semangat kebangsaan di kalangan orang Melayu.
 Melalui kesusasteraan, golongan nasionalis berusaha menyedarkan
masyarakat Melayu tentang kemunduran dan membangkitkan kesedaran
untuk memajukan diri dan bersatu padu.
 Seawal-awal tahun 1900an, Syed Sheikh al-Hadi dalam novelnya yang
terkenal iaitu Hikayat Faridah Hanom memperjuangkan emansipasi wanita
dan pentingnya wanita Islam diberikan kebebasan dan hak yang sama dengan
kaum lelaki, khasnya dalam bidang pendidikan
 Selain itu, sebuah lagi novel yang bertemakan konsep di atas ialah karya
Iakah Salmah oleh Ahmad Rashid Talu.
 Antara tahun-tahun 1920an dan 1930an, sikap yang lebih jelas dan berani
menentang pihak penjajah melalui bidang kesusasteraan terjelma dalam
cerpen Ishak Haji Muhammad seperti Rumah Besar Tiang Sebatang.
 Novel-novel utama yang menyemarakkan lagi sentimen anti-British ini adalah
seperti Anak Mat Lela Gila dan Putera Gunung Tahan karya Ishak Haji
Muhammad.
 Puisi-puisi yang bertemakan semangat kebangsaan disiarkan dalam akhbar
dan majalah.
 Contohnya, Tenaga Kaum Ku, Rayuan Bangsa Mu, Mempertahankan hak kita
, Melor Kuala Lumpur dan Perwira Melayu karya Harun Aminurrashid.
Kesimpulan
 Maka jelaslah kewartawanan dan kesusasteraan memainkan peranan penting
dalam menyedarkan masyarakat Melayu
 Selepas Pendudukan Jepun, kewartawanan semakin mempengaruhi gerakan
nasionalisme Melayu khasnya isu penubuhan Malayan Union.
 Bahkan, ia juga membawa kepada kelahiran parti Melayu kebangsaan iaitu
UMNO.
2. Bincangkan kesan-kesan Darurat sehingga 1960
Pengenalan
*Darurat yang berlangsung1948-1960 merupakan peristiwa hitam dalam sejarah
negara kita
* Darurat diisytiharkan oleh Edward Gent pada 16 & 17 Jun 1948 ekoran
pembunuhan tiga orang pengurus ladang Eropah di Sungai Siput, Perak oleh Parti
Komunis Malaya (PKM)
* Darurat telah meninggalkan kesan politik, sosial dan ekonomi
Isi
Kesan politik
(a) Pengharaman parti-parti politik
 Parti Komunis Malaya diharamkan pada tahun 1948
 Parti-parti politik yang berhaluan kiri dan enggan bekerjasama dengan
kerajaan British turut diharamkan
 Contohnya, AWAS, API, PKMM, BATAS, PERAM dan MDU
(b) Penubuhan parti-parti politik yang sederhana
 Parti-parti politik yang sederhana dan berkerjasama dengan kerajaan
dibenarkan berorganisasi
 Contohnya MCA ditubuhkan pada tahun 1949.
(c ) Proses pencapaian kemerdekaan Tanah Melayu dipercepat
* British telah mengambil beberapa langkah ke arah bekerajaan sendiri di
Tanah Melayu
* Tujuannya adalah untuk melemahkan perjuangan PKM dan mewujudkan
perpaduan
* Pada tahun 1951, Sistem Ahli diperkenalkan oleh British sebagai langkah ke
arah berkerajaan sendiri.
* Antara tokoh-tokoh tempatan yang terlibat dalam sistem tersebut ialah Dato’
Onn Ja’afar, Dr. Lee Tiang Kheng dan Dato’ Abdul Razak Hussein.
* Pada mulanya, British memperkenalkan pilihan raya Majlis Bandaran.
* Pilihan raya Majlis Bandaran Pulau Pinang diadakan pada 1 Disember 1951
* Pilihan raya Majlis Bandaran Kuala Lumpur diadakan pada 6 Februari 1952.
* Dalam pilihan raya tersebut, Perikatan UMNO-MCA telah bekerjasama dan
berjaya
memenangi 9 daripada 12 kerusi yang dipertandingkan
 Pilihan raya Majlis Perundangan Persekutuan diadakan pada tahun 1955.
 Parti Perikatan UMNO-MCA-MIC memenangi 51 daripada 52 kerusi yang
dipertandingkan
Kesan ekonomi
(a) Penderitaan dan kesengsaraan rakyat
 Akibat keganasan komunis, banyak lombong dan ladang musnah.
