Skip to main content

LOGO ALUMNI BGSS (BINATANG GOVERNMENT SECONDARY SCHOOL)


1. Gabungan huruf BGSS yang membawa maksud “Binatang Government Secondary School” yang merupakan nama asal sekolah ini suatu ketika dahulu. Gabungan antara huruf juga melambangkan gabungan semua bekas pelajar, tenaga pengajar, serta orang yang berminat yang pernah bernaung di bawah SMK Binatang dan SMK Meradong dan bergerak dalam satu organisasi tanpa mengira asal- usul.

2. Bentuk “Diamond” yang menyerupai huruf A melambangkan Alumni BGSS. Selain itu ia juga turut melambangkan kejayaan-kejayaan yang telah dicapai oleh bekas pelajar dan guru dalam menyumbang kecemerlangan bidang pendidikan khususnya berpengetahuan dan kemahiran ke arah pembangunan negara selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan.


3. Warna biru melambangkan perpaduan dan kerjasama dalam kalangan ahli-ahli BGSS bagi menjalankan tugas-tugas yang diamanahkan tanpa mengira kaum, agama, bangsa dan adat resam.


4. Warna merah melambangkan keberanian setiap ahli BGSS bagi menyahut cabaran dan dugaan dalam arus globalisasi dalam merancang dan melaksanakan tugas mereka.


5. Warna Kuning melambangkan kesetiaan setiap ahli BGSS kepada organisasi dan negara dalam usaha membantu melahirkan lebih ramai lagi golongan yang berpengetahuan dan berkemahiran bagi pembangunan negara.


6. Warna putih melambangkan kesucian dan keikhlasan hati setiap ahli dalam menjayakan visi dan misi Alumni BGSS.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan. Pengenalan Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme. Isi-isi (a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat - Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial. - Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golonga...

Masyarakat Jahiliah

Konsep masyarakat jahiliah mengikut al-Quran ialah masyarakat yang tidak ada kitab suci dan nabi sebagai petunjuk.Mereka tidak bertamadun dan tidak berakhlak.Mereka juga adalah masyarakat yang buta huruf dan tidak mengEsakan Allah.Menurut pandangan sejarawan Islam,zaman Jahiliah berlangsung selama 150 tahun.Sebelum lahirnya Nabi Muhammad SAW,masyarakat arab menganut pelbagai agama dan kepercayaan yang berkaitan dengan unsur kurafat.Lima agama utama yang diamalkan ialah agama Watani,Samawi(Yahudi),Nasrani(Kristian),Majusi serta kepercayaan tahyul dan karut(animisme). PENDAHULUAN ISI 1 Agama Watani FAKTA ·          Menyembah berhala dan merupakan agama dominan masyarakat arab yang berpusat di makkah. ·          Penganut agama ini mengukir berhala daripada batu,kayu,logam dan lain-lain serta mempunyai pelbagai rupa dan j...

Sejarah Malaysia Tema 2

Tema 2 : Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di sa...