Skip to main content

PENGAJIAN AM

Kertas 1

- Bahagian Kenegaraan Malaysia, Bahagian Dasar Negara yang terdiri daripada Dasar Dalam Negara, Dasar Luar Negara dan isu semasa, serta Bahagian Penyelesaian Masalah.

Kertas 2
- Bahagian A - Karangan Laras Sastera, Bahagian B – Karangan Laras Sains, Bahagian C – Kefahaman dan Ulasan Teks, Bahagian D – Mengalih Bentuk Teks Linear kepada Bukan Linear serta Bahagian E – mengalih bentuk Bukan Linear kepada Linear. Bahagian A dan B mencakupi kerangka esei penting yang disusun mengikut kepentingan dan keperluan peperiksaan. Bahagian C mengandungi petikan-petikan berbentuk kefahaman yang menguji pemahaman dan daya pemikiran pelajar. Bahagian D dan E memaparkan teknik menyeluruh dan membina media teknikal yang pelbagai dan kemahiran mengalih pelbagai bentuk grafik kepada bentuk rencana secara teratur dan efektif. Kemahiran membina dan menginterprestasi pelbagai bentuk grafik ini meliputi pelbagai jenis graf bar, graf garis, carta pai, carta aliran dan sebagainya.
Kenegaraan Malaysia

1. Ditakrif sebagai satu masyarakat atau komuniti yang mendiami sesebuah kawasan atau wilayah secara tetap dan diperintah oleh sebuah kerajaan.
2. Ciri-ciri sebuah kerajaan;
• Sempadan yang tetap dan diiktiraf
• Penduduk yang tetap
• Kerajaan yang teratur
• Kedaulatan, iaitu berupaya untuk mengawal hal-ehwal dalam negara dan kebebasan
• Mengadakan hubungan dengan negara-negara lain (diplomatik)
• Perlembagaan (didokumenkan)
Fahaman Tentang Negara

Abraham Lincoln
• Mula-mula diamalkan oleh orang-orang Yunani di Athens
Berasal dari perkataan Yunani iaitu demokratia
Demo = rakyat
Kartia = perintah
Bermaksud kuasa memerintah di tanganrakyat
Abraham Lincoln Presiden Amerika Syarikat yang ke-16 pernah mengemukakan slogan demokrasi sebagai "Kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat"

FASISME

• Diperkenalkan oleh Benito Musollini di Itali pada tahun 1929
Mengikut fasisme, kuasa mutlak terletak dalam tangan pemimpin negara.
Mengamalkan kerajaan totalitarian
Rakyat dipaksa berkorban untuk pemimpin yang memerintah secara kuku besi
Fahaman ini terkubur bersama-sama Musollini selepas tamat Perang Dunia Kedua

NAZISME

• Diperkenalkan oleh Adolf Hitler di Jerman pada tahun 1930an.
Menghalalkan pembunuhan dan kekejaman.
Melakukan pembunuhan secara beramai-ramai terhadap bangsa Yahudi semsa Perang Dunia Kedua
Fahaman ini terkubur bersama Hitler seleps tamat Perang Dunia Kedua.

KOMUNISME

• Diperkenalkan oleh Karl Marx (Russia)
Diamalkan oleh pengikut-pengikutnya iaitu; Lenin (Rusia), Stalin (Rusia) dan Mao Tze Tung (China)
Fahaman politik komunisme memiliknegarakan atau milik bersama rakyat semua faktor pengeluaran dan barangan pengguna.
Slogan yang sering dilaungkan "ama rata, sama rasa"
Menolak kewujudan Tuhan.
Negara yang masih mengamalkan fahaman komunisme ialah Korea Utara dan Cuba.

SOSIALISME

• Ada yang berpendapat aliran sosialisme diasaskan oleh Rober Owen seorang berbangsa Inggeris dari Wales.
Beliau telibat dalam pergerakan koperasi di Britain.
Matlamat asas fahaman ini ialah memiliknegarakan hak-hak milik individu.
Negara yang mengamalkan fahaman politik ini lazimnya akan mengamalkan pintu tertutup.
Contoh; Myanmar dan Laos

Sistem Kerajaan
KERAJAAN PERSEKUTUAN

Merupakan gabungan antara kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri
Kerajaan pusat tidak mempunyai kuasa mutlak
Kedua-dua kerajaan mempunyai kuasa mutlak dalam bidang-bidang tertentu dan berkongsi dalam sesetengah bidang.
Kerajaan persekutuan mempunyai kuasa sepenuhnya dalam hal ehwal hubungan luar dan hal-ehwal umum.
Kerajaan negeri berkuasa mutlak dalam bidang-bidang tertentu. Umpamanya; tanah, hutan, dan pentadbiran negeri.
Tiada unsur penindasan antara kedua-dua kerajaan.
Contoh; Amerika Syarikat, Brazil, Australia, India dan Malaysia.