 Ini menyebabkan kehilangan rezeki dan ramai yang menganggur
(b) Kegiatan ekonomi terbantut
 Kerajaan terpaksa membelanjakan wang yang banyak bagi tujuan
keselamatan dan pemulihan ekonomi
 Akibatnya, kebanyakan projek ekonomi tergendala
 Sejumlah RM300, 000 telah dibelanjakan semata-mata untuk membanteras
kegiatan komunis
(c) Penubuhan Rural Industrial Development Authority (RIDA)
25
 RIDA ditubuhkan pada tahun 1950
 Bertujuan untuk memajukan ekonomi masyarakat luar bandar khasnya orang
Melayu
 Pengerusinya yang pertama Dato’ Onn Ja’afar
Kesan sosial
(a) Ketakutan dan kepahitan hidup
 Rakyat hidup dalam ketakutan dan kesempitan kerana Undang-undang
Darurat menyebabkan ramai yang tidak bersalah ditangkap sewenangwenangnya
 Perintah berkurung dan sekatan-sekatan jalan raya menyebabkan rakyat tidak
bebas bergerak
(b) Hubungan perkauman terjejas
 Hubungan antara kaum khasnya kaum Melayu dengan kaum Cina terjejas
 Ini adalah kerana semasa Darurat kebanyakan anggota komunis terdiri
daripada orang Cina manakala pasukan keselamatan yang dibentuk oleh
kerajaan terdiri daripada orang Melayu
seperti Home Guard dan Special Constables.
* Jawatankuasa Hubungan Antara Kaum 1949 telah dibentuk demi mewujudkan
kerjasama dan perpaduan kaum
(c ) Syarat-syarat kewarganegaraan dilonggarkan
* Pada tahun 1952, Sir Gerald Templer telah melancarkan Perang Saraf.
* Salah satu langkah di bawah kempen tersebut ialah kelonggaran syarat
kewarganegaraan
* Tujuannya supaya golongan imigran mencurahkan taat setia kepada Tanah
Melayu dan seterusnya melemahkan perjuangan PKM
(d) Masalah kependudukan kaum
 Akibat Rancangan Briggs, masalah kependudukan kaum telah wujud di
Tanah Melayu
 Kebanyakan penduduk kampung baru terdiri daripada orang Cina
 Orang Melayu masih tertumpu di kawasan luar bandar dengan kemudahan
yang tidak maju
Kesimpulan
 Darurat mempercepatkan proses kemerdekaan Tanah Melayu.
 Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960
 Kerajaan Persekutuan Tanah Melayu di bawah pimpinan Tunku Abdul
Rahman telah mengambil beberapa langkah untuk mewujudkan kerjasama
politik dan perpaduan antara kaum.
3. Galurkan perkembangan ke arah pembentukan Persekutuan Tanah Melayu
1948 dan ciri-ciri utamanya.
Pengenalan
 Selepas Pendudukan Jepun (1942-1945), British kembali dan cuba
memperkenalkan perlembagaan baru yang dikenali Malayan Union 1.4.1946.
 Namun, ia mendapat tentangan hebat orang Melayu dan dibubarkan
 Ekoran itu, British telah mengambil langkah ke arah penubuhan sebuah
perlembagaan baru menggantikan Malayan Union
 Sebuah jawatankuasa dibentuk untuk merangka perlembagaan baru itu dan
dikenali sebagai Jawatan Kuasa Eksekutif pada Julai 1946
Isi – Isi
1) Jawatan Kuasa Eksekutif ( Working Committee)
* Keahliannya ialah 12 orang iaitu 6 pegawai British, 4 wakil Raja Melayu dan 2
wakil UMNO
* Tujuan utamanya ialah merangka perlembagaan baru Tanah Melayu
* 5 tuntutan utama ialah
a) UMNO dan Raja-Raja Melayu menolak semua prinsip & struktur MU
b) Mereka menuntut sebuah persekutuan berkonsepkan NNMB
c) Menolak kerakyatan terbuka dalam MU
d) Dasar perlindungan terhadap negeri Medlayu dan orang Melayu dikekalkan
e) Menuntut supaya kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua negeri-negeri
Melayu diakui
2) Jawatan Kuasa Perundingan ( Consultative Committee )
* Keahliannya – pegawai British, Eropah, Cina, Serani, India, Sri Lanka dan lain-lain
* Tujuan – mendapatkan pandangan golongan bukan Melayu terhadap penubuhan
perlembagaan
baru Tanah Melayu
3) Penentangan terhadap Jawatan Kuasa Eksekutif ( Golongan Melayu Kiri )
* Gol Melayu kiri terdiri daripada API, AWAS, PKMM dan lain-lain
Pertubuhan-pertubuhan di atas bergabung dan dikenali sebagai PUTERA Feb 1947
Pengerusinya ialah Dr Burhannuddin Helmy
Cadangan-cadangan utama ialah BM sebagai bahasa rasmi,warna bendera
kebangsaan bercirikan kebangsaan Melayu,istilah Melayu sebagai gelaran
kewarganegaraan dll
4) Penentangan Terhadap Jawatan Kuasa Eksekutif ( Golongan Dagang )
* Gol Dagang terdiri daripada MDU, SCBA, MIC,PMFTU dan lain-lain
Pertubuhan-pertubuhan di atas telah bergabung dan dikenali AMCJA Disember
1946
Pengerusinya ialah Tan Cheng Lock
Cadangan-cadangan utama ialah penyatuan Singapura dalam Tanah Melayu, hak
kewarganegaraan sama rata, penubuhan Majlis Perundangan Pusat dll
5) Gabungan PUTERA dan AMCJA
* kedua-dua pertubuhan di atas bergabung pada 1947 dan mengemukakan 10 Prinsip
yang dikenali sebagai Perlembagaan Rakyat
Antara prinsip-prinsip utama ialah
 Singapura disatukan dengan Tanah Melayu
 Sebuah Kerajaan Pusat dan Majlis Negeri dibentuk
 Kuasa Raja-Raja Melayu dan hak istimewa orang Melayu dikembalikan
 Bahasa Melayu menjadi bahasa kebangsaan
 Pertahanan dan hal ehwal luar negara menjadi tanggungjawab British
British tidak melayan tuntutan PUTERA-AMCJA. Sebagai reaksi, PUTERA-AMCJA
melancarkan hartal pada 20 Oktober 1947. Namun begitu, British tetap menerima
cadangan-cadangan Jawatan Kuasa Eksekutif dan memperkenalkan perlembagaan
baru dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu (PTM) pada 1 Februari 1948. Ciriciri
utama PTM ialah :
a) Persekutuan Tanah Melayu terdiri daripada sebelas buah negeri.
