Skip to main content

JALUR GEMILANG

Pada tahun 1948-1960, Malaya telah diisytiharkan darurat akibat daripada ancaman Parti Komunis Malaya ( PKM ). Pembunuhan dan keganasan menyebabkan kerajaan mengambil keputusan mengenakan Undang-undang Darurat Bagi membendung kegiatan PKM. Antara langkah yang diambil bagi membendung masalah ini adalah dengan memperkenalkal konsep Kawasan Putih dengan Kawasan Hitam. Kawasan Putih merupakan kawasan yang telah bersih daripada ancaman dan keganasan komunis. Di dalam kawasan ini Undang-undang Darurat seperti sekatan-sekatan ke atas bahan makanan, bekalan penting dan perintah berkurung telah dilonggarkan dan dihapuslan. Sebaliknya, Kawasan Hitam pula merupakan kawasan yang masih terdapat kegiatan-kegiatan komunis. Oleh itu, Undang-undang Darurat dikenakan di kawasan itu. Pada tahun 1953, Kawasan Putih pertama diisytiharkan iaitu kawasan-kawasan Bandar Melaka, Merlimau, Melaka Tenggah dan kawasan-kawasan pantai negeri Melaka. Negeri-negeri lain pula telah bekerjasama dengan mengelakkan diri terlibat dengan kegiatan komunis bagi menjadikan negeri mereka Kawasan Putih. Lama-kelamaan, negeri-negeri lain juga diisytiharkan Kawasan Putih sehingga Zaman Darurat diisytiharkan tamat pada 31 Julai 1960.

Namun begitu, negara tercinta kita telah menghadapi suatu kekangan yang juga besar pada 16 Mei 1969.Apabila tercetus rusuhan perkauman di Kuala Lumpur pada petang 13 Mei 1969, Abdul Razak sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Pertahanan segera mengarahkan polis dan tentera bertindak mengawal keadaan daripada merebak, mengisytiharkan darurat pada 14 Mei, menggantung Parlimen dan Dewan-Dewan Undangan Negeri pada 16 Mei dan pada hari yang sama meletakkan negara di bawah Majlis Gerakan Negara (MAGERAN). Beliau telah memperkenalkan Rukun Negara sebagai langkah mengatasi trauma ini.Pada 22 September 1970, ketika negara masih berada di bawah pemerintahan MAGERAN, Abdul Razak mengambil alih jawatan Perdana Menteri dari Tunku Abdul Rahman yang telah memegang jawatan itu selama 15 tahun. Pada 23 Februari 1971, Abdul Razak membawa negara kembali kepada demokrasi setelah berada di bawah pemerintahan MAGERAN selama 21 bulan. Abdul Razak mengemukakan Rang Undang-undang meminda beberapa peruntukan dalam Perlembagaan dengan dua tujuan utama iaitu:
~ Untuk menyekat perbincangan awam atas perkara-perkara sensitive supaya dapat menjamin perjalan demokrasi.
~ Untuk membetulkan menerusi undang-undang beberapa perkara yang tidak seimbang di kalangan kaum-kaum.

Pada 23 Februari 1971, tamatlah masalah perusuhan kaum.

Keterangan Kreatif

Empatbelas jalur merah dan putih yang sama lebarnya melambangkan keanggotaan yang sama 13 buah negeri iaitu Johor, Kedah, Kelantan, Melaka, Negeri Sembilan, Pahang, Pulau Pinang, Perak, Perlis, Sabah, Sarawak, Selangor dan Terengganu, dalam Kerajaan Persekutuan.
Warna merah melambangkan kegagahan dan keberanian dalam menghadapi cabaran.
Warna putih melambangkan keluhuran budi
Sukuan berwarna biru tua melambangkan perpaduan dan rukun damai rakyat yang berbilang kaum.
Bulan sabit melambangkan Islam sebagai agama rasmi negara.
Bintang pecah 14 melambangkan perpaduan 13 buah negeri dan Kerajaan Persekutuan
Warna kuning pada anak bulan dan bintang ialah warna diraja iaitu mewakili kedaulatan Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja Melayu.

Maksud "Jalur Gemilang"

Jalur - menggambarkan Bendera Malaysia yang mempunyai 14 jalur. Jalur pada Bendera Malaysia menggambarkan satu laluan yang lurus, hala tuju yang sama dan arah yang sama yang dianuti oleh rakyat negara ini dari Perlis hingga ke Sabah dalam menuju kegemilangan bangsa dan negara.
Gemilang - bermaksud bercahaya, terang benderang dan cemerlang. Oleh yang demikian, Jalur Gemilang memberi pengertian bahawa jalur atau bendera itu melambangkan kecemerlangan negara Malaysia dan rakyat Malaysia dalam mengharungi apa bidang kehidupan sekalipun sama ada di dalam atau di luar negara.
Kesungguhan, kegigihan dan kesanggupan rakyat untuk menaikkan imej negara, sesungguhnya sentiasa mendapat petunjuk dan pedoman yang terang lagi jelas.
Jalur atau Bendera melambangkan citra atau imej negara dan rakyat yang patriotik, gigih, gagah dan berani menghadapi cabaran serta sanggup berkorban demi agama, bangsa dan negara.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan. Pengenalan Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme. Isi-isi (a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat - Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial. - Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golonga...

Sejarah Malaysia Tema 2

Tema 2 : Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di sa...