KERAJAAN KESATUAN

Gabungan beberapa buah kejaan negeri dengan kerajaan pusat.
Kerajaan pusat mempunyai kuasa pemerintahan
Kerajaan puat boleh membatalkan undang-undang yang diluluskan oleh kerajaan negeri.
Contoh negara; Britain, New Zealand, Peranchis, Denmark dan Indonesia

KERAJAAN KONFEDERASI

Sistem pemerintahan yang memberikan kebanyakan kuasa kepada kerajaan negeri.
Oleh itu kerajaan pusat mempunyai kuas yang terhad.
Kerajaan pusat kurang berfungsi kerana banyak kuasanya disekat oleh kerajaan negeri.
Persefahaman antara kerajaan negeri dan pusat dibuat melalui perjanjian yang longgar.
Contoh kerajaan konfederasi ialah Konfederasi Jerman (1867-1871).
Kini kerajaan kofederasi tidak wujud lagi.


Perbezaan antara Kerajaan Persekutuan, Kesatuan dan Kofederasi

Labels: 1.JENIS DAN SISTEM KERAJAAN

Bentuk Kerajaan
MONARKI

Negara yang pemerintahnya dikuasai oleh golongan raja dan sultan serta kaum kerabatnya.
Mereka memonopoli kuasa eksekutif.
Tahta kerajaan diwarisi secara keturunan
Contoh negara; Arab Saudi, Kuwait dan Brunei Darus Salam.

REPUBLIK

Negara yang tidak menjadikan raja sebagai ketua negara.
Kebanyakan negara republik moden, ketua negara terletak di bawah seorang Presiden.
Presiden merupakan golongan rakyat biasa.
Negara republik mengamalkan sistem kerajaan demokrasi. Iaitu presiden dilantik dalam pungutan suara atau pilihan raya.
Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Sri Lanka, Peranchis, Portugal, Taiwan, Pakistan, India dan Singapura.
Di kebanyakan negara republik, tempoh pemerintahan seseorang presiden itu dihadkan antara empat tahun hingga enam tahun atau selama satu penggal.
Dalam konteks negara republik pada hari ini ada dua jenis pemerintahan presiden.

1. Sistem Presiden sepenuhnya.
a. Presiden sebagai ketua kerajaan dan ketua negara
b. Presiden bertanggungjawab untuk memerintah negara
c. Presiden dipilih secara terus oleh rakyat melalui pilihan raya.
d. Contoh negara; Amerika Syarikat, Filipina, Indonesia, Mexico dan Korea Selatan.

2. Sistem Separa Presiden.
a. Presiden hanya sebagau ketua negara.
b. Ketua Kerajaan di bawah seorang Perdana Menteri
c. Kedua-duanya terlibat dalam mentadbir negara tetapi dalam bidang kuasanya
diasingkan.
d.Contoh negara; Peranchis, Sri Lanka, Portugal, Taiwan, Rusia dan Peru.

DEMOKRASI
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi, mempunyai kerajaan yang dipilih oleh rakyat dalam pilihan raya umum.
Wakil-wakil rakyat yang dipilih mewakili parti yang bertanding dalam pilihan raya tersebut.
Parti yang menang dan berhak membentuk kerajaan adalah parti yang mendapat undian majoriti daripada rakyat.
Berasaskan "kerajaan rakyat, oleh rakyat dan untuk rakyat" (government from people, vote by people, for people)

Ciri-ciri sebuah negara demokrasi ialah;
1. Menjamin hak asasi rakyatnya
2. Rakyat bebas untuk bersuara dan enyatakan idea
3. Pilihan raya bebas diadakan untuk memilih kerajaan.
4. Rakyat yang mencapai had umur tertentu berhak untuk menajdi pemilih dan
bertanding dalam sesuatu pilihan raya.
5. Pengundian dibuat secara sulit
6. Kemenangan sama ada calon atau parti bergantung kepada bilangan undi serta
kerusi yang dimenangi dalampilihan raya.
Negara yang mengamalkan sistem demokrasi juga mengamalkan doktrin pengasingan kuasa.
Terdapat dua jenis pemerintahan di negara-negara yang mengamalkan sistem demokrasi.

a. Raja Berperlembagaan
Contoh; Malaysia, Britain, Negara Thai dan Jepun
Raja adalah simbolik sahaja.
Raja adalah ketua negara

b. Republik
Contoh; Singapura, Filipina, India, Amerika Syarikat
Tidak mempunyai raja.
Ketua negara ialah presiden.
Kuasa presiden bergantung kepada sistem yang diamalkan di negara tersebut.
Umpamanya di Singapura dan India, jawatan presiden hanya simbolik sahaja.