b) Persekutuan Tanah Melayu diketuai oleh Pesuruhjaya Tinggi British.
c) Perlindungan Khas diletakkan di bawah kuasa Pesuruhjaya Tinggi British.
d) Konsep Raja Berperlembagaan diwujudkan.
e) Pesuruhjaya tinggi British menjaga kedudukan istimewa orang Melayu.
f) British masih menguasai Tanah Melayu kerana Tanah Melayu belum lagi
mencapai kemerdekaan.
g) Perkongsian kuasa dibuat antara Majlis Raja- raja dengan Pesuruhjaya Tinggi
British pada peringkat pusat.
h) Pada peringkat negeri, Sultan menjadi ketua negeri dan berkuasa melantik
Menteri Besar sebagai ketua pentadbir negeri.
i) Senarai Persekutuan dan Senarai Negeri diwujudkan.
j) Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1948 telah menjadi asas kepada sistem
pembahagian kuasa antara kerajaan Pusat dan kerajaan Negeri.
Kesimpulan
- penubuhan PTM telah mempercepatkan lagi usaha ke arah berkerajaan sendiri
- penubuhan PTM juga merupakan kemenangan orang Melayu
- kesan daripada PTM, konsep raja beperlembagaan diperkenalkan dan kedudukan
serta hak orang Melayu terpelihara.
- PTM merupakan asas pembentukan Perlembagaan Merdeka 1957
4. Bincangkan reaksi orang Melayu terhadap pembentukan Malayan Union
1946
Pengenalan
 Selepas Jepun menyerah kalah, pihak British telah kembali ke Tanah Melayu
 Pada tahun 1946, British memperkenalkan Malayan Union
 Malayan Union diperkenalkan atas beberapa sebab
 Antara sebab-sebabnya ialah penyeragaman pentadbiran, pembentukan
bangsa Malayan Union, pengukuhan sistem pertahanan, pengawalan politik
orang Melayu dan melindungi kepentingan British di Tanah Melayu.
 Orang Melayu dari pihak raja hingga ke rakyat biasa telah menentang
Malayan Union habis-habisan atas sebab-sebab tertentu
Sebab- sebab Penentangan
1. Syarat kewarganegaraan yang longgar
a) Hak kewarganegaraan yang longgar melalui prinsip jus soli
b) Melalui prinsip tersebut orang-orang bukan Melayu mudah memperolehi
kerakyatan
c) Orang Cina dari Singapura akan mudah mendapat kerakyatan dan bilangan
mereka akan melebihi bilangan kaum Melayu
2. Kehilangan hak istimewa orang Melayu
a) Sebelum MU, orang Melayu diakui sebagai penduduk pribumi oleh British
b) Di bawah perlembagaan MU, hak istimewa orang Melayu dihapuskan
c) Orang Melayu bimbang akan kehilangan warisan tamadun Melayu yang telah
dibina oleh Kesultanan Melayu Melaka
3. Kehilangan Kuasa Sultan
a) Di bawah perlembagaan MU, sultan kehilangan kredibiliti dan kewibawaan sebagai
ketua orang
Melayu. Mereka hanya menjadi Ahli Majlis Raja-Raja Melayu tanpa sebarang
kuasa.
b) Perlantikan Gabenor MU sebagai Pengerusi Majlis Agama Islam telah
menjatuhkan maruah dan
kesucian agama Islam
4. Tindakan Harold MacMichael
a) Beliau telah diutuskan oleh Parlimen British untuk mendapatkan tandatangan
persetujuan rajaraja
Melayu terhadap penubuhan MU
b) Beliau telah menggunakan cara paksaan/ugutan atau dikenali sebagai “political
blackmail”
untuk mendapatkan tandatangan sultan
c) Buktinya ialah Sultan Kedah ( Sultan Badlisyah ) yang diugut untuk menurunkan
tandatangan
atau dituduh pro-Jepun, Sultan Johor ( Sultan Ibrahim ) terpaksa tandatangan atas
dasar
setiakawan dengan British.
