Skip to main content

JALUR GEMILANG

Pada tahun 1948-1960, Malaya telah diisytiharkan darurat akibat daripada ancaman Parti Komunis Malaya ( PKM ). Pembunuhan dan keganasan menyebabkan kerajaan mengambil keputusan mengenakan Undang-undang Darurat Bagi membendung kegiatan PKM. Antara langkah yang diambil bagi membendung masalah ini adalah dengan memperkenalkal konsep Kawasan Putih dengan Kawasan Hitam. Kawasan Putih merupakan kawasan yang telah bersih daripada ancaman dan keganasan komunis. Di dalam kawasan ini Undang-undang Darurat seperti sekatan-sekatan ke atas bahan makanan, bekalan penting dan perintah berkurung telah dilonggarkan dan dihapuslan. Sebaliknya, Kawasan Hitam pula merupakan kawasan yang masih terdapat kegiatan-kegiatan komunis. Oleh itu, Undang-undang Darurat dikenakan di kawasan itu. Pada tahun 1953, Kawasan Putih pertama diisytiharkan iaitu kawasan-kawasan Bandar Melaka, Merlimau, Melaka Tenggah dan kawasan-kawasan pantai negeri Melaka. Negeri-negeri lain pula telah bekerjasama dengan mengelakkan diri terlibat dengan kegiatan komunis bagi menjadikan negeri mereka Kawasan Putih. Lama-kelamaan, negeri-negeri lain juga diisytiharkan Kawasan Putih sehingga Zaman Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Namun begitu, negara tercinta kita telah menghadapi suatu kekangan yang juga besar pada 16 Mei 1969.Apabila tercetus rusuhan perkauman di Kuala Lumpur pada petang 13 Mei 1969, Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan segera mengarahkan polis dan tentera bertindak mengawal keadaan daripada merebak, mengisytiharkan darurat pada 14 Mei, menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada 16 Mei dan pada hari yang sama meletakkan negara di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Beliau telah memperkenalkan Rukun Negara sebagai langkah mengatasi trauma ini.Pada 22 September 1970, ketika negara masih berada di bawah pemerintahan MAGERAN, Abdul Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman yang telah memegang jawatan itu selama 15 tahun. Pada 23 Februari 1971, Abdul Razak membawa negara kembali kepada demokrasi setelah berada di bawah pemerintahan MAGERAN selama 21 bulan. Abdul Razak mengemukakan Rang Undang-undang meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan dengan dua tujuan utama iaitu:
~ Untuk menyekat perbincangan awam atas perkara-perkara sensitive supaya dapat menjamin perjalan demokrasi.
~ Untuk membetulkan menerusi undang-undang beberapa perkara yang tidak seimbang di kalangan kaum-kaum.

Pada 23 Februari 1971, tamatlah masalah perusuhan kaum.

Keterangan Kreatif

Empatbelas jalur merah dan putih yang sama lebarnya melambangkan keanggotaan yang sama 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu, dalam Kerajaan Persekutuan.
Warna merah melambangkan kegagahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran.
Warna putih melambangkan keluhuran budi
Sukuan berwarna biru tua melambangkan perpaduan dan rukun damai rakyat yang berbilang kaum.
Bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja iaitu mewakili kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Maksud "Jalur Gemilang"

Jalur - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur. Jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
Gemilang - bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotik, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Kepentingan Seni Visual, Muzik Dan Pergerakan

Pendahuluan Sistem pendidikan di Malaysia sentiasa mengalami perubahan selari dengan peredaran zaman dan tuntutan keperluan negara masa kini. Sifat pendidikan tidak statik malah menarik perhatian dan menuntut perubahan dalam proses penyampaian ilmu. Cabaran negara pada masa kini ialah membangunkan sistem pendidikan bertaraf dunia. Menurut Ayob Jantan (2005) cabaran utama yang dihadapi oleh sistem pendidikan kebangsaan adalah melahirkan warganegara yang berdaya tahan, dinamik, progresif, berilmu pengetahuan, kreatif, inovatif dan berdaya saing pada peringkat nasional dan antarabangsa. Dalam hal ini, pendidikan yang berkualiti bakal menyumbang inovasi dan produktiviti yang tinggi bagi menangani cabaran negara dalam arus globalisasi. Selari dengan ini, usaha-usaha memantapkan sistem penyampaian, menyediakan tenaga pengajar yang berkelayakan dan memastikan kurikulum adalah relevan dengan keperluan semasa dan masa hadapan negara. Dalam konteks pendidikan yang luas dan menyeluruh, Seni Dalam...

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif. • Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia. • Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia ya...

Pemerintahan Raja Mongkut (1824-1851) Di Thailand

Pengenalan Somdeth Phra Paraminda Maha Mongkut atau Phra Chom Klau lebih dikenali sebagai Mongkut adalah putera yang ke-43 Raja Rama II yang dilahirkan pada 18 Oktober 1804. Apabila saudaranya putera Jeetha dilantik sebagai Raja Rama III pada tahun 1824, Mongkut menjadi sami selama 27 tahun dari tahun 1824 hingga 1851. Pengalaman baginda sebagai seorang sami telah membolehkan baginda mengetahui kehidupan rakyatnya serta Tamadun Barat. Pergaulannya dengan mubaligh-mubaligh Barat seperti Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Reverend Bradley dan Dr. House telah membolehkan baginda mempelajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi, Matematik, Astronomi, Bahasa Latin, Bahasa Inggeris serta sistem kerajaan negara-negara Barat. Mongkut merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris. Apabila Raja Rama III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851. Pembaharuan Mongkut menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi ...