Skip to main content

SISTEM DEMOKRASI BERPARLIMEN

• Malaysia mengamalkan Sistem Demokrasi Berparlimen di bawah pentadbiran Raja Berperlembagaan dengan Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong sebagai Ketua Negara. Perlembagaan negara telah digubal dengan mengadakan syarat-syarat untuk pengalaman sistem ini. Salah satu syarat sistem Demokrasi Berparlimen adalah pembahagian kuasa kepada tiga bahagian di dalam pemerintahan, iaitu Perundangan, Kehakiman dan Pentadbiran atau Eksekutif.
• Malaysia juga merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem Demokrasi berasaskan kepada sistem Persekutuan. Sehubungan dengan itu, ia bermakna negeri-negeri Perlis, Kedah, Pulau Pinang, Perak , Selangor, Negeri Sembilan, Melaka, Johor, Pahang, Terengganu, Kelantan, Sarawak dan Sabah telah bersetuju dengan konsep penubuhan Negara Malaysia.
• Setiap negeri yang terbabit telah menyerahkan sebahagian kuasa masing-masing, seperti kewangan, pertahanan, pelajaran, luar negara dan lain-lain lagi seperti mana yang telah tercatat di dalam Perlembagaan Malaysia yang di tadbir oleh Kerajaan Pusat. Ada perkara-perkara yang dijadikan kuasa negeri dan negeri akan mentadbirkan kuasa.
• Sebagai sebuah negara Raja Berperlembagaan, maka diperuntukan oleh Perlembagaan institusi Yang Di-Pertuan Agong, Raja-raja Melayu di sembilan buah negeri dan Majlis Raja-raja. Baginda adalah diberi kuasa untuk memelihara adat istiadat orang Melayu dan Pentadbiran Agama Islam di negeri masing-masing. Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong adalah Ketua Agama Islam bagi negeri-negeri Pulau Pinang, Sabah, Sarawak, dan Wilayah-wilayah Persekutuan.
• Seri Paduka Baginda Yang Di-Pertuan Agong juga menjadi Kepala Utama Negara dan Baginda adalah Pemerintah Tertinggi Angkatan Tentera Negara. Baginda akan menjalankan tugas-tugas dibawah Perlembagaan mengikut nasihat Perdana Menteri atau Jemaah menteri . Raja-raja pula menjadi Ketua Negeri masing-masing dan menjalankan tugas mengikut nasihat Menteri-menteri Besar atau Ketua-ketua Menteri.
• Yang di-Pertuan Agong
• Parlimen Persekutuan mengandungi Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, dan dua Dewan iaitu Dewan Negara dan Dewan Rakyat.
Perkara 55, Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan bahawa hanya Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong sahaja yang boleh memanggil Parlimen untuk bersidang. Baginda juga mempunyai kuasa istimewa untuk memberhenti atau membubarkan Parlimen.
• Dengan demikian Yang di-Pertuan Agong diperlukan oleh Perlembagaan untuk memanggil Parlimen bermesyuarat dalam masa enam bulan antara persidangan yang akhir dalam satu penggal yang kemudiannya.
• Bagi Dewan Rakyat, Ketua atau Timbalan Ketua Majlis hendaklah menetapkan sekurang-kurangnya 28 hari sebelum permulaan tiap-tiap penggal, tarikh-tarikh majlis akan bermesyuarat dalam penggal itu. Walau bagaimanapun , Ketua atau Timbalan Ketua Majlis boleh mengubah tarikh-tarikh yang ditetapkan itu dari masa ke semasa.
• Parlimen Persekutuan merupakan badan perundangan yang tertinggi di Malaysia. Melainkan jika dibubarkan terlebih dahulu. Parlimen akan terus berjalan selama lima tahun, dari tarikh mesyuarat pertamanya selepas Pilihanraya Umum.
• Pada penghujung tempoh lima tahun ini, Parlimen dengan sendirinya dibubarkan dan dalam masa 60 hari dari tarikh pembubaran Parlimen, Pilihanraya Umum bagi memilih wakil-wakil untuk Dewan Rakyat hendaklah diadakan, dan Parlimen dipanggil bermesyuarat pada suatu tarikh yang tidak lewat daripada 120 hari dari tarikh pembubarannya
• Struktur Parlimen Malaysia
• Parlimen Malaysia terdiri daripada tiga komponen:-
1. Yang Di-Pertuan Agong
2. Dewan Negara
3. Dewan Rakyat

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan. Pengenalan Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme. Isi-isi (a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat - Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial. - Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golonga...

Sejarah Malaysia Tema 2

Tema 2 : Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di sa...