Skip to main content

Soalan penting bagi Sejarah Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan

Sejarah Asia Tenggara, Asia Timur dan Asia Selatan

TEMA 1 : MASYARAKAT ASIA

Sistem Beraja dan Pembesar
1 Bincangkan peranan raja dalam masyarakat Asia.
2 Sistem feudal mencorakkan bentuk pemerintahan dalam masyarakat Asia.
3 Bandingkan amalan sistem feudal di Jepun dan di lain-lain negara Asia.
4 Bincangkan peranan pembesar dalam sistem pemerintahan tradisional masyarakat Asia.

Kepercayaan dan Agama
5 Sistem pemerintahan Asia dipengaruhi oleh agama. Jelaskan.
6 Bincangkan kepercayaan dan agama yang diamalkan masyarakat Asia.
7 Agama Hindu dan Buddha berpengaruh dalam pemerintahan masyarakat Asia. Bincangkan.

Ekonomi Buka dan Tutup Pintu
8 Analisiskan persamaan dan perbezaan sebab dasar ekonomi tertutup di Siam, Cina , Jepun, dan Vietnam.
9 Huraikan kesan-kesan pelaksanaan dasar tutup pintu di Siam, Cina, dan Jepun.
10 Bincangkan sebab-sebab pelaksanaan dasar buka pintu di Siam, Cina, dan Jepun.
11 Huraikan kesan-kesan dasar buka pintu di Siam, Cina, dan Jepun.

Perkembangan Sistem dan Dasar Ekonomi
12 Jelaskan sebab-sebab wujudnya perubahan dasar ekonomi di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
13 Bandingkan ciri-ciri dasar ekonomi di negara-negara Asia Selatan dan Asia Tenggara.
14 Bincangkan kesan-kesan perubahan dasar ekonomi di Asia Selatan, Asia Tengara dan Asia Timur.
15 Bincangkan perkembangan pertanian beras di Asia Tenggara.
16 Sistem ekonomi pertanian di Fillipina, Indonesia , dan India menguntungkan pembesar dan penjajah. Bincangkan







TEMA 2 : TRANFORMASI MASYARAKAT

Peluasan Kuasa
17 Keinginan penjajah dalam menguasai perdagangan menyebabkan negara Asia dijajah. Bincangkan.
18 Huraikan perkembangan imperialisme dam kolonialisme di Asia.
19 Kdatangan penjajahan barat adalah untuk menyebarkan agama dan mencari kekayaan. Bincangkan.

Peperangan dan Peluasan Kuasa
20 Jelaskan kesan-kesan peperangan terhadap masyarakat Asia.
21 Huraikan ciri-ciri peperangan yang menyebabkan berlakunya penjajahan di negara Asia.
22 Peperangan di Asia telah menyebabkan wjudnya Imperialisme dan Kolonialisme. Huraikan.
23 Analisiskan sebab-sebab berlakunya peperangan di Asia.

Perjanjian dan Peluasan Kuasa
24 Perjanjian yang ditandatangani oleh pemerintah tempatan dengan kuasa barat menyebabkan berlakunya penjajahan. Bincangkan.
25 Huraikan ciri-ciri perjanjian yang menyebabkan kuasa pemerintah pribumi dikuasai oleh penjajah.
26 Bincangkan kesan-kesan perjanjian terhadap masyarakat pribumi di Asia.

Kesan Penjajahan dan Peluasan
27 Jelaskan penerimaan masyarakat Asia terhadap perubahan yang dilakukan oleh penjajah.
28 Penjajahan mengubahkan struktur politik masyarakat Asia. Jelaskan
29 Kesan imperialisme dan kolonialisme ialah kewujudan masyarakat yang majmuk. Bincangkan.
30 Nyatakan dan hujahkan kesan-kesan penjajahan barat terhadap masyarakat pribumi di Asia.
31 Nyatakan perubahan-perubahan yang dibawa oleh penjajah terhadap nilai masyarakat tempatan.