Cara – Cara Penentangan Orang Melayu
1. Penentangan Secara Individu/Perseorangan
a) Dato Onn Jaafar telah mengirim telegram bantahan kepada Pejabat Tanah Jajahan
British di
London membantah penubuhan MU
b) Terdapat juga orang perseorangan yang menulis rencana dan artikel membantah
penubuhan MU
dalam akhbar dan majalah Melayu
2. Peranan akhbar Melayu
a) Akhbar-akhbar telah menyeru orang Melayu bersatu menentang MU dan mendesak
sultan-sultan
Melayu meneliti perlembagaan MU sebelum menurunkan tandatangan.
b) Contoh akhbar-akhbar utama ialah Warta Negara, Majlis, Utusan Melayu dan lainlain
3. Penentangan Secara Kolektif
a) 15 Disember 1945, 10 000 orang Melayu berkumpul di Kota Bharu, Kelantan
membantah
kedatangan Harold MacMichael untuk mendapatkan tandatangan sultan
b) 19 Januari 1946, 50 000 orang Melayu telah berkumpul di Alor Setar, Kedah terdiri
daripada
ulama,pelajar,orang kampung,petani dan lain-lain
4. Penentangan golongan sultan dan kaum wanita
a) Golongan sultan tidak berpuas hati dengan kehilangan kuasa mereka dan bertindak
memulaukan
majils perasmian dan perlantikan Gabenor MU di King’s House pada 1 April 1946.
Sebaliknya,
mereka tidak keluar dari tempat penginapan mereka di Hotel Stesyen
b) Golongan wanita turut menyertai penentangan terhadap MU seperti Pertubuhan
Kaum Ibu
Negeri Sembilan, Selangor dan lain-lain. Antara tokoh-tokoh utama ialah
Halimahton Majid,
Cikgu Zaharah, Datin Puteh Mariah dan lain-lain
5. Kongres Melayu Se-Malaya I dan II
a) Atas usaha Dato Onn Jaafar dan Persatuan Melayu Selangor, satu Kongres Melayu
Se-Malaya
telah diadakan pada 1-3 Mac 1946 di Padang Kelab Sultan Sulaiman, Kampung
Bharu, Kuala
Lumpur. Ia dihadiri oleh 41 persatuan, 56 pemerhati dan 107 perwakilan.
Kongres telah bersepakat perlunya penubuhan parti kebangsaan Melayu untuk
melindungi
kepentingan orang Melayu dan bersatu menentang MU.
b) Pada 11 Mei 1946, Kongres Melayu Kedua diadakan di Istana Johor Bharu dan
lahirlah parti
UMNO. Pengerusi pertamanya ialah Dato Onn Jaafar.
c) UMNO seterusnya memimpin orang-orang Melayu mengadakan bantahan beramairamai,
membawa sepanduk,berkabung selama 7 hari dan melilitkan kain putih pada
songkok.
d) Dato Onn juga mengiringi 2 wakil Britain untuk meninjau penentangan terhadap
MU iaitu
Kolonel Rees William dan Kapten L.D. Gammans
Kesimpulan
a) Orang Melayu menentang MU kerana bimbang warisan tamadun Melayu
terhakis
Pengenalan MU akan menghapuskan sejarah yang dibina oleh kerajaan
Kesultanan Melayu Melaka.
b) Tindakan Sir Harold Mac Michael menyemarakkan lagi kemarahan orang
Melayu
c) Orang Melayu bersatu padu di bawah UMNO menentang MU secara habishabisan
d) Akhirnya MU digantikan dengan Persekutuan Tanah Melayu yang
memperlihatkan pembentukan persekutuan dan menjaga kepentingan Raja-raja
Melayu.
==========================
Tema 4:
1. Huraikan faktor-faktor yang mempengaruhi penggubalan dasar
luar Tanah Melayu selepas merdeka
Pengenalan
1. Dasar luar Persekutuan Tanah Melayu digubal mengikut kepentingan dan keperluan
negara.Tanah Melayu mengamalkan dasar pro barat dan anti komunis antara
tahun 1957 hingga 1963
2. Sebagai sebuah negara yang baru merdeka , Tanah Melayu perlu mengatur langkah
yang tepat dan sesuai dengan keadaan serta suasana semasa
Isi-isi
a. Sentimen anti komunis
1. Ancaman komunis pada tahun 1948 hingga 1960 banyak mempengaruhi
pembentukan dasar luar Tanah Melayu
2. Tanah Melayu telah mengamalkan dasar anti komunis akibat daripada keganasan
PKM yang mengancam negara. Negara pada masa itu tidak menjalin hubungan
politik dengan negara -negara yang berfahaman komunis
3. Semasa dunia terlibat dengan kancah Perang Dingin kita lebih memihak kepada
dunia barat iaitu pro Amerika Syarikat
b. Struktur politik Negara
1. Tanah Melayu mengamalkan sistem demokrasi berparlimen yang mengutamakan
kebebasan rakyat.
2. Konsep kedaulatan negara harus dihormati dan negara luar tidak wajar mencampuri
urusan dalam negara kita sebagaimana negara kita juga tidak berhak mencampuri
urusan negara luar
3. Oleh itu dasar luar Tanah Melayu adalah memperjuangkan prinsip kebebasan dan
menentang unsur-unsur penindasan politik dan ekonomi
c. Keadaan politik serantau
1. Tanah Melayu memainkan peranan penting untuk menyelesaikan konflik negara jiran
seperti Kampuchea dalam persidangan PBB
2. Tujuannya untuk mengekalkan keamanan dan kestabilan negara dan serantau
d. Kepentingan negara
1. Tanah Melayu sangat bergantung kepada Britain dalam soal-soal pertahanan maka
Tanah Melayu mengadakan Perjanjian Anglo-Malaya pada tahun 1957
2. Selepas negara merdeka hubungan erat telah dijalin dengan Amerika dan Britain
memandangkan negara-negara tersebut adalah pembeli utama bahan mentah negara
e. Kedudukan geografi
1. Tanah Melayu terletak di tengah-tengah rantau Asia Tenggara dianggap paling
strategik dan sering mengalami suasana ketidakstabilan politik akibat acuman kuasa32
kuasa besar yang cuba menegakkan kuasa dan pengaruh masing-masing
2. Justeru fenomena ini mendorong Tanah Melayu berusaha menjadikan rantau dan
negara ini sebuah rantau yang aman dan bebas
f. Bekas tanah jajahan British
1. Selepas mencapai kemerdekaan Tanah Melayu menyertai Komanwel kerana negara
ini adalah bekas tanah jajahan British
2. Melalui keanggotaan ini, Tanah Melayu mendapat bantuan tentera dari Britain
terutama untuk membendung ancaman komunis dan konfrontasi dengan Indonesia
3. Di bawah Rancangan Colombo, negara kita mendapat banyak faedah terutamanya
biasiswa kepada pelajar-pelajar yang ingin melanjutkan pelajaran ke negara-negara
seperti Britain, Kanada, Australia dan New Zealand
g. Sejarah dan agama
1. Dari segi sejarah, Tanah Melayu pernah menjalin hubungan rapat dengan negara
Islam sesuai dengan komposisi penduduk negara yang majoritinya beragama Islam
Sementelahan pula Islam adalah agama rasmi negara.
2. Tanah Melayu telah menjalin dan mempunyai hubungan erat dengan negara anggota
OIC
h. Demografik/penduduk
1. Tanah Melayu mempunyai penduduk yang berbilang bangsa. Ini menyebabkan Tanah
Melayu mengamalkan dasar luar yang mementingkan prinsip perpaduan dan
menghormati hak asasi manusia
2. Berdasarkan prinsip ini, Tanah Melayu menentang keras perlaksanaan dasar apartheid
yang diamalkan di Afrika Selatan
Kesimpulan
1. Dasar luar Tanah Melayu adalah berdasarkan usaha untuk mewujudkan satu suasana
yang bebas, aman dan berkecuali
2. Selepas tahun 1970, pada era pentadbiran Tun Abdul Razak ,Tanah Melayu telah
menitik beratkan hubungan dengan semua negara tanpa mengira ideologi iaitu
mengamalkan dasar luar berkecuali
2. Bincangkan usaha-usaha yang dijalankan oleh kerajaan dalam
membangunkan negara selepas merdeka
Pendahuluan
1. Selepas mencapai kemerdekaan kerajaan Tanah Melayu telah melaksanakan
beberapa rancangan pembangunan terutama Rancangan Pembangunan Ekonomi
Lima Tahun
2. Ia bertujuan untuk mengatasi pelbagai masalah sosio ekonomi akibat daripada
dasar penjajahan British
3. Dalam tempoh antara 1957 hingga 1963, kerajaan telah melaksanakan Rancangan
Malaya Pertama (1956-1960) dan Rancangan Malaya Kedua (1961-1965)
Isi-isi
a. Rancangan Malaya Pertama (RMP)
