Skip to main content

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan. Pengenalan Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme. Isi-isi (a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat - Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial. - Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golonga...

Pemerintahan Raja Mongkut (1824-1851) Di Thailand

Pengenalan Somdeth Phra Paraminda Maha Mongkut atau Phra Chom Klau lebih dikenali sebagai Mongkut adalah putera yang ke-43 Raja Rama II yang dilahirkan pada 18 Oktober 1804. Apabila saudaranya putera Jeetha dilantik sebagai Raja Rama III pada tahun 1824, Mongkut menjadi sami selama 27 tahun dari tahun 1824 hingga 1851. Pengalaman baginda sebagai seorang sami telah membolehkan baginda mengetahui kehidupan rakyatnya serta Tamadun Barat. Pergaulannya dengan mubaligh-mubaligh Barat seperti Bishop Pallegoire, Reverend Caswel, Reverend Bradley dan Dr. House telah membolehkan baginda mempelajari ilmu-ilmu Barat seperti Fizik, Kimia, Geografi, Matematik, Astronomi, Bahasa Latin, Bahasa Inggeris serta sistem kerajaan negara-negara Barat. Mongkut merupakan Raja Asia pertama yang dapat menulis dan membaca dalam Bahasa Inggeris. Apabila Raja Rama III mangkat, Mongkut dilantik menjadi Raja Rama IV pada 3 April 1851. Pembaharuan Mongkut menyedari pembaharuan berdasarkan idea Barat amat penting bagi ...

Bincangkan faktor-faktor yang mencetuskan Revolusi China 1911 dan Revolusi Siam 1932.

A)PENGENALAN (2/3 M). Revolusi China 1911 merupakan perjuangan bersenjata yang bertujuan menumbangkan kerajaan Manchu. Revolusi ini dipimpin oleh Dr Sun Yat Sen telah berjaya menumbangkan kuasa mutlak raja. Revolusi Siam meletus pada tahun 1932 tanpa pertumpahan darah. Revolusi ini dipimpin oleh Pridi Panamyong telah berjaya menamatkan kuasa autokratik raja dan raja diletakkan di bawah perlembagaan. Kedua-dua Revolusi ini didorong oleh perasaan tidak puas hati rakyat terhadap pemerintah. B) ISI (20 M) 1. Revolusi China (10 M) a.Pegawai-pegawai China melakukan penipuan di peringkat wilayah. Pungutan cukai di wilayah sebahagian kecil diserahkan kepada kerajaan pusat. b.Rasuah bermaharajalela. Cukai-cukai yang dikenakan kepada rakyat 5 kali ganda dari yang ditetapkan. c.Tentera Manchu memalukan. Kalah di dalam Perang Candu I dan II. Kalah dengan Perancis pada tahun 1884. Perang China-Jepun 1894-1895 dan Boxer 1900. Perjanjian-perjanjian yang ditandatangani untuk menamatkan perang merugika...