A) PENGENALAN (2 / 3M) Kemajuan pesat dalam bidang perindustrian dan perdagangan mendorong kuasa kuasa Barat berlumba-lumba melaksanakan dasar imperialisme iaitu memperluaskan pengaruh politik di seluruh dunia. Pada abad ke-19, kuasa-kuasa imperialisme Barat berusaha meluaskan pengaruh politik dan ekonomi serta membentuk empayar yang luas di Asia kerana kaya dengan keperluan bahan mentah yang diperlukan kilang-kilang industri mereka. Negara-negara itu juga menyediakan pasaran yang lebih luas bagi lebihan barangan hasil keluaran kilang-kilang mereka. Kaedah perluasan kuasa Barat ini ada berbagai-bagai cara sama ada secara peperangan, perjanjian ataupun secara pengilhakan. Antara negara yang terlibat dengan perluasan kuasa Barat melalui kaedah ini ialah India oleh British dan Vietnam yang diilhakan oleh Perancis. Tindakan pengilhakan yang dilakukan adalah didorong oleh kepentingan perdagangan. Di India dan Vietnam walaupun cara campurtangannya adalah sama iaitu secara pengilhakan, namun ...
"Agi Enchelak, Agi Bebatak" SMK MERADONG, 96509 BINTANGOR, SARAWAK. TEL:014-5999160 Emel:bonicodhy@yahoo.com