Skip to main content

Masyarakat Jahiliah

Konsep masyarakat jahiliah mengikut al-Quran ialah masyarakat yang tidak ada kitab suci dan nabi sebagai petunjuk.Mereka tidak bertamadun dan tidak berakhlak.Mereka juga adalah masyarakat yang buta huruf dan tidak mengEsakan Allah.Menurut pandangan sejarawan Islam,zaman Jahiliah berlangsung selama 150 tahun.Sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW,masyarakat arab menganut pelbagai agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan unsur kurafat.Lima agama utama yang diamalkan ialah agama Watani,Samawi(Yahudi),Nasrani(Kristian),Majusi serta kepercayaan tahyul dan karut(animisme).

PENDAHULUAN
ISI 1
Agama Watani

FAKTA
·         Menyembah berhala dan merupakan agama dominan masyarakat arab yang berpusat di makkah.
·         Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu,kayu,logam dan lain-lain serta mempunyai pelbagai rupa dan jenis.
·         Diasaskan oleh Umar bin Luhai.
·         Mereka mengangap berhala itu adalah tuhan.

HURAIAN
Al-Wad melambangkan kekuatan kelakian,al-Suwa melambangkan kecantikan wanita dan al-Yaghuth melambangkan kekuatan dan keberanian.

CONTOH
Setiap kabilah menempatkan satu berhala dikelilingkan kaabah bagi mewakili suku mereka.terdapat sebanyak 360 disekeliling kaabah.

PENEGASAN ISI
 ISI 2
Agama Samawi(Yahudi)

FAKTA
·         Agama yang diturunkan dari langit
·         Seperti agama Yahudi iaitu agama yang dibawa oleh Nabi Musa As dan diutuskan kepadanya kitab suci Taurat.
·         Penganutnya ialah bani Israel yang berasal dari Palestin yang mendiami Hijaz,Yaman dan Yathrib(Madinah).

HURAIAN
Bani Nadhir,Qunaiqa’ dan Quzairah mengamalkan agama ini.

CONTOH
Namun begitu mereka telah mengubah isi kandungan
Kitab Taurat dan Allah SWT telah melaknat mereka.

PENEGASAN ISI
ISI 3
Agama Nasrani(Kristian)

FAKTA
·         Agama yang dibawa oleh Nabi Isa dengan Injil sebagai kitab suci.
·         Agama Kristian yang dianuti dan diamalkan oleh masyarakat jahiliah tidak begitu sesat jika dibandingkan dengan agama Watani.Dalam agama Kristian penganutnya masih mempercayai kewujudan dan kebesaran Allah SWT.
·         Agama Kristian berkembang di beberapa tempat dalam masyarakat jahiliah

HURAIAN
Pengkaji sejarah berpendapat bahawa agama Nasrani bertapak di Kota Makkah pada abad ke-4 Masihi.Selain itu,agama ini juga dianuti oleh penduduk di Ghassan,Hirah dan Habsyah

CONTOH
Agama Kristian merupakan agama kedua terbesar selepas agama Watani.
PENEGASAN ISI
ISI 4
Agama Majusi

FAKTA
·         Agama yang berasal dari Parsi
·         Berdasarkan ajaran agama ini,masyakakat jahiliah menyembah cahaya dan kuasa yang mengeluarkan cahaya seperti api,bulan,bintang dan matahari.
·         Cahaya digambarkan sebagai kebaikan dari tuhan.
·         Kegelapan melambangkan keburukan
·         Agama ini tidak mempunyai kitab suci.

HURAIAN
Mereka menyembah cahaya dengan menyembah api di rumah ibadat.
CONTOH
Agama ini hampir sama dengan bentuk agama Watani.

PENEGASAN ISI
ISI 5
Kepercayaan tahayul dan karut

FAKTA
·         Kepercayaan adat lebih merupakan kepercayaan tahyul  dan tradisi lama yang diwarisi dari nenek moyang.
·         Kepercayaan adat tidak mempunyai konsep penyembahan sebaliknya membentuk sebahagian daripada budaya hidup masyarakat jahiliah.
HURAIAN
Kepercayaan kepada kuasa ghaib,pokok,batu serta roh dan semangat.
CONTOH
Mereka juga mempunyai amalan menilik nasib untuk menetukan masa depan yang jelas bertentangan dengan rasional pemikiran manusia.

PENEGASAN ISI
Masyarakat arab hidup hanya bertuhankan hawa nafsu semata-mata.
Meraka berada dalam keadaan kesesatan,kejahilan,dan terpesong daripada akidah yang sebenar.Kerasulan Nabi Muhammad SAW telah mengubah konsep keagamaan masyarakat arab jahiliah dan membawa kemajuan yang sempurna
KESIMPULAN

 

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan

Pendahuluan Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara. Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam...

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. • Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. • Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia ya...

Pemerintahan Raja Mongkut (1824-1851) Di Thailand

Pengenalan Somdeth Phra Paraminda Maha Mongkut atau Phra Chom Klau lebih dikenali sebagai Mongkut adalah putera yang ke-43 Raja Rama II yang dilahirkan pada 18 Oktober 1804. Apabila saudaranya putera Jeetha dilantik sebagai Raja Rama III pada tahun 1824, Mongkut menjadi sami selama 27 tahun dari tahun 1824 hingga 1851. Pengalaman baginda sebagai seorang sami telah membolehkan baginda mengetahui kehidupan rakyatnya serta Tamadun Barat. Pergaulannya dengan mubaligh-mubaligh Barat seperti Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Reverend Bradley dan Dr. House telah membolehkan baginda mempelajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi, Matematik, Astronomi, Bahasa Latin, Bahasa Inggeris serta sistem kerajaan negara-negara Barat. Mongkut merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris. Apabila Raja Rama III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851. Pembaharuan Mongkut menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi ...