Skip to main content

Artikel Rentap Pahlawan Iban


Libau @ Rentap Panggau Dara, Rentap Tanah Kudi Menua, yang terkenal dengan nama jolokkannya "Pengoncang Dunia" (dalam versi Iban, "Rentap tanah, Rentap menua, Tuan Lee ke mati enda berega, Tuan Brereton tau masuk ke kain enda tanjung ka pala raja Rita Layang tampak terang Mandangka Airupa Abang Aing badu agi ka pending bala Undup abis tepelut leka mata Badau nadai agi kerangau sebelah kerapa" ; Rentap ).


Rentap adalah seorang pahlawan Iban yang gilang-gemilang pada abad ke-19 dalam usaha beliau menentang penjajahan Brooke di Sarawak. Beliau dilahirkan dalam tahun 1800-an di Daerah Sambas, Kalimantan. Meneliti kepada perjuangannya, Rentap menjalankan kegiatan penentangan terhadap James Brooke hingga akhir hayatnya.


Rentap yang menghabiskan kebanyakkan daripada usianya setelah beliau dan keluarganya "berpindah" dari Sungai Kapuas, Indonesia ke Hulu Skrang dan Saribas di Bahagian Sri Aman, Sarawak.


Pada abad ke-15, orang-0rang Iban yang tinggal di 'Kumpang' (penempatan orang Iban di Kalimantan yang terletak di Sungai Kapuas sebelum mereka berpindah (berhijrah) ke Bahagian Sri Aman, Sarawak seterusnya). Mengikut Benedict Sandin (1967) dan Robert Pringle (1970), orang-orang Iban yang paling awal berpindah ke Bahagian ke-2 Sri Aman, Sarawak pada pertengahan abad ke-16. Dalam abad berikutnya, perpindahan (journey) mereka bertambah ramai kerana didorong oleh semangat memotong kepala (head hunter) dan hidup secara berkelompok.


Kita tidak menolak perpindahan Rentap dan keluarganya juga didorong faktor-faktor ini. Menurut Lee (1970) telah menyokong pendapat ini yang menyatakan budaya "ngayau" (memotong kepala) pada abad ke-20 telah menambahkan bilangan komuniti Iban dengan kawasan yang diduduki oleh mereka bertambah.


Secara fizikalnya, Pahlawan rentap digambarkan sebagai seorang yang gagah, berani dan kuat. Ketinggian belaiu lebih kurang 5 kaki 8 inci. Nama asalnya Libau telah dikenali sebagai rentap setelah beliau memotong kepala musuh dalam satu peristiwa 'ngayau'. Dalam konteks ini, apabila seseorang musuh dibunuh dan kepalanya dipotong dengan parang dan dibawa ke rumah panjang sebagai satu kemegahan. Di rumah panjang golongan wanita akan menyambut kemenangan itu dengan rasa bangga. Kepala itu disimpan dengan baik-baik dan dianggap sebagai harta pusaka yang tinggi nilainya.


Menurut Chang Fat Foh, sebagaimana lazimnya masyarakat Iban termasuk juga Rentap telah menggunakan masa terluangnya untuk merompak dan memotong kepala apabila tiada musim berhuma.


Rentap yang merupakan pahlawan Iban yang terkemuka di Skrang Hulu pada awal 1850-an telah memainkan peranan besar membangkitkan semangat patriotisme menentang penjajahan Brooke. Meninjau usia mudanya, beliau pernah berkhidmat dengan seorang ketua Iban yang bernama Orang kaya Pemancha Dana bayang dari Saribas. Berikutan kebijaksanaannya dan pengalaman yang ada, Rentap menjadi seorang tokoh yang terkenal dalam kalangan masyarakat Iban sekaligus menjadi Ketua Perang Iban di Skrang.


Menurut Puan Subang Anak Dunggau dari Rumah jampi, Sungai Wak, Pakan, Julau yang mana merupakan generasi ke-6 Pahlawan Rentap, ibu bapa kepada Rentap ialah Ningkan dan Imbong. Pahlawan ini mempunyai empat saudara lelaki dan perempuan iaitu Ringgit, Jarup, Lepo dan Serini.


Rentap telah berkahwain dengan Sawai dari Berinjan lalu melahirkan tambong dan Ensimai. Anak beliau Tambong telah berkahwin dengan layang tetapi tiada anak. Mereka telah mengambil anak angkat bernama subang. Subang telah berkahwin dengan Munan, anak kepada Minggat apai Runai. Munan yang merupakan anak sulung telah lahir di Paku, Saribas dan berhijrah ke Awik dalam daerah Kelaka bersama ahli keluarg dan saudar-mara untuk mengikut bapa saudaranya Enchana 'Letan'.


Menuru sumber lisan daripada Rumpong Anak Lanau, Munan dikatakan ada mimpi disuruh "petara" (Tuhan) mencari perempuan bernama Subang dan mengambilnya menjadi isteri. Berikutan Munan mengahwini Subang cucu kepada Rentap, beliau menjadi ketua perang yang boleh dipercayai oleh Raja Sarawak ke-2 iaitu Charles Brooke untuk mententeramkan kekacauan di Batang Lupar dan Sungai Rajang. Justeru, selepas itu, Munan telah dilantik menjadi Penghulu yang bergelar Munan Penghulu Dalam.


Setakat ini dulu....




Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan. Pengenalan Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme. Isi-isi (a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat - Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial. - Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golonga...

Sejarah Malaysia Tema 2

Tema 2 : Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di sa...