1. Merupakan rancangan pembangunan ekonomi yang pertama selepas merdeka
2. Kerajaan memperuntukkan $1,007 juta bagi melaksanakan rancangan ini.
Antara objektif RMP ialah:
i. meningkatkan ekonomi negara dengan tumpuan sektor luar bandar
ii. meningkat dan mempelbagai keluaran pertanian
iii. mewujudkan lebih banyak peluang pekerjaan
iv. mengurangkan kadar kemiskinan masyarakat luar bandar
3. RMP memberi penekanan kepada pembangunan kawasan luar bandar kerana
sebahagian besar rakyat berpendapatan rendah tinggal di luar bandar
4. Beberapa agensi kerajaan seperti RIDA/MARA (1953) dan FELDA (1956) telah
ditubuhkan untuk melaksanakan matlamat di atas
5. MARA berperanan memajukan masyarakat luar bandar melalui pembangunan sosial
ekonomi dengan memberi latihan serta bimbingan berniaga dan kemudahan asas
pertanian. Keluarga-keluarga dari kawasan luar bandar telah dipilih dan dipindahkan
ke tanah rancangan FELDA di mana setiap keluarga diperuntukkan untuk tanaman
getah atau kelapa sawit
6. FELDA juga menyediakan perumahan dan kemudahan asas lain seperti jalan raya,
sekolah dan perkhidmatan kesihatan
7. Kerajaan telah menubuhkan Kementerian Pembangunan Luar Bandar tahun1959
untuk membangunkan kawasan luar bandar dengan menyediakan pelbagai
kemudahan asas
8. Pada tahun 1960 kerajaan telah menubuhkan Majlis Pembangunan Luar Bandar
yang dianggotai oleh menteri-menteri kabinet bagi merancang dan memantau
keberkesanan dan kekangan dalam perlaksanaan sesuatu projek pembangunan di
luar bandar.
9. Pada keseluruhannya RMP kurang mencapai matlamatnya terutamanya kesan
daripadan negara diancam oleh komunis serta komoditi utama iaitu getah dan bijih
timah mengalami kejatuhan harga
b. Rancangan Malaya Kedua (RMK)
1. RMK dibentuk sebagai kesinambungan RMP dan menerima peruntukan yang lebih
besar sebanyak $3,180.7 untuk mencapai objektif berikut:
i. meningkatkan taraf hidup penduduk luar bandar
ii. menambahkan peluang pekerjaan
iii. mempelbagaikan keluaran pertanian dan perusahaan
iv.memperbanyakkan kemudahan sosial
2. Petani digalakkan mempelbagai jenis tanaman untuk mengurangkan penggantungan
kepada bahan makanan yang diimport
3. FELDA menjalankan usaha pembukaan tanah-tanah pertanian baru bagi penanaman
getah, kelapa sawit dan koko. Setiap skim FELDA melibatkan kawasan tanah seluas
antara 1600 dan 2000 hektar. Antara rancangan FELDA yang terbesar ialah Segitiga
Jengka (Pahang) dan Johor Tenggara (KEJORA)
4. Koperasi luar bandar ditubuhkan untuk membantu masalah kewangan yang dihadapi
oleh penduduk luar bandar yang ingin melibatkan diri dalam perusahaan kecilan
5. Berbanding dengan RMP, pengurusan RMK adalah lebih tersusun dan menyeluruh
maka ia lebih berjaya meningkatkan pendapatan negara dan rakyat
6.. Bagi melibatkan rakyat secara langsung dalam proses perancangan dan perlaksanaan
program pembangunan, kerajaan menubuhkan Jawatankuasa Pembangunan
Kampung
7. RMK telah berjaya mengurangkan nisbah kemiskinan masyarakat luar bandar
dengan masyarakat bandar sekaligus meningkatkan taraf ekonomi orang Melayu
Kesimpulan
1. Walaupun usaha-usaha pembangunan di bawah RMP dan RMK tidak mencapai
kejayaan sepenuhnya kerana beberapa masalah tertentu namun beberapa perubahan
telah dapat dilaksanakan untuk kepentingan rakyat keseluruhannya
2. Selepas penubuhan Malaysia pada tahun 1963, usaha melanjutkan Rancangan
Pembangunan Lima Tahun diteruskan di bawah Rancangan Malaysia Pertama
(1966-1970) dan rancangan-rancangan seterusnya
3. Huraikan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen di Tanah
Melayu selepas merdeka
Pengenalan
1. Tanah Melayu mencapai kemerdekaan pada 31 Ogos, 1957. Pemerintahan negara selepas
merdeka adalah berasaskan kepada Perjanjian Persekutuan Tanah Melayu 1957.
2. Parlimen merupakan penggubal undang-undang negara. Parlimen terdiri daripada Yang
DiPertuan Agong, Dewan Rakyat dan Dewan Negara.
Isi-isi
1. Perlembagaan Negara menetapkan Yang DiPertuan Agong sebagai Ketua Negara.
2. YDPA mempunyai kuasa melantik Perdana Menteri, melindungi orang-orang Melayu
dan bumiputera serta kepentingan sah kaum-kaum lain.
3. YDPA menjadi Panglima Tertinggi Angkatan Tentera. Baginda juga menjadi ketua
agama bagi negeri Melaka, Pulau Pinang, Wilayah Persekutuan serta negeri baginda
sendiri.
4. YDPA sebagai Raja Berperlembagaan menjalankan pemerintahan negara atas nasihat
Perdana Menteri. Baginda terlibat dalam ketiga-tiga badan pemerintahan iaitu
perundangan, pelaksanaan dan kehakiman.
5. Dewan Rakyat diwujudkan selepas pilihanraya 1959. Anggota Dewan Rakyat dipilih
melalui pilihanraya umum oleh rakyat. Dewan Rakyat membincangkan cadangan rang
undang-undang yang dibawa oleh menteri berkenaan setelah melalui beberapa proses
tertentu.
6. Dewan Negara / Senat pada prinsipnya adalah lebih tinggi daripada Dewan Rakyat. Pada
amalannya, Dewan Rakyat lebih diutamakan kerana keanggotaannya yang dipilih. Ahli
Dewan Negara dikenali sebagai Senator dan berkhidmat selama tiga tahun. Ahli keduadua
Dewan Rakyat dan Negara adalah sama tarafnya sebgai ahli Parlimen. Mereka boleh
dilantik sebagai ahli Jemaah Menteri.
7. Badan pelaksana undang-undang ialah Jemaah Menteri atau Kabinet. Kabinet merupakan
badan penggubal dasar yang tertinggi di Malaysia. Kabinet melaksanakan kuasa eksekutif
di peringkat persekutuan / pusat.
8. Jemaah Menteri terdiri daripada Menteri Kementerian dan dipengerusikan oleh Perdana
Menteri, Ketua Setiausaha Negara adalah Setiausaha Jemaah Menteri. Beliau merupakan
pegawai tertinggi kerajaan yang mengawasi perjalanan pentadbiran kerajaan dan jabatan
kerajaan.
9. Perdana Menteri merupakan ketua kerajaan peringkat pusat dengan dibantu oleh Jemaah
Menteri. Di peringkat negeri, Menteri Besar dan Ketua Menteri mengetuai Majlis
Mesyuarat Kerja Kerajaan . Di peringkat kementerian, pentadbirannya diketuai oleh
Menteri
10. Badan Kehakiman iaitu mahkamah mempunyai kuasa yang lebih besar daripada Parlimen
/ Jemaah Menteri. Mahkamah mempunyai kuasa mentafsir perlembagaan ,mentafsir dan
menguatkuasakan undang-undang dan kuasa mengisytiharkan sebarang undang-undang
sebagai sah. Badan kehakiman bebas daripada sebarang kawalan badan perundangan atau
badan pelaksana.
11. Pelantikan semua hakim dilakukan oleh YDPA atas nasihat Perdana Menteri. Terdapat
dua kategori mahkamah iaitu Mahkamah Rendah dan Mahkamah Utama.
12. Peguam Negara adalah penasihat undang-undang kerajaan. Beliau bertindak sebagai
Pendakwa Raya atau Peguambela bagi pihak kerajaan.
Kesimpulan
1. Sistem pemerintahan di Tanah Melayu selepas merdeka jelas dipengaruhi oleh sistem
pemerintahan British.
2. Sistem ini menjadi dasar kepada pemerintahan dan pentadbiran negara sehingga kini.
4. Bincangkan peranan Yang Di Pertuan Agong dalam sistem pentadbiran
dan pemerintahan Negara sehingga tahun 1963.
Pengenalan
Jawatan YDPA wujud selepas tahun 1957 yang melambangkan kedaulatan dan
ketinggian kuasa Negara. Namun denikian YDPA tidak mampunyai kuasa mutlak kerana
terikat dengan kusa perlembagaan.
Isi-isi
- YDPA sebagai ketua angkatan tentera Malaysia (ATM)
- Lambang kedaulatan dan perpaduan di kalangan rakyat Malaysia.
- Mempunyai kuasa pengampunan di dalam mahkamah tentera, Wilayah
Persekutuan (Kuala Lumpur, Labuan dan Putra Jaya)
- YDPA menjadi ketua agama Islam bagi negeri-negeri yang tidak beraja
seperti Pulau Pinang, Melaka, Sabah, Sarawak, Wilayah Persekutuan dan
negeri baginda sendiri.
- Mengiktiraf deraf undang-undang yang diluluskan oleh Parlimen.
- Baginda berkuasa melantik Perdana Menteri, Hakim dan Jemaah Menteri
atas nasihat Perdana Menteri. Juga melantik ketua hakim Negara,
Mahkamah Agung, Hakim-hakim lain seperti mahkamah tinggi
- YDPA mempunyai kuasa untuk menangguh dan membubarkan parlimen.
- Baginda boleh memberi ucapan dalam Dewan Negara dan Dewan Rakyat
- YDPA bertanggungjawab mentauliahkan duta-duta yang dihantar ke luar
Negara dan menerima tauliah duta-duta.
- Baginda perlu menyambut tetamu luar Negara yang setaraf dengan
baginda spt Ratu Elizabeth dan Maharaja Jepun
- YDPA bertanggungjawab mengistiharkan perintah darurat untuk
keselamatan rakyat atas nasihat Perdana Menteri
Kesimpulan
YDPA merupakan ketua Negara yang utama, peranan dan tanggungjawab Negara tidak
terhad dalam dan luar Negara. Baginda harus terlebih dahaulu meminta nasihat perdana
menteri atau cabinet seperti melucutkan jawatan dan melantik hakim, jemaah menteri,
peguam Negara, ketua polis Negara dan pengerusi suruhanjaya
5. Bincangkan system pentadbiran Malaysia selepas merdeka sehingga tahun
1963.