Penentangan dan Perubahan
32 Bincangkan sebab-sebab penentangan yang berlaku di negara-negara Asia.
33 Bincangkan cara-cara masyarakat Asia melancarkan penentangan.
34 Bandingkan perjuangan menentang penjajah di Asia Selatan dan Asia Tenggara.
35 Penentangan masyarakat Asia memberi kesan dalam kehidupan. Bincangkan.
36 Salah satu sebab kewujudan pertubuhan politik ialah rasa tidak puas hati terhadap perubahan dalam negara. Jelaskan.
37 Golongan terpelajar di Cina, Burma, India, dan Indonesia membantu membebaskan negara daripada penjajahan. Bincangkan.



TEMA 3 : NASIONALISME

Faktor Nasionalisme
38 Jelaskan sumbangan dan peranan golongan wartawan dan akhbar dalam mencetuskan semangat nasionalisme di Asia.
39 Pengaruh politik luar memberikan sumbangan kesedaran nasionalisme masyarakat Asia. Bincangkan.
40 Pendidikan dan bahasa memainkan peranan yang penting kesedaran masyarakat terhadap nasionalisme. Bincangkan.
41 Bincangkan peranan yang dimainkan oleh golongan intelektual, dan agama dalam mencedtuskan kesedaran nasionalisme di masyarakat Asia.
42 Jelaskan sebab-sebab kewujudan gerakan kesedaran di Asia Tenggara,Asia Selatan Asia Timur

Nasionalisme dan Pemimpin
43 Ketokohan Raja-raja Chakri telah membantu Siam bebas daripada penjajahan jika dibandingkan dengan raja-raja Manchu dan Konbaung.
44 Analisis dan bandingkan perubahan yang dibuat Maharaja Meiji dan Maharaja Manchu
45 Bincangkan aspek kegagalan amalan demokrasi di Jepun dan Cina.
46 Nilaikan perbandingan peranan tentera di Jepun, Burma, dan Siam.

Agama dan Nasionalisme
47 Agama memainkan peranan penting perjuangan nasionalis di Burma, Indonesia dan Fillipina. Bincangkan.
48 Agama merupakan aspek penting dalam penentangan masyarakat di India dan Fillipina. Bincangkan

Pertubuhan Politik, Ekonomi dan Sosial
49 Bincangkan sebab-sebab kewujudan pertubuhan yang berasaskan politik di Asia.
50 Huraikan aliran-aliran perjuangan setiap pertubuhan yang menentang penjajahan di Asia.
51 Bandingkan persamaan dan perbezaan perjuangan Sarekat Islam , Nadhatul Ulama, Muhamadiyah ,YMBA ,dan Pyongyi dalam gerakan menentang penjajahan.
52 Analisiskan ciri-ciri perjuangan pertubuhan berikut:
• Kongress Kebangsaan India
• Katipunan
• Kuomintang
• Parti Komunis Indonesia
• Parti Komunis Cina
53 Mengapakah komunis menjadi pilihan dalam perjuangan menentang penjajahan.

Jepun dan Imperialisme
54 Pembabitan Jepun dalam perang dunia ke-2 adalah untuk mempertahan maruah diri. Bincangkan.
55 Ancaman perdagangan Jepun adalah pencetus kepada penglibatan Jepun dalam perang dunia ke-2. Bincangkan.
56 Sejauh manakah Jepun jujur dalam membebaskan negara-negara Asia yang dijajah oleh penjajah barat.
57 Pendudukan Jepun di Asia Tenggara telah mencetuskan semangat kesedaran di kalangan nasionalis. Bincangkan.
58 Jepun banyak membantu gerakan penentangan penjajahan di Burma, dan Indonesia. Bincangkan.
Cuba le sendiri...........

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan. Pengenalan Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme. Isi-isi (a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat - Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial. - Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golonga...

Sejarah Malaysia Tema 2

Tema 2 : Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di sa...