AUTOKRASI

Negara yang yang diperintah oleh seseorang diktator yang berkuasa mutlak.
Pemerintah biasanya menggunakan kekerasan, paksaan dan ugutan untuk mengekalkan kekuasaan.

Perbezaan antara Negara Monarki, Republik, Demokrasi dan Autokrasi.
DOKTRIN PENGASINGAN KUASA

Doktrin ini dikemukakan oleh seorang ahli falsafah Peranchis iaitu Montesquieu
Mengikut doktrin ini kuasa pemerintahan sesebuah negara itu dibahagi kepada tiga buah badan yang bebas;
a. Badan Perundangan (Legislatif)
b. Badan Eksekutif (Pentadbiran)
c. Badan Kehakiman (Judisiari)

Ketiga-tiga bidang tersebut mempunyai bidang kuasa yang tersendiri.

Tujuan
a. Mengelakkan pertindihan bidang kuasa. Berkuasa lebih daripada satu bidang
kuasa.
b. Mengelakkan penyalahgunaan kuasa akibat pemusatan kuasa pada sesebuah
badan tertentu.
c. Tiada gangguan daripada mana-mana badan yang lain.


DOKRIN PENGASINGAN KUASA DI MALAYSIA

Di Malaysia pengamalan doktrin tersebut berbeza daripada bentuk asalnya.
Pengasingan kuasa secara relatif antara ketiga-tiga badan.
Cuma badankehakiman sahaja yang dilihat bebas daripada pertindihan kuasa badan yang berlainan.
Yang di-Pertuan Agong sebagai ketua negara mempunyai kuasa tertinggi dalam ketiga-tiga badan.
Di peringkat persekutuan, Perdana Menteri dan ahli-ahli jemaah menteri pada masa yang sama adalah ahli badan perundangan dan badan eksekutif.
Hal ini kerana;
a. Malaysia mengamalkan demokrasi berparlimen (Parlimen dwidewan dan bercorak
westminster) – Dewan Negara & Rakyat
b. Raja berperlembagaan iaitu ketua negara ialah YDPA.
c. Mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Kerajaan pusat dan kerajaan negeri)
d. Mengamalkan doktrin pengasingan kuasa
e. Mengamalkan konsep ketertinggian perlembagaan.

Konsep pentadbiran Kerajaan
Tujuan utama sesuatu organisasi pentadbiran adalah;
a. mencapai objektif kerajaan yang ditetapkan
b. Membahagikan tugas-tugas pentadbiran kerajaan agar dapat dijalankan dengan
cekap dan berkesan
c. Melalui penyelarasan dapat mengelakkan pertindihan kerja.
d. Bidang kuasa pejabat-pejabat pentadbiran mudah dikawal dan elakkan
penyalahgunaan kuasa.

Organisasi kerajaan bersifat birokrasi kerana;
a. Adanya pembahagian dan pengkhususan kerja.
b. Adanya hiraki atau lapisan kuasa yang bertingkat-tingkat.
c. Mempunyai peraturan-peraturan serta prosedur-prosedur tertentu supaya sesuatu
urusan itu lebih sistematik dan telus.
d. Kakitangan kerajaan yang dilatik secara tetap serta berpencen bagi mengisi
jawatan-jawatan dalam kerajaan.
Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan merupakan perlembagaan bertulis Malaysia.
Dikuatkuasakan pada 31 Ogos 1957
Digubal oleh Suruhanjaya Reid yang dianggotai oleh;
1. Lord Reid (Ketua)
2. Sir Ivor Jenning (Britain)
3. Sr William Mckel (Australia)
4. B.Malik (India)
5. Hakim A.Hamid (Pakistan)
Perlembagaan Malaysia digubal berdasarkan 131 memorandum yang diserahkan oleh parti-parti politik dan pertubuhan-pertubuhan di Tanah Melayu
Merupakan sumber segala perundangan lain yang wujud dalam negara.
Merupakan undang-undang tertinggi untuk mewujudkan sistem kerajaan yang teratur.
Perlembagaan tersebut dikanunkan tetapi boleh dipinda
Perlembagaan Persekutuan memperakukan semua undang-undang yang digubal di Persekutuan sebelum Hari Merdeka dan juga semua undang-undang yang wujud di Sabah dan sarawak sebelum Hari Malaysia.
Konsep Ketinggian Perlembagaan
Perlembagaan Persekutuan merupakan undang-undang tertinggi Malaysia
Badan Perundangan, Badan Eksekutif dan Badan Kehakiman mendapat kuasa masaing-masing daripada Perlembagaan Persekutuan.
YDPA pun sebagai ketua negara juga menjalankan kuasanya mengikut Perlembagaan Persekutuan.
Sebarang undang-undang yang berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan hendaklah terbatal setakat mana undang-undang itu berlawanan dengan Perlembagaan Persekutuan.