Pengenalan
- Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu (PTM) diperkenalkan pada tahun 1948
- Perlembagaan ini menjadi teras kepada perlembagaan PTM merdeka pada tahun
1957
- Sistem pentadbiran Malaysia selepas merdeka berbentuk system kerajaan
demokrasi raja berperlembagaan.
Isi
A. Pentadbiran Kerajaan Pusat
1. Fungsi Kerajaan Pusat
- Memastikan dasar Negara membawa kemajuan ekonomi dan social
- Membuat undang-undang yang sesuai untuk mengawal ketenteraman awam
- Memastikan system kehakiman berjalan lancar dan adil
2. Parlimen adalah badan perundangan persekutuan yang bertugas merangka undangundang
Negara. Parlimen terdiri daripada Yang Di Pertuan Agong, Dewan Negara
dan Dewan Rakyat
3. Mengikut perlembagaan Malaysia, undang-undang boleh dipinda mengikut
keperluan masa dan persetuajuan sekurang-kurangnya 2/3 daripada ahli Dewan
Rakyat
B. Yang Di Pertuan Agong
1. YDPA ialah ketua dan berkedudukan sebagai raja berperlembagaan
2. Dalam melaksanakan kuasa eksekutif, baginda meminta nasihat perdana menteri
dan cabinet
3. YDPA dipilih oleh Majlis Raja-Raja daripada kalangan 9 orang Sultan setiap 5
tahun sekali
4. YDPA mampunyai kuasa dan tanggungjawab seperti berikut
- mengampunkan kesalahan lain dalam Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
- mengampunkan hukuman yang disabitkan dalam mahkamah syariah di Melaka,
Pulau Pinang, Sabah, Sarawak dan Wilayah Persekutuan
- Memelihara kedudukan istimewa orang melayu dan kaum Bumiputera dik Sabah
dan Sarawak
- Memelihara kaum-kaum lain
C. Dewan Negara
- merupakan dewan yang tertinggi dalam system pemerintahan di Malaysia
- membahaskan semua rang undang-undang yang di luluskan oleh Dewan Rakyat
secara lebih teliti. Dewan Negara tidak boleh menolak undang-undang yang telah
diluluskan oleh Dewan Rakyat tetapi boleh mengguhkan selama sebulan supaya
diteliti lagi oleh Dewan Rakyat
- bagi rang undang-undang kewangan, tempoh masa yang boleh ditangguhkan oleh
Dewan Negara ialah sebulan, manakala rang undang-undang lain 1 tahun
D. Dewan Rakyat
- Ahli-ahli terdiri daripada wakil yang dpilih oleh rakyat melalui pilihanraya setiap
5 tahun
- Terdapat 219 orang ahli yang mewakili kawasan pilihanraya di seluruh Malaysia
- Tugas Dewan Rakyat adalah untuk membubar dan meluluskan
E. Badan Eksekutif
- Badan eksekutif diketuai oleh Perdana Menteri dan Kabinet.
- Badan ini menjalankan dasar-dasar pemerintahan pentadbiran kerajaan
- Terdapat 3 peringkat petadbiran :
 Peringkat Persekutuan
 Peringkat Negeri
 Peringkat tempatan
-Peringkat Persekutuan
- Pentadbiran dilaksanakan oleh cabinet yang diketuai oleh perdana menteri dan dibantu
oleh timbalan menteri dan menteri yang lain.
- Fungsinya menggubal dasar kerajaan dalam semua perkara dan memberi arahan untuk
melakukan dasar.
- Peringkat negeri
- Ketua negeri ialah sultan atau Yang Dipertuan Besar
- Ketua pentadbir ialah menteri besar atau ketua menteri
- Mereka dibantu oleh ahli majlis mesyuarat kerajaan negeri (exco di Sem. Malaysia)
- majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri di Sarawak dikenali sebagai Majlis Tertinggi
manakala di Sabah dikenali sebagai Kabinet
- Peringkat Tempatan
- Terdiri daripada Majlis Daerah, Majlis Badaran dan Dewan Bandaraya
- Dibawah kuasa pentadbiran kerajaan negeri
- Mempunyai tugas meneliti kemajuan sosio ekonomi di kawasan pecan atau Bandar
- Pentadbiran di Sabah dibahagikan kepada daerah dan kampong. Daerah di tadbir oleh
pegawai daerah dan dibantu oleh ketua anak negeri dan ketua kampong.
- Pentadbiran di Sarawak dibahagikan kepada bahagian, daerah, daerah kecil dan
kampong.
- Residen mentadbir setiap bahagian
- Pegawai daerah mentadbir peringkat daerah
- Penghulu mentadbir di kampong
Kesimpulan
- Sistem pentadbiran Malaysia selepas merdeka merupakan satu sistem yang
kemas dan teratur
- Terdapat perkongsian kuasa antara kerajaan pusat dan kerajaan negeri
- Ia menyebabkan jentera kerajaan berjalan dengan lancarnya.
===========================
selamat......belajar!

Comments

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R