Pada tahun 1948-1960, Malaya telah diisytiharkan darurat akibat daripada ancaman Parti Komunis Malaya ( PKM ). Pembunuhan dan keganasan menyebabkan kerajaan mengambil keputusan mengenakan Undang-undang Darurat Bagi membendung kegiatan PKM. Antara langkah yang diambil bagi membendung masalah ini adalah dengan memperkenalkal konsep Kawasan Putih dengan Kawasan Hitam. Kawasan Putih merupakan kawasan yang telah bersih daripada ancaman dan keganasan komunis. Di dalam kawasan ini Undang-undang Darurat seperti sekatan-sekatan ke atas bahan makanan, bekalan penting dan perintah berkurung telah dilonggarkan dan dihapuslan. Sebaliknya, Kawasan Hitam pula merupakan kawasan yang masih terdapat kegiatan-kegiatan komunis. Oleh itu, Undang-undang Darurat dikenakan di kawasan itu. Pada tahun 1953, Kawasan Putih pertama diisytiharkan iaitu kawasan-kawasan Bandar Melaka, Merlimau, Melaka Tenggah dan kawasan-kawasan pantai negeri Melaka. Negeri-negeri lain pula telah bekerjasama dengan mengelakkan diri t...
"Agi Enchelak, Agi Bebatak" SMK MERADONG, 96509 BINTANGOR, SARAWAK. TEL:014-5999160 Emel:bonicodhy@yahoo.com