Kandungan Perlembagaan Persekutuan
Perlembagaan Persekutuan terdiri daripada 15 bahagian yang mengandungi 183 Perkara seperti dalam jadual berikut;
BAHAGIAN BUTIR-BUTIR PERKARA
1 Negeri-negeri, Agama, dan Undang-undang Persekutuan 1-4
2 Kebebasan Asasi 5-13
3 Kewarganegaraan 14-31
4 Persekutuan 32-69
5 Negeri-negeri 70-72
6 Perhubungan antara Persekutuan dengan Negeri-negeri 73-95E
7 Peruntukan-peruntukan Kewangan 96-112E
8 Pilihan Raya 121-131A
9 Kehakiman 121-131A
10 Perkhidmatan Awam 142-148
11 Kuasa-kuasa Khas Menentang Perbuatan Subversif dan Kuasa-Kuasa Darurat
149-151
12 Am dan Pelbagai 152-160
12A Perlindungan Tambahan bagi Negeri-negeri Sabah dan Sarawak 161-161H
13 Peruntukan Sementara dan Peralihan 162-180
14 Perkecualian bagi kedaulatan Raja-raja dan Sebagainya 181
15 Prosiding terhadap Yang di-Pertuan Agong dan Raja-raja 182-183

Ciri-ciri kerajaan Malaysia
Malaysia mengamalkan sistem Kerajaan Persekutuan (Terdiri daripada kerajaan persekutuan dan kerajaan negeri)
Mengamalkan sistem Raja Berperlembagaan dan Demokrasi Berparlimen
Parlimen bercorak Westminster
Di parlimen terdapat dwidewan
a. Dewan Rakyat
b. Dewan Negara
Malaysia mengutamakan ketertinggian perlembagaan.

Comments

Post a Comment

Popular posts from this blog

Sejarah 2 (Nota Tema 1-Sejarah Asia Tenggara, Timur dan Selatan)

Normal 0 false false false EN-US X-NONE X-NONE PEPERIKSAAN SIJIL TINGGI PERSEKOLAHAN MALAYSIA STPM/S940 940/2 Kertas 2: Sejarah Malaysia, Asia Tenggara, Asia Selatan, dan AsiaTimur, 1800-1963 Bahagian B : Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur (Myanmar (Burma), Thailand, Laos, Kemboja (Kampuchea), Vietnam, Brunei, Indonesia, Filipina, Singapura,India, Pakistan, Sri Lanka, China, dan Jepun).

NEGARA PERSEKUTUAN

Malaysia merupakan sebuah negara persekutuan yang berlandaskan perlembagaan bertulis sebagai undang-undang tertinggi. Ia mengamalkan sistem kerajaan persekutuan dan mengandungi 13 buah kerajaan negeri serta Wilayah Persekutuan. Perlembagaan Persekutuan yang wujud pada hari ini adalah berasaskan Perlembagaan Persekutuan Tanah Melayu 1957 dan dipinda pada tahun 1963 untuk membolehkan penyertaan Singapura, Sabah dan Sarawak. Perlembagaan ini mengandungi 181 Perkara yang dibahagikan kepada 14 bahagian. Perlembagaan Persekutuan mempunyai peruntukan seperti kebebasan asasi rakyat, kewarganegaraan, badan perundangan, dan kewangan.

AGAMA RASMI

Islam adalah agama rasmi Kerajaan Malaysia seperti yang telah tertakluk dibawah Perlembagaan Negara Malaysia .Perlembagaan mempunyai kedudukan istimewa. Ia merupakan satu-satunya institusi atau sumber perundangan yang tetap dan tertinggi. Pekara berkaitan agama didalam perlembagaan dinyatakan di bawah perkara berikut : Perkara 3 : • Ugama Islam ialah Ugama bagi persekutuan; tetapi agama-agama lain boleh diamalkan dengan aman dan damai di mana-mana bahagian persekutuan. • Dalam tiap-tiap Negeri melainkan negeri-negeri yang tidak mempunyai Raja,kedudukan Raja sebagai Ketua ugama Islam dalam Negerinya secara dan setakat mana yang diakui dan diistiharkan oleh Pelembagaan Negeri itu, segala keistimewaan hak kedaulatan dan kuasa dinikmati olehnya sebagai Ketua Ugama Islam tidaklah tersentuh dan tercatat tetapi tiadklah tersentuh atau tercatat, tetapi dalam apa-apa perbuatan, amalan atau upacara yang dipersetujui oleh Majlis Raja-Raja supaya meliputi seluruh Persekutuan,maka tipa-tiap orang R