Sejarah Malaysia STPM (Kertas 2) TEMA 1 : MASYARAKAT TEMPATAN 1.1 Institusi Pemerintahan 1. Masyarakat Melayu tradisional sudah pun mempunyai sistem pemerintahan dan pentadbiran yang sistematik sebelum campur tangan British. Bincangkan. Pengenalan Sistem politik masyarakat Melayu tradisional sebelum campur tangan British dapat dibahagikan kepada tiga unit politik utama iaitu negeri, daerah atau jajahan dan kampung. Isi A – Peringkat Negeri 1. Merupakan unit pentadbiran tertinggi dan terbesar 2. Kuasa tertinggi dipegang oleh sultan/ raja/ yang di Pertuan Besar 3. Sultan/ raja menjalankan pemerintahan dengan dibantu oleh pembesar-pembesar. Pembesar menjadi tulang belakang dalam menjalankan pentadbiran peringkat negeri. Pembesar diberi gelaran tertentu.Contohnya di Perak dibantu oleh Pembesar Berempat dan di Negeri Sembilan Yang Di Pertuan Besar dibantu oleh 4 orang Undang. 4. Sultan/raja dibantu oleh Raja Muda/Putera Mahkota 5. Perlantikan sultan/raja – sistem perwarisan takhta di kebany...
"Agi Enchelak, Agi Bebatak" SMK MERADONG, 96509 BINTANGOR, SARAWAK. TEL:014-5999160 Emel:bonicodhy@yahoo.com