Skip to main content

Ceramah Motivasi Tip Mengingat

Ceramah Motivasi Murid STPM
SMK Meradong, Bintangor

Tip yang baik untuk mengingat
Dalam wahana 1 ini, saya ingin berkongsi bersama anda sedikit input yang saya ada untuk kita sama-sama amalkan dalam mencapai matlamat yang diingini. Dalam proses pembelajaran, pelbagai perkara atau aspek yang perlu diberi penekanan dan perlu diberi perhatian. Ini bertujuan untuk kita berjaya dengan cemerlang dalam pembelajaran. Aspek mengingat juga merupakan salah satu aspek yang penting dalam mempelajari sesuatu. Di sini, saya ingin kongsikan beberapa kaedah mengingat yang berkesan yang pernah saya lakukan sepanjang saya belajar dari Tadika hingga Universiti.

1. Membuat Nota Berwarna
a. Dalam membuat nota, warna memainkan peranan penting. Ini kerana warna membantu merangsang otak kita untuk mengingat dengan mudah. Otak manusia secara lumrah gemar akan benda yang berwarna-warni sebab ianya menarik.
b. Guna pelbagai warna untuk menulis nota. Nota kita bukan sahaja cantik dan menarik malah membantu kita untuk mengingat maklumat berdasarkan warna yang kita gunakan.c. Nota yang ringkas.....padat, senang dibawa, senang dilipat.
d. Nota....berdasarkan tema, tajuk, soalan dan diikuti skema jawapan lengkap (pengenalan, isi, huraian, contoh & kesimpulan)

2. Menghafal Perkara Yang Telah Dibaca
a. Kaedah ini cukup menarik dan sesuai bagi seseorang yang gemar menghafal. Berikan tumpuan kepada tajuk-tajuk penting. (Jika perlu, buat analisis soalan-soalan tahun lepas; (10 tahun lepas)..kesan keberangkalian yang pernah keluar/sebaliknya)
b. Lakukan dengan cara membaca nota, setelah selesai tutupkan nota dan cuba ingat dalam pemikiran.
c. Setelah itu, baca semula nota berkenaan dan tutup nota setelah selesai membaca. Cuba luahkan apa yang telah diingat secara lisan iaitu luahkan secara kata-kata.
d. Baca semula nota buat kali ketiga, setelah selesai membaca tutup semula nota berkenaan. Kemudian menulis semula apa yang telah diingat dia atas kosong.
e. Membaca semula nota yang baru yang ditulis dan bandingkan dengan yang asal.
f. Menampal nota-nota di tempat yang strategik...katil, almari dsb.

3. Ubah Perkataan Isi Penting Kepada Ayat Yang Menarik.
a. Ubah perkataan penting kepada ayat yang menarik supaya kita lebih mudah mengingat.
b. Contoh : Zaman dalam Sejarah (Paleolitik, Mesolitik, Neolitik, Logam) – PMNL

4. Bulatkan Isi Penting Apabila Membaca
a. Apabila membaca nota, GARISKAN perkataan atau isi penting dengan menggunakan warna pen yang berbeza dengan warna nota.
b. Ini bertujuan kita mudah mengingat isi berdasarkan perkataan yang telah kita bulatkan.
c. Contohnya : Belanda menakluki Melaka pada tahun 1511

Terima kasih.

Comments

Popular posts from this blog

Bincangkan sistem pemerintahan beraja yang diamalkan sebelum kedatangan Barat di Asia Tenggara dan Asia Timur.

Pelajar perlu membincangkan institusi pemerintahan beraja seperti kedudukan dan peranan pemerintah sebelum kedatangan Barat. Perbincangan harus mengemukakan beberapa contoh negara di Asia Tenggara dan Asia Timur. Soalan ini bebentuk perbincangan. Pengenalan Menjelang abad ke-19 hampr semua negara di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan institusi pemerintahan beraja. Di kebanyakan negara, institusi beraja itu berlanjutan sehingga Perang Dunia Kedua. Berdasarkan institusi tersebut raja mempunyai kedudukan yang mantap dan kukuh. Sistem pemerintahan ini adalah gabungan daripada sistem tempatan dengan campuran pengaruh agama Hindu-Buddha dan Islam. Manakala sistem pemerintahan di Jepun dipengaruhi fahaman Shintoisme. Isi-isi (a) Institusi Beraja Sebelum Kedatangan Barat - Kebanyakan negeri-negeri di Asia Tenggara, Asia Selatan, dan Asia Timur mengamalkan sistem feudal dari segi politik, ekonomi dan sosial. - Sistem pemerintahan terdiri daripada dua golongan iaitu golonga...

Sejarah Malaysia Tema 2

Tema 2 : Konsep Peluasan Kuasa Asing Pengenalan Istilah peluasan kuasa asing sebenarnya hanya akan muncul apabila sekurang-kurangnya terdapat dua kuasa pentadbiran atau kerajaan dengan salah satu kuasa itu memasuki hal-hal pentadbiran atau mencampuri, menguasai hak pemerintahan satu kuasa lagi. Selalunya juga, peluasan kuasa ini merujuk kepada aspek politik pentadbiran dan bukan merujuk khusus kepada aspek-aspek perdagangan kerana ia melibatkan sial kedaulatan pemerintahan sesebuah negara atau kerajaan. Latar belakang peluasan kuasa asing 1. Tanah Melayu Selalunya, peluasan kuasa asing di Tanah Melayu sering kali merujuk kepada kehadiran kuasa-kuasa barat seperti Portugis, Belanda, British dan Jepun. Peluasan kuasa ini boleh berlaku sama ada melalui penaklukan mahupun melalui perjanjian-perjanjian yang ditandatangani. Semenjak awal abad ke-16, Melaka telah ditawan oleh kuasa Portugis. Penawanan ini bermakna penguasaan kuasa asing Portugis terhadap hal-hal pentadbiran orang Melayu di sa...